Author Topic: [Akhbar] Selangor lancar bas percuma, BN naik harga minyak  (Read 335 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 276
[Akhbar] Selangor lancar bas percuma, BN naik harga minyak
« on: July 03, 2015, 12:19:10 PM »
[Akhbar]

Selangor lancar bas percuma, BN naik harga minyak

SHAH ALAM, 1 JUL: Rakyat Selangor dihadiahkan perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku ketika Kerajaan Persekutuan menambah beban dengan menaikkan harga petrol, hari ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan dan Pengangkutan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata RM3.6 juta diperuntukkan bagi perkhidmatan berkenaan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).



“Secara kebetulan, hari ini minyak naik lagi. Kita pula melancarkan bas percuma yang terbuka kepada semua tanpa mengira status, usia, dan bangsa.

“Sekurang-kurangnya, rakyat ada pilihan untuk hadapi tekanan akibat kenaikan harga minyak,” katanya selepas merasmikan Bas Selangorku di perkarangan Stesen Komuter Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Noordin Sulaiman; Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad; Yang DiPertua MPK, Datuk Mohammad Yacob dan Yang DiPertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.



Chang Khim berkata, perkhidmatan itu juga akan diperluas ke pihak berkuasa tempatan lain untuk mengurangkan tekanan kesesakan trafik.

“Terutama di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

“Kita juga melihat keperluan untuk meluaskan perkhidmatan di kawasan luar bandar bergantung kepada permintaan,” katanya.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

[Akhbar] Selangor lancar bas percuma, BN naik harga minyak
« on: July 03, 2015, 12:19:10 PM »