Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => D'Punchak putra => Topic started by: huruhara on 18 Apr, 10:05:22 AM

Title: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: huruhara on 18 Apr, 10:05:22 AM
hari ni..pagi2 otw pegi keje dah nampak sekujur tubuh atas jln.....
astaghfirullahalazim.....itu je kata2 yg boleh diungkapkan..panic skejap.....

innalillahiwainnailaihirojiun...kepada mangsa dan keluarga.....ajal maut di tangan tuhan,bila-bila masa dan dimana2 jua...

Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: CaptRahman on 18 Apr, 12:10:29 PM
hari ni..pagi2 otw pegi keje dah nampak sekujur tubuh atas jln.....
astaghfirullahalazim.....itu je kata2 yg boleh diungkapkan..panic skejap.....

innalillahiwainnailaihirojiun...kepada mangsa dan keluarga.....ajal maut di tangan tuhan,bila-bila masa dan dimana2 jua...


Kes eksiden motor kat Seri Petaling ke ni?
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: ayiesal on 18 Apr, 01:30:42 PM
Ooooo... pagi tadi jem lepas tol sungai besi menghala ke KL tu kan. Nampak kat papan atas tu dia tulis kemalangan 1 km di hadapan, sila patuhi arahan polis. Kawan terus reroute lalu mrr2.

Takziah dari kawan kepada keluarga mangsa...
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: huruhara on 18 Apr, 01:54:55 PM
hari ni..pagi2 otw pegi keje dah nampak sekujur tubuh atas jln.....
astaghfirullahalazim.....itu je kata2 yg boleh diungkapkan..panic skejap.....

innalillahiwainnailaihirojiun...kepada mangsa dan keluarga.....ajal maut di tangan tuhan,bila-bila masa dan dimana2 jua...


Kes eksiden motor kat Seri Petaling ke ni?



ye......ms smpai kat situ..mayat baru lg...so xleh ke lorong lain dah....dahla lorong kanan kan..kesian
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: CaptRahman on 18 Apr, 02:26:42 PM
Siapa tahu macam mana boleh berlaku?..rasanya yang tergolek sebuah motor cup dan scooter SYM...
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: huruhara on 18 Apr, 03:29:18 PM
Siapa tahu macam mana boleh berlaku?..rasanya yang tergolek sebuah motor cup dan scooter SYM...



nampak mcm tu..tp radio kata kereta vs motor...tp kete xnmpk plak......
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: Atan on 19 Apr, 09:56:34 AM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm (http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm)

KUALA LUMPUR – Tidak ada perkataan dapat menggambarkan perasaan seorang suami yang hanya mampu melihat kepala isterinya digilis lori dalam satu kemalangan dekat jejambat susur keluar Taman Desa Petaling di sini semalam.
 
Dalam kejadian pukul 7.54 pagi semalam, Mohd. Ridzwan Misran, 30, dan isterinya, Norhana Nuruddin, 30, dalam perjalanan dari Bandar Baru Bangi untuk ke tempat kerja di ibu negara.
 
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang Mohd. Ridzwan merempuh belakang sebuah skuter sebelum dia dan isteri terjatuh.
 
“Ketika itu, sebuah kenderaan dipercayai lori tidak sempat mengelak dan telah menggilis kepala mangsa, mengakibat Norhana maut di tempat kejadian,” katanya.
 
Menurut beliau, pasangan tersebut tinggal di Pangsa Kajang Impian, Kajang.
 
Katanya, polis juga sedang mengesan lori yang dipercayai menggilis Norhana untuk siasatan lanjut.
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: ayiesal on 19 Apr, 10:24:54 AM
Langgar lari?
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: huruhara on 19 Apr, 10:50:35 AM
langgar lari atau tak perasan kot....langgar lari kot kan..xkan tak rasa ada benda lori dia pijak..ksian..
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: Tetikus Hensem on 19 Apr, 11:08:29 AM
Langgar lari ler tu... takkan tak perasan ada motor tergolek kat depan... >:(
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: ags on 20 Apr, 02:39:41 PM
Ya Allah..kesian yg amat..apa la nasib kalau ada anak2 yg ditinggalkan ibu malang ni..mereka ni muda lagi..so rasanya mmg ada anak2 kecil yg tinggal ni.  Kalau ada, anak2 ni pasti menunggu kepulangan ibu mereka..x tau la mcm mana kalau benda ni jd kat kita kan...sedih.  Takziah utk keluarga mangsa.  Pemandu tu diharapkan akan mendpt balasan yg setimpal..kalau x dpt di dunia..di akhirat nanti pasti ada balasan dari Nya.
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: CaptRahman on 20 Apr, 04:17:37 PM
Ya Allah..kesian yg amat..apa la nasib kalau ada anak2 yg ditinggalkan ibu malang ni..mereka ni muda lagi..so rasanya mmg ada anak2 kecil yg tinggal ni.  Kalau ada, anak2 ni pasti menunggu kepulangan ibu mereka..x tau la mcm mana kalau benda ni jd kat kita kan...sedih.  Takziah utk keluarga mangsa.  Pemandu tu diharapkan akan mendpt balasan yg setimpal..kalau x dpt di dunia..di akhirat nanti pasti ada balasan dari Nya.
Kalau tenguk di muka buku, arwah bekerja di IMR dan dari gambar keluarganya nampak macam ada 2 anak yang masih kecil...takziah untuk keluarga arwah...
Title: Re: SEKUJUR TUBUH ATAS JALAN
Post by: ags on 20 Apr, 07:13:41 PM
saya baru td tengok facebook arwah dan suaminya...anak2 masih kecil..3 tahun dan hampir setahun...dua2 perempuan.  dia org ni very sweet couple nampaknya..anyway, masanya telah tiba utk pegi mengadap Illahi.