Author Topic: Apa Itu Rumah Lelong?  (Read 146303 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

cuji

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 111
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #120 on: 17 Dec, 07:28:11 AM »
Dua buah apartment untuk di jua/lelong dengan hargal RM45,000. Market value apartment ini RM75 ribu. Kadar sewaaan RM350.

Jika pinjaman bank berjumlah RM40,000 dengan kadar faedah 5.55% untuk tempoh 30 tahun, bayaran bulanan cuma RM228.

Sewa RM350 - RM228 = RM122 (+ income) . Bulanan dapat positif income dan sewa bulanan dibayar oleh penyewa.

Untung kan? Tak perlu masuk membida, anda akan terus dapat dengan harga seperti di atas.

Sila blog ini http://rumahks.blogspot.com/



salam en matahati..saya berminat nk tgk:-
1) Tingkat berapa?
2) Sekarang ada penyewa?

Kalau ok, saya nakk.. :)

Update 11/1/10 - Apartment ini telah disenaraikan utk lelongan. Pembelian secara terus dgn pihak bank telah tidak dibenarkan.
« Last Edit: 12 Jan, 01:23:29 PM by Matahati »

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #121 on: 17 Dec, 11:45:43 AM »
Salam,

Blok B Tingkat 3. Nanti sy PM kan detailnya. Sy tak pasti ada penyewa atau tidak.

Appartment ini tunggu giliran utk di lelong.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #122 on: 17 Dec, 02:28:03 PM »


Untuk di lelong.

Auction Date:21 Dec 2009

Description:   An intermediate 2-storey cluster house

Address:No. 15, Jalan BM 6/18A, Section 6, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Reserve Price:RM 180,000.00

Detail di sini http://www.ehsanauctioneers.com/auction/print_detail.asp?intPropertyID=18035
« Last Edit: 17 Dec, 02:29:53 PM by Matahati »
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #123 on: 28 Dec, 04:54:07 PM »
Sy delete post yg terdahulu dan sy update/gantikan info terkini tips membeli rumah lelong. Setiap kali ada info/tips terbaru sy akan updatekan. Semoga ianya membantu anda dlm pembelian rumah lelong.

**************************

Ada orang bertanya rumah lelong ni rumah apa ya? Rumah 'Second hand' ke?. Rumah tak laku ke? Atau rumah pemilik tak bayar ansuran?.

Jawapannya, mungkin ya, mungkin juga tidak. Kebanyakan kes rumah lelong ini, pemilik asalnya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanannya. Jadi pihak bank mengambil kembali dari pembelinya. Ada juga kes di mana pembeli tidak meneruskan pembeliannya kerana pinjaman bank tak mendapat kelulusan. Jadi rumah tinggal kosong begitu saja.

Kebanyakan rumah lelong ini telah di diami oleh pemilik asalnya. Dan ada juga rumah lelong yang belum pernah di duduki oleh pembeli asalnya.

Membeli rumah lelong ini ada pro dan kontranya. Jika bernasib baik kita mendapat sebuah rumah yang berkadaan baik. Dan jika kurang bernasib baik kita terbeli rumah yang sudah teruk keadaan di dalamnya. Jadi sebelum membeli, buatlah 'survey' dahulu terhadap rumah yang hendak kita beli itu.

Yang penting, pastikan harga rumah tersebut dan kos pembaikannya nanti tidak melebihi harga pasaran rumah tersebut. Jika kedua-dua kos masih di bawah harga pasaran, bermakna pelaburan anda tepat dan berbaloi. Dan jika melebihi, bermakna anda tersilap membuat pelaburan. Baik beli rumah baru saja!

Jika beli kereta nilainya akan jatuh dari setahun ke se tahun. Tapi membeli rumah, nilainya semakin lama semakin meningkat. Jadi, tidak rugi melabur kepada pembelian rumah ini.

Ada orang membeli rumah untuk di diami. Dan ramai juga yang membeli untuk tujuan pelaburan (untuk sewakan). Untuk pelaburan, carilah rumah di kawasan yang strategi. Kawasan yang banyak kemudahan awam. Mudah untuk mendapatkan penyewa. Dengan wang sewaan yang diterima anda boleh 'cover' ansuran bayaran bulanan pinjaman bank anda.

Kepada mereka yang belum mempunyai rumah atau sudah memiliki rumah dan mahu menambah harta, apa kata cari dan beli rumah melalui lelongan. Di luar sana beratus buah dan mungkin juga beribu buah rumah sedang dan akan di lelong oleh pihak bank. Jika bernasib baik anda boleh memperolehi rumah 20% - 30% lebih murah daripada harga pasaran.

Tengok ni! Harga Rizab RM 8,858. Jika tiada pembida lain yang berminat...anda bawa pulang sebuah rumah dengan harga tersebut.

Mana nak dapat sebuah rumah flat dengan 3 bilik dengan harga di bawah RM20 ribu? Dengan membeli rumah lelong ia tidak mustahil.

Apa yang anda perlu lakukan untuk menyertai bidaan/lelongan :

   1. Semak tarikh lelongan. Dapatkan POS dan COS.
   2. Membuat survey tentang keadaan dan lokasi rumah.
   3. Cek tunggakan spt maintenance, bil air & letrik.
   4. Mendaftar diri.
   5. Sediakan 'Bank Draft' sebanyak 5% atau 10% bergantung kepada harga rizab rumah.
   6. Buat bidaan jika ada pembida lain.
   7. Jika tiada pembida lain, anda akan perolehi rumah tersebut dengan harga rizab (untung).
   8. Jika tiada pengalaman memasuki lelolngan adalah di nasihatkan mengunakan servis agent. Pilih agent yang boleh di percayai.

Nota : Sekiranya tiada siapa yang berminat untuk membida rumah yang di lelong, harga rizabnya akan di turunkan sebanyak 10% di lelongan akan datang. Begitulah seterusnya.

Jika berjaya apa yang anda perlu lakukan :

   1. Tanda tangan kontrak.
   2. Anda diberi tempoh 90 hari atau 120 hari untuk menyelesaikan baki jualan.
   3. Mohon pinjaman bank (Kebiasaanya bank akan uruskan peguam)

Jika rumah yang anda menang berpenghuni:

   1. Periksa samada penyewa atau pemilik.
   2. Jika berpenghuni, berikan salinan kontrak yang menyatakan anda pemilik baru.
   3. Beri mereka notis dan masa untuk mencari rumah lain.
   4. Berbincang secara baik agar mereka dapat keluar dengan rela dan senang hati.
   5. Beri sedikit saguhati (jika perlu) sebagai pampasan diatas kerja2 ubahsuai yang telah mereka buat.

Jika mereka berdegil untuk keluar dari rumah itu :

   1. Potong bekalan api dan air.
   2. Gunakan khidmat peguam anda.
   3. Buat lapuran polis.
   4. Bawa 'bouncer' untuk menakutkan mereka (Tidak digalakan)

Jom intaiĀ² rumah lelong.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #124 on: 07 Jan, 10:47:06 PM »
Dua apartment di BSP akan di lelong.

1. Sri Dahlia - 19/1/10 RM32,400. http://www.ehsanauctioneers.com/auction/print_detail.asp?intPropertyID=14769

2. Vista Sri Putra - 19/1/10 RM100,000.  http://www.ehsanauctioneers.com/auction/print_detail.asp?intPropertyID=18616

Jika berminat...sila baca tips2 membida sblm masuk lelong.
Jika tiada pengalaman membida dan berminat...blog ni sedia membantu....ehem...ehem... http://rumahks.blogspot.com/

Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #125 on: 07 Jan, 11:16:11 PM »
eheh....mcm tak kena jer  ??? baru ter perasan...hehe

Sebelum ditegur Moderator baik sy tegur diri sy dulu. sy rasa iklan2 rumah lelong disini sepatutnya di thread hartanah.
Tapi....Sy masukan di sini sbb sy rasakan sambil membaca tips dan cerita2 rumah lelong...pembaca boleh shoping2  rumah lelong disini...dlm satu thread ada cerita dan iklan hartanah yg berkaitan.

Sy akan alih kan iklan2 rumah lelong disini jika di arahkan oleh Mod.  ;D
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

cuji

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 111
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #126 on: 08 Jan, 07:40:32 AM »
Dua apartment di BSP akan di lelong.

1. Sri Dahlia - 19/1/10 RM32,400. http://www.ehsanauctioneers.com/auction/print_detail.asp?intPropertyID=14769

2. Vista Sri Putra - 19/1/10 RM100,000.  http://www.ehsanauctioneers.com/auction/print_detail.asp?intPropertyID=18616

Jika berminat...sila baca tips2 membida sblm masuk lelong.
Jika tiada pengalaman membida dan berminat...blog ni sedia membantu....ehem...ehem... http://rumahks.blogspot.com/




en matahati.x silap ada 1 lg vsp low rise nk lelong 22/1 RP 72900..btw, kalu ada seri melati or melati tigkt 1 ke bwh, bitau ek..cam teringin nk masuk..;)

Hairul_Senibina

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 407
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #127 on: 08 Jan, 09:46:14 AM »
Ada sebuah rumah teres 2 tingkat utk dilelong di bandar baru bangi:

1) Teres 2 tingkat, saiz 20' x 60'.
2) Leasehold 99 yrs
3) Seksyen 3, BBB. Berhampiran dgn UKM (1 km ++ je). Dekat sgt dgn sekolah. Boleh jalan kaki ke Klinik Kesihatan Seksyen 3. Dekat sgt dgn NIOSH & ILIM.
4) Harga lelong = RM 160,000
5) Harga pasaran = RM 250,000 +-
6) Tarikh lelong = 18/1/2010
7) Deposit (refundable kalau tak menang bidding) = RM 16,000 sahaja

Saya ingin mencari rakan kongsi utk share deposit RM 16K tu & rumah akan dibeli dgn 2 nama. Perjanjian, pinjaman dan sebagainya semunya akan menggunakan 2 nama. (Bank draft buat sendiri2 & guna nama sendiri2... so tak timbul isu penyelewengan)

SYARAT: Rumah ini BUKAN utk disimpan lama & bukan utk dijadikan harta pusaka. Rakan kongsi mesti setuju utk MENJUAL SEMULA rumah ini dalam masa 12 bulan (instant profit).  :)

Kalau ada yg berminat, sila PM atau email saya di:   senibina_avenue@yahoo.com

Terima kasih.  :)
 
« Last Edit: 08 Jan, 09:49:24 AM by Hairul_Senibina »
"Hormat Menghormati Budaya Kita"  :)

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #128 on: 08 Jan, 10:50:17 AM »
cugi..oo ada vsp low rise nk di lelong ya! Tak perasan sy...byk sgt rumah lelong. Setakat ni belum jumpa lagi seri melati tingkat bawah yg nk di lelong.


Hairul...bagus gak idea beli guna joint venture tuu. Geng2 Pie2020/faris mmg buat begitu. Beli utk dijualkan semula...org panggil 'flip'..jika tak silap. Kena cari org yg betul2 jujur utk JV nii.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #129 on: 09 Jan, 02:49:47 PM »
Untuk di diami atau investment. Untuk dilelong....tingkat Satu. Nombor rumah tu yg tak tahan tuu...007

Tagline : Seri Mawar Dekat Di hati  ;D

Lokasi : Bangi Bandar Seri Putra
Tarikh Lelong : 22 Jan'2009

Address
Unit No. B-1-007, Jalan Seri Putra 4, Pangsapuri Seri Mawar, Bandar Seri Putra, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
Property Type
3-bedroom apartment
Built up area
723 square feet
Reserve Price : RM54K
« Last Edit: 09 Jan, 02:51:47 PM by Matahati »
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

Hairul_Senibina

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 407
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #130 on: 12 Jan, 01:09:45 PM »
Ada sebuah rumah teres 2 tingkat utk dilelong di bandar baru bangi:

1) Teres 2 tingkat, saiz 20' x 60'.
2) Leasehold 99 yrs
3) Seksyen 3, BBB. Berhampiran dgn UKM (1 km ++ je). Dekat sgt dgn sekolah. Boleh jalan kaki ke Klinik Kesihatan Seksyen 3. Dekat sgt dgn NIOSH & ILIM.
4) Harga lelong = RM 160,000
5) Harga pasaran = RM 250,000 +-
6) Tarikh lelong = 18/1/2010
7) Deposit (refundable kalau tak menang bidding) = RM 16,000 sahaja


Salam sejahtera. Terima kasih kpd tuan2 yg bertanya & berminat utk jd rakan kongsi, JV. Dukacita dimaklumkan, rumah tersebut telah dibatalkan lelongan (withdrawn) sbb owner dah buat bayaran & dah sain undertaking letter dgn bank.

InsyaAllah, kalau ada mana2 property yg 'baik punya', kita try JV next time. TQ again.  :)
"Hormat Menghormati Budaya Kita"  :)

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #131 on: 12 Jan, 02:07:21 PM »
Salam...

Hairul...takde rezeki tuu. Takpe tunggu lelongan yg lain. Byk hartanah yg hendak dilelong skg ni.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas

cuji

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 111
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #132 on: 15 Jan, 04:47:17 PM »
ade lelong kt seri melati..

Auction Price : RM 49,208.00
Land Area : 789 sq.ft Auction Date : 25-Jan-10
Location : Unit No. C-4-16, 4th Floor, Block C, Seri Melati Apartment, Jalan Seri Putra 3/1, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor


CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #133 on: 18 Jan, 09:03:36 AM »
Nak tanya pendapat Matahati atau sesiapa yang boleh:
Senario:
1. Rumah dah di lelong dan dah ada pembeli baru.
2. Deposit dah di bayar, tetapi bank loan masih tak lulus. Pembida diberi tempoh hingga hujung Feb untuk dapatkan pinjaman.
3. Rumah setakat ni ada penyewa dan ada perabut pemilik terdahulu termasuk kitchen cabinet dan Air Cond.

Soalan:
1. Siapa yang berhak mengutip dan mengambil duit sewa rumah?
2. Boleh tak pemilik lama mengambil keluar barang2 peribadi termasuk perabot yang ditinggalkan dahulu?
3. Macam mana dengan A/C dan kitchen kabinet. Adakah di kira sebahagian structure rumah lelongan dan di kira hak pemilik baru?
4. Siapa yang sepatutnya membayar segala tunggakan meintenance fees?
5. Bagaimana jika pemilik asal ingin mengambil semula unit tersebut dan membayar apa ynag terhutang dengan pihak bank.

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Apa Itu Rumah Lelong?
« Reply #134 on: 18 Jan, 12:29:37 PM »
Sy jawab pertanyaan Capt. setakat yg saya tahu ttg rumah lelong ni. Jika kurang tepat harap di perbetulkan.

Soalan:
1. Siapa yang berhak mengutip dan mengambil duit sewa rumah?
Selagi pindah milik belum dilakukan dan owner baru belum membayar ansuran bulanan kpd bank, owner baru belum berhak mengutip sewa. Pun begitu ada juga kes dimana owner baru boleh terus mengutip sewa setelah memenangi rumah tersebut andai kata owner lama tidak dpt di kesan dan penyewa yg ada duduk menyewa secara percuma.

2. Boleh tak pemilik lama mengambil keluar barang2 peribadi termasuk perabot yang ditinggalkan dahulu?
Yg ini sy tak pasti. Adakah hanya rumah yg dilelong atau termasuk harta di dlm nya. Kebanyakan rumah lelong mmg rumah yg di tinggalkan oleh owner asal dan tiada barang2 peribadi yg bernilai di dlm nya. Jika ada pun hanya barang2 dan perabut lama.

3. Macam mana dengan A/C dan kitchen kabinet. Adakah di kira sebahagian structure rumah lelongan dan di kira hak pemilik baru?
Pada kebiasaannya owner lama akan hanya mengambil barang2 yg mudah di ambil dan dibawa  sblm mengosongkan rumah. Pada kebiasaan kitchen cabinet dan aircond mmg di tinggalkan, pun begitu ada kes dimana owner lama meminta pampasan di atas kerja2 renovation yg telah mereka buat, sekiranya tuntutan mereka tidak di penuhi maka barang2 yg mereka tinggalkan spt lampu, aircond, tiles dan kitchen cabinet akan dirosakan. Dlm kes ini terpulang pada budi bicara owner baru samada mahu memberi sedikit pampasan atau tidak.

4. Siapa yang sepatutnya membayar segala tunggakan meintenance fees?
Ini tanggung jawab owner baru. Pun begitu tunggakan tersebut boleh di claim semula dari pihak bank yg melelong. Ada juga bank yg tak menanggung pembayaran tunggakan ini

5. Bagaimana jika pemilik asal ingin mengambil semula unit tersebut dan membayar apa ynag terhutang dengan pihak bank.
Pemilik asal tiada kuasa dan hak utk mengambil semula harta yg telah di lelong. Proses sesebuah rumah utk dilelong mengambil masa yg lama dan owner lama diberi masa oleh pihak bank utk membayar kembali tunggakan ansuran rumah sblm rumah tersebut dilelong. Utk menjaga kepentingan owner baru adalah baik pihak peguam memasukkan caveat sementara proses tukar hak milik selesai.

Mungkin ada kawan2 lain yg boleh beri pendapat.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas