Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Bukit Mahkota => Masjid At-Taqwa => Topic started by: zul on 07 Mar, 12:25:07 PM

Title: Gotong royong bersih tapak masjid @ 10.3.2013
Post by: zul on 07 Mar, 12:25:07 PM
Assalamualaikum,

Insya-allah, satu program gotong royong bersihkan tapak masjid at-taqwa & taklimat berkaitan pasar pagi akan diadakan pada:

Ahad/10.3.2013
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dataran at-taqwa (Tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota)

Nota :
Untuk makluman, bagi menambah dana masjid secara kosisten , maka pihak JK Pembinaan Masjid at-taqwa juga ada menganjurkan aktiviti car boot sales  pada setiap ahad minggu 1 &3 (dgn kerjasama Goodscycle : www.goodscycle.org (http://www.goodscycle.org))...

terbaru,pihak JK pembinaan masjid at-taqwa juga akan usahakan pasar pagi setiap hari ahad bagi tujuan mengisi dana masjid disamping penerangan status terkini perkembangan masjid at-taqwa.

Jom sama-sama kita menderma sambil bermuamalat...

sekian.wassalam


Ikhlas demi mencari redha Allah swt,

JK Penerangan,
Pembinaan masjid at-taqwa,
Bandar Bukit Mahkota,
7.3.2013





Title: Re: Gotong royong bersih tapak masjid @ 10.3.2013
Post by: zul on 08 Mar, 04:30:11 PM
assalamualaikum,
jom kita ramai-ramai bantu bergotong royong bersihkan tapak masjid..
insya-allah, pasar pagi ala pasar tani akan bermula 17.3.2013 untuk menambah dana tabung masjid at-taqwa.
Title: Re: Gotong royong bersih tapak masjid @ 10.3.2013
Post by: zul on 10 Mar, 05:58:44 PM
1.alhamdullilah kerja gotong royong bersihkan tapak masjid at-taqwa telah pun berjaya dijalankan pagi tadi .. :) :) :)

2.terima kasih kepada semua yang terlibat termasuklah bomba, ahli majlis mpkj zon 24,tuan haji mazwan johar,pengerusi ,ajk dan semua yang terlibat...

3. insya-allah, pasar pagi akan bemula ahad minggu depan,17.3.2013  ..jom sama-sama kita membeli dan menderma utk dana masjid at-taqwa..seramai 22 peniaga yang telah hadir mendaftar bagi menunggu kunjungan anda semua...Jualan terdiri daripada ayam, daging ,sayur , ikan segar disamping juadah makanan dan minuman.

4. Disamping itu, jualan car boot sales juga diadakan setiap ahad minggu 1 & 3...daftar di www.goodscycle.org (http://www.goodscycle.org)

sekian.wassalam.


sekia

Title: Gotong royong bersih tapak masjid 10 3 2013
Post by: Dannyhesu on 22 Oct, 03:46:31 PM
gotong royong ker keje amal?
lain tue..
bnda nie bleh kita masukkan dlm next gathering
lg ramai lg bagus.
leh ketengahkn idea nie kt bro kahar.