Author Topic: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)  (Read 3471 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)
« on: May 08, 2013, 02:33:01 PM »


Tarikh : 23 Jamadil Akhir 1434 / 4 Mei 2013
Ruj. Kami : PPBSP/AGM2013/01

Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

Tuan/Puan,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ketiga seperti perincian berikut:

Tajuk: Mesyuarat Agung PPBSP 2013
Tarikh: 19 Mei 2013 (Pembetulan tarikh sebelum ini 18 Mei)
Hari: Ahad
Waktu: 8.30am – 12.00pm
Cadangan Tempat: Dewan, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.

Agenda:
8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2013/2014
11.30am – Majlis Tamat

3. Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP tuan/puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agung ini nanti. Bersama dengan ini disertakan Borang Kehadiran / Usul dan Cadangan serta Borang Pencalonan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke alamat berikut sebelum 12 Mei 2013 atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.

No. 28 Jalan Seri Putra 5/6,
Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor

4. Mohon untuk membawa yuran tahunan (bagi tahun 2013/2014) sebanyak RM12 semasa pendaftaran. Justeru besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PPBSP 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ditalian 012.2655.203.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.

Yang benar,

......................................................................
KHAIRIL BIN ANUAR

Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

Notis panggilan mesyuarat
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnRVdQZFh1SmxZalk/edit?usp=sharing

Borang-borang (bentuk doc)
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnWEp0cU5yRGRSNTA/edit?usp=sharing

ayiesal

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)
« Reply #1 on: May 09, 2013, 11:18:14 AM »
Kono datang eh.

Tapi den tak ponah mendaftar dengan ppbsp, cemano? Datang je la ek?

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013) - Attn: S/U PPBSP
« Reply #2 on: May 09, 2013, 12:04:04 PM »
Kono datang eh.

Tapi den tak ponah mendaftar dengan ppbsp, cemano? Datang je la ek?

Downlod borang, isi dan bagi kat S/U PPBSP copek-copek.. bagi maso TT pon buleh, tapi kono pakso S/U turun bukak kaunter laaa.. Cemano S/U..? hehehe  ;D
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2884
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)
« Reply #3 on: May 10, 2013, 02:56:21 PM »
Kono datang eh.

Tapi den tak ponah mendaftar dengan ppbsp, cemano? Datang je la ek?


panggil den skali  ;D ;D ;D ;D

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)
« Reply #4 on: May 12, 2013, 10:25:47 AM »
Mohon isi borang dan hantar kepada SU.

Borang boleh dipindah turun di blog persatuan http://ppbsp.blogspot.com

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)
« Reply #4 on: May 12, 2013, 10:25:47 AM »



namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Mesyuarat Agung PPBSP 2013 (Ahad 19 Mei 2013)
« Reply #5 on: May 15, 2013, 07:03:25 PM »
Jemput menjadi ahli dah hadir mesyuarat

Kita buka pendaftaran sehingga sebelum mesyuarat agung

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Jemput menjadi ahli PPBSP
« Reply #6 on: May 16, 2013, 02:28:47 PM »
Jemput menjadi ahli PPBSP

* Keahlian dibuka bagi mengahdiri mesyuarat agung pada 19 Mei ini adalah sehingga pagi sebelum mesyuarat bermula



Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra menjemput mana-mana warga Bandar Seri Putra yang belum menjadi ahli persatuan untuk mendaftar sebagai ahli persatuan.
Maklumat serta borang PPBSP adalah seperti berikut.
Juga boleh dimuat turun dalam bentuk pdf di sini:
https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnQ2ZYeFBXOUVlMzg/edit

"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
INGATAN: Mesyuarat Agung PPBSP ke-3 2013 esok, 8 pagi, Dewan SRABSP.
« Reply #7 on: May 18, 2013, 10:12:01 AM »
INGATAN: Mesyuarat Agung PPBSP ke-3 2013 esok, 8 pagi, 19 Mei (Ahad), Dewan SRABSP. Yuran tahun RM12. Dokumen mesyuarat http://goo.gl/aXVdm (SU 0122655203)







Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang telah diketahui umum, esok adalah Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) kali ke-3 2013. Bagi pihak persatuan, kami menjemput semua ahli untuk turut hadir dalam merencanakan arah tuju persatuan seterusnya memberi memberi impak kepada Bandar Seri Putra (BSP) secara keseluruhan. Mesyuarat esok insya-Allah akan dirasmikan oleh ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah.

PPBSP atau biasanya disebut BSP Induk diwujudkan bagi menyatukan skim-skim di BSP yang mana setiap skim mempunyai persatuannya sendiri. Semua ketua skim turut dilantik (jika tidak terpilih dalam AGM) bagi merencanakan perjalanan tahunan PPBSP. Alhamdulillah sehingga kini PPBSP telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Hari Keluarga (Sukaneka/berbasikal), Pelan Keselamatan Hari Raya BSP, Majlis Ramah Mesra BSP, Forum Perdana Maal Hijrah, Gotong-royong Perdana dan banyak lagi aktiviti yang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk BSP. Tidak kurang juga dari segi memastikan kecantikan dan keceriaan BSP walaupun mengikut MPKj, tiada sebarang peruntukan disediakan bagi menguruskan lanskap. Maka ini adalah salah satu agenda utama PPBSP bagi tahun mendatang supaya BSP terus cantik dan ceria.

PPBSP juga bagi tahun pertamanya mendapat mandat daripada MPKj untuk menguruskan Pasar Ramadhan dan Pasar Malam di BSP. Pelbagai kekangan telah dilalui dan PPBSP masih lagi dalam proses pembelajaran dalam pengurusan kedua pasar ini.

Oleh itu, bagi melancarkan lagi perjalanan AGM esok, disini dikepilkan semua dokumen yang diperlukan seperti buku laporan, semakan senarai ahli mengikut abjad, agenda mesyuarat, buku perlembagaan, borang keahlian (untuk pendaftaran ahli baru) dll. Semoga mesyuarat kita esok menjadi satu meysuarat yang profesional.

http://goo.gl/FSp3e

Tuan/puan/Datuk/Dato'/Datin boleh menyemak no keahlian melalui senarai nama yang disediakan mengikut abjad. Agenda majlis esok juga disediakan. Perlembagaan persatuan yang menjadi dasar juga dikepilkan. Manakala, buku laporan yang akan diedarkan esok juga disenaraikan disini bagi membolehkan semua ahli menyemaknya sebelum hadir pagi esok. Harapannya AGM esok berjalan lancar dan menjadi satu majlis profesional bagi semua ahli.

Bagi ahli yang belum menmbayar yuran keahlian tahunan, bolehlah berbuat demikian di kaunter pendaftaran.

Manakala, bagi yang belum menjadi ahli, borang ada disertakan di sini. Permohonan menjadi ahli akan terus dibuka sepanjang tahun. Bagaimanapun jika ingin turut serta dalam mesyuarat esok, permohonan perlu dibuat sebelum bermulanya mesyuarat pagi esok (sebelum jam 8.30 pagi).

Bagi pihak AJK, kami ucapkan selamat bersidang dan selamat memilih.

Khairil Anuar
Setiausaha PPBSP Sesi 2012/2013

---------- Forwarded message ----------


Tarikh              : 23 Jamadil Akhir 1434 / 4 Mei 2013
Ruj. Kami        : PPBSP/AGM2013/01
 
Ahli Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
 
Tuan/Puan,
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
 
PER: PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PPBSP KALI KE-3 2013
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
2.    Sukacita memaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ketiga seperti perincian berikut:
 
            Tajuk:                                     Mesyuarat Agung PPBSP 2013
            Tarikh:                        19 Mei 2013 (Ralat sebelum ini dimaklumkan 18 Mei)
            Hari:                           Ahad
            Waktu:                        8.30am – 12.00pm
            Cadangan Tempat:     Dewan, Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra.
            Agenda:                      8.00am – Pendaftaran dan Sarapan
                                                8.30am – Perasmian dan Mesyuarat Agong
                                                10.30am – Pencalonan dan Pemilihan AJK PPBSP 2013/2014
                                                11.30am – Majlis Tamat
 
3.    Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah PPBSP tuan/puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agung ini nanti.  Bersama dengan ini disertakan Borang Kehadiran / Usul dan Cadangan serta Borang Pencalonan untuk tindakan tuan/puan. Borang yang telah lengkap diisi boleh diserahkan ke alamat berikut sebelum 12 Mei 2013 atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.
 
                                                No. 28 Jalan Seri Putra 5/6,
                                                Bandar Seri Putra,
                                                43000 Kajang, Selangor
 
4.   Mohon untuk membawa yuran tahunan (bagi tahun 2013/2014) sebanyak RM12 semasa pendaftaran.  Justeru besarlah harapan kami agar tuan/puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PPBSP 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ditalian 012.2655.203.
 
Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan kami ucapkan jutaan terima kasih.
 
Yang benar,
 
......................................................................
KHAIRIL BIN ANUAR
Setiausaha
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Coretan AGM PPBSP Kali Ke-3 2013
« Reply #8 on: May 23, 2013, 06:53:06 PM »





Jemputan dan perasmi. Mantan Ahli Majlis, Hj, Mazwan; ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah dan Pengarah Operasi Bangi Heights, En Zulkifli Gharib.


Kehadiran sedikit tetapi berkualiti.


Mantan YDP menyarungkan windbreaker persatuan kepada YB Ustaz Shafie Ngah


Perbincangan daripada ahli. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menunggu sehingga akhir mesyuarat.


Barisan jawatankuasa yang diketuai oleh Dato' Annas

Alhamdulillah, semalam berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra kali ke-3 2013. Bertempat di SRA Bandar Seri Putra, mesyuarat bagaimanapun berkurangan kehadirannya daripada tahun lepas. Angka tidak rasmi kehadiran hanyalah sekitar 70 orang berbanding 204 pada tahun lepas. Sedikit kecewa dengan jumlah kehadiran bagaimanapun ahli yang hadir menunjukkan minat agar persatuan dapat memacu Bandar Seri Putra ke arah bandar yang cantik, aktif dan selamat.

Pembentangan minit mesyuarat tahun 2012, laporan aktiviti dan laporan kewangan berlangsung dengan licin. Alhamdulillah rata-rata ahli berpuas hati dengan apa yang dilaporkan, Satu ingatan dan saranan yang baik oleh ahli agar persatuan dapat lebih erat dengan skim-skim di BSP. Persatuan disaran mencari jalan bagi meningkatkan keterlibatan ketua skim (atau wakil) dalam setiap mesyuarat atau aktiviti persatuan.

Berganjak ke pemilihan jawatankuasa baru. Sesi tersebut berjalan lancar yang akhirnya persatuan mendapat Yang Dipertua yang baru Dato' Annas Khatib Jaafar yang kini menetap di Seriputra5 (SP5). Beberapa nama mengekalkan jawatan dan juga terdapat muka-muka baru. Dr. Azli Ariffin (D'Sentral) adalah Penolong Setiausaha yang baru. Manakala Tuan Jamaluddin Lantara (Vista), Tuan Zulkifli Gharib (Anjung Suasana), Ustaz Abu Zaki (D'Punchak) dan Tuan Mohd Fadzel (SP5) mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Puan Sharifah, Tuan Burhanuddin, Tuan Khairuddin dan Tuan Engku Faizal. Berikut adalah senarai lengkap jawatankuasa.

Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2013/2014

Yang Dipertua : Dato' Annas Bin Khatib Jaafar (SP5)
Timb. Yang Dipertua : Mustafa Bin Kasim (Terrace)
Setiausaha : Khairil Bin Anuar (SP5)
Penolong Setiausaha : Dr. Azli Ariffin (D'Sentral)
Bendahari : Tuan Arzock Bin Nasar (Terrace)

AJK
1. Ustaz Nushi Bin Mahfodz (Tropika)
2. Jamaluddin Bin Lantara (Vista)
3. Zulkifli Bin Gharib (Anjung Suasana)
4. Ustaz Abu Zaki Bin Ismail (D'Punchak)
5. Dr. Ishak Bin Ahmad (Terrace)
6. Puan Nursiah Bt Mat Junid (Terrace)
7. Mohd Fadzel Bin Nor (SP5)
8. Hj Nor Halimi Bin Saaidin (Putra Hill)

Pemeriksa Kira-Kira 
1. Hj. Yusoff Bin Yeop (D'Sentral)
2. Sharifah Fadzliah Binti Syed Taha (Princeton)

Dua usul telah diketengahkan semalam. Pertamanya bagi memanjangkan tempoh jawatankuasa daripada setahun kepada dua tahun. Dan yang keduanya meminda perkara 6.1(b) bagi membolehkan setiausaha menghantar salinan laporan dan penyata kira-kira 24 jam sebelum mesyuarat.

Sesi cadangan pula telah mengangkat beberapa perkara seperti pembinaan dewan sebaguna/sukan, clubhouse, tandas awam, central food court, pengurusan lanskap dan isu anjing liar. Selain itu cadangan mewujudkan perpustakaan awam dan taman rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan bagi semua peringkat umur juga telah dibincangkan. Akhirnya cadangan bagi memohon bantuan pihak polis bagi mengawal lalulintas di persimpangan utama ke tol semasa waktu puncak juga dinyatakan oleh ahli. Perkara ini akan diambil perhatian ahli jawatankuasa bagi tindakan mereka.

Lagi gambar di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151634645083117.1073741856.795508116&type=1

Semoga usaha sedikit daripada warga BSP ini mendapat keredhaan Allah seterusnya memacu Bandar Seri Putra menjadi sebuat kawasan ilmu, bersih, dan cantik. Diharap simbiosis antara persatuan dan ahli khususnya serta warga BSP amnya dapat memjadikan BSP kawasan yang aman dan damai. Ya Allah permudahkan urusan kami.

Khai@BSP

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Coretan AGM PPBSP Kali Ke-3 2013
« Reply #8 on: May 23, 2013, 06:53:06 PM »