Author Topic: Rumah dah crack, warranty dah abis..  (Read 10353 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Rumah dah crack, warranty dah abis..
« on: November 23, 2011, 12:57:39 PM »
**MOD, ini double post sbb saya takut takde yg nak respon sbb first post specific ps thread d'punchak putra. bhgn mana yg terbaik utk post?**
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam

mohon pendapat, dah 3 thn lebih stay sini sama usia dgn perkahwinan saya...rumah dah mula crack. Lama dah perasan sbb crack (living room) tu tmpt sama yg saya komplen pd pemaju masa rumah masih dlm warranty, dia letak putty n cat biasa je. Dah ada budget utk tampal balik crack tu saya mintak contractor RNP Engineering (deret Hj Tapah)..Ownernya En Padzil dah tgk dia ckp crack tersebut agak dalam. Semasa checking, saya jumpa byk lagi crack di lantai, dah ada gap (mendap sikit). Longkang juga dah crack juga, mula saya risau..

Menurut En Padzil crack smua dah agak dalam n kalau tampal biasa je nanti crack balik so no point kalau saya nak buat wardrobe (dinding master bedroom pun crack juga)..saya kira2 nak buat komplain pd Bangi Heights n juga MPKj..ada tak sesiapa yg mengalami masalah spt saya atau pernah berurusan dgn MPKj untuk kes yg serupa?..

thx

ir_smile81

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 68
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #1 on: November 23, 2011, 01:31:28 PM »
Salam rumah sy pun banyak crack juga..tp sy belum panggil contractor tgk...tp kat bilik atas mmg agak terus cracknyer..berapa kos yg dianggarkan oleh pihak contractor?

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #2 on: November 23, 2011, 02:08:05 PM »
contractor ckp kena korek letak jaring then simen n cat balik n dia takleh kasi price sbb kena buat dulu...saya ckp nak buat report dulu. contractor suggest jumpa developer mention saya nak buat report MPKj n newspaper dgn harapan developer akan byr few % cost membaiki...masak laa kalau saya yg kena byr kosnya, bukan sikit cracknya..dinding satu hal..ni sampai lantai dr dining to living pun dah der gap..

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #3 on: November 23, 2011, 05:16:27 PM »
Belum dapat lagi mencari cemane jalan nak mintak pemaju membantu.. sebelum ni sirynn48 dah renovate ke rumah tu..?
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #4 on: November 24, 2011, 10:47:43 AM »
Belum dapat lagi mencari cemane jalan nak mintak pemaju membantu.. sebelum ni sirynn48 dah renovate ke rumah tu..?

nope tak penah renovate pun...

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #4 on: November 24, 2011, 10:47:43 AM »

Tunggul

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 52
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #5 on: November 24, 2011, 12:37:59 PM »
Untuk makluman,

Pada dasarnya pembeli rumah diberikan tempoh selama 18 bulan dari tarikh serahan kunci untuk melaporkan sebarang kecacatan pembinaan kpd pemaju dan pemaju wajib untuk memperbaiki kecacatan tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya didapati keretakan berlaku akibat kegagalan pemaju untuk mematuhi spesifikasi pembinaan (perlu dibuktikan oleh pakar) pemaju perlu bertanggung jawab walaupun tempoh tanggungan kecacatan (18 bulan) telah tamat. Ini adalah kerana kegagalan pematuhan spesifikasi bukanlah satu kecacatan tetapi ia adalah perlanggaran kontrak. Tuntutan boleh dibuat di mahkamah.

Cuma saya nak tau, rumah tuan tu diPunchak Putra ker, jalan yg maner.

Tq

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #6 on: November 25, 2011, 11:23:40 AM »

Dpunchak putra, jalan 2/4D .. pakar disini adakah pendapat contractor biasa (syarikat) memadai atau harus dr engineer diiktiraf MPKj

Tunggul

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 52
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #7 on: November 25, 2011, 02:24:41 PM »
Pakar untuk kes retak/mendapan ini adalah jurutera struktur/civil bertaraf professional (ada ir.). Rasanya ada rumah lain di jalan 2/4D yg retak kot. Kot boleh bergabung untuk buat inspection/report.

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #8 on: November 25, 2011, 03:24:22 PM »
Pakar untuk kes retak/mendapan ini adalah jurutera struktur/civil bertaraf professional (ada ir.). Rasanya ada rumah lain di jalan 2/4D yg retak kot. Kot boleh bergabung untuk buat inspection/report.

thx2..nanti saya cari qualified engineer n same time tanya jiran2 lain

smartbroadband

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 247
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #9 on: November 28, 2011, 04:18:01 PM »
bole upload gambar x. Rakan-2 disini jelas sedikit masalah yg dihadapi.

1)Kalo boleh masa ambik gambar tu letak pembaris duit siling ke atau pen.. Boleh la agak-2 besar mana crack tu..
2)Lokasi crack..BEAM / Floor Slab ETC
3) Crack pattern
4) Ada tanda-2 SHRINKAGE / EXPANSION / SETTLEMENT ke..

SEPERTI DIBAWAH

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #10 on: November 09, 2012, 05:02:38 PM »
Oh lamanya saya tunggu utk buat laporan ke MPKJ ...baru buat beberapa minggu yg lepas selepas memikirkan keadaan rumah, hari2 yg hujan dan selepas research online....saya buat aduan online di website MPKJ, rupanya ada online...dan baru sat tadi pengawai MPKJ dtg 3 org bersama 4 org representative dari bangi heights...both side meninjau rumah, mengambil gambar keretakan rumah ..ada mak datin sorang (gayanya mcm mak datin laa, cantik baju n rupa) serta tokeh bangi heights dan contractornya pun ada...

selepas tour, sedarlah mereka bahawa retakan rumah saya ni kategory TERUK!  apek contractor bangi heighst, tanya ada tak pintu yg tak boleh bukak aka ketat...nasib takde sbb kalau itu terjadi bermaksud dinding dah bergerak...

sekarang step seterusnya, bangi heights akan membuat report dan seblum buat report mereka akan hantar their own appointed engineer utk check rumah saya....lega satu perkara tapi saya tetap risau sbb ini bukan perkara kecik...persoalan di fikiran saya, apakah akan terjadi jika worst case scenario terjadi jika rumah saya dilabelkan sbg tidak selamat diduduki???? hohohoho skrg tgh proces refinancing dgn bank, ic pulak ilang tetiba...adakah tuhan bagi sign utk jgn proceed refinancing?????? adudududuuuuuuu...peninggggg makkk....

pd owner2 yg ada masalah rumah retak etc, report je online! alhamdulilah prosesnya cepat!!! dlm 2 minggu lebih je....amazed saya!!!

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #11 on: November 09, 2012, 06:14:10 PM »

Dpunchak putra, jalan 2/4D .. pakar disini adakah pendapat contractor biasa (syarikat) memadai atau harus dr engineer diiktiraf MPKj

Woooo... satu jalan le kite.. ni rumah area pangkal jalan (dekat surau) ke kat ujung jalan (dekat tebing)..??

Riso juge bace latest news Sirynn ni.. longkang rumah saya dah pecah (air lalu ikut rekahan aje) dan dinding pagar dah condong ke rumah jiran ni...
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mierock

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 470
  • Gender: Male
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #12 on: November 09, 2012, 11:28:58 PM »
saudara sirynn48 anda bernasib baik sebab mpkj bertindak cepat. rumah saya dulu mengambil masa lebih dari 3 bulan tapi mpkj buat dengar tak dengar aje. kalau kes teruk, kena pindah keluar sementara rumah di baiki. kalau rumah link tak ada masalah sangat sebab kat msia rumah overdesign, so kalau tergantung masih lagi ok. rumah menjadi bahaya kalau beamnya patah dan lebih dari satu beam yang patah. biasanya, ini kerja arkitek untuk selesaikan, sebab dia orang dah ambik bayaran untuk settle benda macam nie. saya dulu malang, mpkj malas, arkitek taknak amik tau, tak ada sapa nak push pemaju. 8 kali meeting dengan ara perok baru la gerak. lepas buat laporan pada mkpj, kena hantar satu aduan kepada kementrian kerajaan tempatan supaya mpkj buat kerja dengan betul. lepas tu kena push arkitek untuk pantau consultant buat kerja. biasanya pemaju akan cari satu consultant untuk kerja kerja rectifying nie. dia akan bawak geng geoteknik dan structural engineer. saya dulu buat 4 mc intosh test semasa hantar report ke kementrian. satu lubang dulu rm50, tapi student buatkan, kawan endorse, so tak payah bayar. get 2nd opinion dari your own geotech & structural engr, tu yang sata buat dulu. selalunya yang di appoint oleh pemaju nak savekan duit pemaju bukan untuk our safety. luckily i have a pool of soung geotechnic & structural engr yang boleh argue dan discredit pemaju punya consultant. apa apa pun, kalau arkitek lambat buat kerja, lambat la semua orang nak buat kerja. saya boleh kongsi pengalaman saya yang menghadapi rumah retak lawan dengan ara perok, maybe your pemaju much better than ara perok.

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #13 on: November 12, 2012, 10:21:42 AM »

Dpunchak putra, jalan 2/4D .. pakar disini adakah pendapat contractor biasa (syarikat) memadai atau harus dr engineer diiktiraf MPKj

Woooo... satu jalan le kite.. ni rumah area pangkal jalan (dekat surau) ke kat ujung jalan (dekat tebing)..??

Riso juge bace latest news Sirynn ni.. longkang rumah saya dah pecah (air lalu ikut rekahan aje) dan dinding pagar dah condong ke rumah jiran ni...

jabbar cepat2 laaaa buat report...skrg ni musim ujan..rumah saya roof leaking di porch n now melarat di toilet master bedroom...smlm panggil indon check n husband pantau...beam blah situ der gap! leh masuk jari dah! aiii nak repair tu je RM700 lebih dia mintak...tu tak buat...porch punya rm300 after discount klau idak rm400..

sekarang ni mmg struktur defect yg buat masalah

sirynn48

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 215
Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #14 on: November 12, 2012, 10:28:18 AM »
saudara sirynn48 anda bernasib baik sebab mpkj bertindak cepat. rumah saya dulu mengambil masa lebih dari 3 bulan tapi mpkj buat dengar tak dengar aje. kalau kes teruk, kena pindah keluar sementara rumah di baiki. kalau rumah link tak ada masalah sangat sebab kat msia rumah overdesign, so kalau tergantung masih lagi ok. rumah menjadi bahaya kalau beamnya patah dan lebih dari satu beam yang patah. biasanya, ini kerja arkitek untuk selesaikan, sebab dia orang dah ambik bayaran untuk settle benda macam nie. saya dulu malang, mpkj malas, arkitek taknak amik tau, tak ada sapa nak push pemaju. 8 kali meeting dengan ara perok baru la gerak. lepas buat laporan pada mkpj, kena hantar satu aduan kepada kementrian kerajaan tempatan supaya mpkj buat kerja dengan betul. lepas tu kena push arkitek untuk pantau consultant buat kerja. biasanya pemaju akan cari satu consultant untuk kerja kerja rectifying nie. dia akan bawak geng geoteknik dan structural engineer. saya dulu buat 4 mc intosh test semasa hantar report ke kementrian. satu lubang dulu rm50, tapi student buatkan, kawan endorse, so tak payah bayar. get 2nd opinion dari your own geotech & structural engr, tu yang sata buat dulu. selalunya yang di appoint oleh pemaju nak savekan duit pemaju bukan untuk our safety. luckily i have a pool of soung geotechnic & structural engr yang boleh argue dan discredit pemaju punya consultant. apa apa pun, kalau arkitek lambat buat kerja, lambat la semua orang nak buat kerja. saya boleh kongsi pengalaman saya yang menghadapi rumah retak lawan dengan ara perok, maybe your pemaju much better than ara perok.

hmmmmm seram juga baca ni...to date saya masih belum terima panggilan dari BSP utk set appointment dgn contractor/engineer dia hmm...kena push juga la ye..aiii

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Rumah dah crack, warranty dah abis..
« Reply #14 on: November 12, 2012, 10:28:18 AM »