Author Topic: SP5 - Ibadah Korban  (Read 1879 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5 - Ibadah Korban
« on: October 10, 2010, 10:33:05 PM »
Assalamualaikuk w.b.t

Ramadhan telah pun lama meninggalkan kita, semoga segala amalan di terima, dan begitu juga syawal, baru sahaja meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan penuh kemaafan. Antara rakaman kenangan, majlis baraan (yang ke-6) telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di semua peringkat usia.

Kini bulan Zulkaedah, dan Zulhijjah akan menjelma tidak lama lagi yang mana bulan yang penuh dengan pengertian pengorbanan. Malah saya rasa dah ramai yang mulai memenuhi jemputan kenduri doa selamat untuk mereka-mereka yang akan pergi menunaikan ibadah haji.

Justeru, kami dari Biro Agama SP5, seperti tahun lalu, ingin mempelawa kepada semua kejiranan SP5 untuk menyertai ibadah korban untuk kali ke-2 ini. Seperti tahun lalu, kali ini ibadah korban ini juga di lakukan sendiri secara gotong royong dan di akhiri dengan pekena sop (insyaAllah).

Dengan ini, kepada yang ingin menjalani ibadah korban bolehlah membuat tempahan melalui email atau mana-mana AJK SP5.

Untuk masa ini tiada had yang ditetapkan untuk bahagian korban ini kerana kita telah mendapat sokongan dari pembekal untuk menyediakan penyembelih dan 2-orang pelapah yang akan membantu pada hari tersebut. InsyaAllah. Tentatif aturcara majlis untuk hari tersebut juga akan diberitahu kemudian.

Seperti ibadah korban tahun lalu, telah membawa kenangan begitu manis bagi kita semua, lebih-lebih lagi bila ada kawan kita yang bermain "jet ski" dengan lembu...hihihii.....dan juga, kita telah menerima pelbagai jenis sumbangan dari kejiranan kita ini, (terimakasih sangat-sangat), jadi kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan untuk program kali ini bolehlah berbuat demikian dengan menyatakan hasrat kepada penama di atas tadi atau AJK dan penghantarannya bolehlah dibuat seminggu dua sebelum hari tashriq nanti (Hari-hari tashriq dalam Istilah Islam adalah hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Dengan itu, kami berharap program kali ini akan mendapat memberi peluang yang lebih kepada mereka-mereka yang "missed" tahun lalu untuk melakukan ibadah korban dan kepada kita semua akan dapat memantapkan lagi ukhwah sesama kita semua. InsyaAllah.

Buatlah tempahan anda sekarang!!

Sekian, wasalam.


sekadar hiasan

        RM390.00 satu bahagian

sekadar hiasan

__._
-Salman

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Ibadah Korban - Ingatan Untuk Yang Lupa
« Reply #1 on: October 10, 2010, 10:38:35 PM »
Dipetik daripada: http://seriputra-5.blogspot.com/2010/10/ibadah-korban-ingatan-untuk-yang-lupa.html
Oleh En Salman Selamat

Ibadat Korban

Ibadat korban merupakan satu ibadat yang sangat digalakan dalam Islam, khususnya bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewaangan. Ibadat korban telah disyariatkan oleh Allah pada tahun kedua Hijrah.

Firman Allah s.w.t "Sesungguhnya kami (Allah) telah memberi engkau (Muhammad) kebaikan yang banyak. Maka *sembahayanglah engkau kerana Tuhanmu dan sembelihlah (korbanmu)" (Al-Kautsar: 1-2)

* sembahayang yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah sembahayang sunat hari raya korban.

Hukum Korban

Hukumnya Sunat Muakkad. Adapun bagi mereka yang bernazar hukumnya adalah wajib. Bagi mereka yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini.

Wajib hukumnya kepada Rasullah s.a.w berdasarkan hadis: "Diwajibkan keatasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan amalan sunat bagi kamu". (Riwayat Imam Tirmizi).

Maksud Korban

Menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari unta, lembu, kambing dan kibas yang sampai *umur pada Hari Raya Korban (Aidil Adha) 10 Zulhijjah selepas sembahayang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

*ada 4-hari dibolehkan untuk melakukan ibadah korban (10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah)

Umur binatang yang boleh dikorbankan


Unta 5 tahun ke atas – 7 bahagian
Lembu, kerbau 2 tahun ke atas – 7 bahagian
Kambing 2 tahun ke atas – 1 bahagian
Bebiri, kibas 1.5 tahun ke atas – 1 bahagian

Ditegah berkorban dengan binatang yang cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan terlalu kurus.

Sunat-Sunat Ketika Menyembelih Binatang Korban

1. Membaca basmilah
2. Selawat ke atas Nabi
3. Menghadap Kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah korban.

Nota :

    * Daging korban yang di niat nazar oleh orang yg bernazar, hendaklah disedekahkan semuanya.

    * 1/3 daripada daging korban sunat boleh dimakan oleh mereka yang berkorban dan selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin, boleh juga disedekahkan kepada orang kaya mengikut mahzab syafie Mereka yang melakukan ibadat korban disunatkan menyaksikan penyembelihan binatang korban tersebut seperti mana sabda Rasullah s.a.w


"Wahai Fatimah!, berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan darahya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosa yang telah lalu". (Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).

    * Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat korban.

    * Imam Khatib didalam kitabnya Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan bagi mereka yang melaksanakan korban untuk menyembelih sendiri binatang korban tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan bagi mereka menyaksikan penyembelihan itu.

 

Pensyariatan Korban dan Aqiqah


Dalil pensyariatan

    * Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

      Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".
    * Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

      Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".
    * Sabda Rasulullah S.A.W.:

      Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)



FADHILAT IBADAH QURBAN


Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

    * Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

      Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
    * Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

      Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
    * Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

      Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

      Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)
    * Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

      Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

 

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


 

-Salman-

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5 - Ibadah Korban (Revised)
« Reply #2 on: October 16, 2010, 08:30:58 AM »
Ibadah Korban (Revised)



Assalamualikum semua tetanggaku di SP5,

Usul korban yang dibentangkan adalah dirujuk.

2.      Hasil perbincangan dengan pembekal lembu, dan hasil negosiasi, maka harga sebahagian lembu kini di turunkan kepada RM380.

3.      Spesifikasi lembu : berat hidup sekitar 180 - 200 kg, berat daging di anggarkan dari 80 - 100 kg kg (lihat contoh lembu yang dilampirkan, bagi tujuan penganggaran saiz, dan keadaan lembu tersebut).


Dengan itu, maklumbalas, sokongan dan sambutan daripada Dato'/Datin/Tuan/Puan sekelian amatlah diharapkan. Semoga majlis korban kita kali ini juga mencapai kejayaan seperti tahun yang lalu. InsyaAllah.

Terimakasih.









« Last Edit: October 16, 2010, 08:37:48 AM by @kuSempoi »

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5 - Gambar Ibadah Korban
« Reply #3 on: November 29, 2010, 07:16:28 PM »
Salam,















Di kepilkan beberapa gambar sebagai tatapan. Selebihnya boleh diperolehi di facebook SP5.

Album 1:
http://www.facebook.com/album.php?aid=259760&id=163419787995&ref=mf

Album 2:
http://www.facebook.com/album.php?aid=259775&id=163419787995&ref=mf

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

SP5 - Gambar Ibadah Korban
« Reply #3 on: November 29, 2010, 07:16:28 PM »