Author Topic: Kelas Tahsin Al-Quran & Bahasa Arab Asas Per Kalimah Al-Quran  (Read 525 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

ustazahnur

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 1
  • I Love Putra Mahkota
Kelas Tahsin Al-Quran & Bahasa Arab Asas Per Kalimah Al-Quran
« on: October 31, 2013, 12:59:44 AM »
Assalamualaikum Warga Bandar Seri Putri yang dikasihi Allah

InsyaALlah saya akan membuka cawangan di Bandar Seri Putri untuk DUA Kelas berikut:

1. TAHSIN AL-QURAN ASAS WANITA

Objektif utama kelas ini untuk memperbaiki bacaan al-Quran dari segi
(a) kelancaran (memperbaiki bacaan yang tersekat-sekat)
(b) mengenal tajwid serta aplikasikan terus ke dalam bacaan

Syarat :
(a) wanita sahaja
(b) telah melepasi iqra` 3
(c) tiada had umur

"yang terbaik di kalangan kamu ialah yang BELAJAR AL-QURAN dan MENGAJARKANNYA" - hadith


2. BAHASA ARAB ASAS PER KALIMAH AL-QURAN

Kelas ini merupakan kelas Bahasa Arab Asas yang menggunakan mushaf Al-Quran sebagai rujukan utama. Sangat sesuai untuk wanita dewasa yang belum belajar Bahasa Arab dan juga untuk anak-anak remaja yang sedang menghafaz Al-Quran.

Objektif utama kelas ini ialah supaya pelajar dapat memahami setiap perkataan di dalam Al-Quran dari sudut Nahu (Grammar/Tatabahasa). Kelas ini menggunakan Modul yang Senang dan Santai untuk pelajar yang belum pernah belajar Bahasa Arab atau sudah ada pengetahuan Bahasa Arab Asas. Setiap sesi kelas akan diberikan latihan untuk melihat pemahaman pelajar terhadap pembelajaran sesi tersebut.

Syarat :
(a) wanita sahaja
(b) boleh membaca al-Quran (ujian bacaan dikenakan)
(c) tiada had umur

"Cubalah sedaya upaya kamu untuk belajar Bahasa Arab semampu kamu kerana ia adalah salah satu Syiar Islam" - As-Syahid Hassan Al-Banna



Kedua-dua kelas di atas dijalankan di dalam kelompok yang kecil maksima 15 orang sahaja. Pendaftaran secara kumpulan digalakkan.

Kelas akan bermula pada Januari 2014.

Pendaftaran dibuka sekarang sehingga 30 November 2013 kerana tempat adalah terhad.

Maklumat  lanjut boleh berhubung di nombor telefon 019-3375114 (Nurul).

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Kelas Tahsin Al-Quran & Bahasa Arab Asas Per Kalimah Al-Quran
« on: October 31, 2013, 12:59:44 AM »