Author Topic: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?  (Read 25541 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« on: May 03, 2011, 11:48:33 AM »
Sy ingin mendapatkan pandangan dari warga forum yg mana lebih baik bagi pelajar lepasan SPM samada membuat program Matrikulasi atau mengambil Diploma dahulu?

Bagi program matrik, tempoh program selama setahun (bagi jurusan bukan sains). Dan jika berjaya dgn markah yg baik akan melayakan diri utk keperingkat ijazah pula.

Bagi peringkat diploma, masa yg diambil utk mendapatkan diploma selama 3 tahun. Selepas itu sambung ke peringkat ijazah.

Dari segi masa, program matrik lebih pantas utk mendapatkan ijazah berbanding program diploma. Tapi ada pro & kontra di antara kedua program ini.

Sila kongsi kan pandangan dan pengalaman tuan/puan utk informasi bersama.
« Last Edit: May 03, 2011, 02:27:34 PM by Matahati »
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

fieza

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 5
Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
« Reply #1 on: May 03, 2011, 11:53:20 AM »
Ya saya pun kebinggungan tentang yang mana lebih baik Matrikulasi atau Diploma.  Apa yang Matahahari maklumkan, samalah seperti yang saya tahu.  Orang kata lebih baik pergi Matrikulasi sebab kalau result bagus boleh terus sambung Degree tapi mcm mana kalau keputusan tak bagus? kena sambung ambil Diploma ke?

Dari segi masa orang kata Matrikulasi lagi bagus.  saya juga inginkan pandangan orang yang lebih arif tentang ini.

blaze270284

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 32
Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
« Reply #2 on: May 03, 2011, 12:32:55 PM »
Saya merupakan seorang bekas pelajar form 6 dahulu. (macam tak ada kaitan jer). but in my humble opinion, ikut kebolehan masing-masing. if you can cope with matrikulasi- maksudnya boleh belajar cepat and catch up matapelajaran dalam masa setahun setengah, then go matrik. kalau anda memang tak confident sangat nak belajar cepat and pantas, go to diploma, takes longer but at the end kalau berjaya dapat diploma, you dah boleh apply for a job dengan gaji diploma. kalau matrik, with results yang kurang memberangsangkan, tak dapat pulak sambung kat ipta, you nak apply for job kena guna result spm. Kalau ada belajar diploma, at least dah tahu selok belok U.

Last but not least - ikut kepada kemampuan dan kemahuan anda. Sekiranya anda memang boleh and yakin akan score with flying colours di matriks, pergila matriks. kalau anda nak lebih secure and slower pace, pergilah diploma..

WIN

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1056
  • Gender: Female
Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
« Reply #3 on: May 03, 2011, 01:52:10 PM »
Saya pilih diploma sebab kalau masa diploma dpt result amat bgs, blh terus mohon buat degree. Kl krg bagus, mohon kerja dgn gaji diploma. Lps bbrp thn keja n ada duit, sambung buat degree pulak[kelas malam/hjg minggu].

terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
« Reply #4 on: May 03, 2011, 02:38:50 PM »


1. Tempuh makrikulasi KPM 1 tahun dan 2 tahun (sebahagian kecil saja) untuk semua jurusan sains, teknikal dan akaun
2. Sijil maktrikulasi tiada nilai pekerjaan, hanya untuk selection masuk IPTA, 1st degree 3 hingga 4 tahun kecuali perubatan dll 5 tahun.
3. Diploma ada nilai kerja, kalau sambung 1st degree 2 hingga 3 tahun. Pemilik diploma memang ramai (IPTA, IPTS, Politeknik, IKM, ILP, dll), nak sambung 1st degree kena bersaing.

Diploma UiTM terbaik kerana boleh terus sambung 1st degree, tambah 2 tahun
Diploma Politeknik/IPTA lain sambung 1st degree kena tambah 3 tahun (rugi umur setahun)

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: ~ Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma? ~
« Reply #4 on: May 03, 2011, 02:38:50 PM »



mImOsaPudiCa

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2490
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #5 on: May 03, 2011, 02:48:40 PM »
setuju ngn Terra.... dlu pn sy wt diploma dlu(sbb silap isi borg)..... sib baik msa zmn sy dlu, itm bkn bwh UPU, so sangkut gk la itm... next year sy try apply matrikulasi..alhamdulillah dpt (sj test market... ;D)... tp, sy x g pn... lecturer sy nasihatkn sma cm terra kata...so, sy trs kn dg diploma... abis dploma, sy kje jap...x smpi stahun smbg degre....klu ade rezki thn ni, smbg master lak...  ;)
jauh skt la pjalann sy.... tp, seronok... study..kje..study...kje...  ;D ;D

p/s: klu nk sng, amik diploma kt itm, lecturer baik hati.... nk mcabar,amik degre kt UM(m'sia)..ni pengalaman sy ler...  ;)


Norfeal1980

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 918
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #6 on: May 03, 2011, 03:08:33 PM »
Matrikulasi - Kalau lulus terus ambil degree .... Kalau gagal, sijil matrik x laku di pasaran pekerjaan. Nak gak study kene mula dgn diploma dulu .... Lulus Diploma leh naik Degree  ;D ;D ;D

Diploma - Kalau lulus terus ambil degree (jam kredit dikurangkan sbb dah ade basic) .... Kalau gagal, diploma x dapat.... Kalau nak cari keje kena pakai sijil SPM  ;D ;D ;D

terra2400

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 320
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #7 on: May 03, 2011, 03:40:57 PM »
Mulakan dengan tekad masuk matrik atau diploma untuk berjaya....

Matrik kalau gagal 'recovery period' satu tahun atau setengah tahun (satu sem), cepat-cepat tukar haluan ke diploma.

Diploma kalau gagal pada sem 4 atau ke sem 5 (kerana putus cinta!), rugi 2 atau 2 1/2 tahun, tukar haluan ke diploma atau sijil di IPT lain......mulakan semula...

 ;D ;D ;D

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #8 on: May 03, 2011, 04:13:08 PM »
Matrikulasi - Kalau lulus terus ambil degree .... Kalau gagal, sijil matrik x laku di pasaran pekerjaan. Nak gak study kene mula dgn diploma dulu .... Lulus Diploma leh naik Degree  ;D ;D ;D

Diploma - Kalau lulus terus ambil degree (jam kredit dikurangkan sbb dah ade basic) .... Kalau gagal, diploma x dapat.... Kalau nak cari keje kena pakai sijil SPM  ;D ;D ;D

Tambah sket.. untuk Matrikulasi dapat CGPA atas 2.0 baru layak apply program degree.. untuk nak dapat pilihan program degree yang dikehendaki kena la CGPA atas 3.5 (masuk Dean's List time saya dulu)...

Program Matrikulasi ade risiko tak dapat program degree pilihan yang diisi dalam borang disebabkan faktor-faktor CGPA atau program penuh/terlebih calon mintak.. so, sebenarnya memang risky la dalam keadaan sekarang kalo setakat result SPM suam-suam kuku nak join program matrikulasi kena la pikior lima-nam kali..

Saje nak share, 2 minggu lepas saya temankan anak dara abang sulung interview Program Pendidikan Bahasa Arab di IPG Kampus Pendidikan Islam di Bdr Baru Bangi.. ade budak yang satu sesi interview dengan niece saya tu result SPM straight A's (10A).. kate lecturer kat situ, tahun ni ramai budak result SPM 7A, 8A mohon jadi Guru.. tempat ade kurang 4,000 tapi yang mohon lebih 14,000.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Chakhedik

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 226
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #9 on: May 03, 2011, 06:01:18 PM »
Cubalah ambil matrikulasi, pada sy jimat umur juga penting zaman sekarang ni...umo 22 dah boleh cari keja dgn degree...ada baki 8 tahun untuk mencari segala2nya...by 30 dh boleh rileks...by 40 tunggu nak handle apa penyakit yg datang dah  :)

ayiesal

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #10 on: May 04, 2011, 12:16:08 AM »
Diploma:
 - Habis belajar (2-3 tahun) dah boleh keje guna gaji diploma  :)
 - Sambung ke degree (2-2.5 tahun sbb ada pengecualian kursus)  :)
 - Kalau result first year bagus, boleh convert terus ke degree (3-4 tahun habis degree)  :)
 - result agak kurang memberangsangkan, keje dulu carik pengalaman sebelum sambung degree   :)
 - result sangat kurang memberangsangkan, kerje guna sijil SPM  :(

Matrikulasi:
 - Akan sambung degree sekiranya lulus dlm tempoh 1-2 tahun  :)
 - Degree 3 tahun (tiada pengecualian kursus)  :(
 - result agak kurang memberangsangkan, sambung program degree yang tak berapa minat  :(
 - result sangat kurang memberangsangkan, kerje guna sijil SPM  :(
« Last Edit: May 04, 2011, 12:08:24 PM by ayiesal »

Suffian

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 826
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #11 on: May 04, 2011, 08:14:57 AM »
Ambil matrikulasi setahun... dan degree 3 tahun. Pada usia 22 tahun dah boleh mintak kerja dengan gaji degree. Nak sambung master lepas tu pun boleh. Ramai pemegang PhD sekarang usia bawah 30an dan mengajar abang2 dan kakak2....  :D Kita rancang yang terbaik, doa yang terbaik dan Insya Allah dapat hasil yang terbaik (untuk kita).

fieza

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 5
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #12 on: May 04, 2011, 10:28:26 AM »
Saya berfikiran sama dengan Suffian & Chakhedik.. kita rancang yang terbaik dan doa yang terbaik dan buat yang terbaik..insyallah.  Jika kita nekad dan berusaha insyallah.  Mcm Suffian ckp paa usia 22 tahun dah boleh minta kerja dengan gaji degree.. kekadang lepasan diploma kalau dah kerja ada juga yang dah malas nak sambung belajar rasanya lebih baik habiskan sampai Degree baru bekerja.  Itu pandangan saya.  Insyallah.

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #13 on: May 04, 2011, 01:52:04 PM »
Terima kasih kpd forumer yg memberi pandangan dan input kpd thread ini. Semoga pandangan dan pengalaman anda dpt memberi sedikit idea dan pencerahan kpd pelajar2 (jika ada yg terbaca forum ini) dan juga ibubapa dlm membuat keputusan utk anak2 mereka.

Jika dibaca secara keseluruhan pendapat, sy rasa ia lebih memihak kpd program Diploma dari Matrik.

Dari pembacaan sy, sy tambah sikit info dan pendapat yg sy dpt dari forum2 yg ada berkaitan dgn tajuk thread :

Matrikulasi
- Jangkamasa program, 1 thn utk perakaunan dan 2 thn utk sains. Utk jurusan teknikal sy tak pasti.
- Proses pembelajaran yg agak ketat dan padat.
- Utk jurusan perakaunan keputusan mesti 2.0 utk terus ke semester seterusnya dan utk sambung buat degree.
- Semester akhir mesti score CGPA 3.5 ke atas (mcm komen tuan Jabar), jika tak dpt 3.5 ke atas, harapan nak dpt jurusan yg di pilih mmg sukar.
- Utk jurusan Sains, jika keputusan dibawah 1.5, semester pertama lagi akan di berhentikan.
-  Semua pelajar Matrik diberikan elaun se banyak RM2500 setahun ( Ini yg best!  ;D)

Syarat2 utk kekal di semester :
Jurusan Sains : http://www.kmpp.matrik.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=227:apakah-syarat-yang-harus-dipenuhi-untuk-naik-ke-semester-ke-2-program-pdt&catid=31:soalanumum&Itemid=41

Jurusan Perakaunan : http://www.kmpp.matrik.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153:berapa-lamakah-tempoh-pembelajaran-program-di-matrikulasi&catid=31:soalanumum&Itemid=41

Diploma
- Jangkamasa 3 tahun.
- Proses pembelajaran tak sepadat matrik krn jangkamasa panjang utk dpt kan diploma.
- Proses pembelajaran lebih khusus. Ada teori & amali.
- Selepas diploma pelajar berpeluang memilih bidang lain utk peringkat degree. Ada dua kelulusan ( contoh : masa diploma ambil marketing dan masa degree ambil accounting)
- Boleh terus berkerja slps diploma dan sambung belajar sambil berkerja.
- Slps tamat degree, pelajar boleh gunakan diploma utk mohon kerja jika tiada kekosongan utk kelulusan degree.

Inilah serba sedikit info yg sy baca.

Spt kata tuan terra dan juga adik sy yg telah melalui proses diatas, tak kira samada matrik atau diploma, tanamkan tekad...belajar utk berjaya!
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

orang bangi

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #14 on: January 26, 2012, 03:45:12 PM »
ok apa matrikulasi...setahun jer...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Yang Mana Lebih Baik, Matrikulasi atau Diploma?
« Reply #14 on: January 26, 2012, 03:45:12 PM »