Author Topic: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP  (Read 8072 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #15 on: September 29, 2010, 03:44:41 PM »
Assalamu alaikum wr wb wm. Selamat berpuasa dan selamat meyambut hari raya idil fitri.

Saudara/saudari sekelian,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah masjid bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat tumpuan umat Islam di Bandar Seri Putra. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mustaqim ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Pembinaan masjid ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM6 juta.

Oleh kerana tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid mengambil initiatif untuk mengumpul dana ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diperolehi. Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.

Justeru itu, AJK memohon penduduk Bandar Seri Putra bersama-sama menghulur bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini. Secara perkiraan, dana sebanyak RM6 juta mampu dikumpul dalam masa hanya 20 bulan. Dimana Bandar Seri Putra mempunyai penduduk melebihi 6,000 keluarga. Sekiranya setiap keluarga menderma hanya RM50 sebulan selama 20 bulan, maka matlamat kita akan tercapai InsyaAllah.

Sumbangan bolehlah dibuat di atas nama Masjid Al-Mustaqim atau bank-in terus ke akaun Maybank Islamic no. akaun:5628 3450 4024. Semoga niat dan usaha kita diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.

AJK Masjid Al-Mustaqim.

Saya quote semula post dari Timbalan Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP setahun yang lalu.

Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: September 29, 2010, 03:47:48 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #16 on: September 29, 2010, 09:00:34 PM »
banyak lagi ni.. jom sama-sama menyumbang

Tomatoman

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 137
Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #17 on: October 15, 2010, 10:10:33 AM »
Sorry nak tanya ckit, kalau kita derma kat Masjid ni blh dapat resit untuk perlepasan LHDN tak? Bukan saya bermaksud kita bagi duit kat Masjid semata2 nak dpt perlepasan cukai tapi sebagai 1 galakan utk umat islam kita menderma + saya ada kenal beberapa org kat LHDN yg boleh tolong utk dptkan perlepasan cukai

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #18 on: October 15, 2010, 11:46:35 AM »
Saya pernah tanya pasal pelepasan cukai ini. Jawapannya dalam proses.

Sorry nak tanya ckit, kalau kita derma kat Masjid ni blh dapat resit untuk perlepasan LHDN tak? Bukan saya bermaksud kita bagi duit kat Masjid semata2 nak dpt perlepasan cukai tapi sebagai 1 galakan utk umat islam kita menderma + saya ada kenal beberapa org kat LHDN yg boleh tolong utk dptkan perlepasan cukai

Tomatoman

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 137
Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #19 on: October 15, 2010, 02:37:03 PM »
dah berapa lama process nya? Memang bagus kalau kita dpt perlepasan LHDN ni and bagus lagi kalau semua surau kat area BSP buat benda yang sama...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #19 on: October 15, 2010, 02:37:03 PM »



jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Prosidur Dan Keperluan Untuk Permohonan Pelepasan Cukai kepada LHDN
« Reply #20 on: October 15, 2010, 05:14:10 PM »
Kita masih belum comply dengan syarat nombor (v) - JK Pembinaan Masjid dalam proses untuk submit pelan kepada MPKj. Kita perlu berhati-hati dan lengkap semua kehendak MPKj sebab bila submit tak lengkap, lepas 3 bulan proses MPKj akan tolak dan perlu re-submit.

Bila pelan dah lulus baru JK Pembinaan Masjid boleh submit permohonan untuk pelepasan cukai kepada LHDN.


Quote
6. Prosidur Dan Keperluan Untuk Permohonan
Tiada borang khas untuk mengemukakan permohonan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 kecuali dalam kes tabung pembinaan sekolah di mana Lampiran A boleh didapati daripada Pejabat Pelajaran Negeri. Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan maklumat-maklumat yang lengkap. Prosidur-prosidur dan keperluan-keperluan untuk permohonan adalah seperti berikut:-

6.2  Tabung Pembinaan

6.2.2 Tabung Pembinaan Masjid, Surau, Tokong, Kuil Dan Gereja
Maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen berhubung dengan organisasi yang menubuhkan tabung pembinaan tersebut dan tabung
pembinaan itu sendiri mesti dilengkapkan seperti berikut:


6.2.2.1 Berhubung Dengan Organisasi
Yang Menubuhkan Tabung Pembinaan
(i) Sesalinan sijil pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia;
(ii) Sesalinan Perlembagaan,Undang-Undang Kecil atau Kaedah-Kaedah yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia; dan
(iii) Satu senarai ahli-ahli jawatankuasa Pertubuhan yang lengkap dengan nama, alamat penuh, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan
jawatan yang dipegang dalam jawatankuasa.

6.2.2.2 Berhubung Dengan Tabung Wang Pembinaan Itu Sendiri
(i) Ketetapan atau minit mesyuarat yang memutuskan penubuhan tabung pembinaan;
(ii) Kaedah-Kaedah atau Undang-Undang Kecil tabung. Ianya mestilah mengandungi di antara lain fasal-fasal berkenaan nama, alamat, tujuan-tujuan kawalan pengurusan, kawalan penggunaan kewangan, kira-kira audit, syarat-syarat pembinaan, pindaan kepada fasal-fasal dan pembubaran Undang-Undang Kecil;
(iii) Ketetapan atau minit mesyuarat yang meluluskan undang-undang kecil tabung;
(iv) Senarai ahli-ahli jawatankuasa tabung pembinaan yang lengkap dengan nama, alamat penuh, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan
jawatan yang dipegang dalam jawatankuasa tersebut;
(v)  Pelan bangunan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan;
(vi) Pecahan anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan tersebut dan surat pengesahan kos pembinaan daripada Arkitek bertauliah;
(vii) Sekiranya derma telah mula dipungut dari orang ramai, nyatakan tarikh derma pertama mula dipungut dan juga jumlah yang telahpun
dipungut sehingga tarikh permohonan
(viii) Jumlah bantuan wang Kerajaan atau mana-mana punca yang telah diterima atau dijanjikan jika ada; dan
(ix) Surat sokongan atau surat pengesahan bahawa bangunan yang didirikan tersebut hanya digunakan untuk tujuan keagamaan dan ibadat semata-mata. Jika permohonan berkaitan dengan pembinaan masjid dan surau, surat sokongan hendaklah diperolehi dari Majlis Agama Islam Negeri

Ref: http://www.scribd.com/doc/38722300/Garis-Panduan-Untuk-Memmohon-Surat-Bagi-Pelepasan-Cukai
 
Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: March 12, 2012, 03:04:20 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP
« Reply #21 on: December 24, 2015, 02:45:02 PM »
Tuan/Puan diminta untuk tidak terpengaruh dengan mana-mana individu yang mengaku mengutip sumbangan bagi pihak masjid. Pihak masjid sentiasa mengiklankan EMPAT (4) nombor akaun rasmi Tabung Pembinaan Kompleks Masjid di bawah nama "MASJID AL-MUSTAQIM"

Diumumkan bahawa derma AKAUN untuk Tabung Pembinaan Kompleks Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra perlu disalurkan ke dalam 4 akaun seperti tertera di bawah sahaja TELAH DITUTUP:

* Maybank Islamic : xxxx *
-
- CIMB Islamic : xxxx  -
-
~  Bank Islam : xxxx   ~
-
~  BSN: xxxx  ~

Bersama-samalah kita melabur untuk mendapat saham di akhirat nanti, InsyaAllah.
« Last Edit: January 27, 2016, 12:44:51 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
PENGUMUMAN: Masjid Al-Mustaqim kini menggunakan SATU AKAUN sahaja
« Reply #22 on: January 27, 2016, 01:05:12 PM »
PENGUMUMAN: Masjid Al-Mustaqim kini menggunakan SATU AKAUN sahaja, iaitu:

MAYBANK: 5628 3463 4518

Nombor akaun-akaun terdahulu tidak lagi terpakai. Keputusan dibuat selaras dengan pembubaran JK Pembinaan pada 31 Disember 2015 yang lalu. Harap maklum.

Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

PENGUMUMAN: Masjid Al-Mustaqim kini menggunakan SATU AKAUN sahaja
« Reply #22 on: January 27, 2016, 01:05:12 PM »