Author Topic: SP5 Bola Penutup Musim: Seri dan Tewas  (Read 896 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5 Bola Penutup Musim: Seri dan Tewas
« on: August 10, 2010, 04:21:03 PM »
Selasa 10 Ogos.



Dua perlawanan bola sepak penutup musim antara SP5 dengan pasukan lawan telah dilangsungkan pada Sabtu lepas di padang A UPM dan juga semalam (Isnin malam) di stadium UPM dibawah limpahan lampu yang gemerlapan. Walaupun dengan semangat berkobar-kobar dan doa daripada tuan presiden, malangnya pasukan SP5 hanya mampum seri dan tewas pada kedua-dua perlawanan tersebut.

Perlawanan pertama melawan kawan-kawan Atiq telah melihakan pasukan kita yang turut diperkuatkan dengan pemain daripada Putra Terrace hanya mampu seri 2-2. Kedua-dua jaringan telah disumbat oleh Atiq. Manakala pasukan lawan telah membolosi gawang SP5 dengan 2 gol awal hasil kucar-kacir dihadapan gol SP5. Bagaimanapun, dua gol jaringan Atiq membolehkan SP5 membawa balik satu mata.

Perlawanan kedua pula amat sukar melawan pasukan staff UPM unit sukan. Pasukan lawan terdiri daripada beberapa bekas atlit. Dan seperti yang dijangkakan sejak dari awal yang pasukan SP5 akan tewas kerana team staff tidak mempunyai ramai pemain yang perutnya kehadapan. Berbanding dengan team SP5 yang pada satu masa, keempat-empat pemain pertahanan mempunyai perut yang agak sukar untuk dibawa. SP5 tunduk 1-6 kepada pasukan lawan.















Gambar lain di pautan ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=198239&id=163419787995&ref=mf

Begitulah penutup perlawanan akhir musim SP5. Selepas Ramadhan dan hari raya, pasukan SP5 dijangka akan beraksi semula dengan pasukan Putra Tropika dah bertanyakan masa yang sesuai untuk perlawanan persahabatan. Manakala, ada ura-ura mengatakan BSP akan mengadakan perlawanan antara taman selepas hari raya.

Sekian dilaporkan.

Khai@BSP

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

SP5 Bola Penutup Musim: Seri dan Tewas
« on: August 10, 2010, 04:21:03 PM »