Author Topic: PENDAFTARAN KELAS TAEKWONDO DEWASA & KANAK-KANAK TAHUN 2014  (Read 4742 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

E-Wellness

  • Pemastautin
  • Penghuni
  • **
  • Posts: 24
  • Gender: Female
  • YOUR ONE-STOP MARTIAL ARTS SOLUTIONS PROVIDER
    • Energizing Wellness Website
PENDAFTARAN KELAS TAEKWONDO DEWASA & KANAK-KANAK TAHUN 2014
« on: November 19, 2013, 11:52:43 PM »
Salam,

Energizing Wellness kini membuka pendaftaran baru kelas Taekwondo dewasa dan kanak-kanak bagi tahun 2014. Kelas-kelas kami dijalankan di Gym Easy Fitness, Bandar Seri Putra.

Jadual kelas-kelas kami adalah seperti berikut:

1. Kelas Wanita - Setiap Isnin & Khamis jam 8.30pm-10pm
2. Kelas Asas - Setiap Sabtu jam 9am-10.30am & 11am-12.30pm
3. Kelas Sparring (Pertandingan)- Sesi Fitness & Conditioning Setiap Jumaat 8.30pm-10pm & Sesi Skil (Teknik): Setiap Ahad 9am-12pm
4. Kelas Self Defence (Pertahanan Diri)- Setiap Rabu jam 8.30pm-10pm

Antara pengajaran yang dijalankan adalah:

1. Teknik-teknik asas Taekwondo
2. Teknik-teknik pertahanan diri
3. Pengajaran teknik spesifik Gyeorugi atau sukan Taekwondo (WTF)
4. Pengajaran asas Poomsae atau bunga(pattern) Taekwondo
5. Latihan kecergasan & 'conditioning' dalam Taekwondo

Kelas-kelas ini dijalankan oleh jurulatih bertauliah dan mempunyai talipinggang hitam 5 DAN yang telah berjaya membentuk juara -juara antarabangsa & kebangsaan bagi kategori umur 9-13 tahun bagi tahun 2013.

Antara pencapaian murid-murid kami adalah:

1. Nureen Nabila Shamsul Asraf - Pemenang Pingat Emas Kejohanan Remaja Kebangsaan & Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan, Pingat Perak Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Selangor & Pingat Gangsa Sirkit Taekwondo Remaja Kebangsaan bagi kategori Perempuan 9-11 tahun & telah terpilih menyertai Kem Bakat Taekwondo Remaja Kebangsaan 2013

2. Ainul Kamilia Khairul Azreem- Pemenang Pingat Emas Kejohanan CK Classic Malaysia International Taekwondo Championship dan Pingat Gangsa Kejohanan Remaja Kebangsaan dan Sirkit Taekwondo Remaja Kebangsaan bagi kategori Perempuan 12-14 tahun. Beliau juga telah terpilih sebagai Tokoh Kokurikulum SK Bandar Seri Putra 2013 dan penerima anugerah 'Murid Cemerlang Sukan (Perempuan)' Peringkat Daerah Hulu Langat serta cemerlang akademik dengan memperolehi 5A dalam UPSR

3. Amirul Irfan Khairul Azreem - Pemenang Pingat Emas Sirkit Taekwondo Remaja Kebangsaan dan Pingat Gangsa Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan bagi kategori lelaki 12-14 tahun

4. Lutfil Hadi Kamaruzaman - Pemenang Pingat Emas Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Selangor kategori lelaki 9-12 tahun

5. Ibrahim Azhar - Pemenang Pingat Perak Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Selangor kategori lelaki 9-12 tahun

6. Lutfir Rahman Kamaruzaman - Pemenang Pingat Gangsa Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Selangor kategori lelaki 9-12 tahun

7. Zuhair Hassanazhari -  Pemenang Pingat Gangsa Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Selangor kategori lelaki 9-12 tahun

Serta ramai lagi para pemenang kejohanan peringkat kelab.

Selain dari itu, kami telah berjaya memenangi Trofi Tempat Kedua Juara Peringkat umur 9-11 tahun dan Tempat Kedua Juara Keseluruhan Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan dan Trofi Tempat Ketiga Juara Peringkat umur 9-12 tahun Kejohanan Antara Sekolah-sekolah Selangor.

Sekiranya anda berminat menyertai kelas kami, sila hubungi kami atau datang terus ke kelas kami.

Terima kasih.
« Last Edit: January 23, 2014, 01:23:43 AM by E-Wellness »
Energizing Wellness
We provide Wellness related products & services:
1. Taekwondo (WTF) classes for children & ladies
2. Martial Arts Uniform & Equipment supply
3. Nutritional consultation & products

Tel/WHATSAPP: 019-3823494
e-mail: energizingwellness@gmail.com

E-Wellness

  • Pemastautin
  • Penghuni
  • **
  • Posts: 24
  • Gender: Female
  • YOUR ONE-STOP MARTIAL ARTS SOLUTIONS PROVIDER
    • Energizing Wellness Website
Taekwondo (WTF): Perlawanan Persahabatan di Gym Easy Fitness
« Reply #1 on: January 25, 2014, 01:22:32 AM »
Salam semua.
Pada hari Ahad ini 26/1 jam 2 ptg akan diadakan perlawanan persahabatan antara pasukan Kelab TKD Moi BSP, UIA Gombak, Pelapis Kuala Lumpur & SUKMA Wilayah Persekutuan di Gym Easy Fitness Bandar Seri Putra.
Para pelajar yg berumur 13 thn keatas digalakkan menyertai perlawanan ini utk menimba pengalaman.
Bagi dibawah 13 thn tetapi telah memenangi pingat di peringkat kebangsaan, anda diwajibkan menyertai program ini.
Para pelajar & ibubapa yg lain dijemput utk menyaksikan perlawanan ini bg lebih memahami sukan Taekwondo (WTF).
Harap maklum. Terima kasih.
Energizing Wellness
We provide Wellness related products & services:
1. Taekwondo (WTF) classes for children & ladies
2. Martial Arts Uniform & Equipment supply
3. Nutritional consultation & products

Tel/WHATSAPP: 019-3823494
e-mail: energizingwellness@gmail.com

E-Wellness

  • Pemastautin
  • Penghuni
  • **
  • Posts: 24
  • Gender: Female
  • YOUR ONE-STOP MARTIAL ARTS SOLUTIONS PROVIDER
    • Energizing Wellness Website
GAMBAR-GAMBAR DISEKITAR PERLAWANAN PERSAHABATAN 26/1/2014
« Reply #2 on: January 27, 2014, 01:50:06 PM »
Salam.

Berikut adalah gambar-gambar dari perlawanan persahabatan yg telah diadakan semalam 26/1/2014 di Gym Easy Fitness, Bandar Seri Putra. Perlawanan adalah diantara pasukan Energizing Wellness/ Kelab Taekwondo Moi BSP, UIA Gombak & Pelapis Kuala Lumpur dari Sekolah Sukan Kuala Lumpur.
Energizing Wellness
We provide Wellness related products & services:
1. Taekwondo (WTF) classes for children & ladies
2. Martial Arts Uniform & Equipment supply
3. Nutritional consultation & products

Tel/WHATSAPP: 019-3823494
e-mail: energizingwellness@gmail.com

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

GAMBAR-GAMBAR DISEKITAR PERLAWANAN PERSAHABATAN 26/1/2014
« Reply #2 on: January 27, 2014, 01:50:06 PM »