Author Topic: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi  (Read 2813 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi
« on: April 20, 2010, 11:22:26 AM »
Sempena bulan mesra kejiranan SP5, satu majlis pelancaran akan diadakan pada Ahad ini 25 April 2010 mulai jam 7 pagi sehingga 5 petang. Pelabagai aktiviti telah dirancang untuk penduduk SP5 dan semua warga Putra-Mahkota. Antaranya pameran, gerai jualan dan menunggang pocket bike (RM1/ride). Bagi yang ingin mendaftar khairat kematian juga boleh dilakukan di booth Surau Al-Hijrah yang akan dibuka.

Aktiviti: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan
Tarikh: AHAD, 25 April
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: Persimpangan Jalan 5/3 dan 5/4
Nota: Makan dan minuman akan disediakan serta potluck daripada penduduk




Pihak SP5 juga ingin menjemput sesiapa yang ingin turut membuka gerai jualan atau pameran dengan caj yang minumum.



Majlis pelancaran akan dirasmikan oleh YDP MPKj, Y. Bhg. Dato Hasan Nawawi. Dijangkakan akan turut hadir adalah Ketua Polis Daerah Kajang dan wakil-wakil penduduk dari skim-skim BSP, BM dan TIP.

Sehubungan dengan itu juga, pihak jawatankuasa ingin memohon kerjasama semua ahli SP5 agar dapat sama-sama turun membersihkan kawasan SP5 pada hari SABTU 24 April, 7 pagi. (Sehari sebelum majlis pelancaran).

Secara amnya, pada hari SABTU:
Aktiviti: Gotong-royong
Tarikh: SABTU, 24 April
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: Pos pengawal SP5
Nota: Makan dan minuman akan disediakan


Harap ramai-ramai dapat turun SABTU & AHAD ini.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi
« Reply #1 on: April 23, 2010, 02:22:46 PM »
Insya-Allah, esok pagi akan diadakan gotong-royong membersihkan kawasan sebagai persediaan majlis Ahad nanti.
Jom keluarkan peluh.


namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi
« Reply #2 on: April 27, 2010, 12:29:18 AM »
Laporan Gotong-Royong SP5, 24 April 2010
Sumber: http://seriputra-5.blogspot.com/2010/04/laporan-gotong-royong-sp5-24-april-2010.html

BSP, 24 April.
Acara gotong-royong sempena majlis pelancaran esok telah berjaya dijalankan pagi tadi dengan kehadiran hampir 30 ahli SP5. Walaupun kebanyakan ahli yang terpaksa pergi dan balik menghantar anak sama ada ke sekolah (hari ini sekolah untuk ganti cuti raya) atau aktiviti lain, bihoon dan kuih yang disediakan berjaya dihabiskan.

Antara yang telah dibersihkan adalah kawasan perasmian esok, longkang tersumbat antara Jalan 5/3 dan 5/1, Jalan 5/3, Jalan 5/4 dan rumah persinggahan untuk VVIP. Acara tamat sekitar pukul 12 tengahari.










Gambar lain boleh dilihat di pautan ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=168580&id=163419787995

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi
« Reply #3 on: April 27, 2010, 12:32:22 AM »
Berita: Harian Metro
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/85_perlusetuju/Article/

85% perlu setuju
Oleh Amirul Haswendy Ashari

2010/04/26



BANGI: Sekurang-kurangnya 85 peratus penduduk perlu bersetuju sebelum sistem komuniti berpengawal boleh dilaksanakan di kawasan perumahan di daerah ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman, berkata ia berikutan sistem itu memerlukan komitmen sebahagian besar penduduk setempat.

"Berbeza dengan sistem komuniti berpagar, persetujuan 100 peratus penduduk diperlukan sebelum diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.

Sehingga kini, lebih 20 komuniti berpengawal dan 10 komuniti berpagar diluluskan MPKj dan ia bertambah dari semasa ke semasa.

Pertambahan ini berpunca daripada kesedaran penduduk terhadap kepentingan menjaga keselamatan tanpa terlalu bergantung kepada pihak berkuasa semata-mata.

Menurut Hassan Nawawi, susulan permintaan yang semakin bertambah, persatuan penduduk perlu mematuhi beberapa garis panduan yang ditetapkan PBT.

"Selain daripada persetujuan majoriti penduduk, mereka juga perlu bertoleransi untuk mengelak daripada salah faham berikutan jalan yang ditutup kepada orang luar," katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Bulan Mesra Jiran Seriputra5 (SP5) di Bandar Seri Putra, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kejiranan SP5, Jeffri Jaafar, ketika ditemui berkata program itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat kejiranan dikalangan penduduk sekitar.

"Selain daripada memperkasakan 1Malaysia, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti kepolisan dan keselamatan di SP5," katanya.

Antara agensi yang terbabit dalam program itu termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi
« Reply #4 on: April 29, 2010, 02:16:14 PM »
Wednesday April 28, 2010
SP5 residents urged to chip in to help boost security
Ref: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/4/28/central/6134481&sec=central

By OH ING YEEN
ingyeen@thestar.com.my



KAJANG Municipal Council president Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman urged the remaining 13% of the residents in Seri Putra 5, Bangi, who are not paying for the neighbourhood security to cooperate with the residents association.

He said this at the launch of the Bulan Mesra Jiran Seri Putra 5 (SP5) programme themed Love Thy Neighbour, which was organised by the SP5 residents association (RA) last Sunday.

SP5 RA chairman Jefri Jaafar said of the 152 households in the area, 113 were paying the monthly security fee of RM50.

Hasan urged residents to practice tolerance and neighbourliness.

"In Selangor, 85% of the residents must agree for a guarded neighbourhood whereas a gated community needs 100%.

"In Kajang, there are about 10 neighbourhoods that have 100% residents agreeing to a gated community,

"According to the police, break-ins normally happen during the day when many are out at work," he said.

One of the objectives of the Neighbourhood Month is to increase awareness of community policing and safety among the SP5 residents.

According to Jefri, currently, only the RA committee members patrol the neighbourhood at night a few times a week.

For the Neighbourhood Month in Seri Putra 5, there will be cooking competitions, football matches, colouring and essay-writing contests for the children and a BBQ gathering.

Also at the launch was Kajang deputy OCPD Supt Toha Abdullah who urged residents to alert the police and provide the needed information.

"Call the police if you see anyone suspicious and our men will come by to check on it," he said.

Among the activities at the launch were fire safety and silat demonstrations, a safety exhibition, health checks and pocket bike activities for the children.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan 25 April, 7 pagi
« Reply #4 on: April 29, 2010, 02:16:14 PM »