Author Topic: Surau Apartment Nuri  (Read 6224 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Surau Apartment Nuri
« on: April 07, 2010, 10:06:47 PM »
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan/Puan,

Benang (Thread) ini diadakan untuk mengiklankan aktiviti surau Apartmen Nuri supaya ahli forum PMC terutama daripada kariah Flat Putih Belakang Kedai, dapat meluangkan masa mengimarahkan rumah Allah di tempat kita.

Namun demikian, jika ada cadangan dan teguran yang ingin disampaikan, bolehlah juga diutarakan/ diluahkan disini. Mudah-mudahan mendapat keberkaan daripada Allah SWT.

Bagi mereka yang ingin sedekah kerana Allah, bolehlah memilih bersedekah ke surau ini melalui akaun berikut:
(No. Akaun: 7027-11-000248-5; Bank: EONCAP Islamic Bank Berhad) atas nama SURAU APARTMEN NURI



« Last Edit: April 18, 2010, 12:41:43 AM by Suffian »

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #1 on: April 07, 2010, 10:23:32 PM »
Pengumuman: JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG KALI KE-4, SURAU APARTMEN NURI
 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8) 8)

Mesyuarat Agung Kali ke-4, Surau Apartmen Nuri Pada 10 April 2010

Aturcara
9.00 pagi             -Gotong Royong Membersihkan Surau
2.00 petang         - Gotong-royong menyediakan makan malam (Nasi Minyak dan Ayam Masak Merah)
7.00 malam         - Ketibaan para jemputa
                          - Ketibaan VIP
                          - Solat Maghrib
                          - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
                          - Ucapan Aluan Pengerusi Surau
                          - Ucapan Perasmian YB ADUN Bangi
                          - Persembahan Multimedia
                          - Penyerahan Cek Sumbangan oleh YB ADUN Bangi dan YBhg Ahli Majlis Zon 24.
                          - Solat Isya'
                          - Perbincangan Mesyuarat Agung
                          - Jamuan dan Bersurai

sitihawa

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 64
  • Gender: Female
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #2 on: May 06, 2010, 08:40:15 PM »
saya pelik kenapa orang apartment sendiri letak nama FLAT PUTIH BELAKANG KEDAI? cuba tanya kat sekseyn lain, apa makna tu. kita sendiri yang meletakkan nama buruk begitu kat kediaman sendiri. bagaimana nak selesaikan hal-hal lain kalau kita sendiri dah set benda yang buruk dahulu dalam fikiran kita. apartment nuri, alangkah cantik nama tu...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #3 on: May 07, 2010, 03:01:04 PM »
sitihawa... mungkin mereka merendah diri dan tak nak rasa riak sebab itulah bangunan tertinggi kat Bukit Mahkota

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri: Kuliah Dhuha Untuk Muslimat
« Reply #4 on: May 21, 2010, 11:44:54 AM »
 :) :) :)
JEMPUTAN INI DIPANJANGKAN KEPADA SEMUA MUSLIMAT YANG BERKELAPANGAN TIDAK KIRA DARI
-TAMAN IMPIAN PUTRA 8), -BANDAR SERI PUTRA 8), -BANDAR BUKIT MAHKOTA 8), APATAH LAGI -PENDUDUK APARTMEN NURI SENDIRI ;D.

Program: Kuliah Dhuha
Tajuk: Akidah Islamiyyah
Penceramah: Ustazah Tahirah Ahmad (Ustazah dari jabatan Agama Islam Selangor)
Tarikh: 29 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi-11.30 pagi
Tempat: Surau Apartmen Nuri, Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota

Hadirlah beramai-ramai. Semoga Allah mengurniakan kita kemudahan sebagaimana kita mengorbankan masa kita kerana Allah. Amiin.

p.s. Sumbangan wang dan makanan amat dialu-alukan.
« Last Edit: May 25, 2010, 12:50:21 AM by Suffian »

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Surau Apartment Nuri: Kuliah Dhuha Untuk Muslimat
« Reply #4 on: May 21, 2010, 11:44:54 AM »



Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #5 on: June 15, 2010, 01:19:37 PM »
Harap-harap tak terlalu lewat untuk mengutarakan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Kuliah Dhuha pada 29 Mei yang lepas. Alhamdulillah, walaupun bajet makanan tiada dikeluarkan, makanan yang disedekahkan lebih daripada mencukupi. Mudah-mudahan terbuka hati mereka yang bersedekah makanan, untuk turut hadir meraikan dalam aktiviti seumpamanya pada masa akan datang.  :)

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #6 on: June 21, 2010, 08:34:23 AM »
Pada hari Sabtu (21 Jun 2010) yang lepas, pihak LZS telah membekal dan memasang karpet baru di Surau Kita. Jenguk-jenguklah dan bersama kita mengimarahkan surau.

Selain itu, nak maklumkan juga, Jemaah Tabligh dari Jerantut Pahang sedang menziarahi Apartment Nuri bermula 20 sehingga 22hb Jun ini. Kepada muslimin muslimat yang berkelapangan, bolehlah mengikuti majlis-majlis taklim dan ilmu yang dianjurkan.


MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #7 on: September 02, 2010, 12:28:33 PM »
Salam..dlm puasa tinggal beberape ari lg nih, sy ingin meminta sedikit pertolongan dari ajk surau or para ibubapa sek 4 ni. Dah beberapa kali di perhatikan, di dengarkan.. kanak2 (dari sekecil budak hingga sebesar 14 15 thn)) selalu terjerit terpekik or bermain mercun di sebelah surau  di saat jemaah sedang khusyuk solat. Semakin di tegur semakin menjadi nmpk nyer. Kepada ibubapa yg sering bawa anak ke surau tu alhamdulillah kerana mmperkenlkan ank2 dgn rumah Allah seawal usia 2 thn, tp jika kedatangan mereka menganggu jemaah lain, fikir2kanlah. Di harap ust asrul or ust hasbullah or sdr suffian sendiri dapat menangani isu ini. Mungkin anda x rase terganggu, tp di mana tenangnyer klu setiap kali mulut yg nak melontarkan kalimah Allah sering terkejut ngan jeritan or bunyi letupan kecil mercun. Jika kat rumah pun jelas terdengar riuh rendah begitu..apatah lg jemaah di dlm surau...  :-[ :-[

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #8 on: November 15, 2010, 08:30:22 AM »
Alhamdulillah cuma bermusim bisingnya tu. Mudah2an musim akan datang lebih baik.

Salam............sering terkejut ngan jeritan or bunyi letupan kecil mercun. Jika kat rumah pun jelas terdengar riuh rendah begitu..apatah lg jemaah di dlm surau...  :-[ :-[

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri: Sambutan Hari Raya Aidil Adha
« Reply #9 on: November 15, 2010, 08:41:21 AM »
Tahun ini Surau Apartemn Nuri akan mengadakan Sambutan Hari Raya Korban dengan perincian seperti berikut:
Tarikh: 17 November 2010 Masa: 8.00 pagi Tempat: Surau Apartmen Nuri

Aturcara Sambutan hari Raya Aidil Adha
8.00 pagi     Ketibaan Penduduk dan Takbir Raya
8.30 pagi     Solat Sunat Aidil Adha
10.00 pagi    Penyembelihan Lembu Korban
                  Melapah dan pengagihan daging korban
                  Masak makan tengahari
1.00 tghari    Solat Zohor
                   Bersurai


Semua Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir Sempena hari Raya yang Mulia ini.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #10 on: December 22, 2010, 09:22:48 AM »
Ceramah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1431

Tarikh: 31 Disember 2010 (Jumaat)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Para Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir.
Para dermawan digalakkan berlumba-lumba bersedekah.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #11 on: January 14, 2011, 03:21:17 PM »

Pengajian Hadis 40

Tarikh:14 Januari 2011 (Jumaat)
Masa: Selepas Maghrib
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Para Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir.
Minta hebahkan kepada kawan-kawan.

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #12 on: January 21, 2011, 11:04:30 AM »
Tahsin Alquran

Tarikh:16 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 4.30 pm
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Para Muslimat di Jemput Hadir.
Minta hebahkan kepada kawan-kawan.


Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #13 on: February 10, 2011, 01:19:46 PM »

Tafsir Alquran

Tarikh:12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: Selepas maghrib
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Sambutan Maulidurrasul


Tarikh:16 Februari 2011 (Rabu)
Masa: Selepas maghrib
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Para Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir.
Minta hebahkan kepada kawan-kawan.


 :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D

zull

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 262
Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #14 on: February 11, 2011, 09:50:45 AM »

Tafsir Alquran

Tarikh:12 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: Selepas maghrib
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Sambutan Maulidurrasul


Tarikh:16 Februari 2011 (Rabu)
Masa: Selepas maghrib
Tempat: Surau Apartmen Nuri


Para Muslimin dan Muslimat di Jemput Hadir.
Minta hebahkan kepada kawan-kawan.


 :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D


Assalamualaikum ....Tuan Suffian siapa penceramahnya.....

terima kasih dengan info nie....

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Surau Apartment Nuri
« Reply #14 on: February 11, 2011, 09:50:45 AM »