Author Topic: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >  (Read 4883 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« on: July 15, 2008, 11:33:22 AM »
SALAM SEJAHTERA

TELAH ada usaha kearah penubuhan RELA Platun Putra Mahkota ini. telah berjaya kumpul 30 org keahlian.   telah buat majlis perasmian yg dibuat di dewan flat seksyen 4 bkt mahkota. . telah dirasmikan oleh PRD - Pegawai Rela Daaerah dgn kehadiran Tn SI Ketua Balai Polis. pada bulan mei yang lalu.

untuk keterangan lanjut sila berhubung dgn Sdr Farid ( kedai fotostat sebelah Balai Polis Seri Putra )

En Mus               : 019-3821469 ( pengerusi penaja )
Sdr Farid            :019-2168949  ( setiausaha )



harab maklum.
___________________
aku /..PMB

moderate07

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 26
    • Vitamin C
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #1 on: December 22, 2008, 10:22:57 PM »
tahniah, semoga lebih ramai org join rela..

yus

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 64
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #2 on: December 23, 2008, 08:23:51 AM »
Penubuhan RELA untuk Bandar Putra-Mahkota aje? Bagaimanapula dengan taman Impian Putra? adakah termasuk sekali? Selain itu, bagaimana pula skim Rukun tetangga? tak ade apa2 berita?

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #3 on: February 13, 2009, 10:18:11 AM »

Penubuhan RELA Platun Bukit Mahkota sedang dalam proses mengrekrut anggota.
Utk Makluman skrg ni ada 26 anggota berdaftar. .

Aktiviti utama ialah Kawalan Keselamatan disekitar Bukit Mahkota.
 (pada setiap mlm Sabtu dan Ahad ) 
Bilik Gerakan RELA Platun Bkt Mahkota ialah di Sek.2 (depan Surau)

Harab Maklum/


___________________
aku /..PMB

shokree

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 7
  • Gender: Male
  • Lt.(RELA) Mohd.Shokree Mohamad
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #4 on: March 03, 2009, 07:43:57 PM »
Salam saudara/saudari,untuk makluman

RELA adalah singkatan kepada Ikatan Realawan Rakyat Malaysia adalah sebuah jentera Keselamatan Kerajaan sukarela di tubuh dibawah Ordinan darurat No.22 di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Pasukan Kawalan) 1972. Ianya dibawah kementerian Dalam Negeri di tadbir oleh seorang Ketua Pengarah RELA diperingkat federal dan dibawah Pengarah RELA Negeri/dibawah Pegawai RELA Daerah/dibawah Ketua Perhubungan RELA Mukim (KPRM)/dibawah Ketua Platun(KPR). Satu Platun 33 anggota dalam 3 seksyen diselia oleh 3 orang Ketua Seksyen pangkat Kopral. Satu Seksyen 9 anggota. Dalam Platun pangkat tertinggi adalah Ketua Platun memakai pangkat Lt.(RELA) diikuti oleh Sarjan RELA, Kopral Tadbir RELA

Daripada
Lt.(RELA) Mohd.Shokree Mohamad
KPRM Platun Putra Mahkota 0023

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #4 on: March 03, 2009, 07:43:57 PM »



Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #5 on: March 03, 2009, 09:24:26 PM »
Lt. Shokree.....Salam dan selamat datang ke forum PMC.

Kepada warga PMC boleh ler bertanya tentang hal ehwal keselamatan di kawasan anda. Mungkin ada yg berminat utk mengangotai pasukan rela ni. Sy nak tanya pun tak berapa tahu sbb tak bermaustatin di sini.

Tapi mmg minat dgn pasukan pakaian seragam ni sejak kecil lagi. Angan2 masa kecil nak jadi pegawai tentera. Tapi tak kesampaian. Jadi credit controller lak.... ;D
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

shokree

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 7
  • Gender: Male
  • Lt.(RELA) Mohd.Shokree Mohamad
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #6 on: March 04, 2009, 09:12:19 PM »
Salam Matahati,
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih ke atas reply Tuan,seterusnya mohon agar dapat guide saya untuk berkomunikasi melalui forum ini kerana saya orang baru. Untuk tuan, sekiranya tak bermaustatin disini, boleh tubuh RELA ditempat Tuan bermaustatin sekarang. Ini salah satu cara berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara yang kita cintai. Tidak semestinya kita join pasukan tentera atau polis untuk pikul senjata, dalam RELA juga kita didedahkan dan diajar memikul senjata sebagaiTentera Rakyat. Untuk makluman, tujuan saya menyertai forum ini adalah untuk memberi penerangan berkaitan RELA dan keselamatan setempat dimana saya mempunyai sedikit pengalaman berkaitannya. Oleh itu saya mohon agar sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya ditalian 012-6146985 @ pejabat 03-31674923 atau boleh email saya di shokree@mpob.gov.my.sebelum mengundur diri pohon ampun dan maaf sekiranya ada bicara yang kurang senang, apa yang baik dari Allah SWT dan tak baik itu adalah kesalahan saya sendiri. Wasalam.

wanmazwan

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 16
  • Gender: Male
Re: RELA Platun < PUTRAMAHKOTA >
« Reply #7 on: May 04, 2009, 01:44:06 PM »
salam,

nak tanya cikit apa kelebihan sebagai angota RELA?

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Sheikh Muszaphar akan dilantik Kolonel RELA
« Reply #8 on: January 23, 2011, 06:32:47 PM »
jom ramai2 masuk RELA.. leh jumpa Sheikh Muzaffar

-------------------------------

Sheikh Muszaphar akan dilantik Kolonel RELA
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/154138

Ikatan Relawan Rakyat (RELA) meletakkan sasaran lebih ramai golongan kenamaan menyertai organisasi terbabit sebagai Ahli Kehormat dalam usaha memantapkan organisasi sukarela itu.


Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata ia termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

"Dengan adanya Ahli-ahli Kehormat ini, mereka dapat memberikan idea dan inisiatif untuk memperbaiki dan memantapkan Rela, serta dapat mempengaruhi lebih ramai orang untuk menyertai kumpulan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Ahli-ahli Kehormat Rela Seluruh Malaysia di Putrajaya hari ini.

Mahmood berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 800 Ahli Kehormat RELA dari seluruh negara, yang terdiri daripada wakil rakyat dan pegawai kerajaan peringkat daerah.


Beliau berkata, salah seorang kenamaan yang sudah bersetuju untuk menyertai RELA sebagai Ahli Kehormat adalah Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, yang akan diberikan pangkat tidak rendah daripada Kolonel sesuai dengan kelayakannya.

"Kita boleh gunakan beliau untuk memberi motivasi kepada anggota RELA yang lain," katanya.

Bengkel yang pertama seumpamanya itu dihadiri lebih 120 Ahli Kehormat dengan bertujuan membincangkan peranan dah fungsi ahli-ahli terbabit dalam organisasi itu serta menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk organisasi yang mempunyai keanggotaan seramai hampir 3 juta sukarela itu.

- Bernama

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Sheikh Muszaphar akan dilantik Kolonel RELA
« Reply #8 on: January 23, 2011, 06:32:47 PM »