Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Pendidikan => Topic started by: CaptRahman on January 20, 2010, 09:54:28 AM

Title: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: CaptRahman on January 20, 2010, 09:54:28 AM
Semalam ada terbaca berita dalam akhbar Sinar mengenai projek SM BSP yang tertangguh tu. Siap dengan gambar projek dan sekumpulan penduduk yang membuat aduan. Yang janggal sedikit tentang berita tu ialah tajuknya : Penduduk Bandar Bukit Mahkota dan Taman Impian Putra risau kerana projek SEKOLAH MENENGAH BANDAR SERI PUTRA tertangguh sejak tahun 2008 lagi. Tak de pulak di nyatakan tentang nasib penduduk Bandar Seri Putra itu sendiri. Kenapa juga dalam berita tersebut tak di nyatakan tentang apa yang sedang di lakukan oleh pihak yang berwajib dalam menangani masalah tersebut. atau kumpulan yang membuat aduan tu tak tahu status sebenar masalah.
Patutnya buat juga aduan kenapa sekolah tak di dirikan di Kawasan Bandar Bukit Mahkota untuk keselesaan penduduk disitu?
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zai_jnr on January 20, 2010, 09:59:07 AM
Petikan Akhbar Sinar Harian Selasa 19/01/2010

HULU LANGAT – Impian indah lebih 1,000 penduduk di Bandar Bukti Mahkota, di sini mahu melihat anak-anak mereka belajar dalam suasana selesa di sekolah baru berkecai apabila projek pembinaannya terbengkalai.

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra seolah-olah tiada penghujungnya apabila projek yang sepatutnya siap pada 2008 terus tertangguh sehingga hari ini.

Ironinya pembinaan Sekolah Kebangsaan yang dijalankan serentak di kawasan berhampiran berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah dan kegagalan pembinaan sekolah menengah berkenaan menyebabkan pelajar terpaksa belajar di sekolah Menengah sekitar Bangi dan Nilai.

Wakil Persatuan Penduduk Bandar Bukit Mahkota, Murad Adam, 41 berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab melaksanakan pembinaan sekolah menengah berkenaan amatlah dikesali dan memusnahkan impian kami semua.

“Projek berkenaan sepatutnya siap menjelang 2010 dan boleh menampung pelajar sekolah menengah dari taman berhampira , namun segalanya musnah apabila pembinaan projek terhenti sejak awal 2009.

“Situasi ini berbeza dengan pembinaan sekolah rendah di kawasan yang memberikan kelegaan kepada keluarga yang mempunyai anak untuk menuntut ilmu di sekolah berhampiran tempat tinggal,” katanya. - Mohd Subkhi Sudarji.

*petikan akhbar semalam...
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on January 20, 2010, 10:03:46 AM
Sambil tu, patut highlight la jugak yang Bandar Bukit Mahkota memerlukan sekolah rendah.

P/S: Eh.. Bukit Mahkota ada 'Bandar'. Seri Putra hilang lak 'Bandar'. Wartawan balas dendam kat PLUS ker?  ;D ;D ;D ;D
P/S2 : Sekolah Kebangsaan berjaya disiapkan tanpa masalah? Ni wartawan tak buat kerja atau saja masukkan rempah ratus dan perisa extra nak bagi sedap?
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on January 20, 2010, 10:05:16 AM
info daripada ansuru...

View Profile Personal Message (Offline)
   
Re: SM BSP
« Reply #36 on: January 13, 2010, 12:00:36 PM »
   Reply with quoteQuote
Update dari Kementerian pulak: Smiley

Jual tender          - 05 Jan 2010
Tutup tender       - 02 Feb 2010

Jangka mula kerja - Mar 2010
Jangka siap         - end 2010

Jangka sek. buka  - early 2011 Cheesy Grin

.....
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: putramahkota_bangi on January 20, 2010, 10:10:18 AM

P/S: Eh.. Bukit Mahkota ada 'Bandar'. Seri Putra hilang lak 'Bandar'. Wartawan balas dendam kat PLUS ker?  ;D ;D ;D ;D

..biasalah wartawan tokok tambah tu. sebenarnya . .dari segi "istilah"
 ' Bukit Mahkota ' merujuk kepada orgbukit .
 ' Seri Purta ' merujuk kepada orgbandar . .  ;D

Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zai_jnr on January 20, 2010, 10:10:41 AM
info daripada ansuru...

View Profile Personal Message (Offline)
   
Re: SM BSP
« Reply #36 on: January 13, 2010, 12:00:36 PM »
   Reply with quoteQuote
Update dari Kementerian pulak: Smiley

Jual tender          - 05 Jan 2010
Tutup tender       - 02 Feb 2010

Jangka mula kerja - Mar 2010
Jangka siap         - end 2010

Jangka sek. buka  - early 2011 Cheesy Grin

.....

Hopefully la setel seperti yg di rencanakan... ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: CaptRahman on January 20, 2010, 10:12:47 AM
Wartawan tak buat kerja lah tu.. ataupun pengadu ikut sedap mulut aje dan ikut emosi tanpa selidiki fakta.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on January 20, 2010, 10:23:03 AM
Pengadu memang boleh ikut sedap mulut tapi yg pasti, wartawan tak buat kerja ATAU terlebih buat kerja.

..biasalah wartawan tokok tambah tu. sebenarnya . .dari segi "istilah"
 ' Bukit Mahkota ' merujuk kepada orgbukit .
 ' Seri Purta ' merujuk kepada orgbandar . .  ;D

Owh.. cam tu ker? Tak biasa dengar pulak. So orgbukit takde nak mintak sekolah rendah ke?  Sekolah Menengah satu jer cukup la dulu. Kita kongsi  ;D ;D ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Giemns on January 20, 2010, 01:30:36 PM
Mengikut fakta, sek Kebangsaan tu sepatutnya di buka awal 2009. Disebabkan kelewatan pembinaan ianya di buka pada pertengahan tahun manakala guru-guru yang telah di tetapkan di BSP menumpang di SK bangi. Wartawan tersebut perlu menemuramah S O projek dan dapatkan maklumat lanjut.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: aseela on January 20, 2010, 01:45:43 PM

P/S: Eh.. Bukit Mahkota ada 'Bandar'. Seri Putra hilang lak 'Bandar'. Wartawan balas dendam kat PLUS ker?  ;D ;D ;D ;D

..biasalah wartawan tokok tambah tu. sebenarnya . .dari segi "istilah"
 ' Bukit Mahkota ' merujuk kepada orgbukit .
 ' Seri Purta ' merujuk kepada orgbandar . .  ;D

uit...tiara hill ke? :)
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: acya on January 27, 2010, 12:08:18 PM
hari nie paper utusan ada berita pasal sek men BSP tak siap...dekat penuh satu muka... :) :) ;)
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zai_jnr on January 27, 2010, 12:13:39 PM
Wartawan tak buat kerja lah tu.. ataupun pengadu ikut sedap mulut aje dan ikut emosi tanpa selidiki fakta.

mmg pon wartawan nie pandai kona...member sy ader kejer as maintenance kt karangkraf...dia jaga bhgn mesin cetak surat khabar sinar harian tue..nk jadikan citer geng2 maintenace kener marah ngn bos besar coz gambar yg wartawan tepek dlm news aritu sama jer gambar yg dia tepek dlm news 2,3 hari lepas...

bengang budak2 maintenance...wartawan yg suka copy paste..diorg yg kener hentam.. ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: daddyvw on January 27, 2010, 12:30:33 PM

Kawan aku, bos besar pada kawan kau tu kata, dia saja jer marah hari tu... bagi kawan kau kecut perut sket... MuaHaHaHa... ;D

Wartawan pun cari makan jugak tu... maklumat bagi tak betul, dia tulis tak betul lar... kalau copy and paste tu semua biasa buat...  ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zai_jnr on January 27, 2010, 12:35:14 PM

mmg pon wartawan nie pandai kona...member sy ader kejer as maintenance kt karangkraf...dia jaga bhgn
Kawan aku, bos besar pada kawan kau tu kata, dia saja jer marah hari tu... bagi kawan kau kecut perut sket... MuaHaHaHa... ;D

Wartawan pun cari makan jugak tu... maklumat bagi tak betul, dia tulis tak betul lar... kalau copy and paste tu semua biasa buat...  ;D

patut la kawan...kawan aku ckp bos dia ckp mcm kenal org yg guner nick daddyVW...kekawan rupernyer...hu hu hu  ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on January 27, 2010, 01:03:33 PM
dah ada wakil Bdr seri putra bersuara termasuklah pak guard yang baru ditugaskan kat projek tersebut..
sumber: utusan malaysia.

Projek sekolah perlu diberi keutamaan
BANGI 26 Jan. - Kerajaan perlu mewujudkan satu pasukan khas untuk memantau setiap projek sekolah yang dilaksanakan di seluruh negara supaya langkah segera dapat diambil jika sesebuah projek itu berdepan masalah.

Penduduk Bandar Seri Putra dekat sini berpendapat, walau apa pun yang terjadi, projek sekolah tidak wajar dibiarkan terbengkalai kerana ia memberikan kesan besar kepada masyarakat.

Seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan, Riduan Ramli,30, berkata, projek pembangunan sekolah perlu diberikan keutamaan dan dielakkan daripada terbengkalai.

Dia yang sudah menetap di bandar baru berkenaan sejak tiga tahun lalu mengakui amat kecewa kerana sekolah di kawasan itu gagal disiapkan.

"Penduduk di kawasan ini semakin padat dari semasa ke semasa. Keadaan ini amat menyulitkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah menengah," ujarnya.

Dia berkata, kemudahan sekolah sering menjadi faktor seseorang membeli rumah di sesebuah kawasan baru dan amat mengecewakan jika kemudahan itu tidak dapat dinikmati dengan segera.

Kesan kegagalan projek sekolah itu disiapkan mengikut jadual turut dirasakan oleh My'sara Sofea Mahizan, 14 tahun.

Anak keempat daripada enam orang adik-beradik itu terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih yang terletak lebih 12 kilometer dari rumahnya sejak tahun lalu.

"Sememangnya agak menyedihkan, namun apa boleh buat. Apa yang saya harapkan ialah sekolah ini dapat disiapkan dengan segera. Kalau boleh sebelum tahun depan," ujarnya.

Dia mengakui terpaksa terpaksa keluar awal pagi bagi mengelakkan tertinggal bas sekolah.

Selain My'sara, terdapat kira-kira 40 rakannya dari kawasan perumahan berkenaan dan berhampiran belajar di sekolah sama.

Turut berkongsi kekecewaan ekoran pembinaan sekolah menengah di kawasan berkenaan terbengkalai ialah seorang bapa, Murad Adam. 41.

Dia yang tinggal di Bandar Bukit Mahkota, bersebelahan Bandar Seri Putra berkata, memandangkan tiada sekolah menengah di kawasan tempat tinggalnya, anak-anaknya terpaksa dihantar bersekolah di Jalan 2, Bandar Baru Bangi.

"Sekiranya sekolah menengah di sini dibuka, anak-anak di Bandar Bukit Mahkota boleh bersekolah di sini kerana ia lebih hampir," ujarnya yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan satu dan tiga di sekolah berkenaan.

Sambil merayu agar kerajaan menyegerakan kerja-kerja menyiapkan sekolah berkenaan, dia juga berharap pihak pemaju turut memainkan peranan agar sekolah berkenaan dapat disiapkan segera.

Difahamkan, sebelum ini, kawasan bandar baru itu turut mengalami masalah sekolah rendah yang terbengkalai selama hampir setahun.

Namun, usaha menyiapkan sekolah berkenaan akhirnya terlaksana dan murid-murid sudah memulakan sesi persekolahan pada bulan Jun tahun lepas.

Bagi pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan, Rajendra Kumar, 31, dia sendiri tidak begitu tahu tentang status sekolah berkenaan.

Dia yang baru dua bulan ditugaskan menjaga keselamatan tapak sekolah berkenaan berkata, dia sering disoal tentang status projek itu oleh ibu bapa yang datang melawat ke tapak projek berkenaan.

"Saya dimaklumkan projek sekolah ini terbengkalai disebabkan pemajunya sudah bankrap. Dari apa yang saya dengar, usaha untuk menyambung semula projek ini sedang dijalankan. Lebih dari itu, saya tidak tahu," ujarnya.

Dia turut melahirkan kebimbangan, sekiranya sekolah tersebut terus terbengkalai, kemungkinan pelbagai kejadian seperti kecurian barang-barang akan berlaku.

sumber: utusan malaysia
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on January 27, 2010, 01:42:59 PM
Owh... aritu nampak ada org bawak kemera SLR tengah cakap2 ngan budak tunggu transport kat simpang 3 Princeton. Reporter la tu kut.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: BSP on February 02, 2010, 10:13:22 AM
Owh... aritu nampak ada org bawak kemera SLR tengah cakap2 ngan budak tunggu transport kat simpang 3 Princeton. Reporter la tu kut.

Info: ??? ???
--------------------------------------------------------------------------------
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zakarshi dijadualkan akan melakukan lawatan mengejut ke tapak sekolah menengah BSP yang telah terbengkalai sekian lama. Ini adalah ekoran dari aduan masyarakat setempat di dalam akhbar Sinar baru-baru ini.
Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan mahupun warga BSP yang prihatin dapat melapangkan masa dan menyuarakan pandangan serta masalah berkenaan kelewatan tersebut terus kepada pihak tertinggi.

Dari sumber-sumber terdekat yang tidak mahu dinamakan, boleh dipercayai dan rapat dengan Kementerian Pelajaran.. 8) 8)   
 
Salam
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Giemns on February 02, 2010, 01:47:09 PM
Dr. Puad dan pengiringnya sampai jam 1.00pm tadi dan sedang di beri taklimat!!
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on February 02, 2010, 02:41:12 PM
sama-sama doa agar projek SM BSP dapat direalisasikan..Amin.

http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/lagi-sekolah-terbengkalaimoga-ada-jalan.html (http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/lagi-sekolah-terbengkalaimoga-ada-jalan.html)

Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on February 02, 2010, 02:52:19 PM
Puad tinjau sekolah terbengkalai
Selasa ini
30Jan2010 Posted by azizailan Labels: Anak-anak Sekolah

Petikan dari Utusan Malaysia 29/01/10 (Jumaat)

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) akan melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi pada Selasa depan selepas berita mengenainya dilaporkan akhbar ini semalam.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, lawatan itu penting untuk membolehkannya mendapat perkembangan terkini tentang status projek tersebut.

Katanya, ini sejajar dengan polisi kementerian yang sememangnya memandang serius terhadap masalah projek sekolah 'sakit' yang gagal disiapkan mengikut jadual di seluruh negara.

"Saya masih belum mendapat laporan penuh mengenai projek sekolah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi tetapi saya akan pergi sendiri melawat projek berkenaan untuk melihat perkembangannya pada Selasa ini.

"Sekarang ini, saya berada di Melaka juga bagi meninjau masalah serupa," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung projek pembangunan mendirikan sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini.

Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.

Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan terdapat beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semuanya terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, SMK Jalan Reko, Kajang, SMK Salak Tinggi dan SMK Engku Hussain, Semenyih.

*harap ada perubahan ketara terhadap projek SAKIT ini selepas lawatan Dr.Puad nanti.....
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Giemns on February 02, 2010, 06:09:37 PM
Sidang akhbar dan sekitar lawatan Dr.Puad
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on February 03, 2010, 10:36:00 AM
saya amat berharap agar pihak persatuan penduduk BSP,BBM & TIP dapat memantau janji yang dibuat oleh timbalan menteri Pelajaran yang katanya SM BSP akan dapat beroperasi pada 2011. insya-allah,sama-sama kita doakan agar ianya menjadi realiti.
semalam sempat jugak tengok ntv7 berkaitan isu ini..cuma tak pandai nak upload video tersebut kat sini..ada sesiapa yang boleh bantu??
Berikut dikongsikan berita berkaitan:

45 Kontraktor Projek 'Sakit' Kementeran Pelajaran Diberi Ingatan
Dikirim oleh Kyreel 03 Februari 2010 pada 1:57 AM

Sumber:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472756

BANGI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran Selasa mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraihitam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenaraihitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pulak, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.

Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Dis 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar.

-- BERNAMA

p.s: Cikgu bolehlah minta tukar ke SM BSP daripada sekarang...moga berjaya.insya-allah.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Matahati on February 03, 2010, 01:14:37 PM
(http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs189.snc3/19680_1080326703893_1698081549_157754_1466661_n.jpg)

(http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs169.snc3/19680_1080326663892_1698081549_157753_5705065_n.jpg)

Sy terjumpa gambar ni di FB Yb Johan Adun Semenyih.
Yg tinggi lampai berbaju merah tuu YB Johan dan berbaju putih tuu tak silap YB dari Serdang. Tidak kelihatan pula YB Bangi di dlm lawatan ini.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: daddyvw on February 03, 2010, 02:59:22 PM
Aku future YB Bangi yang pakai baju putih tak masuk dalam gambar tu... pasal aku jalan laju sangat kat depan... ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on February 03, 2010, 03:34:33 PM
Mungkin YB Bangi tidak dijemput sebab bukan projek bawah PR.

(http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs189.snc3/19680_1080326703893_1698081549_157754_1466661_n.jpg)

(http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs169.snc3/19680_1080326663892_1698081549_157753_5705065_n.jpg)

Sy terjumpa gambar ni di FB Yb Johan Adun Semenyih.
Yg tinggi lampai berbaju merah tuu YB Johan dan berbaju putih tuu tak silap YB dari Serdang. Tidak kelihatan pula YB Bangi di dlm lawatan ini.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Di Bahas di Parlimen
Post by: Matahati on March 23, 2010, 05:11:47 PM
YB Nasharuddin Mat Isa sedang membahaskan isu pelajaran di parlimen petang ini.

Antara isu yg di highlight kan ttg projek sekolah di BSP yg terbengkalai.

Nama BSP & BBM dua tiga kali di sebut.

Live parlimen sini http://www.tvselangor.com/live/channel1/ (http://www.tvselangor.com/live/channel1/)
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: akula on March 23, 2010, 05:33:18 PM
nie untungnya ada MP yg beli rumah kat sini... sampai jugak suara hati penduduk disini ke parlimen
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on March 23, 2010, 05:37:19 PM
Lenkali kita undi MP yg ada rumah kat sini lagik. Camni la bagus.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Giemns on March 23, 2010, 10:15:49 PM
Bulan mac dah hampir ke penghujungnya tapi sek menengah tu masih kaku seperti dulu! kalau x silap, kontrak baru akan bermula bulan Mac!!
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Naim on March 24, 2010, 09:54:29 PM
Betullah dalam dua minggu lepas saya jenguk rumah ... tengok sekolah tak berusik pun lagi!!!
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: BSP on March 26, 2010, 11:52:29 AM
Ada sesiapa boleh kasi laporan terkini... ;) :o 8) ??? ???
salam
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on March 26, 2010, 08:32:48 PM
siaran tergendala... tiada laporan...hahaha
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: aseela on March 26, 2010, 08:35:13 PM
dari pemerhatian..tiada kerja2 pembinaan di lakukan..tapi ada guard kat guard hse depan sekolah..sekian..heheheh
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: daddyvw on March 26, 2010, 09:56:37 PM
dari pemerhatian..tiada kerja2 pembinaan di lakukan..tapi ada guard kat guard hse depan sekolah..sekian..heheheh

kalau tak der guard kang hilang pulak bahan binaan... semua jadi duit tu... ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: HamdanMYVI on March 26, 2010, 10:37:05 PM
Projek bagi kontraktor [email protected] memang terbengkalai le.... kontrak atas angin... masuk angin keluar asap....
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on March 27, 2010, 08:29:11 AM
HamdanMYVI, Need to open mind a bit la.... Jom gi BBQ PMC. Bayar on the spot pun takpe.  ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Naim on March 28, 2010, 02:35:35 PM
Tolonglah siapkan sekolah tuh! TOLONGLAH!!!!
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on March 29, 2010, 01:51:01 PM
Rasanya persatuan penduduk dah cuba usahakan ... skr terletak di tangan kementerian.
Kena push kementerian

Tolonglah siapkan sekolah tuh! TOLONGLAH!!!!
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: aseela on March 29, 2010, 02:29:38 PM
Projek bagi kontraktor [email protected] memang terbengkalai le.... kontrak atas angin... masuk angin keluar asap....

projek SKBSP, stop jap..tapi sambung balik on time...projek SRABSP, memang on time dan...akan datang, klinik kesihatan BSP pon laju dah hampir siap wp tarikh operasi nyer 2011. patut contohi kementerian kesihatan...pemantauan progres projek yang berkesan
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on March 29, 2010, 02:32:37 PM
Kementerian kesihatan dipantau oleh JKR rasanya. Kementerian Pelajaran ada yg JKR pantau, ada yg dia pantau sendiri.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Wazzatldmuchampions on March 29, 2010, 02:35:48 PM
HamdanMYVI, Need to open mind a bit la.... Jom gi BBQ PMC. Bayar on the spot pun takpe.  ;D

inilah masalahnya...banyak menuduh dari memberikan fakta yg tepat....hai la belalang....
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Scale Ruler on September 27, 2010, 12:38:02 PM
Kementerian Kesihatan adalah clien...yang pantau JKR. Tapi yang buat keje kontraktor. Terasa juga geng kalau orang salahkan JKR. Padahal dah abis beri nasihat & cadangan...tapi kontraktor yang degil nih payah..mahu cakap.Bukan senang mahu terminate kontraktor ni...Kena projek yang kontraktor bagus..projek bukan setakat ikut jadual tapi mendahului jadual...
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: jabbar4aiman on September 27, 2010, 05:04:11 PM
HamdanMYVI, Need to open mind a bit la.... Jom gi BBQ PMC. Bayar on the spot pun takpe.  ;D

inilah masalahnya...banyak menuduh dari memberikan fakta yg tepat....hai la belalang....

Bak kata Timbalan PM - "Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran," katanya. “Lim Kit Siang tolonglah, fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa,”

Semua perkara melibatkan "Kerajaan" ada peraturan, ada prosedur, ada proses yang perlu berjalan seperti termaktub dalam Arahan Tetap Kerajaan (General Order) dan Pekeliling Kementerian Kewangan (MOF Circular) dan bukan sahaja perlu mengikut Undang-undang Malaysia. Tapi rasanya ramai yang dah faham tentang Chain of Command dan Limitations of Power.. cuma saje buat-buat tak faham kot..

 ;) My 2-cents
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on September 28, 2010, 01:13:21 PM
Mungkin chain of order tu kena ditukar... buat chain of order yg baru

Kenapa melibatkan sekolah lambat siap... katanya sebab kementerian pelajaran yg buat
Tapi klinik kesihatan boleh pula siap cepat... katanya sebab jkr yg buat....

Sebagai org yg tak tahu prosedur kerajaan, nampak macam ada yg tak kena dengan pembinaan sekolah. Dan yg menyedihkan, banyak projek sebegini yg kita dengar.

Post by: Wazzatldmuchampions on September 28, 2010, 01:37:22 PM

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on September 28, 2010, 01:46:51 PM
Saya ada suarakan dalam mesyuarat kat sekolah tapi nampaknya tiada jawapan positif.
Saya masih ingat masa nak minta sekolah tu dulu, penduduk BSP tak cukup lagi. So gabung dgn BM... tup2 bila dah siap BM di anak tirikan... memang tak patut.

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: AZYANI on September 30, 2010, 11:48:58 AM
hye....salam perkenalan dari saya..azyani..
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: AZYANI on September 30, 2010, 11:51:22 AM
hye..salam perkenalan....dari azyani
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Scale Ruler on September 30, 2010, 03:31:39 PM
Saya ada suarakan dalam mesyuarat kat sekolah tapi nampaknya tiada jawapan positif.
Saya masih ingat masa nak minta sekolah tu dulu, penduduk BSP tak cukup lagi. So gabung dgn BM... tup2 bila dah siap BM di anak tirikan... memang tak patut.

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%

Lari tajuk ni bro...saya ingat kasi settle sekolah menengah dululah..Tengok keadaan status cam tak gerak2 je progress dia.Dengar citer lagi 27% nak siap...kira-kira ada lagi RM5,400,000.00 baki kerja.Tapi kawan rasa cam banyak lagi jer.Persatuan Penduduk cuba ler hantar surat kat Kementerian Pelajaran tanya status dan hasrat semua penduduk sekitar.Kasi tekanan pada kontraktor.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on September 30, 2010, 04:07:35 PM

Lari tajuk ni bro...saya ingat kasi settle sekolah menengah dululah..Tengok keadaan status cam tak gerak2 je progress dia.Dengar citer lagi 27% nak siap...kira-kira ada lagi RM5,400,000.00 baki kerja.

saya sokong 100% utk buat desakan agar dicepatkan proses pembinaan SMBSP.
lagipun janji Tmbalan Menteri pelajaran, tahun depan (2011) SMBSP dah boleh diguna.
Dikongsikan berita yang berkaitan...

Boleh diguna tahun depan
04/02/2010
Oleh ROSLAH OTHMAN
[email protected]
SEbahagian besar daripada projek sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi, sudah disiapkan dan bakinya dijangka disiapkan pada Oktober ini selepas kontraktor baru dilantik oleh Kementerian Pelajaran.

BANGI 3 Feb. – Boleh digunakan pada sesi persekolahan tahun depan. Itu janji Kementerian Pelajaran kepada ibu bapa di Bandar Seri Putra dekat sini terhadap projek sekolah menengah di kawasan itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.

Ini bermakna penantian mereka untuk menghantar anak-anak di sekolah yang dekat dengan rumah bakal berakhir dengan bermulanya kerja-kerja menyiapkan sekolah itu pada awal Mac ini.

Lebih menarik, khabar gembira itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi yang melawat projek berkenaan semalam.

Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan sebenar sekolah yang terbengkalai itu, sekali gus menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.

Ia juga berikutan laporan Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai projek sekolah menengah di kawasan yang mempunyai kira-kira 60,000 penduduk itu terbengkalai berikutan kontraktornya dikatakan bankrap.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi; Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang; Sekolah Menengah Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih.

Ibu bapa juga terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan antara RM65 hingga RM70 sebulan untuk setiap anak mereka.

Apa yang dipersoalkan oleh ibu bapa bukan sahaja tentang kos tinggi yang terpaksa ditanggung mereka tetapi juga dari segi pembaziran masa dan tenaga oleh anak-anak mereka.

Bagi pelajar sesi pagi, mereka perlu keluar rumah seawal pukul 6 pagi ke sekolah dan hanya sampai ke rumah semula sekitar pukul 3 petang, jika tiada kegiatan kokurikulum.

Pembinaan projek sekolah berharga RM20 juta itu bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008. Ia mempunyai 36 bilik darjah dan mampu menampung kira-kira 1,100 pelajar.

Menurut Puad, projek itu akan dimulakan sejurus selepas kontraktor baru dilantik dan akan siap pada Oktober ini memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum disiapkan.

Sementara itu, penduduk yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana projek sekolah yang selama ini menjadi tanda tanya akhirnya akan disiapkan.

Lebih menggembirakan mereka ialah tindakan pantas Puad melawat projek itu dan berjanji ia akan disiapkan sebelum sesi persekolahan tahun depan.

Seorang bapa, Murad Adam, 41, menganggap kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran itu sebagai sesuatu yang amat dinantikan dan tanda keprihatinan kerajaan.

Dia yang tinggal di Bandar Seri Mahkota mengakui dengan siapnya sekolah berkenaan, masa dan kos yang selama ini ditanggung oleh ibu bapa di kawasan itu dapat dikurangkan.

“Memandangkan di kawasan tempat tinggal saya tidak ada sekolah menengah, sekolah inilah yang menjadi pilihan paling hampir,’’ ujarnya.

Bandar Seri Mahkota terletak bersebelahan Bandar Seri Putra.

Mohd. Nasir Abu Samah, 49, pula berkata, sebagai ibu bapa yang mempunyai dua anak yang bersekolah menengah, perkhabaran itu amat menggembirakan.

Bapa kepada enam orang anak ini mengakui akibat kegagalan sekolah menengah itu disiapkan, dia terpaksa menghantar kedua-dua anaknya bersekolah di Nilai, Negeri Sembilan.

“Dalam sebulan kos sebanyak RM135 dikeluarkan untuk pengangkutan sahaja, belum termasuk belanja sekolah anak-anak,’’ ujarnya yang mengakui tidak sabar-sabar menanti sekolah berkenaan disiapkan.

Bagi Zainal Zulkifli, 39, yang tinggal di Jalan 3/1, di sini yakin bebanan kerana terpaksa berulang alik menghantar anak sulungnya yang juga seorang pelajar khas bersekolah di Jalan Reko, Kajang setiap hari akan berkurangan.

Katanya, sebagai bapa, dia turut berasa kecewa dengan apa yang berlaku, namun tetap menganggap berita yang disampaikan Puad sebagai sesuatu yang amat menggembirakan.

“Saya benar-benar bersyukur kerana tanda tanya mengenai bila sekolah ini akan disiapkan sudah berakhir,’’ ujarnya yang juga menaruh harapan agar kelas pendidikan khas turut disediakan bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak sepertinya.

Sementara itu, Sobri Mokhtar, 42, yang tinggal di Apartmen Vista turut melahirkan rasa syukur kerana kerja-kerja menyiapkan sekolah tersebut akan dimulakan dalam waktu terdekat.

“Apa yang kami harapkan agar kerja-kerja akan disiapkan seperti yang dijanjikan dan tiada lagi masalah terbengkalai,’’ ujarnya yang mempunyai dua anak bersekolah menengah.

Dalam pada itu, Puad berkata, kes projek sekolah terbengkalai di negara ini tidak begitu serius kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang terlibat.

“Kita sudah menyiapkan sebanyak 324 projek mengikut jadual dan hanya 45 projek sahaja sakit. Enam daripadanya melibatkan sekolah rendah manakala 25 projek melibatkan sekolah menengah.

“Selebihnya melibatkan projek prasarana sekolah seperti kantin, dewan dan kuarters guru,’’ ujarnya.

Katanya, semua kontraktor yang terlibat dalam projek ‘sakit’ di bawah kementerian itu berdepan tindakan disenaraihitamkan jika gagal menyiapkan projek mereka.

Setakat ini, lima kontraktor sudah disenarai hitam termasuk kontraktor projek sekolah di Seri Putra itu manakala 23 lagi dalam proses dikenakan tindakan sama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm)
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Wazzatldmuchampions on September 30, 2010, 04:24:51 PM
Saya ada suarakan dalam mesyuarat kat sekolah tapi nampaknya tiada jawapan positif.
Saya masih ingat masa nak minta sekolah tu dulu, penduduk BSP tak cukup lagi. So gabung dgn BM... tup2 bila dah siap BM di anak tirikan... memang tak patut.

kawan malas dah bercerita banyak pasal sekolah ni........takut jadik cam sekolah rendah....mula-mula sakan bagai sokong penubuhan..isi survey tu survey ni.....lepas tu bila dah tersergam anak kawan gak kena tendang suka hati... ??? kalau ada usaha untuk naikkan sekolah di BBM kawan sanggup buat komitment 200%

Lari tajuk ni bro...saya ingat kasi settle sekolah menengah dululah..Tengok keadaan status cam tak gerak2 je progress dia.Dengar citer lagi 27% nak siap...kira-kira ada lagi RM5,400,000.00 baki kerja.Tapi kawan rasa cam banyak lagi jer.Persatuan Penduduk cuba ler hantar surat kat Kementerian Pelajaran tanya status dan hasrat semua penduduk sekitar.Kasi tekanan pada kontraktor.

semua org pun bukan posting ikut tajuk...... :D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Scale Ruler on September 30, 2010, 04:31:51 PM
Takpe..sinipun forum sembang2...Aiman tak kisah... ;D ;D Saja kasi hangat suasana..Orang kata X-Factor.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: daddyvw on October 01, 2010, 01:15:08 PM
Takpe..sinipun forum sembang2...Aiman tak kisah... ;D ;D Saja kasi hangat suasana..Orang kata X-Factor.

jangan XXX dah... ahaks... ;D ;D ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: jabbar4aiman on October 01, 2010, 05:11:26 PM
Mungkin chain of order tu kena ditukar... buat chain of order yg baru

Kenapa melibatkan sekolah lambat siap... katanya sebab kementerian pelajaran yg buat
Tapi klinik kesihatan boleh pula siap cepat... katanya sebab jkr yg buat....

Sebagai org yg tak tahu prosedur kerajaan, nampak macam ada yg tak kena dengan pembinaan sekolah. Dan yg menyedihkan, banyak projek sebegini yg kita dengar.
BOSS kepada SEMUA pegawai-pegawai di Jabatan Kerajaan adalah Ketua Setiausaha Negara. Nak tukar "chain of order" maksudnya kena la tukar KSN. Bukan boleh nak naikkan sapa2 saje jadi KSN, sebab tidak boleh melangkau tangga gaji untuk naik ke jawatan KSN (GRED UTAMA TURUS I - http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2007/07/Pengurusan_Tertinggi.pdf (http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2007/07/Pengurusan_Tertinggi.pdf)). Calon mesti dari kalangan GRED UTAMA TURUS II, kalau tak nanti biar sapa pon jadi PM akan dapati KSN tak berfungsi sebab pegawai bawahan tak respek. Silap-silap jentera kerajaan lebih slow atas sebab PROTES. Korang jangan plak lupa, CEUPACS pernah dengan berani ugut nak boikot Sambutan Hari Pekerja 2008..

Quote
Cuepacs ugut pulau acara k'jaanhttp://www1.malaysiakini.com/news/80789 (http://www1.malaysiakini.com/news/80789)
Apr 2, 08 6:36pm    

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan memboikot sambutan Hari Pekerja dan perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam bulan depan jika kerajaan gagal memberi kata putus terhadap lima tuntutan kesatuan itu, selewat-lewatnya pada 29 Mei.

Sambutan Hari Pekerja anjuran Kementerian Sumber Manusia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 3 Mei, manakala Hari Pekerja Sektor Awam disambut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei.

Bagaimanapun presidennya Omar Osman berkata Cuepacs akan menganjurkan sambutan Hari Pekerja berasingan di Johor Bahru pada 1 Mei yang dijangka dihadiri 1,000 wakil kesatuan dari seluruh negara...
Walaupun parti lain memerintah, pegawai di jabatan kerajaan masih lagi orang yang sama.. kalau pegawai bagus, urusan jabatan bagus.. tak de kena-mengena dengan parti memerintah..

My 2-cents  :-\
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on October 01, 2010, 05:42:55 PM
bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Post by: mossgenio on October 02, 2010, 12:04:54 AM
bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on October 02, 2010, 12:09:31 PM
pasti ada ruang untuk penambahbaikkan.

bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: jabbar4aiman on October 05, 2010, 05:00:45 PM
pasti ada ruang untuk penambahbaikkan.

bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.

Betul... Setuju.. Cuma untuk Pentadbiran Kerajaan, agensi dan pegawai-pegawainya lah yang buat keputusan tentang penambahbaikan sebab mereka yang kena buat kerja prosedur tu.. itu sebab banyak agensi kerajaan yang dah bergerak ke arah mencapai ISO 9001 / 9002. Cuma realitinya bila masuk ISO ni banyak dokumentasi/laporan yang perlu dibuat sehingga kadang-kadang mengurangkan masa pegawai tersebut untuk memberikan perkhidmatan optimum kepada rakyat. Tak semua orang sanggup balik rumah pukul 6:30 ptg hari-hari..

My 2-cents  ;)
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Scale Ruler on October 06, 2010, 09:40:40 AM
bukan tukar pegawai ...tapi prosedur

Tapi prosedur pemantauan dan tender sama aje. Cuma pemantau dan panel g berbeza. Camna tuh.

...Apa yg saya nampak semua prosedur tender melibatkan dasar.Perasan tak % yang diberikan untuk kuota bumiputera. Saya sebagai k'tgn bawahan ni faham kalau nak ubah prosedur penilaian tender dengan menaikkan lagi jumlah modal,jumlah kakitangan teknikal kontraktor,jumlah jentera kontraktor maka sudah tentu kurang projek yang terbengkalai dan banyak projek yang siap cepat.Alhamdulillah dan sudah tentu ramai yang suka. Tapi bila difikir2kan jika buat cam tu..maka yang kaya akan bertambah kaya dan yang baru nak belajar jangan haraplah nak masuk projek.Maka yang kaya tu sapa..?Renung-renungkanlah...

Nak salahkan pegawai pemantau tu rasanya tak patut. Dia orang semua ada kelayakan kawan...Ir..Ar...Sr...bukan senang nak dapat semua tu.Tapi fokusnya projek tu dpat kat kontraktor sapa...Kalau kontraktor cam..XXX..sampai berbuih mulut lar.Nak..nak...kalau jenis kontraktor 'Main Contractor' sub kan projek kat orang lain...lepas tu orang lain tu..sub lagi kat orang B..lepas tu orang B sub lagi kat orang C....Orang C sub lagi kat orang D...sampai kan modal nak buat bangunan pun tinggal jadi modal beli ikan kering..akhirnya projek tak siap.Last2 Pegawai Pemantau juga yang disalahkan.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on October 06, 2010, 11:03:28 AM
persoalannya kenapa projek kementerian pelajaran jer yg 'biasa' nampak sangkut... kementerian kesihatannya pun ok je siap? Why? Tell me why?
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: CaptRahman on October 06, 2010, 11:44:03 AM
persoalannya kenapa projek kementerian pelajaran jer yg 'biasa' nampak sangkut... kementerian kesihatannya pun ok je siap? Why? Tell me why?
Ada kena mengena dengan menteri nya ke? faboret word dia sekarang ni `kita boleh nilai lah'...
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Scale Ruler on October 06, 2010, 01:55:28 PM
persoalannya kenapa projek kementerian pelajaran jer yg 'biasa' nampak sangkut... kementerian kesihatannya pun ok je siap? Why? Tell me why?
Ada kena mengena dengan menteri nya ke? faboret word dia sekarang ni `kita boleh nilai lah'...

Spekulasi tu..he..he..he.. ;D ;D.Barang bukti...?? projek kementerian pelajaran jer yg 'biasa' nampak sangkut tu ...wallahualam.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: PrinceCharm on October 06, 2010, 02:24:49 PM
dari segi jumlah projek, sudah tentu projek buat sekolah paling byk..boleh dikatakan dlm beberapa kilometer radius, akan ada sekolah..so, kalu ada projek yg terbengkalai memang senang nampak sbb dekat dgn taman perumahan..untuk berlaku adil, cuba dapatkan fakta berapa projek terbengkalai dibahagikan dgn jum projek keseluruhan bwh kem pljrn..swasta pun ada projek terbengkalai jugak..tengok projek perumahan Lestari Puchong oleh [email protected]#$%..Dah ada buyer yg berbelas tahun byr kat bank tapi rumah tak siap gak..
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on October 06, 2010, 05:39:49 PM
tu yg saya kata... utk org kebanyakan kemudahan awam ni lah yg kita nampak dan perlukan. Bila lambat siap, terbengkalai dsb... ianya akan nampai ketara. Sebab tu saya kata macam 'biasa' sangkut... sebab saya sendiri tak ada statistik. Takat yg saya tahu SK-BSP dulu pun lewat... SM-BSP pun lewat juga. Kalau KPI org bawah gi bagi, mau sangkut...:)

Tapi tak dinafikan, pegawai2 yg dipertanggungjawabkan telah cuba sedaya upaya... cuma apa yg rakyat seperti saya nak, ianya diperbaiki dari masa ke semasa.

dari segi jumlah projek, sudah tentu projek buat sekolah paling byk..boleh dikatakan dlm beberapa kilometer radius, akan ada sekolah..so, kalu ada projek yg terbengkalai memang senang nampak sbb dekat dgn taman perumahan..untuk berlaku adil, cuba dapatkan fakta berapa projek terbengkalai dibahagikan dgn jum projek keseluruhan bwh kem pljrn..swasta pun ada projek terbengkalai jugak..tengok projek perumahan Lestari Puchong oleh [email protected]#$%..Dah ada buyer yg berbelas tahun byr kat bank tapi rumah tak siap gak..
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on October 06, 2010, 11:24:50 PM

Ha'a. Projek hospital (Kementerian Kesihatan) berapa banyak yg masuk paper sebab lambat? Yg kat Shah Alam tu dah siap ke? Stadium Sultan Mizan pun lambat jugak sampai runtuh pun. Airport extension kat terengganu sama. ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: terra2400 on October 07, 2010, 07:56:31 AM
Memang seronok bercerita keburukan, kelemahan dan kelewatan orang lain .......... sekali-sekali lihat dicermin dan nilai sendiri keburukan, kelemahan dan kelewatan bayangan yang tuan/puan nampak dicermin tu ..........  ;D ;D ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on October 07, 2010, 09:45:42 AM
Memang seronok bercerita keburukan, kelemahan dan kelewatan orang lain .......... sekali-sekali lihat dicermin dan nilai sendiri keburukan, kelemahan dan kelewatan bayangan yang tuan/puan nampak dicermin tu ..........  ;D ;D ;D
Ha'a. Bab komplem memang seronok.  ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on October 07, 2010, 12:33:20 PM
Maaf saya kurang setuju pandangan terra... komplen bukan bermakna nak jatuhkan sesuatu pihak.. komplen adalah untuk memperbaiki perkara yg kurang murni. Saya tetap bersyukur dgn apa yg ada. Biasa org putih kata... "Sentiasa ada bilik untuk penambahbaikan"... there are still room for improvment.

Kalau saya komen dan tak bagi solution atau mmg komen menjatuhkan... itu memang tidak adil. Tapi sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menjadi warga negara kelas pertama, kita kena bagi feedback pada agensi yg kita nampak kurang mantap. Barulah mereka tahu.. ooohhh... ini pandangan org bawah... oooo... ini idea yg menarik... ok... kita boleh belajar dari mereka dsb.

Perkara seperti ini pun dah dilakukan oleh PM kita... adakan FB untuk dengar pandangan org lain.

Dan saya tegaskan... kalau komen 'menyerang' dan konstruktif... saya sendiri tak suka... tapi komen membina yg kita perlukan untuk menuju ke wawasan 2020.

2sen saya

Memang seronok bercerita keburukan, kelemahan dan kelewatan orang lain .......... sekali-sekali lihat dicermin dan nilai sendiri keburukan, kelemahan dan kelewatan bayangan yang tuan/puan nampak dicermin tu ..........  ;D ;D ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on October 07, 2010, 12:51:59 PM
"Sentiasa ada bilik untuk penambahbaikan"... there are still room for improvment.

Translation yg menarik. Macam nak buat renovation rumah. Untuk menambahbaik.

Quote

Dan saya tegaskan... kalau komen 'menyerang' dan konstruktif... saya sendiri tak suka... tapi komen membina yg kita perlukan untuk menuju ke wawasan 2020.

Destruktif/distruptif kut?

Tapi lebih elok sampaikan ke saluran yg betul. Kalau kat sini takut tak sampai.  ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: namatakpenting on October 07, 2010, 01:58:46 PM
a'ah tersalah... nak sebut destruktif

"Sentiasa ada bilik untuk penambahbaikan"... there are still room for improvment.

Translation yg menarik. Macam nak buat renovation rumah. Untuk menambahbaik.

Quote

Dan saya tegaskan... kalau komen 'menyerang' dan konstruktif... saya sendiri tak suka... tapi komen membina yg kita perlukan untuk menuju ke wawasan 2020.

Destruktif/distruptif kut?

Tapi lebih elok sampaikan ke saluran yg betul. Kalau kat sini takut tak sampai.  ;D
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: terra2400 on October 07, 2010, 02:28:23 PM
.............sekali-sekali..........................  ;)
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: zul on October 07, 2010, 04:43:14 PM
terfikir juga apakah punca sebenar sehinggakan ada kelewatan didalam menyiapkan SMBSP
1.adakah kontraktor yang dilantik bagi menyambung kerja-kerja yang telah ditinggalkan oleh kontraktor lama ini pun menghadapi masalah yang sama iaitu kelewatan pembayaran "progress works" oleh pihak kerajaan?..
harapnya bukan itu punca kelewatan yang berlaku...

..apa-apa pun tindakan menegur perlu dibuat agar kelemahan yang berlaku dapat diatasi...rasanya kalau tak masuk akhbar, tak siapa pun tahu projek ini dapat tertangguh setahun lamanya...hinggakan Timbalan menteri pelajaran terpaksa turun padang ...alhamdullilah.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: Scale Ruler on October 08, 2010, 04:56:37 PM
terfikir juga apakah punca sebenar sehinggakan ada kelewatan didalam menyiapkan SMBSP
1.adakah kontraktor yang dilantik bagi menyambung kerja-kerja yang telah ditinggalkan oleh kontraktor lama ini pun menghadapi masalah yang sama iaitu kelewatan pembayaran "progress works" oleh pihak kerajaan?..

Selalu dengar reason cam ni bila kontraktor nak kena terminate. Kontraktor tak ikut spec.takkan nak bayar penuh.Kang tak pasal kena ngan bpr. Banyak sebab kalau nak kaji kenapa sesuatu projek tak bleh siap:-Antaranya
i)Kontraktor yang terlibat ngan politik banyak sangat.
ii)Kontraktor ali baba.
iii)Kontraktor ambil masa yang lama untuk cari supplier atau sub yang boleh bagi harga murah

Selalunya projek Kementerian Pendidikan ni projek reka dan bina.Design datang daripada kontraktor sendiri.Takkan dia tak boleh budget harga yang menguntungkan.
Title: Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
Post by: mossgenio on October 08, 2010, 06:00:45 PM
Sangat setuju ttg yg tak ikut spec tu. Takkan nak bayar kut. Tapi kalau tak bayar, org marah sebab projek lambat sebab lambat bayar. Jadi mangsa la pegawai tu.

Hakikatnya real life ini banyak cerita yg orang tak tau. Kalau nak politikkan, boleh aje ambil sebahagian dan ceritakan. Half truth. Cerita betul tapi separuh jalan. Memang tak tipu tapi tak cerita habis. Cerita pasir, cerita PKFZ, cerita pemilihan PKR. Semua politician pernah buat. Kalau tak pernah buat maka bukanlah politician namanya...  :P

Tapi tengok SMBSP tu memang ada org buat kerja la....  ;D