Author Topic: Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi - Pengalaman Sendiri.  (Read 6935 times)

0 Members and 3 Guests are viewing this topic.

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Note : Tiada Barang utk di jual di sini.

History

1. Tekanan Darah Meningkat Tinggi. Pada Bulan awal Bulan March, 2013.  Bacaan 155/100 di catatkan.
2. Berjumpa doktor dan diberikan ubat Norvaks 5mg. Makan Sekali sehari pada waktu pagi.
3. Bacaan darah di ambil 2 kali sehari pagi dan petang. dan mengamalkan makan ubat selama sebulan iaitu sehingga tekanan darah stabil dan Normal 120/80.
4. Selama sebulan itu, tak minum kopi, teh, makan bergoreng, daging merah.  Banyakkan Makan Oat, Nasi 1/3 dari biasa dan hanya sekali sehari.  Lauk Ikan dan ayam rebus sahaja.
5. Berjumpa dengan doktor pakar.
6. Masuk Bulan April, Saya memulakan senaman sehari selama 1 jam 6 kali seminggu.  Rehat pada hari jumaat.  Senaman yang saya lakukan adalah "Jillian Micheal - Body Revolution".  Boleh tengok website dia or torrent saja.
7. Di bulan april saya kurangkan dos ubat kepada 2.5mg Norvaks setiap hari dengan pengawasan tekanan darah sendiri.  Bacaan di ambil 3 kali sehari, pagi, tengah hari dan petang.  Menggunakan alat Omron HEM-7211. dan bacaan darah saya rekodkan di phone android guna application My Heart Blood Pressure (BP) Watch.
8. Di akhir bulan april saya mengurangkan pengambilan ubat lagi menjadi 2.5mg Norvaks Selang Sehari.
9. Alhamdulillah di bulan Mei, 2013 saya dah berhenti makan ubat.  Bacaan darah amat baik (boleh check dgn dr. norlela). malahan sekarang makin fit.  Heart rate adalah 50 beat per minit je.  Rekod senaman di tunjukkan di sini >> My Movecount
10. Di akhirnya berat badan turun dari 65kg to 59 kg.  pinggang turun dari 32inc to 29 inc.

Diatas bukanlah nasihat perubatan tapi adalah pengalaman sendiri.  sila rujuk doktor pakar anda utk bantuan professional.

Perbelanjaan yang terlibat.

1. Ubat Ubatan.
2. Doktor Pakar.
3. Omron HEM-7211
4. Sepasang Kasut cross trainning.
5. Jam Suunto Quest + Heart Rate.
6. Free Android Apps "My Heart". Blood Pressure (BP) Watch > https://play.google.com/store/apps/details?id=com.boxeelab.healthlete.bpwatch&hl=en
7. Dumbell 3kg, 2kg dan 1kg.
8. Resistance Cable.
9. Yoga Mat.
10. Dan Quaker oat yang banyak.

Sekali lagi >> Diatas bukanlah nasihat perubatan tapi adalah pengalaman sendiri.  sila rujuk doktor pakar anda utk bantuan professional.

SELAMAT MENJALANI HIDUP YANG SIHAT !!!

Excercise Plan
1.Jillian Michael - Body Revolution (Completed)
2. Shaun T - Insanity (Completed) (Torrent >> http://kickass.to/insanity-workout-t7013845.html)
3. Shaun T - T25 (Buat separuh jalan je, sebab singkat sgt. tak puas berpeluh) (Torrent >> http://kickass.to/focus-t25-t8122482.html)
4. Jillian Michael - 6 Weeks 6 Packs (Ongoing) (Torrent >> http://kickass.to/jillian-michaels-6-week-six-pack-t5686723.html)
5. UFC Fit - Next plan or
6. TapouT XT - Next Plan
« Last Edit: November 13, 2013, 11:09:53 AM by OffshoreMan »

smartbroadband

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 247
Re: Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi - Pengalaman Sendiri.
« Reply #1 on: May 14, 2013, 11:00:16 AM »
Tahniah diucapkan diatas usaha tersebut.. Anda berjaya...

Sy juga menghidapi masalah darah tinggi dan kena makan ubat ( VAMLO 5 mg )

Apa yg boleh dikongsikan bersama dari terus makan ubat adalah

1. Kurangkan makan.  Dari sepinggan ke sebesar tapak tangan ( nasi )
2. Ambil ikan / ayam / daging sekadar merasa.
3. Kurangkan makan d luar
4. Makan roti SERAT
5. Senaman ~ pada permulaan dengan menuruni tangga setinggi 15 tingkat
                    ~ omron pedometer ( Minimun sehari 10000 langkah)
6. saya kini amalkan minum MADU + CUKA KURMA + DELIMA ( 10 ML SETIP SATU ITEM ) DAN DICAMPUR AIR ... Minum pagi dan petang...

lepas ni boleh sy try senaman "Jillian Micheal - Body Revolution" pulak

Berat badan sebelum 119KG kini 93KG ( maintain ... x boleh nak turun lagi dah... Harap kalo buat senaman boleh kurus lagi kot... )

nanaeddie

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
  • I Love Putra Mahkota
Re: Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi - Pengalaman Sendiri.
« Reply #2 on: May 14, 2013, 02:23:53 PM »
mak mertua saya darah tinggi jgk..umur dh 60thn..tengok selalu dia amalkan air jus epal hijau+celery. nak buat senaman byk2 pun dia dh tk brape larat sgt sbb hampir kene strok dulu, tp skg Alhamdulillah bole la larat lg jaga cucu :)

-saya pun saje nak share-

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Re: Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi - Pengalaman Sendiri.
« Reply #3 on: December 15, 2013, 10:26:06 PM »
Berikut adalah email dari pembaca forum kita.  Alhamdulillah sedikit info yang kita kongsi boleh mengubah hidup seseorang.  teruskan berkongsi.

_____________________

Amalkan hidup sihat.
Blood pressure sya naik kembali kerana kerja n selama 2 minggu tak jaga makan kerana kenduri. Tapi alhamdulillah ok semula selepas senaman n jaga makan kembali..

Tahniah kerana berjaya berhenti makn ubat..

Regards,

xxx


On 4 Dec 2013 00:08, xxx@gmail.com> wrote:
Salam, saya cuma nak berkongsi info, yg doktor telah nasihatkan utk berhenti makan ubat sejak 1 dis 2013..terima kasih di atas perkongsian maklumat dari tuan..ia amat memberikan ketenangan kepada saya..syukur ...


2013/11/13 xx
saya setuju dengan pendapat en xx, dan membenarkan semua soalan dan maklumat yg saya tanya utk en xxutk dipost ke dalam forum..kredit utk en xx. Terima kasih..


2013/11/13 xxx
ini adalah rekod bp saya..
 

2013/11/13 xxx@gmail.com>
Syukur dan terima kasih sangat2 untuk En xx kerana sudi membalas email saya. Saya ada beberapa soalan berkaitan pengalaman yang tuan alami. 1.Adakah En xx ada minum susu ( spt anlene, yogurt, susu skim) atau makanan tambahan? – Yg significant saya makan minyak ikan selama 3 bulan.
2. berapa lama selepas BP dah normal selepas buat diet ini, kita hendak mula melakukan aktiviti senaman? – 3 bulan.
3. Boleh saya tau jadual pemakanan pagi, tengahari dan petang...pukul berapa yg tuan gunakan? – Pagi – plain oat.  Tgh hari – lunch biasa (tak makan yg bergoreng). Malam – Plain oat. Selama 3 bulan.
 
utk makluman tuan, saya makan ubat vamlo 5g separuh setiap hari..dan saya telah mula ikut diet yg tuan berikan bermula 11 okt sehingga kini bp saya dah normal..sekitar 120/90...
 
cuma saya tidak pasti untuk buat next step...
Maintain saja dulu apa yg tuan lakukan sekarang.
Rekod pagi BP setiap pagi dan petang.  Utk recording saya pakai apps ini >> https://play.google.com/store/apps/details?id=com.boxeelab.healthlete.bpwatch&hl=en
Setiap bulan jumpa doctor dan present rekod BP anda.
Minta nasihat doctor jika ingin kurangkan ubat.
Sekarnag saya dah berhenti makan oat, kerana menyumbang perut kembung. Makan seperti biasa Cuma porsinya kurang.
 
BTW, lets share our conversation dekat forum.  Supaya lebih ramai orang baca dan boleh bantu lebih ramai orang.
 
 

2013/11/12 xxx
En. xx,
Jawapan mudahnya memang begitu.  Tapi tergantung kepada diri sendiri.  Sanggupkah meluangkan masa 1 jam setiap hari utk exercise, jaga makan, kurangkan minyak dan gula dan turunkan berat badan?  Kalau sanggup, dan buat insya allah blood pressure boleh turun.  Sehingga sekarang blood pressure saya mingle around 116-130/70-80 saja... tapi exercise paling kurang ½ jam sehari dan jaga makan. Thats all.  Kalau ada motivasi, boleh jumpa doctor dan share plan anda.  Nanti doctor akan nasihat bagaimana nak kurangkan ubat dan akhirnya berhenti tergantung progress dan monitoring blood pressure sendiri. Utk pengetahuan tuan, saya monitor blood pressure saya during recovery period tu 2 kali sehari dan saya share dengan doctor utk khidmat nasihat.....
 
salam,
 saya, xx dari melaka, setelah saya google di internet saya terjumpa artikel tuan berkaitan sembuh dari darah tinggi dan amat tertarik kerana tuan telah berjaya sembuh. saya telah bertemu dengan doktor namun feedback mengatakan bahawa pesakit perlu memakan ubat seumur hidup..minta pencerahan lebih lanjut dari tuan. terima kasih

ini email saya: xxx@gmail.com
whatsapp:xxxx
 
 

EricJuky

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
  • I Love Putra Mahkota
Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi Pengalaman Sendiri
« Reply #4 on: October 06, 2017, 03:32:36 PM »
Petua ni aku copy dr blog yg pernah aku baca dulu..x igt lak blog sape..lame dah..

Nak share dgn semua org petua untuk menghilangkan sakit kepala. Ni aku sendiri buat sebab tu la berani share dgn korang semua. Petua ni pun aku pernah terbaca, kat mana entah dah lupa sebab dah lama dah. Aku pun try buat & bila dah beberapa lama aku buat aku dapati memang ianya mujarab tapi baru hari ni teringat nak masukkan dalam blog ni. Cara paling bagus untuk menghilangkan sakit kepala/migraine ialah sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoa la. Insyaallah, korang akan jarang alami sakit kepala. Cuba la. Kalau boleh buat setiap waktu solat. Jika tidak, waktu subuh mesti buat. Selamat mencuba.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi Pengalaman Sendiri
« Reply #4 on: October 06, 2017, 03:32:36 PM »



Jimmlyda

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 6
  • Gender: Male
  • I Love Putra Mahkota
Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi Pengalaman Sendiri
« Reply #5 on: October 12, 2017, 11:24:21 PM »
mujarab gak kalu sujud lama skit. darah akan ke kepala. rasa panas je mula2 tu.pastu akan rasa segar je. kalu tak biasa memang akan rasa mcm pening je. sbb darah mengalir byk ke kepala.mcm terapi la. slalu org martial art buat kaki atas sandar kat dinding tu. mmg efektif utk ksihatan. cuba amalkan.insyaallah .
I trust robot trading software for successful business

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Petua Mengubati Tekanan Darah Tinggi Pengalaman Sendiri
« Reply #5 on: October 12, 2017, 11:24:21 PM »