Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Pemaju & Hartanah => Topic started by: mancis on September 29, 2012, 01:03:14 PM

Title: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: mancis on September 29, 2012, 01:03:14 PM
(http://www.utusan.com.my/pix/2012/0923/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_20.1.jpg)

KUALA LUMPUR 22 Sept. - United Malayan Land Bhd. (UM Land) bakal membangunkan beberapa lagi projek perumahan mampu milik di Bandar Seri Putra di sini.

Pengerusinya, Tun Musa Hitam berkata, perancangan itu berikutan permintaan tinggi golongan berpendapatan sederhana golongan bumiputera yang kini telah menguasai 90 peratus kepadatan penduduk di kawasan itu.

Bagaimanapun, jelas beliau, golongan bukan bumiputera turut menunjukkan minat ekoran pelbagai kemudahan telah dibangunkan seperti pusat beli-belah dan kompleks perniagaan.

''Pada ketika ini, Bandar Seri Putra mempunyai kepadatan penduduk seramai 30,000 sejak ia dibangunkan pada 1997.

''Kita menjangkakan pertambahan sekali ganda untuk beberapa projek yang akan dibina selepas ini seperti pangsapuri berkonsep moden mampu milik selain banglo di kawasan eksklusif,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat jualan Seri Putra dan penyerahan kunci kedai pejabat Fasa 2(1B), di Bangi dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UM Land, Charlie Chia dan Pengarah Operasinya, Zulkifly Garib.

Pada majlis itu, UM Land turut meraikan 40 kanak-kanak Yayasan Chow Kit dan memberikan sumbangan berjumlah RM3,000 sebagai satu tanggungjawab sosial korporat mereka.

Musa berkata, masyarakat kini lebih memilih untuk menginap berjauhan sedikit daripada bandar kerana mahukan keselesaan dan bebas daripada kesesakan bandar walaupun bekerja di kota.

''Mereka tidak kisah walaupun terpaksa melalui perjalanan jauh berulang alik ke tempat kerja kerana suasana keselesaan itu yang mereka mahukan,'' katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Musa berkata, Bandar Seri Putra yang dibangunkan Bangi Heights Development Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat UM Land telah melalui beberapa fasa pembangunan yang dahulunya hanya merupakan sebuah ladang kelapa sawit.

Kata beliau, kini, pembangunan di kawasan itu telah menawarkan pelbagai kemudahan kepada penduduk seperti balai polis, pejabat pos, sekolah, rumah ibadat dan klinik.
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sbj_s5 on October 01, 2012, 12:47:35 PM
Noticed  that UM Land ni CSR di ada bagus sikit kalau compare dgn Kumpulan Singa (Lion Group) ... motto diaorang  nak ngap duit orang je kot....  ;D :D
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: zul on October 01, 2012, 05:28:17 PM
nampaknya lion group khasnya pemaju araprop  dalam proses re-branding...papan tanda bukit mahkota pun dah bertukar.siap ada kipas lagi...nyaman, selesa elegan & close(tertutup). 8) 8) 8)
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sang_karibut on October 01, 2012, 06:54:54 PM
nampaknya lion group khasnya pemaju araprop  dalam proses re-branding...papan tanda bukit mahkota pun dah bertukar.siap ada kipas lagi...nyaman, selesa elegan & close(tertutup). 8) 8) 8)

harap2 tue betullah apa yang diperkatakan tue, diharapkan juga kumpulan singa ini dapat menyambut seruan kerajaan untuk membina rumah kos sederhana lingkungan 150-k-350k...
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sbj_s5 on October 05, 2012, 09:19:39 AM
nampaknya lion group khasnya pemaju araprop  dalam proses re-branding...papan tanda bukit mahkota pun dah bertukar.siap ada kipas lagi...nyaman, selesa elegan & close(tertutup). 8) 8) 8)

harap2 tue betullah apa yang diperkatakan tue, diharapkan juga kumpulan singa ini dapat menyambut seruan kerajaan untuk membina rumah kos sederhana lingkungan 150-k-350k...

Mano ado... semuo eaa lebih 350k!!!
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: wanzizou on October 05, 2012, 04:35:05 PM
klu seri putra...rasa nya status "mampu milik" tue sudah tentu dalam lingkungan RM300 K ke atas.. heheheh..  ;D
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: mancis on October 06, 2012, 02:51:59 AM
klu seri putra...rasa nya status "mampu milik" tue sudah tentu dalam lingkungan RM300 K ke atas.. heheheh..  ;D

Rasanya condo baru (yg ada swimming pool, bersebelahan anjung suasana) yg akan launch hujung tahun ni / awal tahun depan tak cecah 300k... so masih ada harapan untuk rakyat malaysia, ehehe  8)
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sbj_s5 on October 07, 2012, 11:46:50 AM
Perkembangan agak aggresif sekarang, dah nampak 'gondol' bukit tepi highway tu....
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: wanzizou on October 08, 2012, 12:18:41 PM
klu seri putra...rasa nya status "mampu milik" tue sudah tentu dalam lingkungan RM300 K ke atas.. heheheh..  ;D

Rasanya condo baru (yg ada swimming pool, bersebelahan anjung suasana) yg akan launch hujung tahun ni / awal tahun depan tak cecah 300k... so masih ada harapan untuk rakyat malaysia, ehehe  8)

alaaa..condo ke..? ...ingatkan teres 2 tingkat ke..huhuuu
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: WIN on October 08, 2012, 02:14:11 PM
Apartmen with condo facilities.  Launch Jun 2013 kalau tak silap la...  Dah tu skbsp ke-2 tak jadilah sebelah AS tu ye?
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sazzahan on October 08, 2012, 02:31:12 PM
betul ker penduduk BSP mencapai 30,000 org???  :o :o :o
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: my on October 08, 2012, 02:54:20 PM
betul ker penduduk BSP mencapai 30,000 org???  :o :o :o


iyo la kot  ;D ;D ;D ;D
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: Kancil perak on October 09, 2012, 08:32:54 AM
Apartmen with condo facilities.  Launch Jun 2013 kalau tak silap la...  Dah tu skbsp ke-2 tak jadilah sebelah AS tu ye?

bila bila skbbm siap, separuh pelajar akan berkurangan di skbsp
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sazzahan on May 21, 2013, 03:49:25 PM

Apartmen with condo facilities.  Launch Jun 2013 kalau tak silap la...  Dah tu skbsp ke-2 tak jadilah sebelah AS tu ye?

ader ker kondo tu? dah dkt setahun dah huhuhu
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: ibnhussin on May 22, 2013, 12:15:24 PM
nampaknya lion group khasnya pemaju araprop  dalam proses re-branding...papan tanda bukit mahkota pun dah bertukar.siap ada kipas lagi...nyaman, selesa elegan & close(tertutup). 8) 8) 8)

harap2 tue betullah apa yang diperkatakan tue, diharapkan juga kumpulan singa ini dapat menyambut seruan kerajaan untuk membina rumah kos sederhana lingkungan 150-k-350k...

dah lama dah ada (less than 150K lagi.. dan bukan flat kos rendah ye), saya tabik kat Singa Lapar ni bab ni je la..  ;)
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: huruhara on May 22, 2013, 05:32:00 PM
new condo svc start ptgahan tahun ni...
Title: Re: UM Land bangun rumah mampu milik di Bandar Seri Putra
Post by: sazzahan on August 29, 2013, 10:08:51 AM

Mano ado... semuo eaa lebih 350k!!!

klo dah dekat 400k, itu namanyer MAMPUS MILIK ( dah dokek nak mampuih baru bulih milik hihihi)