Author Topic: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?  (Read 27619 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jamaldmaz

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
Re: Kenapa rumah di Bandar Seri Putra lebih mahal dari perumahan lain...
« Reply #15 on: June 24, 2008, 08:39:09 AM »
Setiap orang mempunyai sebab mengapa mereka membeli sesuatu barang itu dari punca yang berlainan. Sama juga apabila membeli rumah.

Ada yang mahukan persekitaran yang ideal kpd keluarganya. Ada yang mahukan kemudahan sediada, tak mahu menunggu kawasan tersebut berkembang. Ada yang suka pula membuat perubahan kpd rumah yang dibeli.

Disebabkan pelbagai citarasa inilah kita membuat keputusan.

Saya membeli rumah di Bandar Seri Putra kerana saya mahukan ketenangan & puashati dgn kualiti serta prestasi pemaju. Bangi Heights bukan pemaju baru. Dan Putra Tropika adalah fasa ke 6 dlm masterplan BSP mereka. Putra Tropika pula dibahagi kpd 2 fasa, saya telah membeli rumah di fasa 2 & berpeluang melihat sendiri rumah2 di fasa 1 yang telah siap dibina & model yg sama seperti saya inginkan.

Saya punya sebab sendiri kenapa tidak membeli rumah di Bkt Mahkota atau tempat2 yang pernah saya lawati. Dan sebab-sebab itu biarlah saya & isteri sahaja yang tahu. Kami membelinya kerana faktor positif lebih banyak dari yang tak baik. Bukan semua perumahan sempurna tapi kita perlu pilih yang terbaik.

Saya hormati keputusan warga lain membeli rumah masing2. Pernah kawan saya membeli rumah bukan kawasan BSP, "Rumah aku tu depan tasik le!", saya balas, "Alhamdullillah, semoga kau puas hati." Padahal saya tahu kawasan tersebut tidak pernah mempunyai tasik ataupun kolam. Yang ada hanyalah kolam takungan atau 'retention pond'. Dan kawan saya tu menambah lagi, "Dan RM40k lebih murah dari rumah kau le!", saya jawab, "Alhamdullillah, semoga berbahagia!". AMIN.

PS: Oh ye, antara faktor negatif di Putra Tropika ialah tiada tapak surau. Tapi itu tidak menghalang kami 'membuat' tapak surau & alhamdullillah, surau kami telah berjaya dibina atas usaha gotong-royong & derma daripada warga taman dan telah pun mendapat iktiraf pihak berkuasa, bukan 'haram'. MPKJ pun dah iktiraf walaupun pernah keluar saman utk roboh pada peringkat pembinaan dulu. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih....

Salam
 8)
« Last Edit: June 24, 2008, 08:41:12 AM by jamaldmaz »
Berminat mengenai program bola sepak Ampac? Hubungi: 1-800-22-AMPAC (26722)

mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #16 on: June 24, 2008, 12:03:50 PM »
ya betul..semua buat gotong royong aje..takpanggil kontaraktor...cuma bmbung aje setakad pasang tiling geng taman aje gotong royong malam sahaja kita tarik pagar sampai pukul 4 pagi beb....

budakgunung

  • Guest
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #17 on: June 26, 2008, 02:26:59 PM »

BSP lebih mahal berbanding BBM ?


sblm saya beli rmh di BSP tahun 2007,saya pun terfikir kenapa BSP mahal berbanding BBM (sblm ni saya sewa rmh di Bdr Br Bangi)........saya meninjau bersama isteri di kedua2 kawasan dan membuat analisis...., kami membuat analisis berdasarkan rekabentuk, kualiti, bahan,existing ground level, foundation level,service road elevation,kemudahan awam spt balai polis,sekolah rendah,menengah,sekolah agama yg sedang dibina di BSP,......kami memilih BSP walaupun harga agak mahal.......

pastinya nama um land sendiri dah memberi keyakinan kpd pembeli.......walaubagaimanapun, setiap org mempunyai cara sendiri dlm membeli rmh.....kebetulan isteri saya structural engineer dan saya highway engineer....cara kami memilih rmh pun berdasarkan pengalaman kerja....

walau apa pun, kita mesti utamakan kemampuan dan pendapatan.....Rumahku Syurgaku....




Kanisa

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 30
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #18 on: July 16, 2008, 01:01:28 AM »
Assalamualikum

Sahabat semua, berapa agaknya harga Rumah seksyen 5 dijalan 5/23 agaknya sekarang?
Dulu kawan beli RM126k

wan

  • Guest
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #19 on: July 16, 2008, 11:54:34 AM »
Ye Rumah di BSP lebih mahal dari BBM  !!!

Seronok baca tajuk ni dan terpanggil nk share info dgn rakan2.

Sebelum beli rumah di BSP kami menyewa dulu kat sini dalam setahun. Sambil tu buat survey dkt kawasan sekitar BSP dan BBM. Ternyata dari segi harga housing BSP agak tinggi.

Namun bila difikir balik dari segi environmentnye memang berbaloi walaupun mahal. Boleh dikatakan tanah rsv utk semua infr's dah disediakan oleh pihak pemaju(masa tu sekolah belum naik). Kemudahan kedai pun dah  ada (pasar malam 2 kali seminggu lagi). Dari segi keselamatan pun lebih terjamin esp utk family yg ada anak2 kecik. Kawasannya tenang dan selesa.

Di tambah lagi dengan kehadiran pelajar2 KUIS(KISDAR) yg menambahkan lg 'ketenganNYA'. Orang yg sedang menuntut ilmu ni kan dirahmati Allah dan insyallah kita yg duduk d sekitarnya mendapat tempiasnya jugak-Amin.

Dan satu lagi St komuter pun dekat. Jadi benda2 ni menyebabkan value rumah d BSp lebih tinggi disamping nama develepor yg mmg dah establish.

So kami pun decide utk beli kt BSP .Tp rasa frust jugak sebab semuanya aoround RM200k- RM230 K utk putra terace.Kira dah overbajet. Tp alahamdulillah rezeki kami dapat jugak Putra Terrace yg harganya pun tkdelah mahal sgt, i.e below RM200K.

Mungkin dalam masa 5 tahun lg harganya makin tinggi . Maklumlah masa tu mungkin dah lengkap dengan masjid,bank,sekolah(mmg dah bina pun),klinik dan infra2 lain. Jadi pada sesiapa yg kini sedang mencari rumah untuk dibeli/sewa saya recommend sgt jenguk2lah kat BSP. Saya tgk macam byk je rumah yg nk dijual tp tk tau brape hrga.




Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #19 on: July 16, 2008, 11:54:34 AM »



Kanisa

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 30
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #20 on: July 16, 2008, 06:11:40 PM »
RUMAH DOUBLE STOREY SEKSYEN 5, JALAN 5/23

Dulu beli RM126k ,4 BILIK DAN 3 BILIK MANDI, 20 x 60
Tapi bila suruh Bank islam value, depa semua kate RM100k saje.....biar betul!
Takkan murah dari harga beli???????

SAHABAT SEMUA TOLONG ADVICE.

budakgunung

  • Guest
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #21 on: July 17, 2008, 02:32:52 PM »
[

mak aiiii.......murahnya...........kenapa  boleh jatuh???


rmh saya kat BSP harga beli tahun 2007 RM 224k, sekarang hampir RM 300k.......

tempohari ada org suruh jual rmh saya ambil semi-d sbb masa tu saya dok tinjau semi-d anjung suasana....harga semi d lebih kurang RM450k....tp sayang nak jual sbb baru duduk.....







RUMAH DOUBLE STOREY SEKSYEN 5, JALAN 5/23

Dulu beli RM126k ,4 BILIK DAN 3 BILIK MANDI, 20 x 60
Tapi bila suruh Bank islam value, depa semua kate RM100k saje.....biar betul!
Takkan murah dari harga beli???????

SAHABAT SEMUA TOLONG ADVICE.
[/quote]

mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #22 on: July 17, 2008, 02:38:31 PM »
kat putra tropika dulu beli rm203..sekarng boleh pegi rm270..setakad rm250..cepat aje orang...beli...syukur....

jamaldmaz

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
Err... mungkin kena tukar topik thread ni ke "Kenapa rumah Seri Putra lebih mahal 'resale' valuenya dari Bkt Mahkota?" kut?  ;D :D ;)

Anyway, saya rasanya valuation bank bergantung kpd prasarana sesuatu kawasan tersebut. Kakak ipar saya telah membeli apartment 3 bilik di Vista Pinggiran, berhampiran Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Dah ada hypermarket, petrol station 3 buah, kedai berbagai, pasar borong dan lain2 lagi.... kecuali sekolah. Harga baru beli, RM97,000 (selepas diskaun bumiputera). Akhir tahun 2007 dia nak jual RM130,000 pun susah, prospect buyer offer takat RM115,000 je. Unitnya ground floor dgn laman sebesar 10x15 kaki, covered parking depan rumah. Masih tiada buyer sampai sekarang. Terpaksa sewakan dgn harga RM550 sebulan.

Bermakna harga resale rendah bukan kerana kualiti atau design tapi lebih kepada prasarana. Agaknya le....

PS: Ada sebuah rumah di Putra Tropika utk dijual. End-lot, renovated front porch/facade, auto-gate, enlarged kitchen etc for RM360,000! Harga ori RM240k je agaknya. Rumah Mentarimerah pun sedang direnovate utk mencapai harga tu sekarang ni. Kayuh jgn tak kayuh bro!

Salam
 8)
Berminat mengenai program bola sepak Ampac? Hubungi: 1-800-22-AMPAC (26722)

mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #24 on: July 17, 2008, 04:44:10 PM »
kau jangan walaupun aku end lot....tapi belum sampai tahap..nak jual rm360....tak sanggup nak carik gumah lain..bukan apa tak mampu...gaji kecik bang....

budakgunung

  • Guest
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #25 on: July 17, 2008, 05:44:40 PM »

bersyukur lah dengan rmh yg ada.....ada org langsung tak ada rumah........kita jgn bandingkan di malaysia tapi bandingkan saudara kita di Iraq, Pakistan, Afghanistan......Malaysia masih aman.....


mentarimerah

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 303
  • rock sampai tua
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #26 on: July 17, 2008, 10:05:59 PM »
betul tu..........

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #27 on: July 18, 2008, 04:12:21 PM »
Mmg kena bersyukur... Alhamdulillah.

Dalam masa yg sama tak salah kalau nak demand lebih.

hanee

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 69
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #28 on: October 13, 2008, 04:47:43 PM »
salam, saya ahli baru di forum ini... alhamdulillah, saya beli rumah di impian putra fasa 4, dah siap n dapat kunci, cuma belum pindah lagi... bila baca posting saudara2 saya di sini, rasa lega n syukur yg amat kerana pilihan saya dan suami definitely 99% tepat rasanya... Semoga kita semua hidup dengan aman dan sentosa di BSP...

xemadi

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 63
  • Gender: Male
Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #29 on: October 14, 2008, 09:11:16 AM »
Salam,

Bagi saya, ikut kemampuan lah. Rumah ni untuk kita duduk. Satu masa kita akan tinggalkan jugak. Hebat manapun rumah kita tu. Kalau mampu duduk rumah mahal, alhamdulillah, duduklah.

 X perlulah bandingkan dgn rumah yg lagi murah harganya. Mestilah lain kualitinya. Dah harganya pun lain. Klu nak banding, banding dengan yg seharga dengannya. Dalam boxing pun, mana ada heavyweight lawan lightweight. Mesilah heavyweight lg advantage.

WA

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
« Reply #29 on: October 14, 2008, 09:11:16 AM »