Author Topic: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral  (Read 1903 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« on: January 26, 2010, 11:11:44 AM »
SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
Oleh:Khai@BSP

BSP: Pasukan bolasepak SP5 (atas 30 tahun) semalam telah melakukan kejutan dengan mengalahkan D'Sentral dengan jaringan 2-1 semalam. Hasil jaringan Atiq dan Hafiz kedua-duanya hasih jaringan jarak jauh telah membolehkan SP5 membalas dendam kekalahan perlawanan sebelum ini 1-7 kepada pasukan yang sama.

Perlawanan kali ini nampak lebih tersusun dengan adanya garisan padang perminan dan kehadiran pengadil professional. Garisan padang telah dibuat bersama-sama sehari sebelum perlawanan. Ini membolehkan kedua-dua pasukan bermain lebih semangat daripada perlawanan sebelum ini.

Permainan dibahagi kepada 3 suku masa. Pada suku masa pertama dengan kehadiran pemain yang hanya mencukupi telah melihatkan perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan cuba mengawal permainan. Bagaimanapun SP5 berjaya mendahului melalui jaringan jarak jauh Atiq. Setelah mengatasi beberapa pemain pertahanan, Atiq telah membuat jaringan dari luar petak penalti. Bagaimanapun pasukan D'Sentral berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit selepas itu hasil tendangan jauh juga. Bagaimanapun akibat padang yang tidak rata, bola tersebut telah melantun melepasi penjaga gawang SP5.

Keputusan seri itu terus berpanjangan dalam suku kedua. Bagaimanapun jaringan Hafiz pada suku ketiga daripada luar petak penalti meletakkan SP5 mendahului 2-1. Sepakan Hafiz menerjah masuk di bucu sebelah kanan gol pasukan D'Sentral yang boleh dicalonkan sebagai "gol of the year". Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Tahniah SP5.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #1 on: January 26, 2010, 03:31:34 PM »
2-1 tu bukan balas dendam. Tu nasib baik aje. Kalau 5-0 ke, 10-0 ke baru la balas dendam sebab haritu pun daj 1-7. Heheheh  ;D ;D

Trojan5

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #2 on: January 26, 2010, 04:33:53 PM »
Betul tu....

Agregat : 3-8

Masih kalah lg.....  ;D

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #3 on: January 26, 2010, 11:22:18 PM »
Kena repeat ler... best of three...  ;D

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #4 on: January 27, 2010, 09:07:56 AM »
Balas dendam lah bro.. kalau main liga dah dapat 3 mata tu tak kisah berapa jaringan. :)
Lagipun masa kena 1-7 tu tak ada pengadil dan tak ada garisan tepi.

2-1 tu bukan balas dendam. Tu nasib baik aje. Kalau 5-0 ke, 10-0 ke baru la balas dendam sebab haritu pun daj 1-7. Heheheh  ;D ;D

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #4 on: January 27, 2010, 09:07:56 AM »



namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #5 on: January 27, 2010, 09:08:42 AM »
Ana bukak dua kali je.. kali ketiga kepala ana kena pelangkunglah.

Kena repeat ler... best of three...  ;D

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #6 on: January 27, 2010, 10:08:11 AM »
Balas dendam lah bro.. kalau main liga dah dapat 3 mata tu tak kisah berapa jaringan. :)
Lagipun masa kena 1-7 tu tak ada pengadil dan tak ada garisan tepi.

2-1 tu bukan balas dendam. Tu nasib baik aje. Kalau 5-0 ke, 10-0 ke baru la balas dendam sebab haritu pun daj 1-7. Heheheh  ;D ;D
Betul jugak tu... 3 mata tetap 3 mata... ;D

Patut ler kena banyak sangat, tak der line tepi rupanya...  ;D

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #7 on: January 27, 2010, 10:41:38 AM »
Owh.. pasal takde line tepi. Ingat sebab padang tak rata..... ekkekekekeh.  ;D ;D ;D

asnuru

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 336
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #8 on: January 27, 2010, 10:46:13 AM »
...tak de line tepi tak pe gak....jangan terlupa pasang tiang gol dah la! ;D ;D

Trojan5

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2668
  • Gender: Male
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #9 on: January 27, 2010, 10:52:03 AM »
xde line tp kira cam main hoki ais le.... bleh pusing tiang gol....

igt masa kecik dulu..... bila dah nak maghrib, sapa gol dia menang... xkira lah berapa jaringan... yg penting sapa score last....  ;D ;D ;D ;D ;D

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #10 on: January 27, 2010, 11:42:40 AM »
xde line tp kira cam main hoki ais le.... bleh pusing tiang gol....

igt masa kecik dulu..... bila dah nak maghrib, sapa gol dia menang... xkira lah berapa jaringan... yg penting sapa score last....  ;D ;D ;D ;D ;D
cadangan yang biasa akan diutarakan oleh group yang sedang kalah...  ;D ;D ;D MuaHaHaHa...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: SP5 Balas Dendam: SP5 2-1 D'Sentral
« Reply #10 on: January 27, 2010, 11:42:40 AM »