Author Topic: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.  (Read 9513 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« on: October 30, 2008, 11:22:53 AM »




Berikut adalah senarai tatacara dan etika forum yang harus di perhatikan oleh semua ahli.

1. Post Di Forum Yang Sesuai

Terdapat banyak Forum dalam lelaman ini. Sila gunakan forum yang sesuai apabila memulakan topik yang baru.

2. Jangan Terkeluar Dari Tajuk

Tuliskan pendapat anda sesuai dengan tajuk yang anda pilih. Jangan campur adukkan dengan isu-isu yang lain. Jika perbualan sudah lari jauh dari tajuk asal, para Moderators akan masuk untuk meleraikan keadaan. Pertimbangkan untuk membuka topik baru yang lebih sesuai jika anda ingin menimbulkan isu-isu lain.

3. Elakkan Dari Menggunakan Caps Huruf Besar, warna merah dsb

Di dalam alam sembang maya, Huruf Besar, font merah dsb selalunya menunjukkan kemarahan seseorang. Cubalah elakkan dari menggunakannya semasa berbicara melainkan jika anda ingin menekankan sesuatu isu atau emosi.

4. Klik "Post" Dan Tunggu Hingga Mesej Anda Keluar

Anda tidak perlu menghantar mesej berulang-ulang kali melainkan jika ada mesej "error" yg keluar.

5. Sikap Berhemah

Jangan gunakan forum ini untuk melancarkan serangan peribadi terhadap orang lain. Jangan kutuk-mengutuk, mencarut atau melontarkan bahasa yang kesat. Berforumlah secara berhemah.

6. Hormati Pandangan Orang Lain

Kadang-kadang anda akan berdepan dengan tulisan orang lain yang menyinggung perasaan anda. Sebelum membuat serangan balas secara terbuka, pertimbangkan dahulu kemungkinan mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang lain. Sangat mudah untuk membuat salah tafsiran melalui sebarang tulisan dalam sesebuah forum. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina. Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda.

7. Kritikan

Sesuatu topik tertentu mungkin boleh mengundang kritikan daripada ahli forum yang lain. Topik sebegini amat menarik untuk dibincangkan. Inilah proses pembelajaran sebenarnya. Jika kritikan terlalu pedas, forumer lain mungkin tawar hati untuk memberikan pendapat. Jika kritikan tidak ikhlas pula, tiada sesiapa yang akan mendapat manfaat. Kedua-duanya akan menggagalkan tujuan sebenar forum. Jika anda dikritik hebat, jangan jadikan ia sesuatu yang peribadi. Kalau anda mengkritik, lakukan ia hanya sekiranya anda merasakan bahawa kritikan anda dapat memberi kebaikan dan menyumbang terhadap sesuatu topik, kalau tidak lebih baik diam dan biarkanlah orang lain yang melakukannya.

8. Jangan “TROLL”

Apakah itu troll? Ia adalah orang yang suka menulis sesuatu yang dapat membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Selalunya golongan ini menggunakan nama orang lain atau menulis menggunakan nama-nama yang berbeza. Umumnya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya, janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya.

9. Aduan

Jika anda mempunyai sebarang aduan, sila ajukan kepada Moderator yang bertugas. Para Moderator akan menimbangkan aduan tersebut dan mengambil tindakan lanjut jika perlu.

Setiap tatacara dan etika di atas disediakan untuk menimbulkan suasana keselesaan kepada ahli ketika berforum. Semua pendapat dan komen di dalam forum ini adalah tanggungjawab mutlak setiap ahli yang menghantarkan komen. Komen-komen tersebut tidak memaparkan sebarang pendapat TKO dan kami tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang komen yang dipaparkan di forum ini. Marilah kita bersama berbincang dengan berhemah demi kebaikan semua.

Selamat berforum dan salam muhibbah!
Diambil dan diedit dari
http://www.melayu.sg/forum/index.php?topic=502.0
OLEH PMB
___________________
aku /..PMB

Hairul_Senibina

  • Moderator
  • Penghulu
  • ***********
  • Posts: 407
  • Gender: Male
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #1 on: October 30, 2008, 11:37:46 AM »
Terima kasih saudara PMB. Panduan yg sangat bernas. TQ   

~Bersama2 menjaga keharmonian di forum putra-mahkota.    :)

"Hormat Menghormati Budaya Kita"  :)

analog

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 14
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #2 on: January 01, 2010, 06:19:47 AM »
wokeyy boss

mRs.jeli

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 916
  • Gender: Female
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #3 on: December 23, 2011, 03:11:41 PM »
assalamualaikum semua.....
saye baru kt cni lg......
sebenarnye saye nk post iklan mencari umah sewe,
tp xtaw nk post cmne, lg pn xbrp familiar ngn forum ni,
klu fb sng kot application die,
cmne e nk pos iklan mencari umah sewe kt cni?
ade sesape bley tunjuk ke?
tq.... ;)
miAwW..miAWw..;)

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #4 on: December 23, 2011, 04:12:09 PM »
assalamualaikum semua.....
saye baru kt cni lg......
sebenarnye saye nk post iklan mencari umah sewe,
tp xtaw nk post cmne, lg pn xbrp familiar ngn forum ni,
klu fb sng kot application die,
cmne e nk pos iklan mencari umah sewe kt cni?
ade sesape bley tunjuk ke?
tq.... ;)

iklan cari rumah sewa boleh buka thread baru ataupun tumpang thread yang telah sedia dibuka ajer... kerana pastinya bukan ain_jeli ajer yang mencari rumah sewa kan... jika nak iklankan rumah sewa kepunyaan ain_jeli maka kena penuhkan syarat2 pengiklanan terlebih dahulu... ;D ;D ;D

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #4 on: December 23, 2011, 04:12:09 PM »



my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #5 on: December 24, 2011, 03:46:31 AM »
assalamualaikum semua.....
saye baru kt cni lg......
sebenarnye saye nk post iklan mencari umah sewe,
tp xtaw nk post cmne, lg pn xbrp familiar ngn forum ni,
klu fb sng kot application die,
cmne e nk pos iklan mencari umah sewe kt cni?
ade sesape bley tunjuk ke?
tq.... ;)

iklan cari rumah sewa boleh buka thread baru ataupun tumpang thread yang telah sedia dibuka ajer... kerana pastinya bukan ain_jeli ajer yang mencari rumah sewa kan... jika nak iklankan rumah sewa kepunyaan ain_jeli maka kena penuhkan syarat2 pengiklanan terlebih dahulu... ;D ;D ;D

fuhh... ;D ;D ;D

mior

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 8
  • Gender: Male
    • FreePTPTN.com
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #6 on: January 02, 2012, 11:28:27 AM »
setuju sgt....

karim

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 405
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #7 on: August 03, 2012, 12:45:57 PM »
salam tuan mod,

penggunaan bahasa/penulisan standard tak termaktub dalam forum ini?...maksud saya berforum guna bahasa/penulisan yang betul....bukan dalam bahasa daerah atau bahasa yang sukar difahami ahli forum....
selain memartabatkan bahasa kebangsaan, boleh juga menimbulkan kesedaran/mendidik ahli forum yang lain tentang penggunaan bahasa yang betul...dan dapat mengurangkan salah faham yang timbul dari bahasa/penulisan yang dikirim oleh ahli forum...
berforum dengan bahasa daerah tidah banyak membantu dari segi mendapatkan maklumat/fakta....erti kata lain, maksud ayat/perkataan tidak sampai pada ahli forum yang lain....
melainkan ada entry khas untuk dialek2 daerah.....(boleh membantu ahli forum yang lain memahami/mempelajari dialek daerah lain....)
harap dapat dimanfaatkan oleh ahli forum yang lain...

WIN

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1056
  • Gender: Female
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #8 on: August 03, 2012, 01:30:08 PM »
Ha ah la...
MsSpectra n kak my punya pasal, habis tergeliat lidah saya.
Janji yg terbuku dihati sudah diluahkan...
Nasib baik tuan forum tak kelakar sabah n dd tak ghoyak kelate, kalau tak mau saya redah juga.
Hahaha...

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #9 on: August 03, 2012, 02:01:07 PM »
Maaf... den ghaso klu nk guno ayat standard dalam berforum kek pmc nih mcm boring yo.. almaklum..kek cni ghamai rakyat dari segalo pelusuk Malaysia dan bermcm2 dialek di guno kan. klu den guno bahaso N9, org daerah / negori lain yg x paham jgn la sogan bertanyo buleh den terangkan maksud eh, dlm maso tu buleh gak blajar dialek daerah lain.  ::)

Saya tak rasa jika kita mengunakan loghat bahasa masing2, apa jua info berguna yang nak di utarakan akan hancur / ke laut or orang tak faham. Kita masih lagi mengunakan bahasa Melayu cume bunyi nyer berbeza. Dan saya tak nampak di mana pengunaan loghat daerah samada utara or N9 or pantai timur "mencacatkan" info forum nih. Jika benar ia terjadi, mod or admin, sila lah kuatkuasakan ayat standard di forum nih dan ini adalah post terakhir saya sbb den mmg suko guno loghat N9 sobab den anak tanah beradat..  :D :D

**win...ekau kan mmg dah pandai ckp N9 sebolum jumpo ngan kak my  ;D

WIN

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1056
  • Gender: Female
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #10 on: August 03, 2012, 02:18:46 PM »
Dah lama saya praktis cakap nogoghi(dr time ngaji dl) sebab ingatkan nak jadi org sana. Tapi tak jadi pulaklah....hahaha!
Den gurau je capt.


CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #11 on: August 03, 2012, 03:09:22 PM »
Dah lama saya praktis cakap nogoghi(dr time ngaji dl) sebab ingatkan nak jadi org sana. Tapi tak jadi pulaklah....hahaha!
Den gurau je capt.
Apo pulak eden ni?..MsSpectra tetap masuk suku ajo... :-* :-*

karim

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 405
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #12 on: August 03, 2012, 03:17:12 PM »
maaf semua...
bukan niat saya menidakkan sumbangan dialek lain dalam PMC...yang saya cuba 'highlight' ialah keseragaman bahasa.....kehidupan realiti tidak sama dengan kehidupan maya....dimana pemahaman membaca tidak sama dengan kemahiran mendengar/melihat....
maksud saya bahasa mudah untuk ahli forum berinteraksi dalam PMC. bacaan lebih lancar dan maksud ayat mudah difahami....
saya ambil contoh lain seperti memendekkan perkataan (bahasa SMS)...saya akui, kadang kala saya juga menggunakan bahasa SMS...kesilapannya ialah saya berforum guna ayat SMS....pada saya tindakan saya itu tidak beretika kerana bahasa SMS hanya untuk menghantar pesanan ringkas...
berforum bukanlah seperti 'chat' di alam maya....

hanya pandangan...

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #13 on: August 03, 2012, 03:20:17 PM »
Maaf... den ghaso klu nk guno ayat standard dalam berforum kek pmc nih mcm boring yo.. almaklum..kek cni ghamai rakyat dari segalo pelusuk Malaysia dan bermcm2 dialek di guno kan. klu den guno bahaso N9, org daerah / negori lain yg x paham jgn la sogan bertanyo buleh den terangkan maksud eh, dlm maso tu buleh gak blajar dialek daerah lain.  ::)

Saya tak rasa jika kita mengunakan loghat bahasa masing2, apa jua info berguna yang nak di utarakan akan hancur / ke laut or orang tak faham. Kita masih lagi mengunakan bahasa Melayu cume bunyi nyer berbeza. Dan saya tak nampak di mana pengunaan loghat daerah samada utara or N9 or pantai timur "mencacatkan" info forum nih. Jika benar ia terjadi, mod or admin, sila lah kuatkuasakan ayat standard di forum nih dan ini adalah post terakhir saya sbb den mmg suko guno loghat N9 sobab den anak tanah beradat..  :D :D

**win...ekau kan mmg dah pandai ckp N9 sebolum jumpo ngan kak my  ;D

sapo eh yg tak paham bahaso N9 ni.... ;D ;D ;D ;D ;D ;D  den ghaso sumo kaum cino kek kualo pilah tu buleh paham + bercakap dialek n9 ni.. ;D ;D ;D ;D

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #14 on: August 03, 2012, 03:21:14 PM »
Dah lama saya praktis cakap nogoghi(dr time ngaji dl) sebab ingatkan nak jadi org sana. Tapi tak jadi pulaklah....hahaha!
Den gurau je capt.
Apo pulak eden ni?..MsSpectra tetap masuk suku ajo... :-* :-*

masuk suku? xdo makno eh..

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Tatacara Dan Etika Berforum.. harus dibaca dulu.
« Reply #14 on: August 03, 2012, 03:21:14 PM »