Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Politik & Isu HANGAT 18PL => Topic started by: padli on August 14, 2012, 08:16:23 PM

Title: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: padli on August 14, 2012, 08:16:23 PM
(http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.76636.1344938148!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg)

Salam..mcm ust Nasaruddin mat isa je tu..ke mata sy yg silap..

adatak lagi ahli pas yg lain join PM ke Makkah skrg ni?
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: mancis on August 15, 2012, 08:11:22 AM
ada iras2...
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: sazzahan on August 15, 2012, 09:57:01 AM
ada iras2...

bkn iras2 lagi tapi mmg dia. MP Bachok Nasharuddin Mat Isa. disahkan oleh BH  ;D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: my on August 15, 2012, 10:29:45 AM

baguih la  ;D ;D ;D ;D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: Tetikus Hensem on August 15, 2012, 10:57:00 AM
Petanda perpaduan umat Islam di Malaysia...
Alhamdulillah... :D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: norian on August 15, 2012, 10:58:51 AM
iyalah... jangan di politikkan. Mungkin niatnya baik..
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: my on August 15, 2012, 11:02:36 AM


semogo kokal ke anak cucu  ;D ;D ;D ;D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: Tetikus Hensem on August 15, 2012, 11:07:01 AM
Mungkin niatnya baik..
Kalau pergi umrah, mestilah berniat baik :D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: sazzahan on August 15, 2012, 11:09:41 AM
Mungkin niatnya baik..
Kalau pergi umrah, mestilah berniat baik :D

tengok kak Ros pun elok bertudung :)
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: my on August 15, 2012, 11:17:24 AM
Mungkin niatnya baik..
Kalau pergi umrah, mestilah berniat baik :D

tengok kak Ros pun elok bertudung :)

ha...dah mulo la tu  ;D ;D ;D ;D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: jabbar4aiman on August 15, 2012, 11:25:27 AM
(http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.76636.1344938148!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg)

Salam..mcm ust Nasaruddin mat isa je tu..ke mata sy yg silap..

adatak lagi ahli pas yg lain join PM ke Makkah skrg ni?
Betoi la tu.. mungkin Ust Nasha bertindak sebagai jurubahasa Pak Jib kot.. dalam berita Edisi 7 NTV7 malam tadi pon ade sekilas imbas macam Ust Nasha ketika Pak Jib nak duduk dengan pak-pak arab tu..
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM? apa kata pemuda pas??
Post by: my on August 15, 2012, 04:08:29 PM


(http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=11258.0;attach=6017;image)




'Traitor' Nasharuddin urged to quit as MP

12:59PM Aug 15, 2012   
 
Kelantan PAS Youth has suggested that former deputy president Nasharuddin Mat Isa resigns as Bachok MP, after he was seen with premier Najib Abdul Razak in Saudi Arabia and for questioning PAS' stance on the hudud.




Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS
   
Bernama
4:27PM Ogos 15 2012
 
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.
   
"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.
   
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
   
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
   
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
   
Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
   
- Bernama


Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: akula on August 15, 2012, 04:59:25 PM
tengok gambar duduk sekali pun boleh dah jatuh hukum traitor?..

gambar anwar duduk minum teh dgn Najib jatuh hukum apa pulak?
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: my on August 15, 2012, 07:00:11 PM


serbo tak kono, ado yo salah eh, bergambar samo pun tak kono yo  , gambar dio berssorak sorai dgn DAP tu pun takpo lak ;D ;D ;D ;D ;D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: padli on August 16, 2012, 07:44:22 AM
gambo sama2 xmslh..gi sekali satu flight..pun ok lg..tp menyerang balik pas dgn nada umno..tu yg jd isu...elok join jati..or perkasa...semua kan happy.....
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: mossgenio on August 16, 2012, 08:17:41 AM
Defensive sungguh....
Mungkin boleh tengok dulu media mana yg siarkan kenyataan dia tu. Atau pegi tanya dia sendiri.
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: carlamms on August 16, 2012, 08:23:42 AM
gambo sama2 xmslh..gi sekali satu flight..pun ok lg..tp menyerang balik pas dgn nada umno..tu yg jd isu...elok join jati..or perkasa...semua kan happy.....

betul & sokong.. klua statement yg bercanggah ngan parti, baik la klua parti terus [secara baik]..
saye masih lagi hormat ustaz ni & sempat bergamba same mase kenduri kawin anaknye di BM club house baru2 ni.. [hmm dgr2 TPM pun ade dtg kenduri tu..] tapi sy lebih sayangkan perjuangan parti [berlandaskan Islam]..

wallahualam
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: mancis on August 16, 2012, 11:56:10 AM
macam2 kisah pulak dah nak dekat raya ni... :)
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: MsSpectra on August 16, 2012, 12:49:28 PM
macam2 kisah pulak dah nak dekat raya ni... :)

tambah2 lg kita mgkin berhadapan dgn 2 "raya" dlm masa terdekat..so mcm2 laa cite nyer.
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: mossgenio on August 16, 2012, 11:41:47 PM
Ni baru keluar harini..... saya copy n paste aje. Sila buat kesimpulan sendiri.

------------------

Kenyataan Media
Nasharudin Mat Isa
16 Ogos 2012

Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk.

Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati utk pertahankan pendirian nya , maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost 'untuk pertahankan agama saya. Terpulang lah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah  kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan , nasihat saya adalah ittaqillah,  ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba tiba dikaitan dengan saya akan masuk umno.Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Nasharudin Mat Isa

Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: Tetikus Hensem on August 17, 2012, 11:07:07 AM
PAS sekarang macam dah keliru identiti sendiri...
Harap YB Nasha tak senasib ngan Dato' Hasan Ali... :-\
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: my on August 17, 2012, 04:34:18 PM


sobar bebanyak yo ustaz nash.. :D :D :D :D :D
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: PAS Putra Mahkota on August 18, 2012, 11:26:57 PM
Terima kasih atas komen semua.. insyaAllah pihak cawangan PAS Bukit Mahkota akan menunggu segala arahan pimpinan kawasan atas isu ini.. AJK caw telah melihat isu ini dr segala sudut dan pimpinan PAS kawasan seterusnya negeri dan Pusat sudah sedia maklum.

Selamat menyambut aidilfitri kpd semua warga forum putra mahkota.. berhati2 dijalan raya semoga selamat pergi dan selamat kembali
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: Jundullah_232 on August 19, 2012, 12:14:53 AM
Dahulu ustaz Nasha lah pimpinan yg turun padang menjelaskan konsep tahaluf siyasi dgn PKR dan DAP dan kewajipan ahli untuk taat atas kerjasama ini.. sebab tlh dipersetujui oleh Dewan Ulama.. skrg nada berlainan... Takpelah..

nak kawan dgn siapa pun takde halangan.. janji Islam terbela.. takde sape pun yg mempertikaikan klu nak membela Nasib umat Islam teraniaya di syiria dan Myanmar.. cuma dahulu ustaz Nasha ketua Lujnah antarabangsa PAS pusat, dan pernah ada hubungan diplomat di serata dunia atas kapasiti wakil Parti Islam Malaysia. Molek la klu nak gunakan connection tersebut Bantu PM yg masih mencari2 hubungan 2 hala dgn ulama dunia..

Karpal akan menyaman ustaz Nasha atas tuduhan anti Islam terhadap beliau.. dia kata dia tak pernah menentang org Muslim beragama dan anti terhadap penganut agama Islam.. dia hanya menentang hudud sama seperti UMNO menentang perlaksanaan hudud.. jika menghalang hudud diangap anti Islam maka UMNO secara terang lagi anti Islam... Yg peliknya kenapa bercakap soap Karpal sedangkan pimpinan DAP lain seperti Lim Guan Eng menerima hudud sebagai pegangan agama Islam yg perlu mereka hormati..

Mgkn dah lama tak duk semeja dgn pimpinan ulama so fikrah dia ada lari skt la tu.. takpelah manusia kan mudah lupa.. kang duk diam muhasabah skt baru ingat balik la tu.. insyaAllah kita doa beliau kembali kpd fikrah berjemaah.. dan sentiasa patuh arahan pimpinan.. kerana bila mana jemaah itu ada ahli yg Cuba buat sesuatu diluar keputusan syura maka dikuatiri ia akan memudaratkan perjuangan yg sekrg dlm edisi peperangan PRU..
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: Jundullah_232 on August 19, 2012, 12:19:17 AM
Tun Dr Mahathir : Pastikan UMNO bentang Hudud di Parlimen !

1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam . Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [ seperti hudud ] adalah suatu yang ditentangnya habis -habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [ 22 tahun ]

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud ! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [ mabuk atau gila ] , seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya , mana hudud UMNO ? sila kemukakan ! Sekurang - kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang - Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana ? Mana hudud UMNO ? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu ?

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya , PAS sertai UMNO kah ? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar - benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini .

6. Sekurang - kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendokong cita - cita perlaksanaan Islam di Malaysia.

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: WIN on August 22, 2012, 08:21:33 PM
tabik spring untuk ustaz nash.  tak ramai yang berani buat camni...takut terjejas kedudukan dan pangkat.
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: lyndar on August 23, 2012, 03:03:39 PM
Ramai yg bercakap psl islam,hudud dsb..cuma xmsuk berita ;D ;D

http://www.malaysiakini.com/news/206901 (http://www.malaysiakini.com/news/206901)

Antara yg punya kedudukan tetapi vocal.

Dr. MAZA.
Mufti Perak
Mufti Perlis (Dr. juanda)
Prof. Dr. Mohamad Abu Bakar (UM)

Oleh sebab saya agak bosan dengan politik hari ni,saya suka dgr pndgn mereka drpd pndgn ahli2 politik.

Dalam isu ini, saya xsokong sesapa..sebab saya tau..DAP mmg xsuka hudud..MCA pon dh terang2 xsuka..dua2 (BN n PR) main isu yg depe pon xcommit. Lucu tetapi itu taraf politik kita. Itu blm lg msuk bab IC kt Sabah..goshhh ;D

klu tgk berita ini..pendirian rasmi MCA http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/8/23/nation/11896706&sec=nation (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/8/23/nation/11896706&sec=nation) ..

xtau nk undi sapa..hehehe.  ;)




tabik spring untuk ustaz nash.  tak ramai yang berani buat camni...takut terjejas kedudukan dan pangkat.
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: mossgenio on August 23, 2012, 06:27:05 PM
PAS dulu nak buat hudud tapi lepas tu nak negara berkebajikan tapi lepas tu ada jugak pasal hudud tapi lepas tu ada dengar pulak orang dia kata takde dalam agenda PR dan yg tanya pasal tu xphm2.

BN pulak takde la dalam agenda. Cuma TunM dah ada suruh buat tu.

Cumanya dalam sibuk2 pasal hudud ni, ramai yg lupa bahawa Islam dan undang-undang Islam tu bukan takat hudud aje.
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: lyndar on August 23, 2012, 07:10:23 PM
huhu.kesimpulannya?sume org tipu ke..huhuhu :)

islam mmg bukan hudud semata2..perlaksanaan bole ditangguh.tp tngguh utk bg pndidikan,sediakan kelengkapan hakim/mahkamah/kerangka undang2. yg pntg kita nk nmpk usaha..bukan ckp semata2..saya kurg yakin Tun serius sbb dia yg xbenarkan dlu.dia pon xnafikan yg dia htr surat amaran pd MB Klantan.

InsyaAllah doa byk2 Allah buka hati pemimpin negara utk dkt pd Islam. mcm Allah tuka Sultan Kelantan..mmg berbeza drpd negeri2 lain.Bila sultan pon alim dan suka kpd suasana islam, ahli politik yg ingin mnjadi pmpnn negeri pon kene ikut rentak sultan.Skrg sultan kelantan = timbalan YDPA. Lg 5thun,giliran baginda jd YDPA.menunggu perubahan drpd baginda

Cintakan Islam lebih dri parti politik dan bangsa :)

PAS dulu nak buat hudud tapi lepas tu nak negara berkebajikan tapi lepas tu ada jugak pasal hudud tapi lepas tu ada dengar pulak orang dia kata takde dalam agenda PR dan yg tanya pasal tu xphm2.

BN pulak takde la dalam agenda. Cuma TunM dah ada suruh buat tu.

Cumanya dalam sibuk2 pasal hudud ni, ramai yg lupa bahawa Islam dan undang-undang Islam tu bukan takat hudud aje.
Title: Re: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM?
Post by: mossgenio on August 23, 2012, 10:06:30 PM
Semua ada kepentingan sendiri yg antaranya untuk mengekalkan jawatan dan pengaruh. Biasa la dalam politik 'demokrasi'. Impression sangat penting.  Org macam Tun dah tak perlu fikir tentang tu semua.

Bercakap tentang impression, tanpa prejudis, Sultan kelantan dilihat sedemikian juga adalah atas luahan, terbitan serta program yg diwar-warkan. Banyak blog dan posting FB yg membantu membentuk imej tersebut. Memang nampak bagus dan semoga semua yg dijalankan olehnya berjaya merubah kepada yg baik.

Berkenaan perlaksanaan hudud serta surat Tun dulu tu, rasanya memang kena untuk masa dan ketika tersebut. Seperti yg dinyatakan, perlaksanaan memerlukan kelengkapan dan persediaan. Walaupun asas undang-undang hudud tersebut adalah daripada Al Quran tetapi enakmen serta definasinya dalam ertikata masa itu masih ditulis oleh manusia. Malahan terlihat ia dirangka agak ad hoc. Mungkin sekarang adalah masa untuk memperkemaskan dulu butiran undang-undang tersebut dengan ada ramai pakat seperti Tun Salleh Abbas, Peguam Zul Nordin dan Ulama bersarjana seperti Dr Asri....

Yg masalahnya, camna nak bagi diaorang ni buat keje bersama.

Tumpang off topic sikit pasal Syria kat sini. Sebelum sibuk pasal hal dekat Syria tu, takde pun timbul pasal konflik Syiah/Sunni. Malahan majoriti tentera Syria adalah dari Sunni. Memang ada 'pemberontak' tapi takdelah masalah sangat dan isu utamanya bukanlah isu Syiah/Sunni. Tiba-tiba bila jadi masalah aje, terus timbul isu yg selama ini bukan isu pun. Mudahnya nak pecahkan orang Islam. Kalau kat Malaysia ni takde pun isu Syiah/Sunni. Boleh kata semua sunni la. Tapi boleh jugak ada yg nak cari pasal kata wahabi la. Dalam sama-sama kata kat wahabi tu pun boleh lagi pecah kata orang ni Islam UMNO la, Islam PAS la. Sedangkan kat Mekah tu tiap-tiap hari masa bulan puasa mintak doa supaya umat islam bersatu, berpadu dan kuat.

Yang pastinya, kalau nak jalankan undang-undang Islam (bukan takat hudud saja), kita kena bersama dan bukan berbalah. Kalau tak bersama, laungan nak hudud (sepatutnya nak undang-undang islam) tu memang sia-sia aje la.

[Note : Sila tanya student Malaysia yg balik dari sana ada tak isu Syiah/Sunni ni sebelum ni. Boleh jugak tanya diplomat-diplomat malaysia yg baru balik tu]

huhu.kesimpulannya?sume org tipu ke..huhuhu :)

islam mmg bukan hudud semata2..perlaksanaan bole ditangguh.tp tngguh utk bg pndidikan,sediakan kelengkapan hakim/mahkamah/kerangka undang2. yg pntg kita nk nmpk usaha..bukan ckp semata2..saya kurg yakin Tun serius sbb dia yg xbenarkan dlu.dia pon xnafikan yg dia htr surat amaran pd MB Klantan.

InsyaAllah doa byk2 Allah buka hati pemimpin negara utk dkt pd Islam. mcm Allah tuka Sultan Kelantan..mmg berbeza drpd negeri2 lain.Bila sultan pon alim dan suka kpd suasana islam, ahli politik yg ingin mnjadi pmpnn negeri pon kene ikut rentak sultan.Skrg sultan kelantan = timbalan YDPA. Lg 5thun,giliran baginda jd YDPA.menunggu perubahan drpd baginda

Cintakan Islam lebih dri parti politik dan bangsa :)

PAS dulu nak buat hudud tapi lepas tu nak negara berkebajikan tapi lepas tu ada jugak pasal hudud tapi lepas tu ada dengar pulak orang dia kata takde dalam agenda PR dan yg tanya pasal tu xphm2.

BN pulak takde la dalam agenda. Cuma TunM dah ada suruh buat tu.

Cumanya dalam sibuk2 pasal hudud ni, ramai yg lupa bahawa Islam dan undang-undang Islam tu bukan takat hudud aje.
Title: ahli PAS Bukit mahkota Umrah bersama PM
Post by: BrettFege on October 22, 2017, 07:08:45 AM
fuhh..tak tau nak kata apa...sebagai bukan ahli fesbuk gua rasa ianya tak memudaratkan sangat kot...
kena serah pada yang lebih pakar lah...