Author Topic: Sekolah Di Putra Mahkota  (Read 3937 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

akula

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 300
Sekolah Di Putra Mahkota
« on: April 28, 2009, 04:03:02 PM »

petikan akhbar

berita Harian 28 April 2009
Masalah besar jika SMKBSP tidak siap


SEBAGAI penduduk tetap di Bandar Seri Putera, berhampiran Bangi Lama, Kajang, saya meminta pegawai Kementerian Pelajaran turun padang untuk melihat kemajuan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putera (SMKBSP).

SMKBSP boleh berbangga kerana menjadi sekolah menengah yang pertama dibina ketika Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang berakhir 2010. Namun sehingga kini sekolah itu belum siap. Penduduk Bandar Seri Putera kini berhadapan dengan masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah, memandangkan sekolah menengah yang berhampiran terletak di Bandar Baru Bangi, kira-kira 18 kilometer dari bandar ini.

Saya mohon Menteri Pelajaran yang baru dapat turun padang untuk melihat dan menyelesaikan masalah ini yang berlarutan begitu lama. Selain itu saya juga meminta Kementerian Pelajaran dapat membina sebuah lagi sekolah menengah di Bandar Bukit Mahkota, kerana tapak sekolah disediakan pemaju perumahan di situ.

Difahamkan penduduk Bandar Bukit Mahkota juga terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Bandar Baru Bangi yang jauh. Kami perhatikan, Bandar Seri Putera pesat membangun dan pertambahan penduduknya begitu pantas sekali. Kalau SMK Bandar Bukit Mahkota tidak dibina dalam waktu terdekat ini, besar kemungkinan SMKBSP tidak dapat menampung pelajar yang ramai.

Penduduk tidak mahu melihat bilangan pelajar di setiap bilik darjah di SMKBSP begitu ramai, sehingga melebihi 60 pelajar yang boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

SAARI SUNGEP,
AJK Penduduk Bandar Seri Putera,
Kajang, Selangor.

rizuding

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 70
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #1 on: April 28, 2009, 04:25:16 PM »
Mudah2an mendapat perhatian dan tindakan segera pihak berwajib dengan secepat2nya.
Inilah sebab utama kami sekeluarga tak dapat berpindah terus kesini sebab tiada kemudahan persekolahan anak yg terdekat. :-\

Rumah kami di sini jadi weekend retreat je la.
Manyak susah ..... :'(

besout

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 136
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #2 on: April 28, 2009, 04:35:28 PM »
Mudah2an mendapat perhatian dan tindakan segera pihak berwajib dengan secepat2nya.
Inilah sebab utama kami sekeluarga tak dapat berpindah terus kesini sebab tiada kemudahan persekolahan anak yg terdekat. :-\

Rumah kami di sini jadi weekend retreat je la.
Manyak susah ..... :'(

Orang sebelah rumah saya pun masalah sama, skrg dia sewakan je dulu rumah dia, bila sekolah dah siap baru dia nak pindah katanya..

sbj_s5

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 325
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #3 on: April 28, 2009, 04:39:43 PM »
Mudah2an mendapat perhatian dan tindakan segera pihak berwajib dengan secepat2nya.
Inilah sebab utama kami sekeluarga tak dapat berpindah terus kesini sebab tiada kemudahan persekolahan anak yg terdekat. :-\

Rumah kami di sini jadi weekend retreat je la.
Manyak susah ..... :'(

Memang sepatutnya dah siap...

Tapi buat masa sekarang x de la masalah problem sangat!!! Kalau nak tinggal kat kawasan ni pun dah ok daa...sekolah yg dekat2 ni pun ada... SK Bangi, sekolah menengah kat SMK Tmn Semarak, Nilai... xde la jauh sangat, 10- 15 je perjalanan... ke ada sesetengah orang pikir sekolah kat BBBangi tu ada KELAS!!!! ??? ??? 

Pokok pangkalnyer budak yg sekolah tu sendiri..

Tapi semua sekolah memang ada kelas aper!!! ;D

iqyniqaa

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 119
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #4 on: April 28, 2009, 06:03:18 PM »
Masalah sekolah juga PUNCA UTAMA kami sekeluarga tak dpt menetap di rumah sendiri di BM 6.. rumah tu terbiar jer.. huhuhuh.. lalang pn dah naik sama tinggi dgn tuan rumah.. sebulan sekali kami upah org potong.. Kali ni harap sgt sekolah dapat beroperasi..

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #4 on: April 28, 2009, 06:03:18 PM »



namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #5 on: April 28, 2009, 06:15:07 PM »
Sekolah yang ada sekarang jauh dan kalau ada yang dekat (SK Bangi) dah ramai sangat pelajar. So tu yang masalahnya.

Kalau jauh, kesian kat budak2 ni. Ada yg saya tengok sampai rumah dah maghrib pun (sekolah menengah). Kalau yang sekolah pagi lak, sebelum subuh dah kena keluar. Kalau ada sekolah dekat2 sini, kan lagi senang.

Memang sepatutnya dah siap...

Tapi buat masa sekarang x de la masalah problem sangat!!! Kalau nak tinggal kat kawasan ni pun dah ok daa...sekolah yg dekat2 ni pun ada... SK Bangi, sekolah menengah kat SMK Tmn Semarak, Nilai... xde la jauh sangat, 10- 15 je perjalanan... ke ada sesetengah orang pikir sekolah kat BBBangi tu ada KELAS!!!! ??? ??? 

Pokok pangkalnyer budak yg sekolah tu sendiri..

Tapi semua sekolah memang ada kelas aper!!! ;D

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #6 on: April 28, 2009, 09:13:18 PM »
Inilah masa nak mintak sekolah (menengah dan rendah) untuk BBM. Gunakanlah mana2 saluran yg boleh.

putra88

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 258
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #7 on: April 28, 2009, 11:54:27 PM »
sepatutnya sekolah di kawasan putra mahkota dah lama ada sbb kawasan ini merupakan satu township yang baru tapi ntah kat mana silapnya??
D'Puncak Putra

rizuding

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 70
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #8 on: April 29, 2009, 09:56:35 AM »
Bukankah sekolah merupakan infrastruktur asas sesebuah township?
Tak kan nak tumpang sekolah di kawasan orang lama-lama kan :P
Ada terbaca didm thread lain disini yang menceritakan anak2 ada yang sampai rumah dari sekolah jam 8 malam.
Kalau sekolah jauh tapi parents yg hantar/jemput tak pe, kalau harapkan kenderaan sekolah, kesianlah anak-anak.

Macamana nak pastikan suara penduduk BSP/BBM sampai ke pihak yang berwajib? :-\
Tolong la ....


Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #9 on: April 29, 2009, 01:27:37 PM »
Apakata kalau buat satu petition kat kementerian pelajaran (UP. Tan Sri Menteri Pelajaran) dengan menyertakan tandatangan penduduk yg bersetuju untuk mendapatkan sekolah di Bkt Mahkota. Mungkin mereka akan tengok juga suara rakyat disini!!

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #10 on: April 29, 2009, 01:32:39 PM »
seingat saya sekolah seri putra terbina selepas cukup kouta untuk pembinaan sekolah baru. Dah masa buat petition dulu, penduduk Bukit Mahkota dimasukkan sekali dengan senarai Seri Putra. So walaupun sekolah ini namanya Seri Putra, tapi utk menampung penduduk Bukit Mahkota dan Seri Putra. Kalau Bukit Mahkota nak ada sekolah sendiri kena ada jumlah certain jumlah penduduk.. baru leh dapat sekolah sendiri.

So kalau tak silap saya, anak2 Taman Impian Putra kena gi SK Bangi.. tak leh masuk SKBSP.

Abuzaim

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 84
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #11 on: April 29, 2009, 04:43:20 PM »
Betul ke akusempoi......? Anak2 taman impian putera x leh masuk SK BSP? Ini dari sumber yang sahih ke atau rumours aje?

mierock

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 470
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #12 on: April 29, 2009, 05:36:35 PM »
masuk je la pintu tak kunci. try apply dulu, baru tau. takkan tak blh kut. bergolek pun bleh sampai....

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #13 on: April 29, 2009, 06:04:42 PM »
saya pun tak pastilah tapi, ada gak diperkatakan masa mesyuarat agong SRA Pekan Bangi baru ni.

Bukannya nak menidakkan TIP tapi ini apa yang saya ingat, sebab ada survey buat masa minta buatkan sekolah kat putra mahkota.

Nak daftar, ya bolehlah daftar... saya tak kata jangan daftar.

Sahabat

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 161
Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #14 on: April 29, 2009, 07:08:26 PM »
Memang kalau ikut allocation nya...Sekolah tu keutamaannnya mmglah pada murid2 dari Bandar Seri Putra kemudian Bandar Bukit Mahkota manakala Taman Impian putra masuk ke sempadan Sekolah Kebangsaan Bangi..tp itu waktu peringkat awal nak pindahkan murid2 di SK Bangi. Yang jadi masalah saya dengar apabila murid2 yang duduk luar kawasan liputan pun nak masuk Sekolah ni...dari Rinching...BBBangi...Keramat KL pon ada (mungkin duduk sana dan nk pindah sini kot). Maaf kalau saya silap.... ;D ;D ;D
« Last Edit: April 30, 2009, 12:23:20 AM by Sahabat »

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Di Putra Mahkota
« Reply #14 on: April 29, 2009, 07:08:26 PM »