Author Topic: 1 OGOS: Gotong-Royong dan Kitar Semula Siri ke 2  (Read 2130 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
1 OGOS: Gotong-Royong dan Kitar Semula Siri ke 2
« on: July 18, 2010, 01:26:47 PM »
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Satu majlis gotong-royong membersihkan persekitaran SP5 akan diadakan oleh Jawatankuasa Kejiranan SP5 pada hari Ahad, 1 Ogos 2010, mulai 7.30 pagi. Semua warga SP5 dijemput hadir bagi memastikan persekitaran kita bersih daripada sampah, longkang yang mengalir lancar, keceriaan lanskap yang kekal cantik di samping mengelak masalah kesihatan terutamanya masalah DENGGI.

Perkara: Majlis Gotong-Royong dan Kitar Semula Siri ke-2 2010
Tarikh: 1 Ogos 2010
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Sila berkumpul di Tempat Pengumpulan Barang Kitar Semula (No. 2 Jalan 5/5)
Peserta: Kaum bapa, kaum ibu dan juga anak-anak warga SP5

Disamping itu, sempena Ramadhan yang hampir tiba, Jawatankuasa Kejiranan SP5 juga ingin mengadakan majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada hari SABTU, 21 Ogos (minggu ke-2 Ramadhan). Diharap warga SP5 dapat mengosongkan jadual agar dapat turut hadir dalam majlis tersebut. Jawatankuasa Kejiranan SP5 juga sangat berharap sumbangan warga SP5 untuk menjayakan majlis tersebut. Sumbangan boleh diserahkan kepada wakil jalan anda semasa kutipan yuran keselamatan hujung bulan ini.

Khai@BSP
Bagi pihak Jawatankuasa Kejiranan SP5



==========================================
Berita Berkaitan
Quote

10,792 kes denggi di Selangor
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/10_792kesdenggidiSelangor/myMA/myArticle

2010/07/11
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Selangor mencatat kes tertinggi demam denggi iaitu 10,792 kes dengan 34 kematian. Daripada jumlah itu, 3,088 kes dikenal pasti di Hulu Langat dan 36 kes di Taman Kajang Mewah, Kajang.

Berdasarkan jumlah itu peningkatan sebanyak 31 peratus dilaporkan di negeri yang mempunyai kepadatan penduduk iaitu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai berkata, secara keseluruhan dua kawasan panas itu menyumbang 52 peratus kes bagi tiga tahun berturut-turut bermula 2007 hingga 2009.


"Saya berpendapat kes ini boleh dikurangkan jika semua rakyat mengamalkan sikap positif ke arah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di tempat tinggal serta persekitaran mereka.


"Mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu adalah langkah paling efektif menghindar denggi," katanya kepada media selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana Jom Ganyang Aedes peringkat kebangsaan, di sini, semalam.

Turut hadir, ikon Anti Denggi Kementerian Kesihatan, Aznil Nawawi.


Beliau berkata, masyarakat perlu berusaha menghalang penularan jangkitan demam denggi dengan menyertai program Combi (Communication for Behavioural Impact).


Melalui program ini, katanya, sukarelawan akan dipilih di kalangan penduduk setempat untuk membantu Jabatan Kesihatan melaksanakan aktiviti pencegahan seperti menasihati penduduk untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran serta mengingatkan mereka untuk membuat pemeriksaan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: 1 OGOS: Gotong-Royong dan Kitar Semula Siri ke 2
« Reply #1 on: July 31, 2010, 04:51:08 AM »
Jangan lupa pagi esok... ibu-ibu, bapa-bapa dan anak-anak diharap turun membantu

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Laporan Gotong-Royong dan Kitar Semula
« Reply #2 on: August 02, 2010, 12:57:44 AM »
Salam,


Pada 1 Ogos 2010 warga SP5 telah turun beramai-ramai bergotong-royong membersihkan kawasan SP5. Telah dipecahkan kepada 3 pasukan. Pasukan pertama menangani longkang, pasukan kedua lalang menghadap Anjung Suasana dan satu pasukan lagi memotong pokok yang menganggu jalan.

Gambar lain boleh diperolehi di sini: http://www.facebook.com/album.php?aid=195788&id=163419787995


Salah satu pokok yang akan ditumbangkan


Kerja mengemaskan pokok yang telah ditebang.


Kenderaan rasmi SP5 sedia mengangkut pokok yang ditumbangkan. Lihat pokok tersebut telah dibersihkan.


Orang kuat yang menumbangkan pokok dengan hanya menggunakan parang.


Pasukan yang menumbangkan pokok.


Setelah berkumpul jalan 5/8.




Pasukan menangani lalang jalan 5/8.


Setelah selesai kerja.








Hidangan yang dibentangkan.








Dan akhir sekali jiran baru yang membeli rumah Najib. Cikgu di sekolah BBB Seksyen 7.


Sekian dilaporkan.

Khair@BSP
« Last Edit: August 02, 2010, 01:00:52 AM by akusempoi »

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Laporan Gotong-Royong dan Kitar Semula
« Reply #2 on: August 02, 2010, 12:57:44 AM »