Author Topic: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra  (Read 4138 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« on: July 04, 2009, 11:34:42 PM »

Tarikh : Sabtu, 11 Julai 2009
Masa   : 8.30 pagi
Tempat: Dewan SK Bandar Seri Putra

Sebarang usul boleh dihantar kepada Setiausaha Kehormat melalui guru kelas.

Kehadiran tuan/puan amatlah diharapkan.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #1 on: July 04, 2009, 11:50:41 PM »
Insya-Allah akan pergi.

Ini beberapa usul saya:
1- Usul mengurangkan harga makanan di kantin agar sama seperti yang terdapat di SK Bangi.
2- Usul SK BSP mangadakan blog/facebook untuk menyampaikan maklumat lebih pantas dan cepat.
3- Usul kerjasama SK BSP dengan sekolah agama yang bakal dibuka.
4- Usul menyediakan laluan berbumbung antara bangunan dan dari pintu pagar ke bangunan lain.
5- Usul agar sebarang aktiviti/makluman tidak disampaikan terlalu lewat agar ibubapa boleh buat perancangan awal.
6- Usul agar tidak terlampau membebankan kewangan ibubapa seperti yuran PIBG lebih tinggi dsb
7- Usul agar PIBG mempunyai saluran yang boleh ibubapa sampaikan pandangan/masalah sepanjang tahun seperti peti cadangan/blog.

Takat ini dulu, nanti kalau ada lagi saya akan sambung.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #2 on: July 04, 2009, 11:59:37 PM »
OK, mari kita pegi mesyuarat ramai2.

Sahabat

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 161
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #3 on: July 05, 2009, 12:58:07 PM »
Tunaikan tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa semua dgn menghadiri mesyuarat nanti... macam-macam yang boleh kita kongsikan bersama nanti

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #4 on: July 06, 2009, 10:30:11 AM »
sama-sama kita pergi ke mesyuarat agung tersebut..sebelum tu, sekiranya ada JK penaja SK bdr seri putra di laman putra-mahkota ini
saya mohon agar list nama JK penaja SK Bdr Seri Putra dimaklumkan terlebih dahulu disini utk dikenali..
difahamkan AGM tersebut akan dibuat pemilihan JK baru SK Bdr seri putra?.
cadangan pengerusi baru : Ust Farid Ravi
harap ada sokongan ?..

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #4 on: July 06, 2009, 10:30:11 AM »



putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #5 on: July 06, 2009, 10:42:58 AM »
sama-sama kita pergi ke mesyuarat agung tersebut..sebelum tu, sekiranya ada JK penaja SK bdr seri putra di laman putra-mahkota ini
saya mohon agar list nama JK penaja SK Bdr Seri Putra dimaklumkan terlebih dahulu disini utk dikenali..
difahamkan AGM tersebut akan dibuat pemilihan JK baru SK Bdr seri putra?.
cadangan pengerusi baru : Ust Farid Ravi
harap ada sokongan ?..


utz tu sentiasa sibuk dgn urusan dia..
di cadangkan kekalkan AJK PENAJA yg telah berusaha bekerja keras sebelum ini. .
Bagi peluang pada mereka yg telah terbukti boleh bekerja-sama . .

___________________
aku /..PMB

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #6 on: July 06, 2009, 11:25:52 AM »
Betul jugak tu. Tapi terpulanglah kepada ibubapa. Yang penting kita sama-sama menyumbang. Kalau harap YDP PIBG sorang aje, tak mampu jugak dia nak jalankan walau siapa pun dia.

azmi_K

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 93
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #7 on: July 06, 2009, 02:22:31 PM »
sama-sama kita pergi ke mesyuarat agung tersebut..sebelum tu, sekiranya ada JK penaja SK bdr seri putra di laman putra-mahkota ini
saya mohon agar list nama JK penaja SK Bdr Seri Putra dimaklumkan terlebih dahulu disini utk dikenali..
difahamkan AGM tersebut akan dibuat pemilihan JK baru SK Bdr seri putra?.
cadangan pengerusi baru : Ust Farid Ravi
harap ada sokongan ?..




utz tu sentiasa sibuk dgn urusan dia..
di cadangkan kekalkan AJK PENAJA yg telah berusaha bekerja keras sebelum ini. .
Bagi peluang pada mereka yg telah terbukti boleh bekerja-sama . .


Betul tu ustaz tu terlalu sibuk.. bagi lah orang yang ada kelapangan untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan.. kasihan ustaz tu semua kerja nak dilonggokkan kepada dia...dan saya juga bersetuju untuk mengekalkan AJK penaja yang sedia bagi dia buat kerja sampai habis daftar persatuan lah dan sebagainya lagi pun AJK penaja ni dah kenal dengan pentadbiran sekolah... sebagai cadangan sahaja

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #8 on: July 11, 2009, 01:21:55 PM »
Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra telah selesai diadakan. Laporan mesyuarat boleh mintak kat AJK tapi kalau takde jugak nanti saya cuba 'extract' dari note saya.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #9 on: July 12, 2009, 03:16:30 AM »
Mesyuarat PIBG SK BSP kali Pertama
Dikirim oleh Kyreel 12 Julai 2009 pada 2:32 AM

Alhamdulillah pagi tadi telah dijalankan mesyuarat PIBG SK BSP buat kali pertama. Kehadiran pada anggaran saya sekitar 300 orang.

Upacara perasmian telah dilaksanakan sendiri oleh Pengetua SK BSP Pn. Hajah Normah Bt Kasim. Seterusnya majlis berhenti rehat dan hadirin disajikan dengan jamuan ringan. Ada bihun, kuih-kuih dan tembikai.

Tepat 10.00 pagi, mesyuarat bermula. Ianya dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua. Hasilnya seperti berikut:

Yang Dipertua: Mejar Mohammad Kayum B. A. Badaruddin
Naib Yang Dipertua: Ustaz Farid Ravi Abdullah

Kemudian, pemilihan AJK dimana terdapat 12 pencalonan dan yang dilantik adalah 6 AJK dan satu pemeriksa kira-kira. Berikut senarainya:

AJK:

   1. Dr. Amarjit
   2. Dr. Zulkifli
   3. Dato' Anas
   4. Pn. Sharifah
   5. Pn. Suhaili
   6. Pn. Awiyah


Pemeriksa Kira-kira:

   1. En. Meor Abd Halim

Manakala perbincangan usul telah dikupas terus daripada senarai usul yang telah dihantar oleh ibubapa sebelum mesyuarat. Pengerusi hanya memaklumkan dan membenarkan sebarang usul yang perlu ditekankan atau usul selain daripada yang telah sedia ada. Maka, majlis berjalan dengan agak pantas.

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh YDP dan Naib YDP. Antaranya YDP memaklumkan akan ketulusan PIBG dan sebarang masalah diharap rujuk terus kepada PIBG. Menteliti perlu diubah daripada bercakap belakang kepada menyatakan hasrat terus kepada PIBG. Manakala Naib YDP menyarakan ibubapa untuk meWAKAFkan sebarang keperluan sekolah. Contohnya buku-buku terpakai atau baru. Atau boleh juga bagi yang berkemampuan mewakafkan 'Susur Gajah' antara bangunan agar anak-anak kita tidak berhujan untuk ka bangunan lain.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Naib YDP.





























* Gambar-gambar lain boleh diperolehi disini http://www.facebook.com/album.php?aid=90473&id=91019927486

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #10 on: July 13, 2009, 09:43:17 AM »
tahniah & syabas kepada semua jawatankuasa PIBG yang dipilih...
akhirnya teepilih juga ust farid ravi walaupun bukannya YDP namun NYDP...syukur , alhamdullilah.
saya tertarikh dengan ulasan ust farid ravi berkaitan senarai usul/cadangan yang kebanyakkannya lebih tertumpu kepada prasarana infrastruktur sekolah berbanding dengan usul/cadangan bagi memperkasakan modal insan yang lebih kearah islamik dimana dicadangkan aktiviti yang melibatkan ibu-bapa secara langsung bagi tujuan tersebut...

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #11 on: July 13, 2009, 11:39:58 PM »
Ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penaja PIBG serta guru-guru yg bertungkus-lumus menjayakan majlis-majlis termasuk mesyuarat agung penubuhan sebelum wujud AJK PIBG baru ni. Katanya ada yang keluar duit sendiri sebab sekolah dan PIBG belum ada duit masa tu. Terima kasih sekali lagi. Orang berbudi kita berbahasa.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Seri Putra
« Reply #11 on: July 13, 2009, 11:39:58 PM »