Author Topic: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran  (Read 102380 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« on: August 13, 2009, 12:00:35 PM »
Jika ada apa-apa pertanyaan berkenaan urusan tanah berkaitan geran, pecah bahagian, pecah sempadan, jual-beli tanah, ukur semula sempadan dan yang berkaitan, bolehlah tanya di sini. Saya akan cuba jawab setakat yant termampu.

Cencaluk

  • Guest
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #1 on: August 13, 2009, 01:39:35 PM »
Salam,

Saya nak bertanya.Harap boleh membantu. Ayah saya punya tanah di N. Sembilan dan dah 40 tahun bayar cukai utk tanah itu. Dlm tahun 2000(saya pun x brpa ingat bila) dia telah menambahkn penama tanah utk kepada ke semua anak2nya tanpa memecahkn geran. Masalahnya sekrg bila dia pergi ke pejabat tanah utk memastikan kedudukan tanah, pejabat tanah x boleh pastikn geran & kedudukan tanah tersebut...dgn kata lain tanah tu dah hilang. Saya telah meminta seorg rakan membantu tetapi dia sendiri tidak dapat membeli geran tersebut kerana tiada dlm rekod. Rakan saya meminta ayah saya memberi geran yg asal (d big size geran zaman dulu2 tu) sedangkan semasa penambahan nama dulu pejabat tanah telah mengambil geran asal dan menukarkan geran tanah baru bersaiz A4 sahaja. Ayah saya x tahu apa cara utk mendapatkan kembali geran asal yg tersimpan dgn pejabat tanah. Mereka berkata geran itu tiada so kenapa masa penambahan nama di buat di berikan geran baru. Adakah DO telah memanipulatekn geran ini?? Macamana tanah tiada sedangkn cukai dibayar setiap thn. Bagaimana perlu dptkn geran asal yg di ambil oleh pejabat tanah tersebut???

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #2 on: August 13, 2009, 09:07:54 PM »
Salam,

Geran A4 tu adalah sah dan mempunyai fungsi sama dengan geran besar. Jika Geran A4 tu masih ada, boleh digunakan untuk tentukan kedudukan dan sempadan tanah tersebut. Maklumat nombor lot tanah, nombor geran, mukim, daerah, pemilik serta alamat terkini juga boleh didapati daripada resit cukai tanah. Kalau ada geran, tanah tak hilang. Kalau geran dah hilang, boleh guna resit cukai tanah untuk buat carian rasmi yang akan menunjukkan maklumat tanah ini dengan lebih jelas. Tapi kalau hilang, kenalah buat laporan polis dan sebagainya untuk dapatkan geran baru. Yang penting cukai berbayar.

Untuk menentukan kedudukan tanah tersebut, bolehlah berhubung dengan jurukur tanah.  Boleh juga cuba tanya di pejabat tanah berkenaan kerana ada juga yg but part-time untuk cari batu tanda lama untuk tunjuk sempadan. Jika perlukan jurukur tanah, boleh hubungi saya.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #3 on: August 14, 2009, 12:10:12 PM »
Lupa nak beritahu, kalau tak jelas, minta nyatakan. Saya akan cuba jelaskan lagi.

Cencaluk

  • Guest
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #4 on: August 14, 2009, 01:14:41 PM »
Waalaikummusalam wbt

Geran A4 tu masih ada dlm simpanan kami. Masalahnya ayah saya kurang pasti di mana kedudukan tanah tersebut. Maklumlah dah berumur, dia dah pergi ronda tp sesat dlm hutan tu, sebab tu dia ke pejabat tanah utk brtanya di mana kedudukan asal tanah tersebut. Hairan bila mereka menyatakan tiada tanah dlm rekod. Rakan saya mencadangkn pergi ke pejabat tnah cuba beli geran lot dgn harga RM4...(mayb copy kot) katanya if boleh beli copy bermaksud tanah itu masih ada. Masalah yg timbul bila copy tiada dlm rekod & mereka meminta berikan geran asal yg besar tu utk trace kembali sedangkan p.tanah dah ambil yg asal tu...dan timbul pula cerita menyatakan kebykan tanah org2 tua dahulu telah dioverlapkan kepada sesetgh pihak sebab itu tanah tersebut tiada dlm rekod. Saya x tahu apa cara yg terbaik utk mendptkn kembali hak tanah tersebut. Ayah saya telah bayar cukai selama 40 thn sejak zaman datuk moyang saya lagi... tiba2 tanah tersebut tiada....hampeh jek critenya.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #5 on: August 14, 2009, 01:20:42 PM »
Kalau geran ada dan cukai dibayar, insya'allah tak ada masalah. Boleh buat carian rasmi dengan pejabat tanah dengan bayar RM50. Kalau nak tau kedudukan tanah, boleh hubungi saya feisalsaad@gmail.com. Kalau nak tengok PA pun kami boleh cuba bantu.

Cencaluk

  • Guest
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #6 on: August 14, 2009, 01:29:14 PM »
Terima kasih En Feisal. Insha Allah if ada kelapangan akan saya usulkan perkara ini kepada ayah saya.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #7 on: August 16, 2009, 12:16:39 AM »
Saya nak tahu berkenaan dengan pewartaan tapak surau. Sekarang ni, ada tapak di Seksyen 4, BBM. Kalau boleh nak diwartakan sebagai tapak surau. Ukur tanah macam mana bayarannya? Perlu mohon pada araprak ke? since tanah masih under pemaju...

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #8 on: August 16, 2009, 07:47:19 PM »
Soalan tentang pewartaan tapak surau.

Sebelum saya jelaskan, saya perlukan beberapa maklumat tambahan kerana ada prosedur berbeza untuk keadaan berbeza.
1. Adakah tapak tersebut telah dirizab oleh pemaju sebagai tapak surau?
2. Adakah kelulusan MAIS telah diperolehi?

Tentang bayaran ukur, ia tertakluk kepada kadar ditetap oleh Lembaga Jurukur Tanah. Kalau ada detail tentang tanah tersebut, saya akan cuba beri anggaran.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #9 on: August 17, 2009, 03:10:57 PM »
Sementara tunggu jawapan, saya akan terangkan setakat yang termampu.

1. Bagi pembangunan yg besar seperti BBM, biasanya akan ada rizab untuk rumah ibadat.
2. Terdapat juga rizab untuk kawasan lapang tetapi kebenaran diperolehi untuk 'binaan sementara' surau
3. Rizab-rizab ini jika telah mempunyai pre-com plan, maka ia telah diuruskan perihal ukurtanahnya. Samada telah diukur atau dalam proses untuk diukur.

Namun....
Cara terbaik adalah dengan mengadakan perbincangan dengan pemaju dahulu untuk mendapatkan status serta gambaran keseluruhan tentang tapak tersebut.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #10 on: August 18, 2009, 11:27:06 PM »
Sementara tunggu jawapan, saya akan terangkan setakat yang termampu.

1. Bagi pembangunan yg besar seperti BBM, biasanya akan ada rizab untuk rumah ibadat.
2. Terdapat juga rizab untuk kawasan lapang tetapi kebenaran diperolehi untuk 'binaan sementara' surau
3. Rizab-rizab ini jika telah mempunyai pre-com plan, maka ia telah diuruskan perihal ukurtanahnya. Samada telah diukur atau dalam proses untuk diukur.

Namun....
Cara terbaik adalah dengan mengadakan perbincangan dengan pemaju dahulu untuk mendapatkan status serta gambaran keseluruhan tentang tapak tersebut.

TQVM. Saya akan cuba dapatkan jawapan untuk soalan pertama..... bagi kelulusan daripada MAIS...memang belum dapat. Ada Idea ke mana boleh dapat precom plan nih? Atau mana nak dapatkan proposal plan untuk BBM... saya beli dulu sebab dengar-dengar ada sekolah...Komuter...Balai Polis.... dsbnye...tapi tak tahu kebenarannya. Nak check kat mana dokumen ni? TQ

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #11 on: August 19, 2009, 12:45:54 AM »
Salam,

Precom plan biasanya boleh didapati daripada pemaju sebab dia ada pegang. Ataupun boleh dapatkan maklumat dari MPKj. Jika tanah tersebut sudah dirizab untuk rumah ibadat, hanya perlu dapatkan kebenaran MPKj untuk bina bangunan. Jangan lupa dapatkan perakuan arah kiblat dari Jabatan Agama. Biasanya ni semua boleh tolak kepada kontraktor yang nak buat surau tu.

Kalau belum dirizab, bolehlah bincang balik dengan pemaju/MPKj/YB.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #12 on: August 20, 2009, 11:26:26 AM »
Sedikit penjelasan mudah tentang pengurusan hakmilik terma tanah. Penjelasan penuh sila rujuk KTN

1. Penyatuan Tanah
- 2 atau lebih lot tanah yang bersebelahan yang dipegang oleh satu pemilik dicantumkan menjadi 1 lot.

2. Pecah Sempadan Tanah
- Tanah dipecah sempadan kepada 2 atau lebih bahagian. Tiap-tiap bahagian dipegang oleh pemilik atau pemilik-pemilik mengikut bahagian dalam geran asal sebelum Pecah Sempadan. Pemilik sama, geran banyak.

3. Pecah Bahagian Tanah
- Tanah dipecahkan kepada bahagian-bahagian mengikut seperti bahagian yg dinyatakan dalam hakmilik. Tiap-tiap lot baru akan dipegang mengikut bahagian. Pemilik-pemilik dapat geran ikut bahagian. Biasanya dalam pembahagian harta dan nak geran individu.


mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #13 on: August 25, 2009, 05:56:02 PM »
Anda ada geran tanah tapi tak faham kandungannya? Ada geran berkongsi bahagian tetapi pemegang geran tak benarkan tengok geran? Ada soalan-soalan tentang tanah dan geran? Boleh tanya di sini. Saya akan cuba kongsi jawapan untuk pengetahuan semua. Boleh juga PM saya atau email ke feisalsaad@gmail.com dengan soalan jika tidak mahu post di sini.

solehah31180

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
Re: Soal Jawab Urusan Tanah dan Geran
« Reply #14 on: September 26, 2009, 04:53:23 PM »
Assalamualaikum....
saudara, minta bg penjelasan ttg proses nak pecah tanah.sy dan adik telah diberikan tanah oleh ayah kami sati ekar tanah. adik sy mendpt stgh ekar, dan sya juga mendapat stengah ekar lg.skrg ini, geran itu atas nama kami berdua..jadi sekarang ini kami ingin geran tanah itu diasingkan.maksudnya sy mendapat geran kepunyaan saya sendiri. begitu jug adik saya.disini saya ingin mengetahui bagaimana cara proses? dan berapakah jumlah bayarn yang dikenakan kepada sya.sy ingin mengetahui jumlah wang yg perlu sy bayar di pjbt tanh?..terima kasih..