Author Topic: [Berita] MB: Isu air sampai penghujung, dalam seminggu dimuktamad  (Read 320 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 276
[Berita]

MB: Isu air sampai penghujung, dalam seminggu dimuktamad

Oleh: HAFIZAN TAIB



SHAH ALAM, 18 JUN: Selangor komited menyelesaikan perjanjian penstrukturan industri air dan menolak dakwaan ia gagal dimeterai berikutan kesungguhan Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi mencapai persefahaman.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kenyataan juga sudah dibuat berhubung perkara itu dan berharap ia dapat dimuktamadkan seperti yang diinginkan kedua-dua pihak.

Katanya, Kerajaan Negeri turut merakamkan penghargaan berikutan tindakan Kerajaan Persekutuan yang proaktif bagi menyelesaikan isu terbabit.

“Kita sudah sampai ke penghujung. Harap dalam tempoh seminggu ini kita boleh muktamadkan,” katanya di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengulas insiden demontrasi didalangi Umno di hadapan Bangunan SUK, semalam.

Katanya, segala berlaku itu adalah dirancang pihak terbabit yang diketuai Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Noh Omar.

“Saya nak selesaikan masalah rakyat, bukan nak jual baldi. Itu kerja Noh Omar. Dia boleh bekal baldi,” katanya.

-NFN-

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra