Author Topic: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar  (Read 10480 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« on: January 20, 2010, 09:54:28 AM »
Semalam ada terbaca berita dalam akhbar Sinar mengenai projek SM BSP yang tertangguh tu. Siap dengan gambar projek dan sekumpulan penduduk yang membuat aduan. Yang janggal sedikit tentang berita tu ialah tajuknya : Penduduk Bandar Bukit Mahkota dan Taman Impian Putra risau kerana projek SEKOLAH MENENGAH BANDAR SERI PUTRA tertangguh sejak tahun 2008 lagi. Tak de pulak di nyatakan tentang nasib penduduk Bandar Seri Putra itu sendiri. Kenapa juga dalam berita tersebut tak di nyatakan tentang apa yang sedang di lakukan oleh pihak yang berwajib dalam menangani masalah tersebut. atau kumpulan yang membuat aduan tu tak tahu status sebenar masalah.
Patutnya buat juga aduan kenapa sekolah tak di dirikan di Kawasan Bandar Bukit Mahkota untuk keselesaan penduduk disitu?

zai_jnr

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 576
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #1 on: January 20, 2010, 09:59:07 AM »
Petikan Akhbar Sinar Harian Selasa 19/01/2010

HULU LANGAT – Impian indah lebih 1,000 penduduk di Bandar Bukti Mahkota, di sini mahu melihat anak-anak mereka belajar dalam suasana selesa di sekolah baru berkecai apabila projek pembinaannya terbengkalai.

Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra seolah-olah tiada penghujungnya apabila projek yang sepatutnya siap pada 2008 terus tertangguh sehingga hari ini.

Ironinya pembinaan Sekolah Kebangsaan yang dijalankan serentak di kawasan berhampiran berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah dan kegagalan pembinaan sekolah menengah berkenaan menyebabkan pelajar terpaksa belajar di sekolah Menengah sekitar Bangi dan Nilai.

Wakil Persatuan Penduduk Bandar Bukit Mahkota, Murad Adam, 41 berkata, kegagalan pihak bertanggungjawab melaksanakan pembinaan sekolah menengah berkenaan amatlah dikesali dan memusnahkan impian kami semua.

“Projek berkenaan sepatutnya siap menjelang 2010 dan boleh menampung pelajar sekolah menengah dari taman berhampira , namun segalanya musnah apabila pembinaan projek terhenti sejak awal 2009.

“Situasi ini berbeza dengan pembinaan sekolah rendah di kawasan yang memberikan kelegaan kepada keluarga yang mempunyai anak untuk menuntut ilmu di sekolah berhampiran tempat tinggal,” katanya. - Mohd Subkhi Sudarji.


*petikan akhbar semalam...

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #2 on: January 20, 2010, 10:03:46 AM »
Sambil tu, patut highlight la jugak yang Bandar Bukit Mahkota memerlukan sekolah rendah.

P/S: Eh.. Bukit Mahkota ada 'Bandar'. Seri Putra hilang lak 'Bandar'. Wartawan balas dendam kat PLUS ker?  ;D ;D ;D ;D
P/S2 : Sekolah Kebangsaan berjaya disiapkan tanpa masalah? Ni wartawan tak buat kerja atau saja masukkan rempah ratus dan perisa extra nak bagi sedap?
« Last Edit: January 20, 2010, 10:06:34 AM by feisal »

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #3 on: January 20, 2010, 10:05:16 AM »
info daripada ansuru...




View Profile Personal Message (Offline)
   
   
Re: SM BSP
« Reply #36 on: January 13, 2010, 12:00:36 PM »
   Reply with quoteQuote
Update dari Kementerian pulak: Smiley

Jual tender          - 05 Jan 2010
Tutup tender       - 02 Feb 2010

Jangka mula kerja - Mar 2010
Jangka siap         - end 2010

Jangka sek. buka  - early 2011 Cheesy Grin

.....

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #4 on: January 20, 2010, 10:10:18 AM »

P/S: Eh.. Bukit Mahkota ada 'Bandar'. Seri Putra hilang lak 'Bandar'. Wartawan balas dendam kat PLUS ker?  ;D ;D ;D ;D

..biasalah wartawan tokok tambah tu. sebenarnya . .dari segi "istilah"
 ' Bukit Mahkota ' merujuk kepada orgbukit .
 ' Seri Purta ' merujuk kepada orgbandar . .  ;D

___________________
aku /..PMB

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #4 on: January 20, 2010, 10:10:18 AM »



zai_jnr

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 576
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #5 on: January 20, 2010, 10:10:41 AM »
info daripada ansuru...




View Profile Personal Message (Offline)
   
   
Re: SM BSP
« Reply #36 on: January 13, 2010, 12:00:36 PM »
   Reply with quoteQuote
Update dari Kementerian pulak: Smiley

Jual tender          - 05 Jan 2010
Tutup tender       - 02 Feb 2010

Jangka mula kerja - Mar 2010
Jangka siap         - end 2010

Jangka sek. buka  - early 2011 Cheesy Grin

.....

Hopefully la setel seperti yg di rencanakan... ;D

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #6 on: January 20, 2010, 10:12:47 AM »
Wartawan tak buat kerja lah tu.. ataupun pengadu ikut sedap mulut aje dan ikut emosi tanpa selidiki fakta.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #7 on: January 20, 2010, 10:23:03 AM »
Pengadu memang boleh ikut sedap mulut tapi yg pasti, wartawan tak buat kerja ATAU terlebih buat kerja.




..biasalah wartawan tokok tambah tu. sebenarnya . .dari segi "istilah"
 ' Bukit Mahkota ' merujuk kepada orgbukit .
 ' Seri Purta ' merujuk kepada orgbandar . .  ;D


Owh.. cam tu ker? Tak biasa dengar pulak. So orgbukit takde nak mintak sekolah rendah ke?  Sekolah Menengah satu jer cukup la dulu. Kita kongsi  ;D ;D ;D

Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #8 on: January 20, 2010, 01:30:36 PM »
Mengikut fakta, sek Kebangsaan tu sepatutnya di buka awal 2009. Disebabkan kelewatan pembinaan ianya di buka pada pertengahan tahun manakala guru-guru yang telah di tetapkan di BSP menumpang di SK bangi. Wartawan tersebut perlu menemuramah S O projek dan dapatkan maklumat lanjut.

aseela

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 316
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #9 on: January 20, 2010, 01:45:43 PM »

P/S: Eh.. Bukit Mahkota ada 'Bandar'. Seri Putra hilang lak 'Bandar'. Wartawan balas dendam kat PLUS ker?  ;D ;D ;D ;D

..biasalah wartawan tokok tambah tu. sebenarnya . .dari segi "istilah"
 ' Bukit Mahkota ' merujuk kepada orgbukit .
 ' Seri Purta ' merujuk kepada orgbandar . .  ;D



uit...tiara hill ke? :)

acya

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 348
  • Gender: Female
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #10 on: January 27, 2010, 12:08:18 PM »
hari nie paper utusan ada berita pasal sek men BSP tak siap...dekat penuh satu muka... :) :) ;)

zai_jnr

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 576
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #11 on: January 27, 2010, 12:13:39 PM »
Wartawan tak buat kerja lah tu.. ataupun pengadu ikut sedap mulut aje dan ikut emosi tanpa selidiki fakta.

mmg pon wartawan nie pandai kona...member sy ader kejer as maintenance kt karangkraf...dia jaga bhgn mesin cetak surat khabar sinar harian tue..nk jadikan citer geng2 maintenace kener marah ngn bos besar coz gambar yg wartawan tepek dlm news aritu sama jer gambar yg dia tepek dlm news 2,3 hari lepas...

bengang budak2 maintenance...wartawan yg suka copy paste..diorg yg kener hentam.. ;D

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #12 on: January 27, 2010, 12:30:33 PM »
Wartawan tak buat kerja lah tu.. ataupun pengadu ikut sedap mulut aje dan ikut emosi tanpa selidiki fakta.

mmg pon wartawan nie pandai kona...member sy ader kejer as maintenance kt karangkraf...dia jaga bhgn mesin cetak surat khabar sinar harian tue..nk jadikan citer geng2 maintenace kener marah ngn bos besar coz gambar yg wartawan tepek dlm news aritu sama jer gambar yg dia tepek dlm news 2,3 hari lepas...

bengang budak2 maintenance...wartawan yg suka copy paste..diorg yg kener hentam.. ;D
Kawan aku, bos besar pada kawan kau tu kata, dia saja jer marah hari tu... bagi kawan kau kecut perut sket... MuaHaHaHa... ;D

Wartawan pun cari makan jugak tu... maklumat bagi tak betul, dia tulis tak betul lar... kalau copy and paste tu semua biasa buat...  ;D

zai_jnr

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 576
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #13 on: January 27, 2010, 12:35:14 PM »

mmg pon wartawan nie pandai kona...member sy ader kejer as maintenance kt karangkraf...dia jaga bhgn
Kawan aku, bos besar pada kawan kau tu kata, dia saja jer marah hari tu... bagi kawan kau kecut perut sket... MuaHaHaHa... ;D

Wartawan pun cari makan jugak tu... maklumat bagi tak betul, dia tulis tak betul lar... kalau copy and paste tu semua biasa buat...  ;D

patut la kawan...kawan aku ckp bos dia ckp mcm kenal org yg guner nick daddyVW...kekawan rupernyer...hu hu hu  ;D

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #14 on: January 27, 2010, 01:03:33 PM »
dah ada wakil Bdr seri putra bersuara termasuklah pak guard yang baru ditugaskan kat projek tersebut..
sumber: utusan malaysia.

Projek sekolah perlu diberi keutamaan
BANGI 26 Jan. - Kerajaan perlu mewujudkan satu pasukan khas untuk memantau setiap projek sekolah yang dilaksanakan di seluruh negara supaya langkah segera dapat diambil jika sesebuah projek itu berdepan masalah.

Penduduk Bandar Seri Putra dekat sini berpendapat, walau apa pun yang terjadi, projek sekolah tidak wajar dibiarkan terbengkalai kerana ia memberikan kesan besar kepada masyarakat.

Seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan, Riduan Ramli,30, berkata, projek pembangunan sekolah perlu diberikan keutamaan dan dielakkan daripada terbengkalai.

Dia yang sudah menetap di bandar baru berkenaan sejak tiga tahun lalu mengakui amat kecewa kerana sekolah di kawasan itu gagal disiapkan.

"Penduduk di kawasan ini semakin padat dari semasa ke semasa. Keadaan ini amat menyulitkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah menengah," ujarnya.

Dia berkata, kemudahan sekolah sering menjadi faktor seseorang membeli rumah di sesebuah kawasan baru dan amat mengecewakan jika kemudahan itu tidak dapat dinikmati dengan segera.

Kesan kegagalan projek sekolah itu disiapkan mengikut jadual turut dirasakan oleh My'sara Sofea Mahizan, 14 tahun.

Anak keempat daripada enam orang adik-beradik itu terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih yang terletak lebih 12 kilometer dari rumahnya sejak tahun lalu.

"Sememangnya agak menyedihkan, namun apa boleh buat. Apa yang saya harapkan ialah sekolah ini dapat disiapkan dengan segera. Kalau boleh sebelum tahun depan," ujarnya.

Dia mengakui terpaksa terpaksa keluar awal pagi bagi mengelakkan tertinggal bas sekolah.

Selain My'sara, terdapat kira-kira 40 rakannya dari kawasan perumahan berkenaan dan berhampiran belajar di sekolah sama.

Turut berkongsi kekecewaan ekoran pembinaan sekolah menengah di kawasan berkenaan terbengkalai ialah seorang bapa, Murad Adam. 41.

Dia yang tinggal di Bandar Bukit Mahkota, bersebelahan Bandar Seri Putra berkata, memandangkan tiada sekolah menengah di kawasan tempat tinggalnya, anak-anaknya terpaksa dihantar bersekolah di Jalan 2, Bandar Baru Bangi.

"Sekiranya sekolah menengah di sini dibuka, anak-anak di Bandar Bukit Mahkota boleh bersekolah di sini kerana ia lebih hampir," ujarnya yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan satu dan tiga di sekolah berkenaan.

Sambil merayu agar kerajaan menyegerakan kerja-kerja menyiapkan sekolah berkenaan, dia juga berharap pihak pemaju turut memainkan peranan agar sekolah berkenaan dapat disiapkan segera.

Difahamkan, sebelum ini, kawasan bandar baru itu turut mengalami masalah sekolah rendah yang terbengkalai selama hampir setahun.

Namun, usaha menyiapkan sekolah berkenaan akhirnya terlaksana dan murid-murid sudah memulakan sesi persekolahan pada bulan Jun tahun lepas.

Bagi pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan, Rajendra Kumar, 31, dia sendiri tidak begitu tahu tentang status sekolah berkenaan.

Dia yang baru dua bulan ditugaskan menjaga keselamatan tapak sekolah berkenaan berkata, dia sering disoal tentang status projek itu oleh ibu bapa yang datang melawat ke tapak projek berkenaan.

"Saya dimaklumkan projek sekolah ini terbengkalai disebabkan pemajunya sudah bankrap. Dari apa yang saya dengar, usaha untuk menyambung semula projek ini sedang dijalankan. Lebih dari itu, saya tidak tahu," ujarnya.

Dia turut melahirkan kebimbangan, sekiranya sekolah tersebut terus terbengkalai, kemungkinan pelbagai kejadian seperti kecurian barang-barang akan berlaku.

sumber: utusan malaysia

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Sekolah Menengah BSP - Berita Akhbar Sinar
« Reply #14 on: January 27, 2010, 01:03:33 PM »