Author Topic: Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5  (Read 4858 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5
« on: April 29, 2010, 02:13:40 PM »
1 Mei 2010 (Sabtu) - Hari Kitar Semula SP5 dan Perkongsian Online

Bersempena Bulan Mesra Jiran yang telah dilancarkan Ahad lepas oleh Dato' Hassan Nawawi, YDP MPKj, Hari Kitar Semula SP5 akan diadakan pada hari Sabtu ini 1 Mei 2010. Bagi warga SP5 yang mempunyai barangan untuk dikitar semula seperti surat khabar, kertas, kotak, botol plastik, tin minuman, botol kaca dan barang-barang lain yang boleh dikitar semula bolehlah membawanya ke pusat pengumpulan bahan kitar semula SP5.

Setiap barang kitar semula akan direkodkan oleh wakil SP5 nanti. Selepas penjualan barangan kitar semula tersebut, mereka yang telah menyumbang mempunyai pilihan sama ada untuk mendapatkan wang hasil jualan atau boleh terus didermakan ke dalam tabung Sinking Fund SP5.

Bagaimanapun bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk turut sama pada sebelah Sabtu, pusat tersebut akan dibuka juga sehari sebelum ini (Jumaat) mulai jam 5.30 petang sehingga jam 10.00 malam.


Program:
Hari Kitar Semula SP5

Tarikh & Masa:
1 Mei 2010, Sabtu (8.30 pagi - 12.00 tengahari)
30 April 2010, Jumaat (5.30 petang - 10.00 malam)

Tempat:
Pusat Pengumpulan Kitar Semula SP5, No. 2 Jalan 5/5 (sebelah rumah Hj. Halim).

Disamping itu, satu kaunter perkongsian online juga akan diadakan untuk warga SP5 bertukar-tukar pandangan serta berkongsi pengalaman penggunaan E-group, Blog, Facebook atau apa sahaja berkaitan pernggunaan aplikasi online.

Program:
Kaunter Perkongsian Online

Tarikh & Masa:
1 Mei 2010, Sabtu (9.20 pagi - 11.00 pagi)

Tempat:
Pusat Pengumpulan Kitar Semula SP5, No. 2 Jalan 5/5 (sebelah rumah Hj. Halim).


Diharapkan warga SP5 dapat sama-sama menyertai kedua-dua akitiviti ini.
« Last Edit: May 05, 2010, 08:19:58 PM by akusempoi »

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Re: Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #1 on: April 29, 2010, 02:42:33 PM »
kalau ada buku-buku lama tu...bolehlah disumbangkan kepada pusat sumber SRA BSP.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #2 on: April 29, 2010, 02:47:21 PM »
Noted.. akan diusahakan

kalau ada buku-buku lama tu...bolehlah disumbangkan kepada pusat sumber SRA BSP.


namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Senarai Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #3 on: May 05, 2010, 08:09:29 PM »
Aktiviti Sepanjang Bulan Mesra Jiran SP5

Warga SP5,

Berikut adalah senarai aktiviti yang telah/akan dijalankan sepanjang Bulan Mesra Jiran SP5.

Diharap warga SP5 dapat sama-sama memeriahkan aktiviti yang telah dirancang.

Minggu Pertama

   1. 24/4/2010 (Sabtu) - Gotong-royong SP5 (Selesai)
   2. 25/4/2010 (Ahad) - Majlis Pelancaran Bulan Mesra Jiran (Selesai)


Minggu Kedua

   1. 1/5/2010 (Sabtu) - Hari Kitar Semula dan Perkongsian Online (Selesai - Jumlah jualan setakat ini RM171.00)


Minggu Ketiga

         1. 9/5/2010 (Ahad)
                * 8.00 pagi - Perlawanan Bolasepak Lelaki Atas 30 Tahun
                * 10.30 pagi - Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
                * Pertandingan Menulis Esei untuk Remaja Bawah 15 Tahun


Minggu Keempat

   1. 14/5/2010 (Jumaat Malam) - 'Ladies Night'
   2. 15/5/2010 (Sabtu)
          *         a.  Pertandingan bola jaring (wanita antara jalan)
          *         b.  Futsal "SP5 Senior vs Junior"
   3. 16/5/2010 (Ahad)
          *         a.  Treasure Hunt @ SP5
          *         b.  "Best Neighbour Award" untuk merebut Piala Pusingan tajaan Bangi Heights


Minggu Kelima

   1.  22/5/2010 (Sabtu)
          *         a.  Gotong Royong untuk membersihkan kawasan SP5
          *         b.  BBQ Dinner


Maklumat lanjut akan disampaikan dari masa ke semasa.
« Last Edit: May 05, 2010, 08:11:56 PM by akusempoi »

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
9 Mei (Ahad) - Mewarna, Esei dan Iguana vs Tropika
« Reply #4 on: May 05, 2010, 08:11:28 PM »
9 Mei (Ahad) - Mewarna, Esei dan Iguana vs Tropika

Sempena Bulan Mesra Jiran SP5, pada minggu ini berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan:

   1. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
          * Masa 10.30 pagi
          * Tempat: Tadika Seri Pelangi
          * 2 kategori dipertandingkan: Pra Sekolah dan juga bawah 12 tahun
          * Peralatan mewarna tidak akan disediakan. Peserta perlu bawa sendiri
          * Hanya krayon atau warna pensil sahaja dibenarkan.


   2. Pertandingan Menulis Esei untuk Remaja Bawah 15 Tahun
          * Tajuk: "Kejiranan Di Seri Putra 5 Dari Kacamata Saya"
          * Bahasa Malaysia
          * Tidak kurang dari 400 patah perkataan
          * Tarikh akhir penyertaan 15/5/2010, 9 Malam
          * Penyertaan boleh diserahkan kepada AJK jalan atau terus kepada setiausaha SP5


   3. Perlawanan Bolasepak Lelaki Atas 30 Tahun
          * Iguana melawan Tropika
          * Padang Seri Putra
          * 8.00 pagi


Jom sama-sama kita meriahkannya.


Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

9 Mei (Ahad) - Mewarna, Esei dan Iguana vs Tropika
« Reply #4 on: May 05, 2010, 08:11:28 PM »



namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Putra Tropika 3 -1 SP5

BSP, 9 Mei 2010.



Keputusan yang tidak memberangsangkan bagi pasukan SP5 atau lebih dikenali dengan nama samaran "Iguana". Iguana tewas kepada pasukan Putra Tropika dengan jaringan 1-3.

Pasukan "Iguana" yang kehilangan beberapa tonggak utama serta kecederaan beberapa pemain utama terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 pada separuh masa pertama. Walaupun Putra Tropika lebih banyak mengasak, tetapi kecekapan benteng pertahanan Iguana berjaya menyekat serangan-serangan tersebut. Disamping beberapa peluang juga diperolehi oleh "Iguana" tetapi tanpa sebarang jaringan. Separuh masa pertama 0-0.

Separuh masa kedua bermula dengan jaringan dari Putra Tropika hasil tangkapan kurang kemas penjaga gawang "Iguana". Bagaimanapun, "Iguana" berjaya menyamakan keputusan hasil usaha Saudara Patrick Ismaili (penjaga gawang "Iguana" game lepas). Tetapi jaringan penyamaan tersebut tidak dapat menaikkan semangat pasukan "Iguana" bila mana 2 lagi jaringan lembut ("soft goal") dilepaskan oleh pasukan "Iguana". Perlawanan tamat dengan "Iguana" 1 dan Putra Tropika 3.

Selepas perlawanan, Saudara Fadzil, pengurus "Iguana" dalam temubualnya mengatakan "Nevertheless we are proud of the team. They have played their hearts out and only perhaps the willingness of their physiques were not matched by the urging of their hearts."
« Last Edit: May 11, 2010, 05:18:05 PM by akusempoi »

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5 - AKTIVITI KAUM WANITA 14 DAN 16 MEI
« Reply #6 on: May 11, 2010, 05:16:27 PM »
AKTIVITI KAUM WANITA 14 DAN 16 MEI

AKTIVITI KAUM WANITA SEMPENA SAMBUTAN BULAN
'LOVE THY NEIGHBOUR'


1.  LADIES NITE 2010

TARIKH  :    14 MEI 2010 (HARI JUMAAT MALAM SABTU)
MASA    :    8:00 MALAM
TEMPAT :    PERKARANGAN RUMAH, NO 28 JALAN SERI PUTRA 5/4

TERBUKA KEPADA SEMUA KAUM WANITA DAN KANAK2 PEREMPUAN DAN KANAK2 LELAKI (12 TAHUN KEBAWAH)

ANTARA  ACARA YANG AKAN DIADAKAN IALAH

(a) TIUP BELON UNTUK KANAK2 BAWAH 12 TAHUN
(b) SAMPUL MISTERI
(c) "SIAPA CEPAT DIA DAPAT"
(d) PENAMPILAN ISTIMEWA
    *    Khas untuk wanita sahaja
    *    Pakaian yang sopan
    *    Kesantunan dan cara berinteraksi
    *    Berperawatakan menarik
    *    Anda akan diadili oleh juri-juri"Rahsia"
(e) LUAHAN ANAK TERHADAP IBU (Sempena Sambutan Hari Ibu)
    *    Terbuka kepada semua kanak -kanak
    *     Kategori Sekolah Rendah
    *     Kategori Sekolah Menengah
    *     Syarat-syarat  pertandingan
    * Luahan anda mesti dalam lingkungan 25 perkataan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris
    * Anda akan diadili berdasar kepada keaslian dan kreativiti
    *     Sila hantar semua penyertaan kepada Pn Faridah (No 13 SP5/6) sebelum atau pada 12 Mei 2010 (Rabu)
(f) CABUTAN NO. BERTUAH DLL

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

    * FARIDAH 013 2544981
    * KHATIJAH 012 6047560



2. PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING

TARIKH  :    16 MEI 2010 (HARI AHAD)
MASA    :    8:30 PAGI
TEMPAT :    PADANG PERMAINAN DEPAN TADIKA PELANGI, JALAN SERI PUTRA 5/2

TERBUKA KEPADA SEMUA KAUM WANITA DAN REMAJA PEREMPUAN

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI

    * ZAITON 019 2362044
    * ANITA 017 3328618

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5 - Hey Ladies, let's gather 14 MAY, 8PM
« Reply #7 on: May 13, 2010, 11:06:34 AM »
Salam,

Berikutan SK Bandar Seri Putra akan mengadakan hari sukan pada Ahad 16 Mei 2010, maka program SP5 yang telah dirancangkan pada hari yang sama terpaksa ditangguhkan atau dibawa kehadapan.

Acara seperti Futsal "SP5 Senior vs Junior", "Treasure Hunt @ SP5" dan "Best Neighbour Award" akan ditangguhkan ke tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kelak.

Manakala, acara Bola Jaring dibawa ke hari Sabtu 15 Mei 2010 pukul 8.30 pagi. Sebarang pertanyaan berkenaan bola jaring boleh menghubungi ZAITON 019-2362044 atau ANITA 017-3328618.

Manakala acara Ladies Night akan dijalankan pada hari Jumaat Malam Sabtu, 14 Mei 2010, 8.00 malam. Kaum ibu, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki (kurang 12 tahun) dijemput hadir untuk memeriahkannya. Pelbagai acara akan dijalankan seperti tuip belon, sampul misteri, "SIAPA CEPAT DIA DAPAT", penampilan istimewa, luahan anak terhadap ibu (Sempena Hari Ibu) dan cabutan bertuah. Acara Ladies Night akan diadakan di perkarangan rumah, No 28 Jalan Seri Putra 5/4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada FARIDAH 013-2544981 atau KHATIJAH 012-6047560.

Manakala pasukan Iguana akan turut beraksi pada sebelah petang Sabtu 15 Mei di Padang UPM, mulai 4.30 petang. Semua pemain dan penyokong Iguana diharap dapat datang menyumbang tenaga dan memberi sokongan. Sebarang maklumat terkini boleh diperolehi dengan menjejaki Atiq di talian 016-9130505.


CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #8 on: May 13, 2010, 03:15:52 PM »
Keratan akhbar Harian Metro pada 3hb Mei 2010.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Aktiviti Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #9 on: May 13, 2010, 05:07:38 PM »
Terima kasih Capt tolong kongsikan gambar tersebut.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Bulan Mesra Jiran 22 Mei 2010 - Gotong-royong, Netball Lelaki dan BBQ
« Reply #10 on: May 22, 2010, 03:51:54 PM »
Assalamualaikum WRT  & Salam Sejahtera,
 
Sempena Majlis Penutup Bulan Mesra Kejiranan SP5, antara aktivi yang telah dirangka pada hari Sabtu 22/5/2010 adalah seperti berikut :
 
1. Gotong Royong Perdana
              Masa     :  7.00 pagi
             Tempat Bekumpul : Hapadan Rumah No 28 Jln 5/4
              Sarapan disediakan
              " Wake-up Call by AJK Putera"
 
2.  Perlawanan Bola Jaring (netball) lelaki "Master Vs Putera"

               Masa : 10.00pagi
               Tempat : Padang Netball (Jln 5/2)
 
3.     Hot & Fresh chicks demand your attention......don't let Wak Salman do it alone. Lets joint the FUN at Salman Palace (No 13, 5/6)
               Time : 11.00am
 
4. BBQ Dinner
                Venue    :    No 28, Jln 5/4
                Time      :    8.00pm
 
                Up for Grabs ;
                    ~ Roast Lamb
                    ~ Roast Chicken
                    ~ Sausages
                    ~ Fried Rice
                    ~ Fried Meehon
                    ~ Local Delicacies
    
Agenda Malam BBQ Dinner          
                
· Bacaan Doa (Wak Salman)
· Ucapan oleh Pengerusi Persatuan Kejiranan SP5
· Dinner Time…..  (Persembahan Kanak Kanak)
· English Reading Contest—Below 12 yrs old
· Lucky Draw : —
                Ticket to Desa Waterpark &
                BerjayaTheme  Park
· Majlis Penyampaian Hadiah :-
· Pertandingan Mewarna Pra Sekolah
· Pertandingan Mewarna Bawah 12 Thn
· Pertandingan Menulis Essei
· English Reading Contest
· "Jiran Pilihan AJK'
· Pencadang "Jiran Pilihan"
· "Jiran Pilihan SP5 Tahun 2010"
· Gotong Royong membersihkan kawasan

ANDA SELAKU AHLI KEJIRANAN SP5 ADALAH DI JEMPUT KE MAJLIS DIATAS.

MARILAH KITA BERAMAI RAMAI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS UNTUK KITA SEMUA

terima kasih

Rosley Abd Aziz - Setiausaha

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
BSP 22 Mei.

Alhamdulillah dengan izinNya, acara gotong-royong yang dijadualkan telah berjaya di jalankan dengan jayanya walaupun dalam keadaan hujan yang datang dan pergi.
Acara dimulakan agak lewat dengan majlis mengisi perut. Seterusnya, ahli telah dibahagi kepada dua kumpulan yang lebih tertumpu kepada jalan 5/3 dan 5/7. Bagi jalan 5/3, peserta telah berjaya membersihkan longkang daripada pasir yang menghalang perjalanan air serta slap-slap yang pecah dan berada didalam longkang telah berjaya dikeluarkan. Walaupun slap-slap tersebut agak berat, tapi dengan kekuatan yang ada hampir LAPAN (8) slap telah dikeluarkan.













Disamping itu, satu-satunya kaum ibu yang turut hadir (Puan Siti aka First Lady) telah juga membantu mengemaskan daun-daun bertaburan dan mengemaskan kaki jalan. Seterusnya, kawasan diatas longkang juga telah dibersihkan sepanjang jalan 5/3. Baja juga telah ditaburkan (tapi rasanya bukan baja, tapi tanah hitam.. mungkin salah ambil) untuk menyuburkan tanaman sepanjang jalan tersebut. Juga kelihatan, bunga yang ditanam oleh YDP MPKj semasa majlis pelancaran baru-baru ini juga kelihatan sihat dan cantik.









Seterusnya, acara netball kaum lelaki telah dijalankan. Walaupun buta undang-undang, tapi dengan semangat yang ditunjukkan, acara tersebut telah berjalan dengan gemilang. Rasanya penyokong terhibur dengan gelagat pemain (5 sebelah, sepatutnya 7 sebelah) yang berjalan membawa bola, jatunh terguling sebab licin, baling bola tak masuk dalam net, berebut bola, membantah keputusan pengadil perlawanan dan aksi-aksi lain yang agak kurang manis ditulis di sini (hahaha). Keputusannya adalah seri 3-3.





Di tempat berlainan (selepas perlawanan netball), persediaan untuk BBQ malam ini dijalankan. Di rumah Rosley, persiapan untuk satu kejutan telah diketuai oleh tuan presiden sendiri. Manakala, tuan Salman dan koncu-koncunya sibuk menyediakan ayam panggang bagi dukunyah oleh warga SP5 malam ini. Pelbagai hadiah dan trofi juga disediakan untuk malam ini.







Warga SP5, kenapa perlu duduk dirumah malam ini? Marilah sama-sama memeriahkan majlis BBQ kita malam ini sempena majlis penutup Bulan Mesra Jiran.

Jumpa di sana.

Khai@BSP

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
BBQ - Berakhirnya Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #12 on: May 25, 2010, 05:51:58 PM »
BSP 23 Mei 2010.

Berakhirlah program Bulan Mesra Jiran Seriputra5 (SP5).



Alhamdulillah, majlis penutup Bulan Mesra Jiran SP5 malam tadi diakhiri dengan majlis BBQ di rumah 28 Jalan 5/4. Terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan tempat yang selesa bagi warga SP5. Majlis tersebut telah dihadiri hampir 60 buat keluarga SP5 walaupun ramai lagi yang tidak dapat hadir sama kerana telah ada komitmen lain.







Majlis berlangsung sekitar 8.15 malam tersebut turut dihadiri oleh Tuan Sub-Inspektor Ramlan (Ketua Balai Polis Bandar Seri Putra), En Norizan (Pegwai Eksekutif Keselamatan, Bangi Heights Development Sdn. Bhd.) dan Tuan Hj. Mazwan (Ahli Majlis MPKj).







Majlis dimulakan dengan persembahan koir dan deklamasi sajak anak-anak SP5 yang menjurus kepada pengorbanan IBU. Ini bertepatan dengan sambutan hari IBU yang disambut baru-baru ini. Kemudian diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Kejiranan SP5, En. Jefri Jaafar. Antara lain, beliau berterima kasih kepada tetamu jemputan yang setakat ini tidak pernah menolak sebarang jemputan daripada SP5. Beliau juga bangga dengan semua warga SP5 kerana program Bulan Mesra Jiran telah berjaya dilaksanakan dengan sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SP5.







Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan. Sebagai contoh, dua aktiviti gotong-royong telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran peserta yang ramai. Acara gotong-royong tersebut telah sedikit sebanyak melancarkan peraliran air di longkang-longkang sekitar SP5. Ianya juga membantu menyegarkan dan mencantikkan pokok-pokok disekitar SP5 terutamanya di jalan 5/3.







Acara sukan pula telah berjaya mengetengahkan bakat terpendam warga SP5. Bolasepak dan bola jaring adalah sukan yang telah diaturkan. Bukan sahaja pemain, tetapi sokongan juga diperolehi daripada warga SP5 yang tidak turut sama menyumbang tenaga dalam acara sukan tersebut.







Acara bagi remaja dan kanak-kanak juga tidak ketinggalan. Pertandingan mewarna, menulis esei dan persembahan koir telah merapatkan lagi kemesraan antara remaja dan anak-anak SP5.







Kaum ibu juga tidak ketinggalan dengan acara Ladies Nite. Kemesraan antara kaum ibu dan anak-anak sekali lagi digilap sepanjang Ladies Nite.







Majlis BBQ seterusnya telah diteruskan dengan pertandingan "English Reading Contest" dan cabutan bertuah. Juga penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sepanjang Bulan Mesra Jiran telah disampaikan.







Anugerah "Jiran Pilihan SP5 2010" telah dimenangi oleh En Salman Selamat sekeluarga. Beliau menerima hamper, piala iringan dan piala pusingan. Anugerah ini adalah hasil undian daripada semua warga SP5 dan pemenang tersebut amat bertepatan kerana sumbangan En Salman sekeluarga kepada warga SP5 sangat tidak ternilai.







Anugerah "Pencadang Jiran Pilihan" pula dimenangi oleh En Anuar Pairan. Manakala "Jiran Pilihan AJK" diungguli oleh En Omar Sabki atas bantuan beliau kepada aktiviti SP5.







Majlis berakhir sekitar jam 10.30 malam dengan gotong-royong membersihkan kawasan. Pada masa yang sama dendangan pelbagai jenis lagu oleh En Salman, En Omar, Dato Anas dan En Jefri telah memecah kedinginan malam.







Diharap warga SP5 dapat terus bersatu dan hidup dalam suasana yang harmoni.

Oleh: Khai@BSP
« Last Edit: May 25, 2010, 05:57:04 PM by akusempoi »

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

BBQ - Berakhirnya Bulan Mesra Jiran SP5
« Reply #12 on: May 25, 2010, 05:51:58 PM »