Author Topic: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar  (Read 10428 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #15 on: January 27, 2010, 01:42:59 PM »
Owh... aritu nampak ada org bawak kemera SLR tengah cakap2 ngan budak tunggu transport kat simpang 3 Princeton. Reporter la tu kut.

BSP

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 157
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #16 on: February 02, 2010, 10:13:22 AM »
Owh... aritu nampak ada org bawak kemera SLR tengah cakap2 ngan budak tunggu transport kat simpang 3 Princeton. Reporter la tu kut.

Info: ??? ???
--------------------------------------------------------------------------------
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Fuad Zakarshi dijadualkan akan melakukan lawatan mengejut ke tapak sekolah menengah BSP yang telah terbengkalai sekian lama. Ini adalah ekoran dari aduan masyarakat setempat di dalam akhbar Sinar baru-baru ini.
Diharapkan pihak-pihak yang berkenaan mahupun warga BSP yang prihatin dapat melapangkan masa dan menyuarakan pandangan serta masalah berkenaan kelewatan tersebut terus kepada pihak tertinggi.

Dari sumber-sumber terdekat yang tidak mahu dinamakan, boleh dipercayai dan rapat dengan Kementerian Pelajaran.. 8) 8)   
 
Salam

Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #17 on: February 02, 2010, 01:47:09 PM »
Dr. Puad dan pengiringnya sampai jam 1.00pm tadi dan sedang di beri taklimat!!

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #18 on: February 02, 2010, 02:41:12 PM »
sama-sama doa agar projek SM BSP dapat direalisasikan..Amin.

http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/lagi-sekolah-terbengkalaimoga-ada-jalan.html


zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #19 on: February 02, 2010, 02:52:19 PM »
Puad tinjau sekolah terbengkalai
Selasa ini
30Jan2010 Posted by azizailan Labels: Anak-anak Sekolah

Petikan dari Utusan Malaysia 29/01/10 (Jumaat)


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) akan melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi pada Selasa depan selepas berita mengenainya dilaporkan akhbar ini semalam.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, lawatan itu penting untuk membolehkannya mendapat perkembangan terkini tentang status projek tersebut.

Katanya, ini sejajar dengan polisi kementerian yang sememangnya memandang serius terhadap masalah projek sekolah 'sakit' yang gagal disiapkan mengikut jadual di seluruh negara.

"Saya masih belum mendapat laporan penuh mengenai projek sekolah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi tetapi saya akan pergi sendiri melawat projek berkenaan untuk melihat perkembangannya pada Selasa ini.

"Sekarang ini, saya berada di Melaka juga bagi meninjau masalah serupa," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung projek pembangunan mendirikan sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini.

Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.

Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan terdapat beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semuanya terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, SMK Jalan Reko, Kajang, SMK Salak Tinggi dan SMK Engku Hussain, Semenyih.

*harap ada perubahan ketara terhadap projek SAKIT ini selepas lawatan Dr.Puad nanti.....

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #19 on: February 02, 2010, 02:52:19 PM »



Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #20 on: February 02, 2010, 06:09:37 PM »
Sidang akhbar dan sekitar lawatan Dr.Puad

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #21 on: February 03, 2010, 10:36:00 AM »
saya amat berharap agar pihak persatuan penduduk BSP,BBM & TIP dapat memantau janji yang dibuat oleh timbalan menteri Pelajaran yang katanya SM BSP akan dapat beroperasi pada 2011. insya-allah,sama-sama kita doakan agar ianya menjadi realiti.
semalam sempat jugak tengok ntv7 berkaitan isu ini..cuma tak pandai nak upload video tersebut kat sini..ada sesiapa yang boleh bantu??
Berikut dikongsikan berita berkaitan:

45 Kontraktor Projek 'Sakit' Kementeran Pelajaran Diberi Ingatan
Dikirim oleh Kyreel 03 Februari 2010 pada 1:57 AM

Sumber:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472756

BANGI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran Selasa mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraihitam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenaraihitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pulak, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.


Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Dis 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar.



-- BERNAMA

p.s: Cikgu bolehlah minta tukar ke SM BSP daripada sekarang...moga berjaya.insya-allah.
« Last Edit: February 03, 2010, 10:59:26 AM by zul »

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #22 on: February 03, 2010, 01:14:37 PM »




Sy terjumpa gambar ni di FB Yb Johan Adun Semenyih.
Yg tinggi lampai berbaju merah tuu YB Johan dan berbaju putih tuu tak silap YB dari Serdang. Tidak kelihatan pula YB Bangi di dlm lawatan ini.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #23 on: February 03, 2010, 02:59:22 PM »
Aku future YB Bangi yang pakai baju putih tak masuk dalam gambar tu... pasal aku jalan laju sangat kat depan... ;D

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #24 on: February 03, 2010, 03:34:33 PM »
Mungkin YB Bangi tidak dijemput sebab bukan projek bawah PR.





Sy terjumpa gambar ni di FB Yb Johan Adun Semenyih.
Yg tinggi lampai berbaju merah tuu YB Johan dan berbaju putih tuu tak silap YB dari Serdang. Tidak kelihatan pula YB Bangi di dlm lawatan ini.

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Di Bahas di Parlimen
« Reply #25 on: March 23, 2010, 05:11:47 PM »
YB Nasharuddin Mat Isa sedang membahaskan isu pelajaran di parlimen petang ini.

Antara isu yg di highlight kan ttg projek sekolah di BSP yg terbengkalai.

Nama BSP & BBM dua tiga kali di sebut.

Live parlimen sini http://www.tvselangor.com/live/channel1/
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

akula

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 300
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #26 on: March 23, 2010, 05:33:18 PM »
nie untungnya ada MP yg beli rumah kat sini... sampai jugak suara hati penduduk disini ke parlimen

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #27 on: March 23, 2010, 05:37:19 PM »
Lenkali kita undi MP yg ada rumah kat sini lagik. Camni la bagus.

Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #28 on: March 23, 2010, 10:15:49 PM »
Bulan mac dah hampir ke penghujungnya tapi sek menengah tu masih kaku seperti dulu! kalau x silap, kontrak baru akan bermula bulan Mac!!

Naim

  • Guest
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #29 on: March 24, 2010, 09:54:29 PM »
Betullah dalam dua minggu lepas saya jenguk rumah ... tengok sekolah tak berusik pun lagi!!!

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #29 on: March 24, 2010, 09:54:29 PM »