Author Topic: PEJABAT SEKOLAH ISLAM AS SYAKIRIN TELAH DIBUKA  (Read 3375 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

assyakirin

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
  • Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin
    • As-Syakirin
PEJABAT SEKOLAH ISLAM AS SYAKIRIN TELAH DIBUKA
« on: June 23, 2013, 06:56:03 AM »
Pejabat Sekolah Islam As Syakirin telah mula dibuka beralamat di 7-1, Jalan Seri Putra 1/6. Buat masa ini kami beroperasi di sebelah petang sahaja bermula jam 4.00 petang hingga ke malam. Insya Allah pada awal Julai ini kakitangan kami akan memulakan tugas dan bolehlah mendaftar di sebelah pagi.

Pendaftaran yang diterima adalah seperti berikut  :

1.  Kelas Mengaji Iqra & Al Quran  ( bermula Julai )
2.  Kelas PREP ( bermula Julai )
3.  Kelas Bahasa Arab ( bermula Julai )
4.  Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz ( Darjah 1 - 6 ) - bermula sessi 2014
5.  Sekolah Menengah Islam ( Tingkatan 1 - 3 ) - bermula sessi 2014
6.  Pra Tahfiz Elite Kids ( untuk umur 5 & 6 tahun ) - bermula sessi 2014
7.  Playschool & Playland ( untuk umur 3 & 4 tahun ) - bermula sessi 2014
8.  Tadika Islam ( untuk umur 5 & 6 tahun ) - bermula sessi 2014
9.  Program Cuti Sekolah Mini Tahfiz ke 10 ( MTAS 10 ) - bermula 24/11 sehingga 25/12

Perasmian sekolah Insya Allah akan diadakan pada 24/11/2013 akan datang.
« Last Edit: June 23, 2013, 08:30:37 AM by assyakirin »
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT As-Syakirin)

No.7, Jalan Seri Putra 1/6, Bandar Seri Putra, Bangi.
 
Tel : 03 - 8920 0711 | H/P : 019 369 2534

ir_smile81

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 68
Re: PEJABAT SEKOLAH ISLAM AS SYAKIRIN TELAH DIBUKA
« Reply #1 on: June 24, 2013, 10:09:31 AM »
Salam boleh perincinkan mengenai Tadika Islam dan Pra Tahfiz Elite Kids tu?
Mengenai pembelajaran dan juga fee nya.TQ.

assyakirin

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
  • Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin
    • As-Syakirin
Re: PEJABAT SEKOLAH ISLAM AS SYAKIRIN TELAH DIBUKA
« Reply #2 on: June 24, 2013, 04:28:31 PM »
Waalaikumsallam wrt.
Pra Tahfiz Elite Kids' As Syakirin menerima pelajar dari umur 5 & 6 tahun. Silibus kami ialah hafazan ayat-ayat lazim bermula dari umur lima tahun mengikut sukatan yang telah kami sediakan dan seterusnya silibus fardhu ain, Jawi dan Bahasa Arab. Sebelah petang kami mengajar Bahasa Malaysia dan menggunakan program multimedia Elite Kids' untuk subjek English, Sains dan Matematik. Yuran sebulan ialah RM 450.00 untuk sessi pembelajaran dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Untuk Tadika Islam yang masih kami rancang pembukaannya, sessi pembelajaran ialah dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Subjek agama kami ialah Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Amali Solat & Doa dan juga Hafazan. Untuk subjek akademik pula ialah Bahasa Malaysia, Sains, Matematik dan English yang menggunakan kaedah Elite Kids'. Yuran sebulan sebanyak RM 280.00 untuk sessi dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Untuk maklumat lanjut sila lawati pejabat kami.
Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz As-Syakirin (SRIIT As-Syakirin)

No.7, Jalan Seri Putra 1/6, Bandar Seri Putra, Bangi.
 
Tel : 03 - 8920 0711 | H/P : 019 369 2534

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: PEJABAT SEKOLAH ISLAM AS SYAKIRIN TELAH DIBUKA
« Reply #2 on: June 24, 2013, 04:28:31 PM »