Author Topic: Salam Aidilfitri dan Baraan SP5  (Read 2549 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Salam Aidilfitri dan Baraan SP5
« on: August 30, 2010, 03:42:22 PM »


Dipetik dari: http://seriputra-5.blogspot.com/2010/08/majlis-baraan-sempena-syawal-2010.html

Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera untuk semua Warga Kejiranan SP5,

Seperti tahun-tahun yang lalu, majlis baraan adalah merupakan aktiviti tetap tahunan didalam bulan Syawal. Untuk maklumam ahli kejiranan yang buat pertama kalinya menyambut syawal di SP5 pada tahun ini, Majlis Baraan ini adalah aktiviti kujungan ahli-ahli kejiranan (Lelaki & Kanak-kanak) kerumah ahli yang sudi menerima kunjungan kami. Selain dari berselawat keatas 'Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W', kesempatan ini juga akan dihiasi dengan majlis berkenalan dengan 'Tuan Rumah' and maaf bermaafan semperna bulan Syawal / Hari Raya.

Memandangkan masa untuk majlis ini adalah terhad berbanding dengan jumlah rumah yang ingin dikujungi, adalah menjadi harapan kami (AJK) agar 'Tuan Rumah' hanya menyediakan minuman ringan sahaja semasa kujungan dibuat kerumah anda. Sementara itu juadah juadah yang disediakan hendaklah dikumpulkan di rumah persinggahan yang telah dikenal pasti akan dimaklumkan kemudian.

Untuk melancarkan lagi majlis yang telah dirancang, adalah diharapkan agar Warga SP5 yang ingin menawarkan rumah meraka dikunjungi oleh ahli-ahli jemaah agar dapat memaklumkan tujuan / hajat anda kepada AJK atau Wakil Jalan. Marilah kita bersama-sama meluangkan sedikit masa kita untuk menyertai majlis baraan pada tahun ini.

Kerjasama dari Warga Kejiranan SP5 amat dihargai dalam menjayakan majlis yang telah dirancang seperti dibawah;

Mon (20-Sep) - Baraan bermula jalan 5/5 - Atas
Tue (21-Sep) - Baraan bermula jalan 5/5 - Bawah
Wed (22-Sep) - Baraan bermula jalan 5/3
Thr (23-Sep) - Baraan bermula jalan 5/4 & 5/2
Fri (24-Sep) -  Baraan bermula jalan 5/7
Sat (25-Sep) - Abu Zarim Daughter's Nikah
Sun (26-Sep) - Abu Zarim Event Day - Persandingan
Mon (27-Sep) - Baraan bermula jalan 5/6 - Atas
Tue (28-Sep) - Baraan bermula jalan 5/6 - Bawah


Jadual di atas boleh juga dirujuk di kalendar dalam talian SP5 di sini:
http://www.google.com/calendar/embed?src=ehr3n7lg4mh0ev5lhkf18gk45s%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur

Di samping itu, En Abu Zarim juga akan menjemput warga SP5 ke majlis kenduri kahwin anaknya pada 26 September 2010.

Sekian. Terimakasih

Khai bagi pihak Persatuan Kejiranan SP5
« Last Edit: September 01, 2010, 03:46:23 PM by akusempoi »

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Selamat Hari Raya daripada SP5
« Reply #1 on: September 03, 2010, 04:28:10 PM »


Selamat Hari Raya kepada semua. Ikhlas daripada warga dan Jawatankuasa Kejiranan SP5.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Majlis BARAAN SP5 Jalan 5/5 ATAS
« Reply #2 on: September 22, 2010, 10:01:56 AM »
Rombongan tersebut telah menziarahi sekitar 10 buah rumah. Dikongsikan gambar.



















Lagi gambar http://www.facebook.com/album.php?aid=210326&id=163419787995&ref=mf

Khai@BSP

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Majlis BARAAN SP5 Jalan 5/5 BAWAH
« Reply #3 on: September 22, 2010, 10:07:23 AM »
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia,

Berikut dikongsikan gambar baraan hari kedua di Jalan 5/5 sebelah BAWAH. Keseluruhan rumah yang dihadiri adalah 8 buah rumah. Jika dikira jumlah keseluruhan sekitar 100 orang hadir malam tadi.

Yang paling gembira adalah kanak-kanak. Selain duit raya yang menjadi tumpuan (panjang kalau beratur nak dapat duit raya), jajan dan air kotak menjadi rebutan kanak-kanak. Ada rumah yang kekurangan duit raya sehingga terpaksa menggunakan duit tambahan tanpa sampul. Pemandangan yang menarik. Bagaimanapun ibubapa digalakkan menasihatkan anak masing-masing agar tidak melihat itu sebagai tujuan utama. Tetapi amalan kunjung-mengunjung dan menghormati jiran perlu diutamakan. Jamahlah hidangan dan pastikan tidak menyepahkan sampah jajan dan coklat yang disediakan.

Tidak ketinggalan menu yang dihidangkan malam tadi agak unik. Antaranya roti yang dibuat sendiri dicicah dengan daging cincang dan telur mata kerbau. Ini merupakan menu kegemaran ayah tuan rumah. Selain karipap berinti bihoon dan juga donat berinti castard dengan hiasan warna-warni di atasnya.

Insya-Allah malam ini akan dimulakan dengan rumah di Jalan 5/3 dan diakhiri dengan rumah di jalan 5/4. Marilah sama-sama memerihkan majlis baraan malam ini. Disamping itu, pihak persatuan kejiranan juga menjemput jiran-jiran bukan Islam kita untuk turut sama hadir terutama di pit-stop yang telah ditentukan. Biasanya dalam 9.45 malam rombongan akan berada di rumah terakhir atau pit-stop. Itu mengikut jumlah rumah yang dihadiri.

-Khai@BSP-






















Lagi http://www.facebook.com/album.php?aid=210594&id=163419787995&ref=mf

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Majlis BARAAN SP5 Jalan 5/3 dan 5/4
« Reply #4 on: September 23, 2010, 08:27:56 AM »
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam semalam Baraan di Jalan 5/3 dan 5/4 berjalan seperti dirancang. 12 rumah telah dikunjungi oleh anggota rombongan bermula dengan rumah jalan 5/3 dan di akhiri di rumah jalan 5/4. Di rumah terakhir aka pit-stop, peserta terakhir beredar pada pukul 12 tengah malam setelah menyelesaikan segala makanan dan diakhiri dengan teh tarik sambil berbual-bual tentang pelbagai perkara.

Insya-Allah malam ini (Khamis) akan bermula dengan rumah En Zulbahari (5/6) atas permintaan tuan rumah kerana kekangan masa Selasa akan datang. Dari situ, rombongan akan bergerak ke jalan 5/7 dan diakhiri di jalan 5/2.

Sedikit catatan, Baraan esok hari Jumaat (Jalan 5/6 ATAS) akan ditukar ke hari Selasa hadapan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Maka, untuk minggu ini setakat hari ini (Khamis) dan akan bersambung semula minggu depan hari Isnin (5/6 BAWAH) dan Selasa (5/6 ATAS).

Marilah kita meraikannya bersama-sama.

Khai





















Lagi http://www.facebook.com/album.php?aid=210822&id=163419787995&ref=mf

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Majlis BARAAN SP5 Jalan 5/3 dan 5/4
« Reply #4 on: September 23, 2010, 08:27:56 AM »



namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5: Baraan 5/6 Bawah Semalam
« Reply #5 on: September 28, 2010, 01:38:02 PM »
Salam dan salam sejahtera.



Baraan SP5 di jalan 5/6 Bawah semalam telah berjalan lancar walaupun di awalnya hujan renyai-renyai. Majlis dimulakan dengan satu rumah 5/6 Atas kerana beliau tidak dapat menyertai baraan malam ini.

Hampir 13 rumah telah dikunjungi dan diakhiri dengan rumah En Hashim.



Antara yang menarik yang boleh dikongsikan adalah beberapa makanan hidangan istemewa tuan rumah. Di rumah tuan Hj Shaari, beliau telah menyediakan tart telur yang sangat lembut dan menarik persembahannya. Manakala, rempeyeknya juga rangup dan nipis.

Pisang goreng cicah sambal kicap bercili sangat mengujakan. Itulah yg disediakan di rumah En Sufian yang menyebabkan ramai ahli baraan yang berhenti agak lama menikmati makanan yang jarang disediaakan itu.

En Zamri pula menghidangkan kuih raya yang menurutnya tiada satu pun yang dibeli. Semuanya dibuat sendiri, cantik dan sedap.



Manakala di rumah terakhir En. Hashim, Laksa Nyonya merupakan tarikan utama. Disamping hidangan lain sumbangan warga jalan 5/6 BAWAH.

Bagi pihak jalan 5/6 BAWAH saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke rumah-rumah kami. Serta tak lupa kepada En Hashim kerana bersedia menyediakan rumahnya sebagai pit-stop.

Manakala bagi pihak AJK dan warga SP5 yang lain, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kerana persediaan yang telah dijalankan.



Bagaimanapun sedikit teguran untuk warga cilik SP5. Berkenaan sampah terutamanya kotak air yang banyak ditaburkan diluar rumah. Diharapkan sampah tersebut dapat dimasukkan ke dalam tong yang disediaakan.

Serta diharap ibubapa dapat mengingatkan anak-anak agar tertib serta menghormati majlis, tuan rumah dan ibubapa yang turut hadir. Berdirilah bersama-sama ketika berselawat dan diharap tidak memainkan selawat. Hormati tuan rumah dengan tidak membuang sampah merata-rata. Beratur ketika menerima sampul duit raya dan tidak bertolak-tolak. Diam seketika ketika ucapan diberi kerana mungkin ada isi penting yang boleh dikongsi bersama. Hormati juga ibubapa lain dengan tidak menolak atau bergurau berlebihan. Serta bermain secara baik sesama sendiri agar keharmonian antara kita akan terus bekekalan. Agar akhirnya majlis Baraan kita akan tetap relevan dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

Gambar dikepilkan serta selebihnya di pautan ini http://www.facebook.com/album.php?aid=214589&id=163419787995

Sekian.

Khai@BSP

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5: MAJLIS PENUTUPAN BARAAN / MARHABAN
« Reply #6 on: September 28, 2010, 01:40:15 PM »
MAJLIS PENUTUPAN BARAAN / MARHABAN
SYAWAL 1431 / SEPTEMBER 2010


Sempena Majlis Penutupan Marhaban Syawal 1431 (2010), sukacita kami ingin menjemput puan-puan / anak remaja semua ke rumah kami di Jalan Seri Putra 5/6, mulai jam 8:30 malam SELASA 28 SEPTEMBER, 2010 untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut dan dapat bermarhaban / bersalawat bersama-sama untuk sekian kalinya di samping mengeratkan lagi silaturrahim dan menyerikan lagi syawal kali ini.

To our non-Muslims neighbors are also invited to join the event at the same address above.

p/s : Lelaki Melayu di kehendaki memakai baju Melayu dan sampin.

Semua Qariah SP5 adalah di jemput

(flyers menyusul)

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Salam Aidilfitri dan Baraan SP5
« Reply #7 on: September 28, 2010, 02:13:55 PM »
AS, apsal tak datang smalam?
Potfolio `Juri dan Cabutan Bertuah' telah diambil alih oleh wakil Princeton.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: Salam Aidilfitri dan Baraan SP5
« Reply #8 on: September 28, 2010, 02:15:39 PM »
Semalam baraan kat rumah saya... so tak leh tinggalkan

p/s: kalah lagi ...hehehe... baguslah tu Capt, org2 Princeton mmg berwibawa

AS, apsal tak datang smalam?
Potfolio `Juri dan Cabutan Bertuah' telah diambil alih oleh wakil Princeton.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Gambar ramai-ramai hari terakhir Baraan SP5.
« Reply #9 on: October 01, 2010, 05:39:11 PM »
Gambar ramai-ramai hari terakhir Baraan SP5.


namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5: Baraan Malam Terakhir 1431H
« Reply #10 on: October 02, 2010, 12:14:28 PM »












Salam,

Baraan malam terakhir bagi tahun 1431H telah dijalankan sepanjang jalan 5/6 ATAS. Dimulakan dengan rumah En. Bakar dan diakhiri dengan rumah En Salman. 9 buah rumah telah dilawati. Sebelum juadah disantap, sesi bergambar kenang-kenangan telah dilaksanakan dengan hampir 40 peserta menyertainya tidak termasuk kanak-kanak dan kaum ibu. Pelbagai juadah telah disediakan di penghujung perjalanan baraan kali ini dengan menu seperti Laksa NYONYA, sate KAJANG, bihun sup, roti jala dan sebagainya.

Majoriti perserta baraan kali ini sangat berpuasa hati dengan perjalanan baraan. Ada juga komen seperti "Seronok, ramai kanak-kanak tahun ini", "Baraan paling best" dan "Ramai ya tahun ini berbanding tahun lepas" menjadikan baraan kali ini antara yang paling diingati untuk jangka masa yang panjang.

Semoga ketemu dengan Ramadhan, Syawal dan Baraan akan datang.

Khai

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

SP5: Baraan Malam Terakhir 1431H
« Reply #10 on: October 02, 2010, 12:14:28 PM »