Pukul 6.15 pagi bertolak daripada BBM dan tiba di Ladang Kelapa Sawit (kaki Bukit Broga) pukul 6.45am. Hari dah terang dah pun. Dua kali saya nak pitam masa tengah memanjat. Gelap je pemandangan. Terpaksa rehat sebentar sehingga oksigen naik ke otak. Badan rasa macam tak larat nak memanjat mahupun menurun. Cuma yang tinggal, semangat nak mencapai puncak, maka sampai jugaklah saya ke puncak ke 2. Mungkin faktor tak berapa nak sihat hari tu menyebabkan pendakian yang sepatutnya mudah, terasa payah. Kemungkinan lebih besar juga kerana tak exercise lama sangat dah menyebabkan badan terkejut. Sehingga hari ini, lengan dan peha masih terasa sakit.
Walau apapun, kepuasan menawan Puncak Broga masih terasa mengatasi rasa sakit yang sementara.