Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Pendidikan => KUIS => Topic started by: putera on November 03, 2011, 11:56:17 AM

Title: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: putera on November 03, 2011, 11:56:17 AM

 Siti Rozana Kassim
12:06AM Okt 31, 2011 -
Dipetik dari Malaysiakini.com

Saya merupakan ibu kepada seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Anak saya kini beliau berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di kolej tersebut.


Saya pada awalnya amat senang hati apabila menghantar anak melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut.

Saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa dan persekitaran budaya Islam yang amat baik, tambahan pula anak saya mengambil jurusan pengajian Islam.

Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak dan keluarga saya apabila dia banyak mengadu mengenai masalah besar yang dihadapinya dan rakan-rakan, antaranya:


1.Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS dan landskap taman. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak dilakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem internet tanpa wayar dan sebagainya.


2.Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh,pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang akan mendapat RM8,000 sebagai bantuan daripada PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar RM6,850.20. Jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat RM1,149.80). Tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1,000 hingga RM1,050 sahaja. Ini mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut disalurkan?


3.Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa pelajar ‘mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.


4.Ada beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil, namun disenaraikan dalam yuran. Akibatnya, pelajar terpaksa membuang mata pelajaran tersebut dan yurannya tetap perlu dijelaskan.

D
Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) yang gagal menyelesaikan permasalahan dihadapi anak saya walaupun dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang dan pelajar kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi.

Harapan saya supaya pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya.
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: CaptRahman on November 03, 2011, 12:00:44 PM
Minta pihak KUIS sudi memberi maklum balas..
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: my on November 03, 2011, 12:47:07 PM

iyo la..kono baie penorangan sikit...sian bonar den tgok..byk yuran eh...kalu UiTm tak beghapo byk .. ;D ;D
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: Tetikus Hensem on November 03, 2011, 01:49:59 PM
kalu UiTm tak beghapo byk ..
UiTM IPTA, KUIS IPTS. Memang ler banyak beza... :)
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: sazzahan on November 03, 2011, 02:56:10 PM
buat aduan ke surat khabar jer. gerenti x sampai seminggu dah ada jawapan.  ;D
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: mossgenio on November 04, 2011, 08:14:41 PM
Takder respond. Internet tanpa wayar kat sana belum sempat upgrade lagik...  ;D
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: jebateja on November 05, 2011, 05:26:19 AM
Uikkkk...kalau benar bagai dikata....kena ambil tindakan ni....tak kan institusi berteras agama buat hal macam ni....tak baik ooooo....patutnya pemudahkan nya....
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: mierock on November 05, 2011, 07:01:08 PM
yuran ukm pun naik harga. upm naik sikit. pelajar luar semua ke upm. semua tempat ipt naik harga. sikit banyak aja yang membezakan, tapi rata rata memang naik harga. imho, tiada kaitan dengan sapa perintah negeri selangor. yuran yang dikenakan bukan untuk upgrade kemudahan yang nampak. ada banyak requirement MQA yang mesti dipenuhi oleh ipt yang memerlukan duit. kalau tak penuhi, sijil tak laku. saya tak tahu course structure di kuis, tapi kalau kursus tak berkaitan, pun kena ambil ada yang tak kena dengan mqa dan auditor mqa. komplen pada mqa. mqa boleh ugut kuis untuk tarik balik lesen kalau dakwaan itu betul.
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: Asrar Azzahra on November 09, 2011, 02:39:08 PM
may be sbb kuis ipts kot.. ;D ;D

mohon pihak berwajib memberi respon sbb mcam berminat nak masukkan asik kat ctu..
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: putera on November 11, 2011, 05:30:25 PM
isu sebegini perlulah ditangani secara berhemah......
da byk aduan yg sy tgk berkenaan KUIS......
sebagai institusi pendidikan......pihak pentadbir perlu peka dgn masalah pelajar sbb saban tahun akn ada pelajar2 baru ak mendaftar dgn ipta/ipts dan sepatutnya, pihak pentadbir dan pengurusan cekap dlm menangani isu2 sebegini dan bukannya mengambil isu ini sbg isu yg remeh dan sambil lewa.... anda semua di "bayar" atau di "gaji" oleh para pelajar dan kebanyakannya bknlah menggunakan wang sendiri tetapi wang pinjaman yg perlu dibayar kembali......... sekurang2nya ada maklum balas menjelaskan apa yg berlaku knp yuran dinaikkan dgn alasan yg munasabah........ ini menunjukkan kelemahan institusi pendidikan di Malaysia terutama IPTS dimana mengamalkan Business Minded...walaupun Universiti Luar negara mengamalkan Business Minded..sekurang2nya kebajikan pelajar betul2 dijaga dan setiap aduan akn di maklum balas kurang dr 2 hari...........pihak MPP pula memainkan peranan penting kerana mereka mewakili pelajar2 secara keseluruhan...segala masalah pelajar perlulah diberikan perhatian oleh pihak MPP.....
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: namatakpenting on November 11, 2011, 05:59:16 PM
tapi aduan dilakukan disini... dan bukan ke kuis
memanglah tak dijawab
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: mossgenio on November 11, 2011, 07:12:22 PM
tapi aduan dilakukan disini... dan bukan ke kuis
memanglah tak dijawab
Jawab kat MalaysiaKini la. Kan ramai yg baca MalaysiaKini.... nanti kita cut & paste balik kat sini.  ;D
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: namatakpenting on November 13, 2011, 12:37:33 AM
maap..maap... tak kerasan ini petikan daripada malaysia kini
ingatkan forumer kita yg komplen
tapi aduan dilakukan disini... dan bukan ke kuis
memanglah tak dijawab
Jawab kat MalaysiaKini la. Kan ramai yg baca MalaysiaKini.... nanti kita cut & paste balik kat sini.  ;D

ini satu lagi
sumber: http://m.malaysiakini.com/letters/180693 (http://m.malaysiakini.com/letters/180693)
Lagi pelajar KUIS luahkan perasaan
Pelajar Malang | 11:08AM Nov 7, 11
Assalamualaikum. Saya merupakan seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan kini berada di semester 4 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan).

Saya amat tertarik membaca mengenai aduan yang dibuat oleh ibu kepada pelajar KUIS mengenai yuran KUIS yang membebankan pelajar.

Di sini saya ingin mendedahkan mengenai peraturan KUIS yang turut membebankan mahasiswa. Baru-baru ini, KUIS telah mengenakan peraturan baru yang dianggap tidak relevan dan banyak membebankan pelajar. Peraturan tersebut ialah:

1.    Pelajar tidak dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan sendiri ke dalam kawasan kolej sama ada untuk ke kelas, atau ke asrama.

2.    Semua pelajar diwajibkan tinggal di asrama. Dan pelajar yang tinggal di luar kawasan kolej dikehendaki masuk dan tinggal di asrama.

Kami para pelajar telah berbincang dan ‘bertekak’ dengan pihak pentadbir mengenai peraturan baru ini namun, pihak kolej tidak mahu bertolak ansur demi pelajar.

Bagi peraturan pertama, tindakan KUIS melarang pelajar untuk membawa kenderaan masuk ke dalam kawasan kolej telah membebankan para pelajar untuk ke kelas, keluar makan, balik kampung, ke perpustakaan luar, membeli barangan harian, dan sebagainya.

Apabila kami mahukan sebab, pihak kolej memberikan alasan tidak munasabah seperti tidak mahukan berlaku pencemaran udara, tidak cukup tempat letak kereta, masalah pergaulan pelajar lelaki dan perempuan, dan masalah kesesakan lalu lintas.

Hal ini menunjukkan seolah olah pentadbir di KUIS adalah seorang budak yang tidak matang. Mereka melarang pelajar menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada serta mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai masalah kekurangan tempat letak kereta sedangkan yuran yang dikenakan kepada pelajar KUIS terlalu tinggi.

Sebut pasal yuran, KUIS pernah popular suatu ketika dahulu apabila pelajar membuat satu demonstrasi membantah kenaikan yuran pengajian. Mana tidaknya, yuran pinjaman bagi seorang pelajar ijazah lepasan stpm adalah sebanyak RM64000.

Soal duit, KUIS memang pakar namun kebajikan pelajar tidak terjaga. Apabila motosikal atau kereta tidak dibenarkan dibawa, pelajar akan sukar untuk pergi ke kelas yang jauhnya adalah hampir satu kilometer dari asrama. Sekiranya hujan, sudah tentu pelajar tidak dapat ke kelas sementara menunggu alor gajah yang kian lama sedang dibina.

Pelajar juga lebih gemar makan di luar disebabkan makanan di kafe mahal dan tidak sedap. Pernah sekali pelajar mengalami keracunan disebabkan kebersihan kafe tidak dijaga. Jadi, peraturan ini benar-benar membebankan pelajar KUIS.

Bagi peraturan kedua, semua pelajar dipaksa tinggal di asrama disebabkan semakin ramai pelajar memilih untuk tinggal di luar kawasan kolej. Hal ini kerana yuran penginapan yang dikenakan ke atas pelajar terlalu mahal berbanding sewa rumah di luar.

Yuran yang dikenakan adalah sekitar RM1000 untuk 4 bulan pengajian atau 1 semester. Berbanding tinggal di luar atau rumah sewa, pelajar hanya perlu membayar maksimum RM100 sebulan.

Perbezaan ini amat ketara dan disebabkan tinggal di luar lebih murah, pelajar memilih untuk tidak memasuki asrama KUIS.

Jadi, peraturan baru ini telah membebankan ramai pelajar terutamanya pelajar yang miskin dan pelajar yang tidak membuat pinjaman. Kami pelajar KUIS berharap, perubahan dapat dilaksanakan demi kepentingan semua, bukan hanya kepentingan pihak pentadbiran KUIS.
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: mossgenio on November 13, 2011, 12:49:20 AM
Orang selalu quote MalaysiaKini, kita quote la jugak. Quote Utusan karang ada yg taknak baca...  ;D
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: namatakpenting on November 13, 2011, 12:51:36 AM
saya selalu juga quote dari utusan.
Orang selalu quote MalaysiaKini, kita quote la jugak. Quote Utusan karang ada yg taknak baca...  ;D
Title: Re: Luahan hati ibu pelajar KUIS
Post by: Innowork Venture on February 01, 2017, 04:40:14 PM
harap pihak berwajib ambil tindakan lanjut.  :(