Author Topic: Betulkah kanak-kanak yang berakal tidak dibenarkan bersolat di saf pertama?  (Read 782 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mzul1978

  • Permanent resident
  • Pelawat
  • *
  • Posts: 7
  • Gender: Male
  • Zul Honda
Assalamualaikum...

Berdasarkan topik yg saya bakal ketengahkan, saya salah seorang penghuni seksyen 6 dan bersolat di surau al buhairah. Baru-baru ini saya membawa anak lelaki saya yg berumur 8 tahun bersolat jemaah di surau yg mana di hari pertama saya dan anak saya dapat bersolat di saf pertama. Tetapi perkara yg agak mengejutkan saya berlaku di hari kedua yg mana salah seorang jemaah di situ mengatakan kanak2 atau budak2 tidak boleh atau tidak digalakkan bersolat di saf pertama.

Saya perlukan kepastian, kalau betul begitu diharap pihak pengurusan atau ajk2 surau dapat memberi penjelasan dengan lebih lanjut, apakah ada dalil dari Al-Quran atau hadith2 menyatakan bahawa kanak2 yg sudah berakal yg dapat membezakan baik dan buruk tidak boleh bersolat di saf pertama?
Banyak kelebihan atau pahala jika kita dapat bersolat jemaah di saf pertama, maka kita sepatutnya berebut rebut mencari kelebihan ini tidak kira tua atau muda, siapa cepat dia dapat...

Begitu juga saya dah bercerita pada anak lelaki saya yg bersekolah agama mengenai kelebihan bersolat jemaah di saf pertama dan dia menjadi sangat teruja untuk bersolat di surau, Alhamdulillah.
Malahan ada satu rancangan di tv yg mana salah seorang ustaz berasa amat kesal dan kecewa dengan pihak pengurusan masjid atau surau yg menegah atau tidak menggalakkan ibu bapa membawa anak2 bersolat jemaah bersama2 (maksud saya anak2 yg dah bersekolah dan faham bahasa, bukannya kanak2 kecil yg masih lasak dan tidak faham bahasa yg boleh mengganggu para jemaah untuk bersolat). Bukankah melentur buluh itu biar dari rebungnya?

Kepada pihak pengurusan surau al-Buhairah seksyen 6 diharap dapat menjelaskan perkara diatas dan sertakan dalil2 alQuran dan hadith2 yg kukuh mengenai kanak kanak yg berakal tidak boleh atau tidak digalakkan atau keutamaan diberikan pada orang dewasa sahaja, jika ada dalam alQuran atau hadith2 yg mengatakan sebegitu maka saya akan patuh...wallahua'lam

Terima kasih,
Hamba Allah Seksyen 6



jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Saya jawab bagi pihak, kerana situasi yang lebih kurang sama juga telah ditanyakan kepada JK Pengurusan Masjid BSP.

Perkara ini sebenarnya merupakan sesuatu yang amat remeh, namun begitu tiada kata pemutus kerana ada hadith yang menyebut asing, manakala ada hadith lain menyebut saing (sebaris).

Pihak JK Pengurusan pada asalnya TIDAK MEWUJUDKAN SAF KANAK-KANAK, tetapi kalangan kariah menyuarakan kegusaran gangguan dari anak-anak kecil yang bermain dicelah-celah saf.

Saya telahpun mengkaji fatwa-fatwa rasmi dan ceramah-ceramah agama dalam konteks "saf kanak-kanak" ini, dan dapat disimpulkan bahawa:

Pertamanya - Tiada Nas yang MELARANG / MENYURUH mewujudkan saf kanak-kanak secara kekal.

Keduanya - Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa [akil dan baligh], kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah yang utama dan yang afdalnya.
(sumber:
http://hudamadani.blogspot.com/2012/08/sentuh-kanak-kanak-yang-belum-baligh.html)

Ketiganya - Maka, bagi JK Pengurusan Masjid BSP telah diputuskan untuk meletakkan NOTIS bagi mengingatkan para bapa supaya memberi keutamaan kepada jemaah muslimin dewasa ketika menyusun saf sebelum memulakan solat selaras dengan saranan ulama.

Wallahualam.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


« Last Edit: December 05, 2014, 03:13:34 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra