Author Topic: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012  (Read 2889 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mud_ismail

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 1001
Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« on: April 17, 2012, 02:56:26 PM »
Mesyuarat Agung PPBSP 2012

22 April 2012 (Ahad)

8.00am – 12.00pm

Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra

Agenda:
8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2012/2013
11.30am – Majlis Tamat
“Jangan kita berkira dengan Allah, nanti Allah berkira dengan kita. Jangan kita tiada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita.”

wak

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 45
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #1 on: April 22, 2012, 02:27:54 PM »
apa cita agm hari ni? dengarnya panas 200 darjah celsius.... menjadi ke stratergi nak tukar tampuk pemerintahan lama?  :)

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #2 on: April 22, 2012, 03:43:34 PM »

Agenda:
8.00am – Pendaftaran dan Sarapan

sarapan aper ek?  ;D ;D

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #3 on: April 22, 2012, 11:38:19 PM »
apa cita agm hari ni? dengarnya panas 200 darjah celsius.... menjadi ke stratergi nak tukar tampuk pemerintahan lama?  :)

Tabiat biasa org kita berpersatuan. Teruskanlah cam tuh...... :'( :'(

ayiesal

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #4 on: April 23, 2012, 09:32:50 AM »
Bile persatuan pon nak dipolitikkan...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #4 on: April 23, 2012, 09:32:50 AM »



nana_tanjung

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 76
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #5 on: April 23, 2012, 11:13:50 AM »
apa cita agm hari ni? dengarnya panas 200 darjah celsius.... menjadi ke stratergi nak tukar tampuk pemerintahan lama?  :)

sapa2 yang g mesyuarat nie kongsi2 la APA YG PANAS 200 darjah tue.....
ada mata pandang
ada telinga dengar
ada mulut diam

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #6 on: April 23, 2012, 12:31:29 PM »
apa cita agm hari ni? dengarnya panas 200 darjah celsius.... menjadi ke stratergi nak tukar tampuk pemerintahan lama?  :)
sapa2 yang g mesyuarat nie kongsi2 la APA YG PANAS 200 darjah tue.....

Semalam, sepanjang hari PANAS.. bila bukak kipas angin pon yang ditiup angin yang panas (HOT AIR)..
« Last Edit: April 23, 2012, 12:33:22 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )


Video mesyuarat ke-2: https://www.facebook.com/photo.php?v=10150763961958117

Bandar Seri Putra, 22 April 2012.







Seramai 189 ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) hadir mesyuarat Agung Kali Ke-2 di SK Bandar Seri Putra semalam.
Kehadiran yang memberangsangkan ini atas sikap keperihatinan penduduk BSP yang ingin melihat persatuan penduduk terus berdaya maju dan relevan sepanjang masa.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa sekitar jam 9 pagi. Sebelum itu, ahli persatuan dijamukan dengan sarapan pagi.


YDP PPBSP, Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (mengekalkan jawatan untuk setahun lagi)

Dalam ucapan alu-aluan YDP PPBSP sesi 2011/2012, Tuan Hj Ahmad Bin Yusof antara lain menyentuh tentang akitiviti persatuan sepanjang setahun seperti Program MAP (Motivasi Alihan Pelajar), Larian Kitar Semula dan program SYOK'2011 sepanjang cuti sekolah. Bagaimanapun menurut beliau, masih terdapat kelemahan dalam program yang dijalankan oleh persatuan. Perkara ini adalah lumrah dan persatuan menerima secara terbuka komen dan nasihat agar diperbaiki pada masa akan datang. YDP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk BSP yang sentiasa menyokong aktivti persatuan. Tidak lupa juga YDP menasihatkan agar ahli persatuan agar lebih mesra antara satu sama lain kerana itu lah tujuan persatuan yang bermotokan "Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat".


Tuan Zulkifly Garib, Pengarah Operasi Bangi Heights

Naik perasmi mesyuarat, Tuan Zulkifly Garib, Pengarah Operasi, Bangi Heights Development Sdn Bhd. Tuan Zulkifly antara lain menyebut pertumbuhan di BSP yang sangat memberangsangkan dengan projek terkini seperti lot komersial dll menaikkan hartanah di BSP. Bangi Heights juga merancang untuk membawa masuk restoran makanan segera seperti McDonald, KFC dsb. Beliau juga berharap kesepakatan antara persatuan dan pemaju dapat diteruskan. Seterusnya beliau merasmikan mesyuarat pada pagi itu.


Pengerusi sementara Mesyuarat Agung bersama barisan kepimpinan lama.

Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan Tuan Lokman Md Sarip sebagai Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung serta 2 orang pencatat.

Agenda diteruskan dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung kali Pertama 2011. Setelah beberapa pembetulan dan semakan dibuat, Minit tersebut diluluskan dengan pindaan. Antara pindaan seperti pembetulan nama, pengguguran nama mereka yang tidak hadir dalam mesyuarat pertama serta tambahan keciciran nama mereka yang hadir.

Pembentangan Laporan Jawatankuasa Kerja sesi 2011/2012 juga berjalan lancar dan seterusnya diluluskan. (sila lihat lampiran untuk laporan)

Laporan kewangan oleh Bendahari 2011/2012 juga diluluskan tanpa isu besar dibangkitkan.

Kemudian, Jawatankuasa Kerja PPBSP sesi 2011/2012 dibubarkan.

Persaingan sihat dan sedikit kehangatan mula berlaku dalam pemilihan jawatankuasa baru. Bermula dengan pertandingan YDP yang menerima 3 pencalonan dan akhirnya YDP masih dikekalkan oleh ahli mesyuarat kepada Tuan Hj Ahmad Yusof. Begitu juga dengan jawatan yang lain yang telah dipertandingkan dan akhirnya senarai Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2012/2013 adalah seperti dibawah ini.

Yang Dipertua : Tuan Hj Ahmad Bin Yusof (Putra Hill)
Timb. Yang Dipertua : Tuan Mustafa Bin Kasim (Terrace)
Setiausaha : Tuan Khairil Bin Anuar (SP5)
Penolong Setiausaha : Tuan Mohd Ramli Bin Taib (D'Punchak Aman)
Bendahari : Tuan Arzock Bin Nasar (Terrace)

AJK
1. Ustaz Nushi Bin Mahfodz (Tropika)
2. Puan Sharifah Fadzliah Bt Syed Taha (Princeton)
3. Tuan Engku Faizal Annuar Bin Che Engku Husin (SP5)
4. Tuan Burhanuddin Bin Haji Mahwal (Putra Villa)
5. Dr. Ishak Bin Ahmad (Terrace)
6. Puan Nursiah Bt Mat Junid (Terrace)
7. Tuan Mohd Khairuddin Bin Yasim (Seri Mawar)
8. Tuan Hj Nor Halimi Bin Saaidin (Putra Hill)

Pemeriksa Kira-Kira  
1. Tuan Mohammad Bin Abu Samah (SP5)
2. Tuan Lokman Bin Md Sarip    (Vista)








Barisan Jawatankuasa Kerja sesi 2012/2013

Selesai pemilihan, jam telah menunjukkan jam 1.15 tengahari. Ramai ahli persatuan yang telah mengosongkan kerusi masing-masing mungkin kerana proses pemilihan yang terlalu lama. Malangnya ini menjejaskan perbahasan usul mesyuarat yang hanya tinggal beberapa orang ahli berbanding semasa pemilihan.




Ahli yang tinggal selepas pemilihan.

Berikut adalah usul yang telah dibentangkan oleh Jawatankuasa Kerja PPBSP sesi 2011/2012 sendiri bagi memastikan persatuan memainkan peranan dengan lebih mantap pada masa hadapan.

Usul untuk meminda Perlembagaan Persatuan dari Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2011-2012

1. Mengusulkan supaya Pengerusi mana-mana skim/taman yang tidak terpilih sebagai AJK Kerja PPBSP semasa Mesyuarat Agung Tahunan dilantik menjadi AJK Kerja PPBSP jika telah mendaftar sebagai ahli PPBSP.

2. Mengusulkan supaya PPBSP mewujudkan keahlian seumur hidup dengan mengenakan yuran seumur hidup sebanyak RM150.

3. Mengusulkan supaya jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari tidak dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan tetapi dilantik oleh Yang DiPertua daripada kalangan ahli PPBSP.

Usul pertama dan kedua diterima ahli dan boleh dilaksanakan tahun hadapan selepas mendapat persetujuan pendaftar pertubuhan. Manakala, majoriti menolak usul ke tiga.

Manakala, dua usul daripada ahli juga diterima oleh ahli mesyuarat. Usul pertama agar persatuan memulakan usaha untuk membina dewan serbaguna. Usul kedua pula mencadangkan agar PPBSP menjadi peneraju mesyuarat penyelarasan aktiviti-aktiviti di BSP dengan menjemput semua persatuan skim, Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, KOJIRA, Kelab Sukan, surau-surau dan NGO-NGO lain yang beroperasi di BSP untuk duduk bersama.

Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 1.50 petang dengan sesi mengemas.

Bagi pihak persatuan, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan juga yang tidak berkesempatan hadir.
Juga kepada semua yang membantu melicinkan majlis seperti pihak Bangi Heighs, SKBSP, petugas-petugas, ahli jawatankuasa sesi 2011/2012, ahli jawatankuasa 2012/2013 dan lain-lain yang mungkin tidak disebutkan di sini.

Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan kepada PPBSP.

Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat


Keterangan Logo
  • Pokok (berwarna hijau) menggambarkan hasrat penduduk dan pemaju yang menginginkan gaya hidup yang tenang dan aman.
  • 3 manusia (berwarna merah putih dan kuning) dengan latar belakang berwarna biru menggambarkan penduduk yang hidup bersatu padu dan saling membantu.
  • 4 warna (merah, putih, kuning dan biru) berdasarkan warna bendera Malaysia menggambarkan cinta penduduk kepada negara.
  • Bulatan bermaksud penduduk dan pemaju bersatu padu dalam membangunkan kehidupan sejahtera.
  • Ayat "Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra" di luar bulatan bermaksud Persatuan menjadi pemangkin dalam menjadikan Bandar Seri Putra kediaman sejahtera.

http://ppbsp.blogspot.com
http://facebook.com/ppbsp

-Ditulis oleh KhaiatBSP-
merangkap Setiausaha PPBSP sesi 2012-2013

Saya tidak dapat hadir disebabkan ada mesyuarat lain di KL..  :(
« Last Edit: April 24, 2012, 01:59:24 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

BSP

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 157
  • Gender: Male
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #8 on: April 25, 2012, 01:32:31 PM »
TANIAH kepada semua ahli penduduk yg telah terpilih..sebagai AJK penduduk ...diharap dgn adanya AJK baru ...dikelolakan oleh Tuan Hj Ahmad Bin Yusof(sememang berjiwa rakyat)+ AJK...semua ahli .. di harap bertambah makmur dan eratnya ukhwah persahabatan, aktiviti dn keselamatan penduduk semua..  amin


** jangan lupa keluarkan sticker pada ahli PPBSP.

wassalam

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #9 on: April 25, 2012, 04:30:53 PM »
TANIAH kepada semua ahli penduduk yg telah terpilih..sebagai AJK penduduk ...diharap dgn adanya AJK baru ...dikelolakan oleh Tuan Hj Ahmad Bin Yusof(sememang berjiwa rakyat)+ AJK...semua ahli .. di harap bertambah makmur dan eratnya ukhwah persahabatan, aktiviti dn keselamatan penduduk semua..  amin

** jangan lupa keluarkan sticker pada ahli PPBSP.

wassalam

Membership Card lebih sesuai.. sticker ni agak berisiko, kot2 orang nak target dan folo.. dah tau tempat tinggal kat mana, boleh tunggu di pertengahan jalan..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2012, Ahad 22 April 2012
« Reply #9 on: April 25, 2012, 04:30:53 PM »