Author Topic: SP5: Gotong Royong (Membasmi Aedes) dan Kempen Kitar Semula  (Read 4412 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5: Gotong Royong (Membasmi Aedes) dan Kempen Kitar Semula
« on: October 16, 2010, 08:33:08 AM »
Gotong Royong (Membasmi Aedes) dan Kempen Kitar Semula

Salam and Good day to everyone,

Satu aktiviti Gotong Royong akan di adakan seperti di nyatakan di bawah, yang bertujuan bagi membasmi kegiatan nyamuk yang kian berleluasa sejak akhir-akhir ini. Kami amat berharap, Dato'/Datin/Tuan/Puan dapat melapangkan diari pada hari berkenaan demi menyokong aktiviti2 ini. Kerjasama setiap individu di kalangan kita semua amat penting, bagi menyekat kehadiran aedes yang akan membawa denggi.

"Tiada aedes Tiada Denggi"





Di samping itu juga, kepada mereka yang banyak memiliki barangan terpakai dari kalangan akhbar lama, botol-botol plastik, dan tin dapatlah kiranya  disumbangkan ke pusat Kitar Semula pada tarikh yang sama di atas di tempat yang dinyatakan di bawah ini.

"Moh kita sumbang yop...!!"



"Jiran muafakat membawa berkat"
« Last Edit: October 16, 2010, 08:36:48 AM by @kuSempoi »

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: SP5: Gotong Royong (Membasmi Aedes) dan Kempen Kitar Semula
« Reply #1 on: October 23, 2010, 09:47:34 PM »
Jangan lupa pagi esok.

Moh kita gotong-royong sambil beramah-mesra antara jiran.


namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
SP5: Hujan tidak lemahkan warga Seriputra5 (SP5) bergotong-royong
« Reply #3 on: October 25, 2010, 08:51:20 AM »
Bandar Seri Putra, 24 Oktober 2010.
Tulisan dan gambar oleh Khai@BSP.

Hujan tidak melemahkan semangat warga Seriputra5 (SP5) untuk beramai-ramai menjayakan program gotong-royong (membasmi aedes) dan program kitar semula untuk menambah tabung kewangan persatuan. Warga SP5 baik lelaki, wanita dan kanak-kanak bersama-sama menghadirkan diri dan berganding tenaga dalam program ini.

Dianggar sekitar lebih 30 orang warga SP5 telah turut serta yang dibahagikan kepada 4 tim.

Tim pertama, tim membersih longkang telah diketuai oleh En Abu Bakar telah diminta untuk membersihkan longkang dan memastikan aliran air berjalan lancar.







Tim kedua, tim membaja. Diketuai En Din Pilot telah mengelilingi kawasan SP5 untuk membaja pokok-pokok sekitar dan mencantikkan pokok yang tidak kemas.







Tim ketiga, tim memotong pokok. Tugasan kali ini adalah memotong pokok dibelakang rumah Dr. Ramizi yang baru sahaja menghabiskan thesis kedoktoran beliau. Disamping itu, tim ini juga perlu memastikan pokok-pokok besar berada dalam keadaan baik dan kemas.







Tim keempat, tim pengangkutan yang diketuai oleh En. Omar. Tim ini memberi sokongan kepada ketiga-tiga tim sebelum ini. Sampah dan lebihan pokok telah diangkut dari tempat tertentu dan dihantar ke kawasan yang telah ditetapkan.







Menurut Pengerusi Kesatuan Penduduk SP5, En Jefri Jaafar, beliau amat berbangga kerana hujan tidak menghalang warga SP5 untuk turut sama bergotong-royong kali ke-3 bagi tahun 2010. Bukan sahaja kaum lelaki yang turut serta, tapi kaum wanita dan anak-anak SP5 turut hadir menyumbang tenaga. Tambah beliau, program gotong-royong ini perlu dilakukan secara berterusan agar kawasan SP5 sentiasa bersih dan kemas. Disamping itu ia juga mengelakkan daripada sebarang penyakit terutama demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes. Menurut beliau lagi, kerjasama ini juga mengeratkan hubungan sesama jiran yang biasanya jarang kelihatan akibat kesibukan bekerja. Ruang ini digunakan untuk bertukar cerita dan bertanya khabar disamping mengenali lebih dekat keluarga masing-masing dengan kehadiran kaum ibu dan anak-anak.





En. Rosley salah seorang ahli jawatankuasa penduduk pula merasakan program ini berjaya kerana kehadiran warga SP5 dengan keadaan ceria dan boleh bergurau senda sesama jiran walaupun dalam keadaan basah. Katanya, jarang dapat bermain hujan akibat kerja seharian yang lebih banyak terperangkap di dalam pejabat. "Tapi hari ini saya gembira, walaupun basah tapi saya seronok". "Kawan-kawan lain pun nampaknya menikmatinya."



En. Abu Zarim pula berkata, " Walaupun saya sedikit berusia, tak terasa keletihannya".



Barangan kitar semula seperti kertas surat khabar, tin dan botol platik yang telah dikumpul akan dijual kepada peraih dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung kesatuan bagi kegunaan masa depan.





Majlis yang dimulakan dengan jamuan ringan, diakhiri dengan jamuan ringan juga. Program selesai jam 11.30 pagi.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Keratan Akhbar Sinar Harian - Gotong-royong SP5
« Reply #4 on: October 27, 2010, 01:08:04 PM »
Dikepilkan berita gotong-royong SP5 yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam 26 Oktober 2010.

« Last Edit: October 27, 2010, 01:16:13 PM by @kuSempoi »

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Keratan Akhbar Sinar Harian - Gotong-royong SP5
« Reply #4 on: October 27, 2010, 01:08:04 PM »



Norfeal1980

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 918
Re: Keratan Akhbar Sinar Harian - Gotong-royong SP5
« Reply #5 on: October 27, 2010, 02:20:42 PM »
Dikepilkan berita gotong-royong SP5 yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam 26 Oktober 2010.



Persatuan di BBM jer belum buat gotong-royong besar-besaran  >:( >:( >:(

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6117
  • Gender: Male
Re: SP5: Gotong Royong (Membasmi Aedes) dan Kempen Kitar Semula
« Reply #6 on: October 27, 2010, 02:27:33 PM »
ada dah buat dulu kalau tak silap saya

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: SP5: Gotong Royong (Membasmi Aedes) dan Kempen Kitar Semula
« Reply #6 on: October 27, 2010, 02:27:33 PM »