Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Pemaju & Hartanah => Topic started by: OffshoreMan on May 29, 2008, 10:20:08 PM

Title: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: OffshoreMan on May 29, 2008, 10:20:08 PM
Agak agak, 10 tahun lagi area Putra Mahkota ni akan jadi sibuk, banyak kereta, bising.. or mcm mana..?
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: frugalife on June 04, 2008, 10:23:32 AM
Agak agak, 10 tahun lagi area Putra Mahkota ni akan jadi sibuk, banyak kereta, bising.. or mcm mana..?

hopefully tenang dan hening lg.. hehe.
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: Azzraf on June 04, 2008, 01:09:24 PM
10 tahun lagi? Hmmm..

Sekarang nih boleh tahan lagi ler ketenangan yg dikecapi kat Putra Mahkota. Tahun2 akan datang, maybe akan bertambah busy disebabkan dah semakin ramai penduduk & bangunan2 komersil banyak dibuka. Lokasi Putra Mahkota pun mainkan peranan gak sbb dekat dgn Putrajaya/Cyberjaya/KLIA. Sekarang nih pun dah nampak macam sibuk sedikit coz orang ramai dah tau nak ikut shortcut ke Kajang/Bangi/Nilai3/Nilai dgn keluar ikut exit Putra Mahkota. Bila musim sekolah atau cuti2 am, terpaksa la beratur panjang depan tol exit Putra Mahkota :P

Kalau mengikut scale model pembangunan Bukit Mahkota kat pejabat Araprop (Menara Citibank) tu, ada tapak2 pembangunan khas spt Hypermarket, Terminal Bas dsb.. Tapi bila nak dibangunkan tu, tak tau ler pulak.

*~ Dulu biasanya kat area Putra Mahkota kalau cuaca dingin atau hujan sebelah malam, pagi2 subuh besoknya kalo bangun mesti berkabus tebal.. Rasa macam duduk kat Freaser Hill lak.. Tapi lately, dah tak nampak pun kabus mcm dulu2? Kalo ada pun kabus dah tak mcm dulu.. Hmmm.. :-\
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: stiletto on June 11, 2008, 03:38:21 PM
Dalam masa 10 tahun lagi???

Hmmm... harap2 ada masjid dan sekolah dibina kat BBM, hypermarket.... dan yg paling penting keselamatan dan ketenangan. Mungkin akan jadi macam Bandar Baru Bangi kot yg sungguh luas sekarang ni berbeza masa 20 tahun lepas? 
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: razi on June 11, 2008, 03:41:48 PM
10 tahun tu boleh tahan lama gak tu...

hopefully..tak la terlalu sibuk..rasa2nyer, jalan kat area seri putra especially kat area balai polis tu...akan jadi jalan utama nanti...kalau buat jalan sehala area tu ok gak..kurang skit lalu lintas....

-razi-
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: bangimen on June 24, 2008, 02:27:37 PM
Dah lebih 6 tahun saya tinggal di bandar seri putra. perbezaan? memang dah banyak perbezaan yang saya lihat dlm tempoh tersebut. bukit mahkota makin sibuk, awal2 saya tinggal jalan ke nilai 3 tu berdebu kalau panas kalau ujan pulak jangan lalu. pasal jalan pembinaan tahu saje le. seri putra pulak dari vista,seri mawar dan melati pada peringkat awal memang sunyi sepi. balik malam dari jalan2 huiii memang terasa gak seram gelappp. kenderaan pun tak banyak lalu lalang seperti sekarang kedai2 di seri putra pun 2-3 saja yang mula berniaga.cuaca memang confirm siang berangin kuat tak payah pasang kipas, malam pulak memang sejuk. Kalau pergi kebandar baru bangi atau kajang balik malam lalu hiway tak lalu dah jalan belakang keluar bangi lama tu. Tapi sekarang berbeza kenderaan makin banyak simpang 4 besar kita tu makin sibuk (eksiden pun banyak) student kuis (dulu kisdar) makin ramai, penduduk seri putra dan bukit mahkota pun bertambah.tapi seronok makin ramai jiran disekeliling. stesen minyak dah ada...sebelum ni kene pergi samada bbbangi ataupun nilai kalau nak isi minyak.banyak lagi kalau ikut nak diceritakan tapi insyAllah ada masa nanti saya tulis lagi.
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: mierock on June 25, 2008, 12:34:43 AM
masa rumah saya bermasalah dulu, kerap jumpa dengan gm ara prop. kalau ikut landbank bbm is about 2.5*bsp (bbm = 2.5*bsp). bila sembang lama lama, ara prop ada masalah cash flow sebab parents company bermasalah, i.e banyak hutang lapuk. jadi pembangunan agak slow. ara prop restratergized their business plan, tukar bungalow lot kepada terrace lot. they are playing wait and see game. when the time is right, they will construct shopping complex and bring parkson and giant ke bbm. masalahnya, banyak their plan tak menjadi, so rugi macam kat south city plaza. so takk dapat pusing modal. 

apa apa pun tunggu jalan siap. (baru naik sign board), maybe pas tu baru nampak rapid expension of bbm. but less green la.

bsp punya land bank dah nak habis. ada yang banyak diseberang highway. kalau tak silap land bank bsp antara 440 - 600 ekar. bbm 1300 ekar.
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: azmiM on June 25, 2008, 06:09:28 PM
10 tahun lagi?
rumah tol putra mahkota pasti kena extend untuk cater pertambahan traffic...
small medium industries di sebelah kandang lembu (tepi highway) pasti dah banyak naik...
kompleks sukan dah ada kot? (bandar baru bangi tunggu 22 tahun baru dapat)
kubur di belakang petronas seri putra mesti dah banyak dihuni...

 ;D ;D ;D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: jamaldmaz on June 26, 2008, 11:31:59 AM

Harapan atau angan2??

1. Tol sudah menjadi sejarah, dihapuskan terus....
2. Petrol pump terdapat didepan kedai runcit saja (seperti minyak tanah/api) sebab murah sangat.... sambil beli keperluan dapur sambil isi petrol (fuiyooo)
3. Penduduk BSP/BBM mencapai 5000 tetapi lalulintas tidak sesak kerana perancangan yang baik. Pusat komersial yang teratur, penduduk tidak tertumpu kpd satu2 pusat saja.... lalulintas keluar kawasan BSP/BBM tak sesak sebab semuanya shopping kat sini.
4. Laluan basikal diwujudkan.... senang hati mak bapak...
5. Kadar jenayah menurun dikawasan perumahan kerana tiada lagi rumah kongsi (tiada lagi kawasan yang sedang dibina).... errr...
6. Tiada lagi kebimbangan jika berlaku kebakaran kerana Balai Bomba BSP sudah wujud.... tak payah kelamkabut cari paip air sambil tunggu bomba sampai...
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: anna on December 11, 2008, 11:57:40 PM
Next 10 yrs? Sesak maaaaaaa  :-\
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: snakatak on December 15, 2008, 12:54:51 PM
Rega rumah makin mahalllllll....ooo :o
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: Sahabat on March 27, 2009, 05:27:38 PM
7 tahun lepas tkde traffic light kt simpang 4 tu...skrg dah ada.... ;D ;D ;D
 3 tahun lagi cukup 10 tahun duk sini tol kt depan tu dah tkde kot..... ::) ::) ::)
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: mossgenio on March 27, 2009, 09:30:05 PM
Kat BSP, dulu rumah teres seratus ribu lebih je. Yg terbaru ni dah mencapai tiga ratus ribu.
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: mImOsaPudiCa on April 14, 2009, 09:37:09 AM
7 tahun lepas tkde traffic light kt simpang 4 tu...skrg dah ada.... ;D ;D ;D
 3 tahun lagi cukup 10 tahun duk sini tol kt depan tu dah tkde kot..... ::) ::) ::)



tol kt depan2 mmg patut x de....kn janji PKR nk hapus kn tol klu dpt Selangor...x gitu? ;D ;D ;D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: Trojan5 on April 15, 2009, 12:36:46 PM
7 tahun lepas tkde traffic light kt simpang 4 tu...skrg dah ada.... ;D ;D ;D
 3 tahun lagi cukup 10 tahun duk sini tol kt depan tu dah tkde kot..... ::) ::) ::)



tol kt depan2 mmg patut x de....kn janji PKR nk hapus kn tol klu dpt Selangor...x gitu? ;D ;D ;D

Kesian plak staff PLUS nnt..... Klau dah tol xde... booth tu jual surat khabar la.... highway plak berlubang sana-sini.... yg PENTING...... lembu kat tepi highway... nnt masuk dalam highway plak....  :D :D :D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: Trojan5 on April 15, 2009, 12:39:23 PM

Harapan atau angan2??

1. Tol sudah menjadi sejarah, dihapuskan terus....
2. Petrol pump terdapat didepan kedai runcit saja (seperti minyak tanah/api) sebab murah sangat.... sambil beli keperluan dapur sambil isi petrol (fuiyooo)
3. Penduduk BSP/BBM mencapai 5000 tetapi lalulintas tidak sesak kerana perancangan yang baik. Pusat komersial yang teratur, penduduk tidak tertumpu kpd satu2 pusat saja.... lalulintas keluar kawasan BSP/BBM tak sesak sebab semuanya shopping kat sini.
4. Laluan basikal diwujudkan.... senang hati mak bapak...
5. Kadar jenayah menurun dikawasan perumahan kerana tiada lagi rumah kongsi (tiada lagi kawasan yang sedang dibina).... errr...
6. Tiada lagi kebimbangan jika berlaku kebakaran kerana Balai Bomba BSP sudah wujud.... tak payah kelamkabut cari paip air sambil tunggu bomba sampai...

 :D :D :D :D ;D ;D ;D :-X
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: sunny on April 15, 2009, 01:27:52 PM
yang positif aje yg aku cuba ramalkan
sebagai hub pendidikan dalam sedekad 2 lagi mungkin.
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: Wazzatldmuchampions on April 15, 2009, 02:37:28 PM


harap-harap aman dan tenteram cam sekarang.....
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: abba on February 11, 2010, 05:24:41 PM
makin sibuk,,,makin hapenning,,,hopefully sek men dah siap,,ada universiti,,TOL takde..hopefully Allah memanjangkan umur kita untuk 10 tahun akan datang...insyaallah! ;)
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: ayiesal on February 15, 2010, 11:16:33 AM
Mesti lagi membangun dan lagi sibuk. Silap2 lepas je pondok tol tu, dah jem sampai depan rumah... ish ish ish, mintak jauhhhhh  ;D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: daddyvw on February 15, 2010, 12:44:53 PM
reramai ler kita pegi kerja naik moto... kat China, pegi kerja naik beskal jer...  :P
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: ayiesal on February 15, 2010, 08:42:38 PM
ataupon, buleh juge car pool. Hehehehe... save duit minyak sikit.
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: daddyvw on February 15, 2010, 10:39:40 PM
teori car pool ni dah lama bro... tapi amat lah susah nak jumpanya...  ;D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: ayiesal on February 15, 2010, 10:55:54 PM
Oh ye ke... tertinggal kapal plak den  ::)

Emmm... komuter tak lalu plak sini ek. Hamba pon buntu memikirkan... chewahhh  ;D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: daddyvw on February 16, 2010, 02:00:03 AM
Oh ye ke... tertinggal kapal plak den  ::)

Emmm... komuter tak lalu plak sini ek. Hamba pon buntu memikirkan... chewahhh  ;D

komuter ada kat bangi lama...  ;D
Title: Re: Ramalan anda tentang Putra Mahkota 10 tahun lagi..?
Post by: sazzahan on October 04, 2011, 12:14:42 PM
7 tahun lepas tkde traffic light kt simpang 4 tu...skrg dah ada.... ;D ;D ;D
 3 tahun lagi cukup 10 tahun duk sini tol kt depan tu dah tkde kot..... ::) ::) ::)



tol kt depan2 mmg patut x de....kn janji PKR nk hapus kn tol klu dpt Selangor...x gitu? ;D ;D ;D

janji tinggal janji? herm....