Author Topic: JEMPUTAN MENGANJURKAN PROGRAM MOTIVASI SEMPENA CUTI SEKOLAH  (Read 4347 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

alib

  • Guest
JEMPUTAN MENGANJURKAN PROGRAM MOTIVASI SEMPENA CUTI SEKOLAH
« on: October 30, 2008, 02:11:26 PM »
Assalammualaikum & salam muhibbah
daripada
AsasInsan Resources & Training

Promosi Cuti Sekolah 2008

AsasInsan Resources & Training, sebagai perunding dan penyedia program motivasi sejak 2004 dan beroperasi di Bandar Seri Putra, kami berbesar hati menawarkan perkhidmatan kepada komuniti putra mahkota khususnya dalam menganjurkan program motivasi kepada anak-anak tuan/puan sempena cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi.

Kem motivasi pengukuhan ibadah dan jatidiri remaja ini disusun khusus untuk mendekati secara praktikal golongan remaja Melayu muslim pelbagai peringkat usia.

 I’BAD Camp! adalah singkatan untuk Ibadah Adventure Camp atau Kem Kembara Ibadah & Jatidiri Remaja. Program ini bermatlamat menyuntik pendekatan berbeza ke dalam program-program berbentuk motivasi kerohanian dan jatidiri agar menjadi lebih mesra remaja agar mampu menarik minat kumpulan sasaran tersebut.

Melalui program unik ini, AsasInsan Resources & Training (AsasInsan)  berusaha menerbitkan kesedaran dan kemahuan dalam diri peserta untuk membudayakan nilai-nilai hidup unggul berteraskan ajaran agama dan budaya bangsa di samping berusaha gigih mencapai keputusan terbaik dalam bidang akademik sebagai kunci kejayaan pada masa hadapan.

Kami optimis program ini akan memberi impak ketara kepada anak-anak tuan/puan dari sudut prespektif dan motivasi diri yang akan menjana kualiti dan produktiviti mereka. Penekanan kepada aspek potensi diri akan membolehkan mereka menganalisa potensi,kekangan, dan keupayaan sebenar untuk mencapai yang terbaik dalam apa jua bidang kehidupan.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi En. Mutalib di talian 019-6847918 atau [email protected]  dan sila lawati laman sesawang kami di www.asasinsan.com . kami memandang kehadapan untuk bekerjasama dengan pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

JEMPUTAN MENGANJURKAN PROGRAM MOTIVASI SEMPENA CUTI SEKOLAH
« on: October 30, 2008, 02:11:26 PM »