Author Topic: CGPA 2.8 boleh masuk IPTA  (Read 826 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
CGPA 2.8 boleh masuk IPTA
« on: July 20, 2012, 11:27:52 PM »
PASIR MAS - Semua pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013 dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka.

"Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_01.htm

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
Re: CGPA 2.8 boleh masuk IPTA
« Reply #1 on: July 31, 2012, 12:07:41 AM »
mana lagi senang nak score?  :D

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: CGPA 2.8 boleh masuk IPTA
« Reply #2 on: July 31, 2012, 07:39:28 AM »
Try ukur tanah. Sekarang ni nak cari org nak kerja untuk field susah. Takkan la kerja technical pun nak ambik bangla jugak.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: CGPA 2.8 boleh masuk IPTA
« Reply #2 on: July 31, 2012, 07:39:28 AM »