Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Pendidikan => Topic started by: Matahati on May 03, 2011, 11:48:33 AM

Title: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Matahati on May 03, 2011, 11:48:33 AM
Sy ingin mendapatkan pandangan dari warga forum yg mana lebih baik bagi pelajar lepasan SPM samada membuat program Matrikulasi atau mengambil Diploma dahulu?

Bagi program matrik, tempoh program selama setahun (bagi jurusan bukan sains). Dan jika berjaya dgn markah yg baik akan melayakan diri utk keperingkat ijazah pula.

Bagi peringkat diploma, masa yg diambil utk mendapatkan diploma selama 3 tahun. Selepas itu sambung ke peringkat ijazah.

Dari segi masa, program matrik lebih pantas utk mendapatkan ijazah berbanding program diploma. Tapi ada pro & kontra di antara kedua program ini.

Sila kongsi kan pandangan dan pengalaman tuan/puan utk informasi bersama.
Title: Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
Post by: fieza on May 03, 2011, 11:53:20 AM
Ya saya pun kebinggungan tentang yang mana lebih baik Matrikulasi atau Diploma.  Apa yang Matahahari maklumkan, samalah seperti yang saya tahu.  Orang kata lebih baik pergi Matrikulasi sebab kalau result bagus boleh terus sambung Degree tapi mcm mana kalau keputusan tak bagus? kena sambung ambil Diploma ke?

Dari segi masa orang kata Matrikulasi lagi bagus.  saya juga inginkan pandangan orang yang lebih arif tentang ini.
Title: Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
Post by: blaze270284 on May 03, 2011, 12:32:55 PM
Saya merupakan seorang bekas pelajar form 6 dahulu. (macam tak ada kaitan jer). but in my humble opinion, ikut kebolehan masing-masing. if you can cope with matrikulasi- maksudnya boleh belajar cepat and catch up matapelajaran dalam masa setahun setengah, then go matrik. kalau anda memang tak confident sangat nak belajar cepat and pantas, go to diploma, takes longer but at the end kalau berjaya dapat diploma, you dah boleh apply for a job dengan gaji diploma. kalau matrik, with results yang kurang memberangsangkan, tak dapat pulak sambung kat ipta, you nak apply for job kena guna result spm. Kalau ada belajar diploma, at least dah tahu selok belok U.

Last but not least - ikut kepada kemampuan dan kemahuan anda. Sekiranya anda memang boleh and yakin akan score with flying colours di matriks, pergila matriks. kalau anda nak lebih secure and slower pace, pergilah diploma..
Title: Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
Post by: WIN on May 03, 2011, 01:52:10 PM
Saya pilih diploma sebab kalau masa diploma dpt result amat bgs, blh terus mohon buat degree. Kl krg bagus, mohon kerja dgn gaji diploma. Lps bbrp thn keja n ada duit, sambung buat degree pulak[kelas malam/hjg minggu].
Title: Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
Post by: terra2400 on May 03, 2011, 02:38:50 PM

1. Tempuh makrikulasi KPM 1 tahun dan 2 tahun (sebahagian kecil saja) untuk semua jurusan sains, teknikal dan akaun
2. Sijil maktrikulasi tiada nilai pekerjaan, hanya untuk selection masuk IPTA, 1st degree 3 hingga 4 tahun kecuali perubatan dll 5 tahun.
3. Diploma ada nilai kerja, kalau sambung 1st degree 2 hingga 3 tahun. Pemilik diploma memang ramai (IPTA, IPTS, Politeknik, IKM, ILP, dll), nak sambung 1st degree kena bersaing.

Diploma UiTM terbaik kerana boleh terus sambung 1st degree, tambah 2 tahun
Diploma Politeknik/IPTA lain sambung 1st degree kena tambah 3 tahun (rugi umur setahun)
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: mImOsaPudiCa on May 03, 2011, 02:48:40 PM
setuju ngn Terra.... dlu pn sy wt diploma dlu(sbb silap isi borg)..... sib baik msa zmn sy dlu, itm bkn bwh UPU, so sangkut gk la itm... next year sy try apply matrikulasi..alhamdulillah dpt (sj test market... ;D)... tp, sy x g pn... lecturer sy nasihatkn sma cm terra kata...so, sy trs kn dg diploma... abis dploma, sy kje jap...x smpi stahun smbg degre....klu ade rezki thn ni, smbg master lak...  ;)
jauh skt la pjalann sy.... tp, seronok... study..kje..study...kje...  ;D ;D

p/s: klu nk sng, amik diploma kt itm, lecturer baik hati.... nk mcabar,amik degre kt UM(m'sia)..ni pengalaman sy ler...  ;)

Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Norfeal1980 on May 03, 2011, 03:08:33 PM
Matrikulasi - Kalau lulus terus ambil degree .... Kalau gagal, sijil matrik x laku di pasaran pekerjaan. Nak gak study kene mula dgn diploma dulu .... Lulus Diploma leh naik Degree  ;D ;D ;D

Diploma - Kalau lulus terus ambil degree (jam kredit dikurangkan sbb dah ade basic) .... Kalau gagal, diploma x dapat.... Kalau nak cari keje kena pakai sijil SPM  ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: terra2400 on May 03, 2011, 03:40:57 PM
Mulakan dengan tekad masuk matrik atau diploma untuk berjaya....

Matrik kalau gagal 'recovery period' satu tahun atau setengah tahun (satu sem), cepat-cepat tukar haluan ke diploma.

Diploma kalau gagal pada sem 4 atau ke sem 5 (kerana putus cinta!), rugi 2 atau 2 1/2 tahun, tukar haluan ke diploma atau sijil di IPT lain......mulakan semula...

 ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: jabbar4aiman on May 03, 2011, 04:13:08 PM
Matrikulasi - Kalau lulus terus ambil degree .... Kalau gagal, sijil matrik x laku di pasaran pekerjaan. Nak gak study kene mula dgn diploma dulu .... Lulus Diploma leh naik Degree  ;D ;D ;D

Diploma - Kalau lulus terus ambil degree (jam kredit dikurangkan sbb dah ade basic) .... Kalau gagal, diploma x dapat.... Kalau nak cari keje kena pakai sijil SPM  ;D ;D ;D

Tambah sket.. untuk Matrikulasi dapat CGPA atas 2.0 baru layak apply program degree.. untuk nak dapat pilihan program degree yang dikehendaki kena la CGPA atas 3.5 (masuk Dean's List time saya dulu)...

Program Matrikulasi ade risiko tak dapat program degree pilihan yang diisi dalam borang disebabkan faktor-faktor CGPA atau program penuh/terlebih calon mintak.. so, sebenarnya memang risky la dalam keadaan sekarang kalo setakat result SPM suam-suam kuku nak join program matrikulasi kena la pikior lima-nam kali..

Saje nak share, 2 minggu lepas saya temankan anak dara abang sulung interview Program Pendidikan Bahasa Arab di IPG Kampus Pendidikan Islam di Bdr Baru Bangi.. ade budak yang satu sesi interview dengan niece saya tu result SPM straight A's (10A).. kate lecturer kat situ, tahun ni ramai budak result SPM 7A, 8A mohon jadi Guru.. tempat ade kurang 4,000 tapi yang mohon lebih 14,000.
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Chakhedik on May 03, 2011, 06:01:18 PM
Cubalah ambil matrikulasi, pada sy jimat umur juga penting zaman sekarang ni...umo 22 dah boleh cari keja dgn degree...ada baki 8 tahun untuk mencari segala2nya...by 30 dh boleh rileks...by 40 tunggu nak handle apa penyakit yg datang dah  :)
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: ayiesal on May 04, 2011, 12:16:08 AM
Diploma:
 - Habis belajar (2-3 tahun) dah boleh keje guna gaji diploma  :)
 - Sambung ke degree (2-2.5 tahun sbb ada pengecualian kursus)  :)
 - Kalau result first year bagus, boleh convert terus ke degree (3-4 tahun habis degree)  :)
 - result agak kurang memberangsangkan, keje dulu carik pengalaman sebelum sambung degree   :)
 - result sangat kurang memberangsangkan, kerje guna sijil SPM  :(

Matrikulasi:
 - Akan sambung degree sekiranya lulus dlm tempoh 1-2 tahun  :)
 - Degree 3 tahun (tiada pengecualian kursus)  :(
 - result agak kurang memberangsangkan, sambung program degree yang tak berapa minat  :(
 - result sangat kurang memberangsangkan, kerje guna sijil SPM  :(
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Suffian on May 04, 2011, 08:14:57 AM
Ambil matrikulasi setahun... dan degree 3 tahun. Pada usia 22 tahun dah boleh mintak kerja dengan gaji degree. Nak sambung master lepas tu pun boleh. Ramai pemegang PhD sekarang usia bawah 30an dan mengajar abang2 dan kakak2....  :D Kita rancang yang terbaik, doa yang terbaik dan Insya Allah dapat hasil yang terbaik (untuk kita).
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: fieza on May 04, 2011, 10:28:26 AM
Saya berfikiran sama dengan Suffian & Chakhedik.. kita rancang yang terbaik dan doa yang terbaik dan buat yang terbaik..insyallah.  Jika kita nekad dan berusaha insyallah.  Mcm Suffian ckp paa usia 22 tahun dah boleh minta kerja dengan gaji degree.. kekadang lepasan diploma kalau dah kerja ada juga yang dah malas nak sambung belajar rasanya lebih baik habiskan sampai Degree baru bekerja.  Itu pandangan saya.  Insyallah.
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Matahati on May 04, 2011, 01:52:04 PM
Terima kasih kpd forumer yg memberi pandangan dan input kpd thread ini. Semoga pandangan dan pengalaman anda dpt memberi sedikit idea dan pencerahan kpd pelajar2 (jika ada yg terbaca forum ini) dan juga ibubapa dlm membuat keputusan utk anak2 mereka.

Jika dibaca secara keseluruhan pendapat, sy rasa ia lebih memihak kpd program Diploma dari Matrik.

Dari pembacaan sy, sy tambah sikit info dan pendapat yg sy dpt dari forum2 yg ada berkaitan dgn tajuk thread :

Matrikulasi
- Jangkamasa program, 1 thn utk perakaunan dan 2 thn utk sains. Utk jurusan teknikal sy tak pasti.
- Proses pembelajaran yg agak ketat dan padat.
- Utk jurusan perakaunan keputusan mesti 2.0 utk terus ke semester seterusnya dan utk sambung buat degree.
- Semester akhir mesti score CGPA 3.5 ke atas (mcm komen tuan Jabar), jika tak dpt 3.5 ke atas, harapan nak dpt jurusan yg di pilih mmg sukar.
- Utk jurusan Sains, jika keputusan dibawah 1.5, semester pertama lagi akan di berhentikan.
-  Semua pelajar Matrik diberikan elaun se banyak RM2500 setahun ( Ini yg best!  ;D)

Syarat2 utk kekal di semester :
Jurusan Sains : http://www.kmpp.matrik.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=227:apakah-syarat-yang-harus-dipenuhi-untuk-naik-ke-semester-ke-2-program-pdt&catid=31:soalanumum&Itemid=41 (http://www.kmpp.matrik.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=227:apakah-syarat-yang-harus-dipenuhi-untuk-naik-ke-semester-ke-2-program-pdt&catid=31:soalanumum&Itemid=41)

Jurusan Perakaunan : http://www.kmpp.matrik.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153:berapa-lamakah-tempoh-pembelajaran-program-di-matrikulasi&catid=31:soalanumum&Itemid=41 (http://www.kmpp.matrik.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153:berapa-lamakah-tempoh-pembelajaran-program-di-matrikulasi&catid=31:soalanumum&Itemid=41)

Diploma
- Jangkamasa 3 tahun.
- Proses pembelajaran tak sepadat matrik krn jangkamasa panjang utk dpt kan diploma.
- Proses pembelajaran lebih khusus. Ada teori & amali.
- Selepas diploma pelajar berpeluang memilih bidang lain utk peringkat degree. Ada dua kelulusan ( contoh : masa diploma ambil marketing dan masa degree ambil accounting)
- Boleh terus berkerja slps diploma dan sambung belajar sambil berkerja.
- Slps tamat degree, pelajar boleh gunakan diploma utk mohon kerja jika tiada kekosongan utk kelulusan degree.

Inilah serba sedikit info yg sy baca.

Spt kata tuan terra dan juga adik sy yg telah melalui proses diatas, tak kira samada matrik atau diploma, tanamkan tekad...belajar utk berjaya!
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: orang bangi on January 26, 2012, 03:45:12 PM
ok apa matrikulasi...setahun jer...
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: sazzahan on January 29, 2012, 04:32:32 PM
yg pasti diploma lebih baik drpd stpm. sekian  ;D ;D ;D

den pilih diploma drpd matrik  ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: my on January 29, 2012, 04:39:42 PM
yg pasti diploma lebih baik drpd stpm. sekian  ;D ;D ;D

den pilih diploma drpd matrik  ;D

yeah... ;D ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Matahati on January 29, 2012, 07:26:16 PM
yg pasti diploma lebih baik drpd stpm. sekian  ;D ;D ;D

den pilih diploma drpd matrik  ;D

Thread ini sy bukak utk mendapat pandangan yg mana lebih baik diantara keduanya sblm anak sy membuat pilihan. Kedua-dua nya ada pro & kontra.

Akhirnya setelah berbincang....anak sy membuat pilihan utk membuat diploma. Alasannya....kos yg ditawarkan di peringkat diploma  mmg kos pilihannya dan dari semester pertama lagi dia dah boleh fokus pada minatnya.

Jika matrik...selepas setahun baru dia akan tahu bidang mana yg akan di tujuinya...itu pun bergantung kpd pointernya. Jika pointer kurang dari 3.5...kebarangkalian dia utk mendapat kos pilihan mmg tiada.
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Tetikus Hensem on January 30, 2012, 12:07:47 AM
Akhirnya setelah berbincang....anak sy membuat pilihan utk membuat diploma.
Setuju, pilihan yg bijak ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: mRs.jeli on January 30, 2012, 08:35:27 AM
tepat sekali..... :D
semoga ank anda berjaya dlm bidang yg diceburi

saye dulu pn amek advance diploma, alhamdulillah skg
da berjaye berdikari&bantu keluarga :D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: daddyvw on January 30, 2012, 01:53:20 PM
tepat sekali..... :D
semoga ank anda berjaya dlm bidang yg diceburi

saye dulu pn amek advance diploma, alhamdulillah skg
da berjaye berdikari&bantu keluarga :D

teruskan ler ke degree plak... nanti boleh berdikari membantu suami sekali...  ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: WIN on January 30, 2012, 01:58:42 PM
Advance diploma=degree kan?...
tepat sekali..... :D
semoga ank anda berjaya dlm bidang yg diceburi

saye dulu pn amek advance diploma, alhamdulillah skg
da berjaye berdikari&bantu keluarga :D

teruskan ler ke degree plak... nanti boleh berdikari membantu suami sekali...  ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: daddyvw on January 30, 2012, 02:05:17 PM
Advance diploma=degree kan?...
tepat sekali..... :D
semoga ank anda berjaya dlm bidang yg diceburi

saye dulu pn amek advance diploma, alhamdulillah skg
da berjaye berdikari&bantu keluarga :D

teruskan ler ke degree plak... nanti boleh berdikari membantu suami sekali...  ;D ;D ;D

belum lagi... advance = pinjam duit dulu... cukup bulan bayar ler...  ::) ::) ::) MuaHaHaHa... :D :D :D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: mRs.jeli on January 30, 2012, 02:16:24 PM
dd ngok ngek! :P ::)  ;D

win: advnce dip bwh dgree tp ats dip bese, special case gtu :D,
mls lah nk smbung dgree, hold dlu, sb gaji skg da ok,nk focus kt kje n family dlu,
insyaallah bile ank2 da besar baru cntinue lik kot,otw... ;D  ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Mal75 on January 30, 2012, 02:22:07 PM
diploma definetely ataupun A-level terus.
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: my on January 30, 2012, 02:22:49 PM
dd ngok ngek! :P ::)  ;D

win: advnce dip bwh dgree tp ats dip bese, special case gtu :D,
mls lah nk smbung dgree, hold dlu, sb gaji skg da ok,nk focus kt kje n family dlu,
insyaallah bile ank2 da besar baru cntinue lik kot,otw... ;D  ;D

hampir samo... ;D ;D ;D ;D
advance diploma Uitm kuar kan, U lain takdo ghaso ehh...U lain kuar kan degree.. ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: Matahati on January 30, 2012, 02:29:08 PM
dd ngok ngek! :P ::)  ;D

win: advnce dip bwh dgree tp ats dip bese, special case gtu :D,
mls lah nk smbung dgree, hold dlu, sb gaji skg da ok,nk focus kt kje n family dlu,
insyaallah bile ank2 da besar baru cntinue lik kot,otw... ;D  ;D

hampir samo... ;D ;D ;D ;D
advance diploma Uitm kuar kan, U lain takdo ghaso ehh...U lain kuar kan degree.. ;D ;D ;D

Sebelum UiTM naik taraf ke U (dulu ITM)...selepas diploma di panggil 'advance diploma'. Skg dah takde lagi advance...terus ke degree.
Advance diploma tuu sama taraf dgn degree di Uitm.
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: my on January 30, 2012, 02:33:03 PM

boto tu bang... ;D ;D ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: mImOsaPudiCa on January 30, 2012, 02:34:29 PM
dlu sy dpt dua2.... sy pilih diploma...
msa sambung degre plk, klu result 1st year x elok, x leh amik cos yg kita minat... nk x nk, kne amik cos yg bese2 jer...dgn kta mudah, cos yg menawarkan paper yg mudah2(score)...  ;D
msa wt degre dlu 1 paper pn sy x leh transfr kredit... mmber2 dr cos yg sma ngn sy msa dploma, pastu smbung kt UPM, senang2 jer transfer kredit... kesimpulannya, klu nk sng hidup, pas diploma nnt, smbung kt UPM...  ;)
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: sazzahan on February 13, 2012, 10:38:21 PM
dd ngok ngek! :P ::)  ;D

win: advnce dip bwh dgree tp ats dip bese, special case gtu :D,
mls lah nk smbung dgree, hold dlu, sb gaji skg da ok,nk focus kt kje n family dlu,
insyaallah bile ank2 da besar baru cntinue lik kot,otw... ;D  ;D

hampir samo... ;D ;D ;D ;D
advance diploma Uitm kuar kan, U lain takdo ghaso ehh...U lain kuar kan degree.. ;D ;D ;D

advance diploma tu mcm degree tapi xdo honours  ;D ;D
Title: Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
Post by: matkarier on October 22, 2017, 12:59:09 PM
Assalamualaikum,

Kami menawarkan pelbagai kursus yang menarik dan relevan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM atau diploma yang ingin melajutkan pelajaran di peringkat universiti, termasuklah program perantis Hospitaliti terbaik yang menawarkan peluang kerja di luar negara.

Program Perantis Hospitaliti Vatel -

Ada juga disediakan biasiswa yg berjumlah RM20 juta untuk yang layak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Nizam 011-2806 3089 (WhatsApp / sms / call).

Boleh juga layari https://matkarier.wixsite.com/lepasansekolah (https://matkarier.wixsite.com/lepasansekolah) atau https://www.facebook.com/MatKarier.