Community Forum of Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra
September 04, 2010, 11:47:32 AM *
Welcome, Guest. Please login or register.

Login with username, password and session length
News: ClubHouse utk SEMUA! More info here. >> Club House
 
   Home   Help Search Calendar Login Register  
Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Selamat Bercuti...Kempen Balik Kampung Rumah Selamat (KBKRS)  (Read 274 times)
0 Members and 11 Guests are viewing this topic.
zul
Penghulu
****
Posts: 296


View Profile
« on: February 10, 2010, 12:49:18 PM »

Wednesday, February 10, 2010
Selamat Bercuti...Kempen Balik Kampung Rumah Selamat (KBKRS)...

Isi borang / sms Polis sebelum balik kampung
Polis Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penduduk di negeriSelangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaanTahun Baru Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata dengan mengisi borang tersebut, ia memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong.

"Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabitmelalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakalaorang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpa terlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.

"Anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atassegala maklumat orang ramai yang meninggalkan ibu negara," katanyakepada pemberita pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah SempenaBalik Kampung Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di sini.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis dengan memaklumkan ketiadaan mereka.

"Semasa musim perayaan sepanjang tahun lepas, penduduk di SriKembangan, (Subang Jaya) telah menyahut saranan polis dengan mengisiborang balik kampung dan ternyata langkah itu berjaya menyelamatkankediaman mereka dari dipecah masuk," katanya.

Khalid berkata selain bantuan dari polis, masyarakat juga perlumengamalkan sikap 'jaga tepi kain orang' bagi mengurangkan kadarjenayah di kediaman masing-masing.

"Penduduk juga perlu ada sikap ambil peduli dan tolong-menolongsesama mereka. Contohnya bila penghuni yang menyambut Tahun Baru Cinapulang ke kampung, jadi penghuni berbangsa Melayu yang tidak pulang kekampung boleh tolong tengok-tengokkan rumah jiran mereka dan begitulahsebaliknya," kata Khalid.

Sementara itu, Lee berkata sebanyak sejuta risalah dalam empat bahasaakan diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mencegahpelbagai jenis jenayah.

"Bagi musim perayaan tahun baru Cina yang bakal menjelang, hariini kita telah mengedarkan hampir seribu risalah bagi pengunjung dipusat membeli-belah One Utama ini.

Risalah itu mengandungi nombor-nombor telefon polis termasuk RakanCop, Bomba dan Peronda Lebuhraya PLUS seluruh negara, katanya.

Lee berkata orang-ramai boleh menghubungi talian yang tertera untuk mendapatkan sebarang bantuan.

-- BERNAMA

p/s: Berikut dikongsikan tips keselamatan sempena kempen balik kampung rumah selamat yang diusahakan oleh Ibu pejabat Polis Subang Jaya.

Sila hubungi balai polis berdekatan :

Balai polis Bdr Seri Putra : 03-89258222


* kempen1.jpg (103.49 KB, 844x595 - viewed 1353 times.)

* kempen2.jpg (87.59 KB, 843x594 - viewed 1286 times.)
Logged
akusempoi
Semenjak 2001
Putra Mahkota
************
Gender: Male
Posts: 2360


Man Utd


View Profile WWW Email
« Reply #1 on: February 10, 2010, 04:37:59 PM »

terima kasih
Logged

Penyokong Tegar ManUtd | Mawar: Blog,FB | SP5 Blog,FB
ayiesal
Hulubalang
*****
Gender: Male
Posts: 597


Sena 2


View Profile
« Reply #2 on: February 26, 2010, 02:04:28 AM »

Selamat bercuti Maulidur rasul kepada yang balik kampung, dan berhati2 ketika memandu...
Logged

Duit dah habis renovate rumah...
Community Forum of Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra
« Reply #2 on: February 26, 2010, 02:04:28 AM »




 Logged
daddyvw
Putra Mahkota
************
Posts: 3501


Waaa....ccCHA!!!


View Profile
« Reply #3 on: February 28, 2010, 04:02:52 AM »

Selamat bercuti Maulidur rasul kepada yang balik kampung, dan berhati2 ketika memandu...

takkan 'berhati hati ketika memandu' untuk yang balik kampung sajer... yang tak balik kampung pun kena berhati hati jugak... kemalangan di bandar lagi banyak...  Grin
Logged
Community Forum of Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra
   




 Logged
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

Subject Started by Replies Views Last post
Selamat Hari Lahir ..Ahli2 PMC General Discussion putramahkota_bangi 3 337 Last post July 29, 2008, 05:26:55 PM
by mentarimerah
Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Kemasyarakatan putramahkota_bangi 0 243 Last post December 05, 2008, 05:23:33 PM
by putramahkota_bangi
Serangin Homes - Balkoni kat rumah anda tu selamat ??? Keselamatan « 1 2 » Wan Z 20 2187 Last post April 01, 2009, 07:47:27 PM
by zarin
Selamat bercuti tahun baru cina---AWAS--- Fasa 4 snOkOdOk 2 439 Last post February 10, 2010, 03:28:26 PM
by daddyvw
SELAMAT DATANG : SK BSP , BANGI Berita « 1 2 3 » putramahkota_bangi 38 1409 Last post February 15, 2010, 08:40:37 PM
by ayiesal
Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak General Discussion « 1 2 3 » Matahati 40 2304 Last post September 02, 2009, 07:51:29 AM
by Matahati
Jemputan Majlis Doa Selamat Kemasyarakatan man ismail 3 337 Last post December 26, 2009, 11:32:48 AM
by akusempoi
PINJAMAN KOPERASI DAN BANK (SAH DAN SELAMAT) Insurance, Finance & Law shariful78 2 824 Last post May 03, 2010, 09:18:57 AM
by tunai4u
Borang Balik Kampung Keselamatan akusempoi 0 209 Last post August 30, 2010, 12:41:29 PM
by akusempoi
Selamat Bercuti Murid2 dan Selamat Hari Raya Cikgu2 ... SK-Bandar Seri Putra putramahkota_bangi 11 199 Last post Today at 09:40:57 AM
by ayiesal
Powered by MySQL Powered by PHP Powered by SMF 1.1.10 | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC Valid XHTML 1.0! Valid CSS!