Post ini sebagai inisiasi penubuhan Kelab Sukan & Rekreasi Bukit Mahkota. Secara peribadi saya merasakan Kelab ini perlu untuk menguruskan aktiviti Sukan & Rekreasi setempat di Bandar Bukit Mahkota.
Aktiviti Yang boleh diuruskan.
1. Segala penganjuran & aktiviti sukan.
2. Segala penganjuran & aktiviti rekreasi, spt senam robik depan club house, car booth sale ke, pengurusan bersama dengan kelab lain..
3. Kelas belajar berenang di Club House.
4. Sebahagian dari pengurusan Club House.
5. Initiasi pembersihan kawasan kedai & iklan haram (Iklan Putra Mahkota.com jgn buang... he he he)
6. Outing Photography...
7. Majlis suaikenal Makan makan & BBQ or even Pot Luck
8. Acara berjalan & mengenali sekitar Bukit Mahkota
9. Mengadakan sebarang kelas/talk/ceramah/seminar di CLUB HOUSE... cth, saya mungkin boleh bagi free talk about making money with google adsense.. he he... OTAI photography boleh buat free talk jugak... Ceramah keselamatan pun boleh, oleh bomba ke , polis ke...
10. Mari mewarna bersama anak anak...
11. Kelas Memasak utk suri (ini kan rekreasi)...
So... siapa yang ada pengalaman menubuhkan persatuan or club, boleh le tolong initiate di sini...
Note : saya jadi pengikut je lah...