Author Topic: [Info komuniti] Gangguan Bekalan Air di Hulu Langat & Kuala Langat  (Read 488 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 276
[Info komuniti]

(Admin)
KENYATAAN MEDIA - GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAWASAN HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT

1.Kerajaan Negeri Selangor prihatin dan bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna di kawasan Hulu Langat dan Kuala Langat dan beberapa kawasan lain sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini terjadi lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan dan musim perayaan ini.

2.Gangguan bekalan air di kawasan terbabit adalah kerana kekurangan jumlah air terawat yang dapat disalurkan oleh pihak SYABAS kepada para pengguna yang di sebabkan oleh jumlah air terawat yang tidak mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat disamping peratusan NRW( Non Revenue Water) yang masih tinggi.Keaadaan menjadi bertambah rumit apabila berlakunya gangguan operasi di Loji Langat yang menggangu jumlah bekalan air terawat yang dapat disalurkan kepada pengguna.

3.Melalui mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air yang Kerajaan Negeri Selangor telah dan akan mengambil beberapa tindakan segera seperti berikut :-

a. Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan supaya operator loji rawatan air seperti Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, SPLASH, ABASS dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air loji dalam wilayah Hulu Langat dan Sepang seperti Loji Sungai Labu, Salak Tinggi dan Cheras Batu 11 pada tahap maksimum.

b. SYABAS telah diarahkan untuk meningkatkan pengagihan rumah pam Wangsa Maju dari SSP1 & SSP3 ke Pudu Ulu di mana dengan ini dapat mengurangkan kawasan agihan dari Loji Rawatan Air Sungai Langat.

c. Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Puncak Niaga untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air di Loji BRH di mana dengan cara ini dapat membantu menampung agihan di sebahagian kawasan Kuala Selangor. Pada masa yang sama, bekalan air dari Loji SSP 1 dapat dialihkan ke Kolam Lipat Kajang bagi membantu kawasan Sijangkang dan Kuala Langat.

4.Selain itu, Projek Mitigasi 2 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2015 akan mengambil alih sebahagian kawasan agihan Loji Sungai Semenyih dan Loji Sungai Langat. Antara kawasan yang terlibat ialah Seputeh, Petaling Jaya dan USJ. Projek ini juga akan meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air di Loji Rasa dan akan mengambil alih kawasan Rawang dari SSP3.

5.Kerajaan negeri juga meminta supaya pihak SYABAS dapat memastikan bekalan air melalui lori tanker ke kawasan yang terjejas dapat dilaksanakan dengan dengan cara yang terbaik.

6.Diharapkan juga semua pengguna air di seluruh Negeri Selangor dapat melakukan penjimatan air agar ianya tidak memburukkan lagi keadaan, apatah lagi dalam keadaan menghadapi musim kering sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

YB TUAN HAJI ZAIDY BIN ABDUL TALIB
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor

1 Julai 2015 - Rabu

Sumber: Facebook shefiengah.com

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra