Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Pendidikan => Topic started by: zul on November 23, 2010, 04:00:00 PM

Title: selamat menjalani SPM..semoga berjaya.
Post by: zul on November 23, 2010, 04:00:00 PM

Utama Berita Kolum Surat Video Voize Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah Pekerjaan Pelancongan Juadah Saham Pendidikan
Lebih setengah juta calon duduki SPM, STPM
Nov 23, 10 12:59pm
Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.

Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan.

Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.

Majlis Peperiksaan Malaysia telah membuka bilik gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666/61303606/61352035/61352390/61352316.

Bilik gerakan itu beroperasi dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang dari Isnin hingga Jumaat.