Author Topic: Penangguhan kemasukan persekolahan sesi 2015  (Read 772 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

karim

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 405
Penangguhan kemasukan persekolahan sesi 2015
« on: December 29, 2014, 12:57:22 PM »
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
 29 December 2014
 
 
 


KENYATAAN MEDIA
 YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
 
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
 
 
 
Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
 
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
 
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
 
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
 
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
 
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.
 
 
 
Terima kasih.
 
 
 
 
 
Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
 Timbalan Perdana Menteri
 Merangkap Menteri Pendidikan
 29 Disember 2014

 
 
 Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4551

sang_karibut

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 565
  • Gender: Male
  • ~pulau pinang kita~
Re: Penangguhan kemasukan persekolahan sesi 2015
« Reply #1 on: December 30, 2014, 10:55:16 AM »
kena ganti tak cuti tambahan ni

karim

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 405
Re: Penangguhan kemasukan persekolahan sesi 2015
« Reply #2 on: December 31, 2014, 06:50:37 PM »
 :-\ :-\
errkkk..tak pasti la pulak...
untuk sekolah kebangsaan bangi, sesi orientasi darjah 1 tiada perubahan....
tetap pada tarikh 3-01-2015 bersamaan hari sabtu...

MatPancing

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 84
Re: Penangguhan kemasukan persekolahan sesi 2015
« Reply #3 on: January 01, 2015, 01:52:21 AM »
cuti tambahan tidak perlu diganti.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Penangguhan kemasukan persekolahan sesi 2015
« Reply #3 on: January 01, 2015, 01:52:21 AM »