Author Topic: Isu Isu BBMahkota yang aku perasan  (Read 30921 times)

Zadokip and 1 Guest are viewing this topic.

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Isu Isu BBMahkota yang aku perasan
« on: May 31, 2008, 02:21:13 PM »
Mungkin ini isu lama.  Tapi saya tak tahu apa statusnya sekarang.  CUma dulu time baru beli rumah ada member kata, ada bau busuk kadang kadang dekat area bukit mahkota.  Tapi sejak pindah ni, tak pernah lagi terhidu bau tu...

Wallahu Alam.

xemadi

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 63
  • Gender: Male
Re: Bau Busuk Di Bandar Bukit Mahkota...
« Reply #1 on: June 02, 2008, 03:00:51 PM »
Dulu memang ada tempat penbuangan sampah kat jambatan kecik menuju ke jalan lama. Jalan depan petronas tu, kedepan sikit kan ada jambatan kecik. Kat situlah. Tapi sekrg ni, tempat tu dah ditutup. Hasil perjuangan org2 seksyen 4,3,2,1. Sebelum kita kat seksyen 6 ni masuk agi.

Setau saya lah mengikut ceritanya.

Ikhwan

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 7
Re: Bau Busuk Di Bandar Bukit Mahkota...
« Reply #2 on: June 03, 2008, 10:59:21 PM »
Saya dah pernah hidu bau busuk tu, pada waktu tu menyewa kat Seksyen 5, tahun 2004 ke 2005. Boleh dikatakan setiap kali selepas hujan, bau itu akan ada, mungkin disebabkan proses pemualapan yang berlaku di kawasan pembuangan sampah. Pada masa itu banyak lori sampah yang membuang sampah dikawasan tersebut yang terletak hampir dengan sungai.

Kes tersebut selesai selepas berlaku pencemaran air busuk di Sungai Semenyih, yang mana Sungai Semenyih merupakan sumber air mentah di loji air untuk pembekalan air untuk Putrajaya. Kalau anda semua masih ingat, pernah keluar beberapa kali di surat khabar dan TV.

OffshoreMan

  • Administrator
  • Temenggung
  • ***
  • Posts: 1309
  • Gender: Male
  • Cerita Kerja Offshore Oil & Gas di Offshoreman.net
    • Offshore Oil & Gas
Isu Isu BBMahkota yang aku perasan
« Reply #3 on: December 05, 2008, 05:08:44 PM »
Berikut ialah komen dari seseorang di WikiMapia about Bandar Bukit Mahkota :


House is OK, reasonable price and OK quality. Maintenance of area is something else though. Almost seemed as if there is NO maintainance. Road sides always full of garbage (akin to dumping site) and landscaping is Urgggg...not much to be said. And the stores and storefront is a sham (pretty embarassing if you have visitors). So, if you wish for a nice clean sorroundings in the area where you live....this is not the place for you...

Apa komen anda..?

putramahkota_bangi

  • Datuk Bentara
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2675
  • Gender: Male
  • time office saja ..
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #4 on: December 05, 2008, 05:14:01 PM »

komen saya ..

 ;D
___________________
aku /..PMB

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #4 on: December 05, 2008, 05:14:01 PM »



muhdrazi

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 72
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #5 on: December 05, 2008, 06:03:25 PM »
Berikut ialah komen dari seseorang di WikiMapia about Bandar Bukit Mahkota :


House is OK, reasonable price and OK quality. Maintenance of area is something else though. Almost seemed as if there is NO maintainance. Road sides always full of garbage (akin to dumping site) and landscaping is Urgggg...not much to be said. And the stores and storefront is a sham (pretty embarassing if you have visitors). So, if you wish for a nice clean sorroundings in the area where you live....this is not the place for you...

Apa komen anda..?

Ada betulnya jugak cakap orang tu. Jalan punya condition pun teruk, memang tak dak maintenance. Dah berapa kali dah Araprop (Araprak!!) kena komplen, dok masih camtu jugak. Kat kedai tu la yang paling memalukan. Memang tak terurus laaa....nanti kalau ada gambar, boleh papar kat sini. Biar telus dan tulus...  ;D

Tomatoman

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 137
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #6 on: December 10, 2008, 01:00:50 PM »
sokong 100% apa yg dia komen tu, ingatkan lepas Bayan Close naik ada lah perubahan...tapi still ARAPRAK jugak...

1. Area Kedai tak terurus
2. Jalan teruk, buat2 lah cat divider tu
3. Sign board dah hancur, pakai low kualiti meterial

Banyak lagi lah komen2 yg tak sedap didengar pasal BBM ni...apa tindakan yg perlu kita buat untuk menperbaiki semua ni? ada komen?

muhdrazi

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 72
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #7 on: December 10, 2008, 07:05:52 PM »
Nak buat camano, puas dah komplen bang oiii. Penghuni Banyan Close pun dah naik fedup dah. Masalah rumah kitorang ni pun komplen dah bertimbun, ARAPRAK macam  dah tak terhandle. Aptah lagi dia nak handle wider area of BBM. Dah 2 bulan ada 2 orang je pekerja Indonesia yang dok repair defect dekat berbelas rumah kat sini.

Ni pulak dengar si ARAPRAK ni dapat projek kat Kelang ke mana tah...semua pekerja dah diangkut ke sana dengarnya. Macamana diorang boleh dapat projek pun, entahla. Yang BBM ni punyalah teruk, dapat pulak diorang projek lain. Nilah bahana korupsi, hancus negara. Yang merana, kita rakyat jugak....depa kat atas nun, macam lembu kenyang!

Tindakan seterusnya: Mesyuarat bersama Persatuan Penduduk BBM mungkin sedang diusahakan. Mungkin boleh bincang isu-isu ni. InsyaAllah.

sissoko

  • Guest
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #8 on: December 29, 2008, 12:24:45 PM »
defect tu mmglah tersgt bnyk terutama rumah di seksyen 2...dulu byk masalah piping bocor...yang geram tu..araprak ni takde kejelesan ke tgk UMLand handle putra tu ceria dan menarik..ni lampu jalan pun kedekut...dekat guard tu....lampu dah la menyorok sebalik daun2 pokok..konon romantik la tu..padahal mcm takde lampu jalan...

muhdrazi

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 72
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #9 on: December 29, 2008, 03:46:15 PM »
Wuiiii....kalau nak cakap pasal defect, tak habis sampai besok ooo...antaranya, biar saya kasitau kat sini.

Beli rumah beratus ribu, tapi bila bukak air paip...keluar air meleleh je. Bila upah konsultan luar tengok, rupanya Araprak dah tipu. Diorang pasang paip masuk ke rumah undersize. Volume air masuk, dikongsi ke seluruh rumah melalui paip kecik tu je. Lepas komplen dekat berbulan jugaklaa, diorang bypass paip tu. SEMUA RUMAH araprak buat camni...diulangi, SEMUA RUMAH!! So, tak leh nak kata defect jugak....diorang  tipu!!

Salah sorang penghuni, ceritanya pasal pasang air cond. Connect semua paip/wayer kat dinding tu (built in), bila bukak air cond dah dekat sejam, air sejatan tu tak keluar kat hujung yg menghala ke longkang tu. Tetengok dinding habis basah....rupanya paip PVC tu ada kat hujung air cond dengan hujung longkang je...tengah-tengah tak de!! Pecah abis semua dinding bilik-bilik untuk repair....(pecah kepala pikir camana boleh jadi camni).

Tu belum masuk kes wayer/telekom point tak connect ke main switch board, atap bocor, dinding retak, dsb. Pening kepala ooo....

kiroroe

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 231
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #10 on: December 29, 2008, 04:40:13 PM »
mcm mana kita bleh sepakat nak overcome n protect komuniti mahkota ni dengan penipuan araprak...rasanya datin n dato pun ada dok area mahkota gaks...

wanna be R3 owner

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 126
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #11 on: December 30, 2008, 08:55:40 AM »
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Memang le dekat kedai tu tersangat la kotornye, siap ade kereta buruk lagi, tapi nak buat macam mana, hati dah berkenan kat rumah seksyen 6 tu dan kitaorang suami isteri pakat beli dan pindah insyaAllah bulan 2 2009. Kawasan kat kedai tu perlu dibersihkan la.. kalau araprak tak boleh harap, kita buat gotong royong ke apa macam? Tapi dalam zaman moden ni gotong royong kadang2 macam projek mega.. susah jgak nak buat. Tapi kalo nak dibandingkan seri putra kat sebelah tu.. yang syoknye rumah kat bukit mahkota ni betul2 selesa kawasan rumah dia.. luas.. ada tasik...tenang je.. tak macam seri putra tu, masuk je kawasan tu rasa padat semacam je...

muhdrazi

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 72
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #12 on: December 30, 2008, 03:56:25 PM »
Idea bernas ni. Lagi pulak dah handle ke MPKj, araprak memang lepas tangan je laa..

Lagi satu, yang kasi kotor ni kita jugak sebenarnye. Kereta buruk satu hal. Yang membeli kat kedai-kedai tu kekadang saya tengok, lepas makan dsb, main campak je bersepah-sepah. Longkang bukan setakat tersumbat lagi...dah jammed!  ;D

Kekadang saya malu jugak dengan orang luar (luar kawasan dan luar negara) yang datang ke sini. Macam kita ni tak bertamadun pulak. Logiklah penyakit macam-macam datang.

Okla...cakap bebanyak pun tak guna. Orang menyampah. Nanti saya cuba usulkan pada persatuan penduduk Banyak Close untuk buat gotong royong. Tak payah projek mega, InsyaAllah boleh buat dengan kerjasama persatuan penduduk2 BM.

-muafakat membawa berkat-

F4iring

  • PM Bikers
  • Moderator
  • Hulubalang
  • ***********
  • Posts: 688
  • Gender: Male
Re: Bau Busuk Di Bandar Bukit Mahkota...
« Reply #13 on: January 15, 2009, 10:12:24 AM »
tak bau pun... ;D

F4iring

  • PM Bikers
  • Moderator
  • Hulubalang
  • ***********
  • Posts: 688
  • Gender: Male
Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #14 on: January 16, 2009, 11:57:44 AM »
Idea bernas ni. Lagi pulak dah handle ke MPKj, araprak memang lepas tangan je laa..

Lagi satu, yang kasi kotor ni kita jugak sebenarnye. Kereta buruk satu hal. Yang membeli kat kedai-kedai tu kekadang saya tengok, lepas makan dsb, main campak je bersepah-sepah. Longkang bukan setakat tersumbat lagi...dah jammed!  ;D

Kekadang saya malu jugak dengan orang luar (luar kawasan dan luar negara) yang datang ke sini. Macam kita ni tak bertamadun pulak. Logiklah penyakit macam-macam datang.

Okla...cakap bebanyak pun tak guna. Orang menyampah. Nanti saya cuba usulkan pada persatuan penduduk Banyak Close untuk buat gotong royong. Tak payah projek mega, InsyaAllah boleh buat dengan kerjasama persatuan penduduk2 BM.

-muafakat membawa berkat-

wahhh....marah betoi sahabat aku ni...jom aku belanja hg minum...hg belanja aku makan..  ;D ;D
sori ...off topic...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Bandar Bukit Mahkota >> SICK OF DIRT !!!!
« Reply #14 on: January 16, 2009, 11:57:44 AM »