Author Topic: [Hebahan] Zakat: Bagaimana had kifayah dikira? Jom mohon zakat pada yg layak.  (Read 243 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 276
[Hebahan]
Kepada yg layak diberi zakat, boleh apply pada LZS. Boleh juga dipanjangkan pada yg layak menerima zakat. [Dipetik dari Facebook LZS]

Bagaimana had kifayah dikira? Had kifayah dikira berdasarkan pendapatan kasar seisi rumah sebuah keluarga. Untuk memudahkan pemahamannya mari kita lihat kajian kes ini:



KAJIAN KES

"Pak Ali dan isterinya tinggal di rumah sewa di Dengkil. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sebanyak RM1,200.00 sebulan. Selain isterinya, Pak Ali juga menanggung 7 orang anak. Seorang belajar di IPT, seorang belajar di tingkatan enam atas, Tingkatan 5, darjah 6 dan dua orang lagi masih kecil dan belum bersekolah.

Manakala anak sulong Pak Ali berumur 21 tahun dan tinggal serumah bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan sebanyak RM600. Isteri pak Ali seorang OKU, mendapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM250 dan isteri pak ali juga menghidap kencing manis yang memerlukan perbelanjaan perubatan yang disyorkan oleh doktor sebanyak RM200 sebulan."

RUMUSAN
Pendapatan keluarga Pak Ali adalah RM2050 (RM1,200 + RM600 + RM250). Apabila dikira, Had Kifayah keluarga Pak Ali ialah RM2,780.00. Oleh yang demikian itu pendapatan Pak Ali adalah dibawah had kifayah sebanyak RM730.00. (Rujuk Gambar).

KEPUTUSAN
Layak sebagai asnaf kategori MISKIN
« Last Edit: June 04, 2015, 12:09:48 AM by mancis »

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra