Author Topic: Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)  (Read 1610 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jana

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 17
Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)
« on: March 29, 2014, 12:25:00 AM »
Assalamualaikum,sekadar perkongsian.

Dalam jam 10 pagi tadi saya telah DISAMUN di hadapan rumah saya. Saya didalam kereta bersama anak,baru hendak memulakan perjalanan ( Diluar gate). DUA orang lelaki lingkungan umur 20++ manaiki motor menyerang menggunakan PARANG. Mereka memakai VISOR HELMET PENUH,menyebabkan saya tidak nampak raut muka. Alhamdulillah saya dan anak selamat,tiada sebarang kecederaan. Jumlah kerugian kecil.

Motif utama mereka adalah untuk mendapatkan BARANG KEMAS , WALLET dan HANDPHONE.

Nasihat POLIS dan JIRAN :

(1) Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling, terutama dengan individu mencurigakan yang menaiki motosikal dan memakai VISOR PENUH. Jarang sekali kita jika hendak ke kedai atau kemana2 yang berdekatan memakai VISOR PENUH, melainkan jika hujan.
(2) Jika dikepung, terus DRIVE dan langgar. Mengikut Seksyen 100 Kanun Keseksaan,tidak menjadi kesalahan jika seseorang mencederakan individu lain yang mengganggu atau menyerangnya.
(3) Bunyikan HON jika diganggu/diserang untuk menarik PERHATIAN jiran.

Menurut polis,sudah lebih dari setahun setengah mereka tidak menyamun dengan modus operandi yang sama.

Jiran-jiran sekalian,
Sila berhati-hati terutama kaum ibu dan surirumah. Insan-insan yang berniat 'kurang baik' ini ada dimana-mana, hatta dihadapan rumah sekali pun. Jika anda mempunyai sebarang nasihat terutama untuk kaum ibu yang banyak keluar masuk rumah di siang hari seperti saya, amatlah dialu-alukan.

No telefon Balai Polis BANGI (Bandar Sei Putra) : 03-8925 8222

Mohon war-warkan,Terima kasih.

-Jana

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)
« Reply #1 on: March 29, 2014, 11:52:06 PM »
Terima kasih atas makluman. Boleh tau kawasan mana?

jana

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 17
Re: Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)
« Reply #2 on: March 30, 2014, 12:56:39 PM »
Terima kasih atas makluman. Boleh tau kawasan mana?

Salam, kawasan castanea. Opposite sekolah menengah.

Berdekatan puncak aman.

Moho  diwar2 kan, terima kasih. ????????

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 276
Re: Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)
« Reply #3 on: April 01, 2014, 10:54:42 AM »
Alhamdulillah selamat... tapi yg cik kata tu betul, kalau sempat drive langgar saja depa ni.. lepas tu call polis biar polis yg bawa pergi hospital...

wanzizou

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 120
  • Gender: Male
  • Zinedine Zidane
Re: Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)
« Reply #4 on: June 20, 2014, 10:55:43 AM »
langgar mmg boleh langgar..tapi lepas u apa..?? ...diorg akan panggil rakan2 diorg utk ganggu kehidupan kita...kita yg kelak rasa x selamat... polis pun bukan 24 jam nk jaga keselamatan kita... penjenayah akan ugut macam2..rompak / bunuh sbg pembalasan dendam...nauzubillah.... ohh...dunia ku...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Disamun di hadapan rumah (Jumaat,10pagi,Bandar Seri Putra)
« Reply #4 on: June 20, 2014, 10:55:43 AM »