Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Surau Umar Al-Khattab => Topic started by: jabbar4aiman on 17 Oct, 11:45:45 AM

Title: Upacara Qurban Aidil Adha 1434H - 15 Oktober 2013
Post by: jabbar4aiman on 17 Oct, 11:45:45 AM
(http://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/q75/s720x720/1393017_10201654466217340_579698176_n.jpg)
Barisan AJK dan Petugas Upacara Qurban Surau Sayyidina Umar Al-Khattab bergambar kenangan.

Alhamdulillah, upacara Qurban telah berjaya dilangsungkan dengan penglibatan ramai ahli kariah surau. Program yang telah bermula dari awal pagi dengan takbir beramai-ramai dan menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.

Pada kira-kira jam 9:30 pagi majlis telah dimulakan dan En. Zaludin selaku MC telah membuka bicara. Selepas doa ringkas dan ucapan Tn. Hj. Malik Alias (Pengerusi JK Surau), penyembelihan Qurban pertama telah dijalankan.

Sebanyak 8 ekor lembu dan 1 ekor kambing telah disembelih. Kerja-kerja melapah,memotong dan menimbang daging telah dijalankan beramai-ramai oleh petugas diketuai oleh AJK/ketua bahagian kerja masing-masing.

(http://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/v/q71/s720x720/1374589_10202150245179130_776882914_n.jpg?oh=a762e0197cc0bc13da65631b331feca5&oe=5261C468&__gda__=1382156249_8eeb666d97186f6bdd8822b60c11d930)
Keratan akhbar Utusan Malaysia 16 Oktober 2013

(http://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q77/s720x720/1383730_10201664513828524_1597755484_n.jpg)
8 ekor lembu yang bakal dikorbankan

(http://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/q71/s720x720/1390566_10201664527228859_916990601_n.jpg)
Penyembelihan Korban pertama, seekor kambing oleh Tn. Hj. Malik Alias

(http://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/q71/s720x720/1374036_10201665055802073_1984703271_n.jpg)
Makan tengahari berlaukkan kari kambing

Sila layari Laman Facebook Surau Sayyidina Umar Al-Khattab untuk gambar-gambar lain - http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.638586449520075&type=1 (http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.638586449520075&type=1)
Title: Re: Upacara Qurban Aidil Adha 1434H - 15 Oktober 2013
Post by: Alfaro on 18 Oct, 02:58:32 PM
Ahamdulillah... :)
Title: Re: Upacara Qurban Aidil Adha 1434H - 15 Oktober 2013
Post by: namatakpenting on 20 Oct, 03:57:08 AM
ramai...tahniah